Kata-Kata ‘Hikmat’ Irfan Khairi.. - Siri 1
25 02 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Siapa yang tak kenal dengan jutawan muda kita ini? Dialah yang menjadi inspirasi dan pembuka semangat serta menjadi perintis dan ‘model’ untuk rakyat Malaysia berjaya di dalam bidang perniagaan internet, dan tidak terkecuali saya.
Di kali ini, saya sertakan beberapa kata-kata irfan yang diambil daripada temuramah yang telah dilakukan oleh beberapa pihak seperti akhbar dan majalah terkemuka negara. Bacalah dan hayati. Beliau sering mengulangi bahawa, dia pernah gagal, bermula dari bawah, berusaha keras dan mengambil masa yang lama. Jadikan kata-kata beliau di bawah ini sebagai panduan untuk kita berjaya di dalam perniagaan internet sepertimana beliau.
‘Semua ini bukan datang dengan sendiri, sebaliknya saya berusaha keras untuk mencapainya’.
Selama setahun saya menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan’.
‘Ketika itu , cara promosi yang dilakukan tidak betul, cara pemilihan produk yang salah, dan sasaran pasaran yang tidak tepat, telah menyebabkan perniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan’.
‘Ramai yang menganggap apabila kita ada laman web dan ada produk, pelanggan akan dating. Namun hakikatnya , jika laman web berkenaan tidak dipromosikan , maka tidak ada siapa yang tahu kewujudannya’.
- Dewan Ekonomi, Januari 2006

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:



















Saudara, apakah produk-produk yang saudara tawarkan kepada pelanggan?
Buat masa sekarang saya tiada produk lagi samada buku atau ebook. InsyaAllah kelak adalah tu.. ;-)
Buat masa sekarang saya lebih suka mengkaji dan menyalurkan maklumat kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan internet. Salah satunya ‘membawa’ mereka kepada orang yang layak untuk dirujuki serta menulis tips dan panduan..
Saya tiada produk, tetapi ada servis seperti pendaftaran nama domain & hosting (saya agen bagi sebuah company) dan merekabentuk serta membangunkan laman web/portal. InsyaAllah, saya ada beberapa projek yang akan dijalankan sebaik sahaja saya tamat belajar..
Actually, saya masih lagi pelajar. Seorang mahasiswa tahun akhir di UTM Skudai (psst, tak ramai yg tahu saya ni masih budak u) ;-) & internet marketing adalah bidang yang amat saya minati bahkan juga cita-cita saya.. InsyaAllah.
Terima kasih kepada sifuPTS sebab sudi melawat blog yang tak seberapa ini.. ;-)
p/s: Suka baca blog sifu. Saya dah abis baca satu siri.. InsyaAllah saya akan baca semua post sifu kat blog tu untuk ‘mengorek’ ilmu penulisan.. :-)
Baguslah.. Semoga lebih ramai lulusan UTM berjaya sebagai Usahawan Internet!!
Hidup Gamat eMas..:)
Saya suka usaha anda …moga anda akan berjaya
Ridha
http://www.arsnetsolutions.com
yea… selamat maju jaya dan terus berusaha dengan sedaya upaya selagi terdaya… kalo zul tak promote blognya kat mana blog beliau sekarang haaa? carta manakah beliau berada sekarang…?
saya punya blog ada jugak laa turun naik carta… memang susah nak kekalkan prestasi yang entah apa-apa ini… hihii :grin: