Tips Berjimat-Cermat Untuk Usahawan Internet..
24 04 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Di posting kali ini, anda akan dibawa satu tulisan yang agak panjang juga namun amat berguna untuk anda berjimat-cermat di dalam perniagaan internet anda.
Penulis jemputan kali ini akan membincangkan mengenai satu tips yang amat praktikal dan berguna untuk anda.
Penulis kali ini adalah dari Team SaifulSham iaitu saudara Sabri, penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Semoga anda semua mengambil manfaat daripada tajuk yang dibincangkan.
==================================================
Artikel ini akan bercerita mengenai satu rahsia yang tidak boleh anda dapati di mana-mana lagi, terutamanya dalam Bahasa Malaysia.
Menarik mengenai artikel ini, ia menyentuh mengenai kepakaran Team SaifulSham.com sendiri, bagaimana menjual fizikal produk di Internet. Teknik ini akan berbicara;
- Bagaimana untuk menarik lebih ramai pengunjung a.k.a pelanggan ke laman web kita.
- Di manakah kita boleh mengiklan laman web ecommerce kita dengan lebih berkesan.
- Teknik ini secara primernya adalah untuk menjual produk-produk fizikal, namun boleh diaplikasikan untuk produk-produk digital juga. (pernah dibuat, contohnya penjualan hosting, domain name,etc. The possibility are limitless)
- Kehebatan teknik ini adalah kerana ia ibarat sambil menyelam minum air. Ia berfungsi sebagai promosi untuk menarik “targetted customer†dan juga sebagai satu langkah link building untuk laman web kita. Kedua-duanya akan memberi faedah yang cukup besar untuk perniagaan kita.
- Saya pasti, ramai usahawan Internet Malaysia menjual kek, bunga, pelan hosting, dan aneka produk lain. Cuba senjata rahsia Team SaifulSham.com ini dan nikmati perbezaanya.
Baiklah supaya anda boleh memahami konsep teknik ini, biar saya beri intro dahulu. Kebanyakan pembeli di Internet ni sudah biasa membeli-belah online. Persoalan bagi mereka, bukan lagi samada “Selamat ke tidak kredit kad akuâ€, “penjual ni hantar ke tidak order akuâ€, “kalau order hilang macam mana†dan pelbagai persoalan lain yang sering bermain di minda kita sebagai masyarakat yang baru diperkenalkan dengan konsep online shopping ni.
Apa yang mereka fikirkan adalah, “Bagaimana saya boleh berjimat semaksimum mungkin ketika berbelanja online?†Mereka akan mencari diskaun-diskaun, tawaran-tawaran menarik yang boleh menjimatkan mereka wang.
Di Internet selalunya, untuk memudahkan proses memberi diskaun ini, penjual selalunya menyediakan kupon-kupon khas yang boleh ditukarkan sebagai diskaun kepada produk yang dibeli. (ada kupon dalam bentuk digital-berupa kod, dan ada juga kupon dalam bentuk fizikal-berupa kertas biasa)
Tak percaya? Lihat saja jumlah carian untuk “coupon†bulan lepas;
coupon 358949
online coupon 94928
grocery coupon 57036
printable coupon 28180
free coupon 27928
folica.com coupon 26985
jc penney coupon 20970
coupon code 19646
pizza hut coupon 19522
restaurant coupon 19500
target coupon 19426
office depot coupon 18678
love coupon 18447
chuck e cheese coupon 17287
hotel coupon 17094
las vegas coupon 15253
bed bath and beyond coupon 12807
discount coupon 12800
Supaya anda lebih jelas lagi mengenai konsep pembelian online dengan kupon ini (mungkin masih asing bagi anda), saya bawakan satu cerita: Saya selalu membeli domain name di Namecheap.com. Bagi kebanyakan orang harga yang ditawarkan USD 8.88 sudah cukup murah. Tetapi prinsip saya, mengapa bayar lebih? Saya mencari diseluruh pelusuk internet coupon untuk NameCheap.com. Akhirnya saya bertemu juga. “BESTVALUE†anda akan mendapat domain pada harga USD 7.99 . Jimat 89 cent!
Mungkin pada anda 89 cent itu apalah sangat, tapi dalam RM, ia adalah RM 3 lebih! Tambah pula jika anda ada 10 domain atau lebih? Wah! Itu penjimatan kira-kira RM 30 untuk saya…
Ini hanya contoh yang mudah. Sebagai seorang pembeli-belah online yang berjaya (satu lagi kegiatan masa lapang saya) saya sentiasa berjaya mendapatkan tambahan diskaun jika membeli belah di Amazon.com. Orang lain dapat diskaun 20%, saya bleh dapat sekurang-kurangnya 30%. Orang lain dapat 50%, saya boleh dapat 60%. Bayangkan jika anda membeli produk bernilai USD 100 di Amazon, berapa banyak anda boleh jimat dengan menggunakan kupon?
Jangan tercengang!
(bagaimana nak berjimat apabila membeli belah online, itu boleh jadi topik artikel yang lain. Mungkin pada masa akan datang, saya akan berkongsi tips&rahsia tersebut. Sekarang kita tumpu, tindakan kita sebagai seorang usahawan internet)
Jadi sebagai seorang usahawan internet yang tajam fikirannya, ada beberapa idea yang boleh timbul di fikiran kita untuk memenuhi peluang dan permintaan kepada kupon yang sekian banyak ini.
Namun, saya akan tumpukan kepada satu aspek sahaja ketika ini.
Mengiklan dan meletakkan post di laman-laman web kupon di Internet.
Di internet ada berjuta-juta laman web yang menawarkan kupon untuk pembelian online ini. Mengikut Google, ada 71’000’000
Antaranya:
Bagaimana jika anda mengiklan secara percuma di laman web-laman web ini? Faedah yang anda dapat adalah:
- Promosi anda dilihat oleh orang-orang yang “gila†membeli-belah online dan mempunyai potensi untuk membeli dari anda.
- Anda dapat link percuma ke laman web anda.
Selalunya, laman web-laman web kupon ini sentiasa mencari kupon-kupon baru untuk dimasukkan ke database mereka dan mereka sentiasa mengalu-ngalukan sumbangan pembaca. Maka? Apa lagi! Hantarlah kupon anda supaya dapat mereka pertimbangkan.
Tapi pastikan anda menjalankan perniagaan dengan beretika! Ada laman kupon ini hanya menerima FREE Coupon sahaja dan bukan diskaun, jadi jangan hantar ke laman web seperti ini. Ada juga yang memninta bayaran untuk menyenaraikan kupon anda. Apa? Bayar mereka untuk memberi pelawat mereka diskaun? Ewah, banyak cantik! Jauhi juga laman web sebegini.
Sekurang-kurangnya, ada dapat “link free†dan promosi ke laman web anda. Jangan lupa, kebanyakan laman web kupon in, adalah laman web yang tinggi bilangan pengunjungnya!
Sedikit variasi, anda boleh praktikkan idea yang sama tetapi dengan audiens yang lain. Berikanlah kod kupon anda di laman web-laman web yang “sealiran†dengan perniagaan Internet anda.
Contoh: anda menjual pelan hosting.
Iklankan kod kupon anda di www.webhostingtalk.com
Mereka ada ruangan khusus untuk promosi. Dan sebagainya, potensinya limitless.
Kami telah menggunakan teknik ini kepada beberapa laman web kami. Dan hasilnya memang jelas berbeza. Laman web yang idak menggunakan teknik ini “slow†sedikit hasilnya berbanding laman web yang kami praktikkan teknik internet marketing efektif ini (tiada di mana-mana lagi) yang lebih “kencangâ€
Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan denan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Support Team kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda.
==================================================
Maklumat Penulis
Sabri Hassan Assa’ari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet†yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di
Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php
==================================================
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















very good info… thanks
utuk kajian politeknik
fendi, tak abis taip ker? :)
penerangan yang mudah difahami dan sangat bagus. syabas!
arini blajar lg byk ttg biz kat internet. tq.
hahahaa… citer kupon nih memang menarik untuk mendapatkan diskaun dari apa-apa produk yang kita hendak beli. ia lebih kpd tarikan supaya mereka mendapatkannya dengan harga diskaun yang menarik dari harga yang sedia ada ditawarkan…
diskaun berganda… siapa yang taknak diskaun???
saya tak pernah lagi guna kopun di internet ni…
tengok mcm menarik je…
jimat tu…
lepas ni boleh try la…hehe…
han
yea… semua orang suka dan memang berminat untuk berjimat. kalo boleh nak buat tawaran harga agar bleh beli dengan harga yang mereka mahu… kalo tak penuhi permintaan mereka dah tentunya mereka lari…. kalo mintak yang bukan-bukan memang takleh nak nolong laaa….
semua orang memang nak berjimat tapi boleh ke?
kadang2 nak guna duit pun tak cukup…
ni lah cara orang boleh berjimat…
guna kan kupon untung membeli…
han
kalo ada kupon dah tentu ramai yang suka… tak ada kupon mereka akan lari. tambahan pulak kalo ada bonus berganda bersekali dengan kupon tawaran terhad… takkan nak biarkan peluang terlepas begitu sahaja… cuma antara percaya dengan tidak aje laa bagi mereka yang baru mengenali dunia internet…