Lagi rujukan untuk anda. Dari usahawan internet Malaysia!!
4 03 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar? Moga anda sihat selalu.
Baru-baru ini saya ada senaraikan laman web rujukan yang dimiliki oleh usahawan internet kita yang boleh anda rujuk samada berbentuk blog, portal, laman web atau forum. Harap anda jenguk-jenguklah laman yang saya nyatakan tersebut untuk ‘berguru’ dan merujuk dengan mereka. Ada di antara mereka sudah bertahun-tahun ‘melayari’ dunia usahawan internet ini, dan sudah pasti sudah merasa asam garam, pahit manisnya.. Sekali lagi, USAHAWAN. Anda faham bukan? Bukan labur duit, then 12 hari kemudian dapat untung.. hehe.. ;-)
Nak berjaya? Ada formula mudah.. Anda tidak perlu mereka atau mencipta formula baru, tetapi cukuplah sekadar mengikut langkah mereka yang telah berjaya!! Tak percaya? tak cuba tak tahu. :-)
Oklah, kali ini saya akan nyatakan dua lagi rujukan yang perlu dan boleh anda gunakan. Yang pasti, mereka adalah anak Malaysia!
1. Mohd Fairuz, dari Gombak Selangor.
Merupakan seorang guru (tak pasti dah letak jawatan ke belum), hehe.. Daripada apa yang saya fahami dan bersumberkan dari beliau sendiri, beliau sudah bermula menjadi usahawan internet sejak tahun 1998 lagi. Mendapat pendapatan yang lumayan daripada pelbagai sumber / model perniagaan internet seperti google adsense, affiliates dan juga dari produk digital sendiri. Bagaimana saya mengetahui beliau? Panjang ceritanya.. Pendek cerita, saya melihat ada nama Melayu pada satu laman web (dalam bahasa inggeris) yang menjual satu produk digital. Yang pasti produk itu dihasilkan sendiri… (Abis cerita pendek, hehe). Apa kata lawati blog beliau di http://www.mohdfairuz.com
Sedikit petikan dari kata-kata beliau: “Saya adalah seorang guru. Gaji saya hanyalah RM3000 sebulan. Saya mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja (pelajar sepenuh masa), dan empat orang anak. Hidup pula di Kuala Lumpur, maka RM3000 sebulan itu setelah ditolak dengan sewa rumah, pinjaman kereta dan lain-lain hanyalah ‘cukup makan’.
Tetapi melalui perniagaan Internet, Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mempunyai masalah kewangan. Kalau dulu, poket sentiasa kering, sekarang saya sudah boleh membantu kawan-kawan yang kesempitan wang.
Pokoknya, perniagaan Internet telah mengubah hidup saya.
Saya tidak mendakwa diri saya sebagai pakar, tetapi saya tahu asam garam perniagaan Internet. Yang paling penting, saya tahu perniagaan Internet apa yang praktikal dan boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia.” - http://empayarinternet.com
2. Mohd Fuad Latip –> http://www.myorionet.com

Siapa beliau? Tu haa, kat gambar tu, tu lah beliau.. hehehe.. Baru saja be-emel dengan dia dan ‘perjuangan’nya sama dengan perjuangan saya cuma masa jer yang membezakan. Masa? Ya, saya baru jer nak mula, tapi beliau ni dah tahap guru.. Perjuangan? Ya, menyedarkan orang ramai mengenai perniagaan internet yang sebenar dan program wang yang menipu. Beliau juga adalah perunding atau consultant internet termasuklah mengajar teknik internet marketing yang berkesan. Sebenarnya beliau adalah seorang pensyarah di dalam bidang kejuruteraan di sebuah IPTA. Nak tahu pasal beliau lagi, sila ke link ini http://tinyurl.com/r6oxf
Untuk anda, kami di smartusaha.com akan terus mencari usahawan-usahawan internet di Malaysia hanya untuk anda!! Jadi?? Jemput-jemputlah ke blog yang usang ini ( ;-) ) untuk mengenal usahawan-usahawan internet kita!!
p/s: Bertanyalah kepada mereka, kerana mereka sudah ada pengalaman. Jangan segan dan silu, insyaAllah mereka akan menjawab. Saya pun masih belajar dan juga merujuk mereka. Jom belajar!!
Nota: Sedikit tips untuk anda. Mengapa saya meletak gambar mereka dan mengapa mereka berani meletak gambar di laman web mereka? Mudah jer jawapannya. Sebab mereka yakin mereka buat benda yang benar!! Cuba anda mintak gambar ‘upline’ anda untuk program labur-labur tu. Saya yakin mereka takkan bagi. Hehe.. Jangan terasa noo.. :-) Jadi, untuk keselamatan’ anda, carilah mereka yang berani meletak sesuatu informasi pengenalan mereka seperti gambar, no telefon, alamat sebenar atau apa-apa pengenalan diri yang lain, terutama apabila melakukan transaksi jual-beli. Gambar saya? Errk, nantilah yer.. Takder lagi gambar posing yang menarik.. hehehe.. Lagipon saya tak ajak pon anda buat program yang tak bermanfaat dan mengejar keuntungan segera tuuu.. Oklah, jumpa lagi!!
Untuk rujukan yang lain, sila ke sini:
http://blog.smartusaha.com/2006/02/21/siapa-yang-boleh-anda-rujuk/
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:

















Bagus Zul banyak sumber rujukan yg awak ketengahkan di sini.. mmg bagus utk mereka yg baru nak memulakan perniagaan internet ni (spt saya) . Keep up the good work!!
Good job Zul.
I’ve personally met Fairuz at Gombak last week. He’s a nice guy and willing to share his knowledge with others.
Nice.! The post i`m waiting for.
Has been you reader for some time. Your post is magnificent!
Keep up the good work..! -cheers-
robotys, thanks.. Dah lawat your blog. Teruskan usaha untuk mendalami bidang internet.. Learn from the basics and the important thing is, learn from the gurus.. I have list down in my blog as well as mohd fairuz, fuad latip and others.. :)
Perjalanan di dalam mencari ilmu begitu seronok jika kita ikhlas dan ada matlamat.. ;)
I have read your entire tips,,wow,,excellent job dude. I am really new comer in this biz..really excited to learn more from gurus.