Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Usahawan Internet VS Usahawan Konvensional : Apa bezanya?

21 04 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit perbandingan di antara usahawan internet dan usahawan konvensional. Apakah bezanya di antara dua kategori ini? Banyak bezanya bahkan tidak kurang juga banyak persamaannya.

Perbezaan yang paling ketara adalah cara usaha atau perniagaan yang dilakukan. Usahawan internet melakukan di depan komputer, menggunakan kuasa internet dan kebanyakan perkara dilakukan oleh sistem (automatik). Maka, usahawan internet lebih banyak masa yang terluang untuk perkara-perkara yang lain seperti bersama keluarga, sosial atau apa sahaja. Berlainan pula dengan usahawan biasa ataupun offline, mereka perlu mengejar masa, kerana mereka perlu bersesak-sesak di jalan raya, perlu menepati masa, perlu berdepan dengan pelanggan, dan bermacam lagi. Sebaliknya usahawan internet hanya menggunakan emel, online chatting, support forum, newsletter dan lain-lain teknlogi untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Namun, bukan itu yang saya ingin tekankan pada kali ini. Tidak kisahlah anda menjadi usahawan siber ataupun offline sekalipun, ia tetap memerlukan usaha yang kuat, komitmen, kesungguhan, kerajinan, ilmu, strategi dan pelbagai lagi aspek yang lain. Inilah persamaan yang saya maksudkan. Walaupun menjadi usahawan internet itu lebih mudah, cepat dan rendah risikonya, namun jika anda tidak membuat perancangan, lemah di dalam mengatur strategi, tidak mengoptimumkan penggunaan ‘tools’ dan lain-lain, maka hasil yang akan anda dapat adalah tidak memuaskan.

Pendek katanya, ciri utama di dalam usahawan internet dan usahawan konvensional adalah sama sahaja seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu adanya ciri pengurusan yang baik, istiqamah, tidak berputus-asa, belajar perkara yang baru dan pelbagai lagi. Itulah jiwa dan sifat dalaman pada seorang usahawan sepanjang zaman.. Berbaliklah kepada erti usahawan yang sebenar, insyaAllah anda akan menjadi usahawan internet yang berjaya. ;)

Dapatkan ebook idea bisnes luar biasa. Satu panduan yang sesuai untuk anda mendapatkan idea perniagaan. Klik!

Panduan pengurusan kewangan praktikal untuk bakal pengantin. Dapatkan sekarang!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Perniagaan Konvensional + Perniagaan Internet
  • Perniagaan Internet | Usahawan Internet | SOHO
  • Di Sebalik Nama Perniagaan…
  • Pengenalan Lelongan Online
  • Menjadi Usahawan Internet Muslim Yang Berjaya
  • Berniaga Menurut Sunnah dan Syari’at
  • Saya Mahu Jadi Usahawan Jutawan!
  • Perniagaan Internet: Apa Yang Anda Mahu?
  • Ke Batu Pahat + Kubur..
  • No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    11 Comments »

    Comment by azwan
    2006-04-21 23:33:13

    ada posting atas kesinambungan posting saudara ini di http://duitsampingan.blogspot.com

    semoga bermanfaat..

     
    Comment by smartzul
    2006-04-22 15:11:31

    thanks azwan.. Usahawan internet ke, atau usahawan biasa ker, kedua2 perlukan sifat dalaman yg sama.. ;) Cara atau platform sahaja yg berbeza..

     
    Comment by hasrul
    2006-04-25 14:13:30

    betul tu. ada orang menggunakan internet sebagai salah satu kaedah untuk memasarkan produk sama seperti mail order. ada pulak yang terus menggunakan internet sebagai perniagaan. ada pulak internet marketer yang menggunakan conventional media sebagai pemangkin. jadi sebenarnya, semua ni saling berkaitan dan banyak yang perlu dipelajari. Sampai mati pun tak habis kalau nak belajar. hehehe.

     
    Comment by smartzul
    2006-04-25 14:27:51

    Yups, yang online tetap guna offline, yg offline tetap guna online.. Dan usahawan internet atau usahawan konvensional ada kelebihan masing2, namun tetap ada persamaan spt yg saya tulis di atas termasuklah satu perkara yang amat penting juga.. PERSONAL TOUCH. Nak tak nak kita juga perlu berjumpa dengan orang ramai sebab komunikasi antara manusia secara bersemuka lebih berkesan.. Hanya pendapat saya.. :)

     
    Comment by pyan
    2007-10-14 21:10:21

    Tujuan sama , platform berbeza. lebih mudah sekarang ni sebab ada teknologi, boleh guna mesengger, sms, boleh call dari desktop kat rumah ke handfon atau fon biasa. :neutral:

     
    Comment by Han
    2007-10-15 07:18:21

    btl tu pyan,
    tujuan sama iaitu dapat keuntungan…
    bezanya?
    rasa sama je…
    online ada juga guna offline utk promosi…
    offline ada juga guna online utk buat promosi…

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 00:18:29

    cara yang berbeza, untungpun dah tentu berbeza. cara nak mulakannya pun dah tentu berbeza. namun perniagaan tetap perniagaan yang perlukan modal untuk bermula… modal duit atau modal tenaga kerja diri sendiri…

    Comment by Han
    2007-10-17 09:42:12

    untung sudah mesti nya berbeza…
    kalau sama, tu dah jadi perkongsian…hehe…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-17 01:06:50

    mulakan ebiz anda di samping memperkukuhkan biz offline anda dengan bantuan talian internet untuk meningkatkan pemasaran produk pilihan hati anda…

    Comment by Han
    2007-10-17 09:44:38

    perniagaan offline juga memerlukan promosi di online…
    di sini baru boleh kembang kan lagi perniagaan kita…
    semakin banyak cara promosi, semakin besar lah pasaran kita…

    han

     
     
    Comment by waka
    2007-10-17 11:11:19

    offline dan online tetap perlukan fokus dan usaha
    fokus dan usaha yang berterusan pasti menghasilkan kejayaan

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: