Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Produk untuk di-niagakan di internet

16 01 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Hmm, sudah lama saya tak kemaskini laman web ini, bahkan projek e-book kompilasi saya tu pun masih tertangguh.. InsyaAllah, akan datang jua dalam masa terdekat. Faham-faham je lah, saya masih belajar dan sibuk dengan projek sarjana muda. So, time frame kena ikut betul-betul, kalau tak masalahlah jawabnya. Selain itu, ada lagi beberapa perkara yang tak dapat dielakkan + sibuk dengan beberapa perkara yang lain.. Manusia biasa, hanya dapat merancang..

Ok,kita tinggalkan pasal itu, mari kita bincang mengenai topik kali ini. Memilih produk.. Jika anda adalah salah seorang dari orang yang mendaftar newsletter saya (kini ditutup sementara), anda telah menerima tulisan saya mengenai model-model perniagaan internet. Antaranya adalah produk, servis, affiliate & dropship. Tapi di sini, saya akan bincangkan mengenai produk & servis.

Saya, jika anda bertanya apakah yang saya lakukan di internet (berniaga), saya akan jawab saya melakukan hampir kesemua model-model di atas. Tidak perlu saya nyatakan satu-persatu tetapi antaranya adalah dengan membuat servis rekabentuk laman web, pembangunan sistem pengurusan maklumat (CMS) dan menjadi agen bagi syarikat hosting bagi menjual domain dan pakej hosting. Yang lain2 adalah program affiliate, namun saya tidak beberapa aktif sangat bagi model ini. Sekarang, saya lebih kepada produk & servis. Selain itu, saya juga menggunakan adsense untuk mendapat income secara sampingan.

Baik, setiap orang ada kepakaran tersendiri. Ada yang tahu design banner, logo, batik, bisnes kad, kad jemputan kahwin dan apa sahaja. Itu adalah bidang rekabentuk. Sebenarnya, apa sahaja bidang, anda boleh tawarkan servis anda di internet. Namun, lihat juga keadaan tertentu. Seorang doktor pakar menawarkan khidmatnya. Mungkin hanya penasihatan secara online.. Atau mungkin hanya mempromosikan khidmatnya menggunakan laman web serta siapa yang ingin mendapat rawatan, perlu ke klinik-nya. Inilah kekangan model servis, namun tidak semua. Design logo katakan, anda boleh menghantar design kepada pelanggan melalui emel sehinggalah pelanggan suka dan akhirnya anda menyiapkan apa yg dimahukan oleh pelanggan itu, serta menghantarnya melalui emel. Jadi, untuk model servis, kekadang anda perlu bersemuka dengan pelanggan anda.. Dari segi pembayaran, ia boleh dilakukan secara online..

Bagaimana dengan model produk? Mudah.. Pilih produk yang unik, dikehendaki ramai dan tiada pesaing yang menjual benda yang sama. Jika ada, anda perlu menyusun strategi untuk bersaing dengan sihat dan produktif. Pastikan produk itu mempunyai bakal pembeli yang ramai.. Bagaimana untuk mengetahuinya? Buatlah kajian, apakah keperluan mereka.. Jika boleh, produk anda unik… Apabila menyentuh mengenai unik, di dalam perniagaan internet memang topik ini disentuh secara serius.. Istilah-nya adalah niche. Saya akan menulis hal ini di lain masa, namun cukup untuk saya katakan di sini, produk anda mesti unik & bertumpu kepada pasaran sedia-ada. Nak tahu contohnya, saya akan menulisnya nanti..

Kesimpulannya, anda boleh pilih model mana yang anda mahukan. Jika anda mahukan ‘relaks’, pilih produk.. Jika anda ‘rajin’, buat servis.. Jika anda ‘kuat’, pilih kedua-duanya.. Saya akan ceritakannanti pengalaman saya setelah membuat kedua-dua model tersebut.. Letih? Cerewet? Senang?… ?? Tunggu.. :-)

Oklah, cukup setakat ini. Masa saya amat terhad.. So, apa tunggu lagi? Jangan biarkan diri anda hanya menjadi penonton kepada kejayaan orang lain..

Jumpa di puncak kejayaan.. :-p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • [Siri 2] Ebook Panduan Mudah FTP, Bukan Sebarangan Ebook!
  • Produk Terbaru SmartUsaha.com :)
  • Makluman Produk Resell Rights SmartUsaha.com
  • Model Perniagaan Drop Ship
  • Mitos Produk Master Resale Rights
  • Sistem EZSurvey Telah Dilancarkan!
  • Promosi Terakhir Sebelum Perubahan…
  • Perniagaan Internet: Teknik Mudah Idea Produk
  • Produk Kami
  • Produk Sendiri Vs Program Affiliate

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    6 Comments »

    Comment by ideal
    2006-07-13 12:43:58

    saya memang amat menggemari tulisan samartusaha ni,ia amat ringkas tapi padat dengan maklumat dan selalu menimbulkan keinginan untuk berfikir dalam diri sendiri..niche oh niche …

     
    Comment by smartzul
    2006-07-13 16:16:04

    wah ideal, jauhnya awak membaca yer.. Tulisan ni awal tahun ni lagi.. Dah berbulan-bulan usia.. Thanks sebab membaca. :)

    satu rahsia penulisan saya adalah, ia datang dari dalam….. Dah bakat kot. Semoga Allah terus mengizinkan saya menulis untuk manfaat bersama. Masih banyak perlu dipelajari.

     
    Comment by pyan
    2007-10-02 18:45:24

    Saya dah lama ikut dan baca bahan tulisan zul. tapi tiada keinginan memulakannya. blog pun tiada , :smile:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-02 18:51:01

    haaa…? boleh mulakannya dengan blogmas dot com ( iklan laa pulok?) ataupun boleh mulakan terus dengan blog sendiri.

    banyak menda rasanya nak diperniagakan dalam internet nih. cuma kena pandai carilah dan buat kajian yang terperinci untuk memaksimakan keuntungan yang ingin diperolehi… produk yang unik dan tersendiri malahan mendapat sambutan yang menggalakkan…

    sekian terima kasih… :grin:

     
    Comment by Han
    2007-10-02 19:36:40

    pyan nak buat ebiz sendiri tu sangat lah boleh…
    tapi kena kaji dulu…kena buat R&D(research & development)
    kaji betul apa permintaan orang…

    lps tu sedia produk…
    bila dah ada produk, bolehlah bina laman web utk jual produk tu…
    senang kan…

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-06 11:53:37

    banyak menda yang boleh diniagakan dalam internet nih.

    tapi yang banyaknya cara nak cari duit laa yang popular. perkhidmatan yang lain adalah cara nak mengajar orang buat duit online….

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: