Usahawan Internet + Surirumah Sepenuh Masa

Kini, kita melihat semakin ramai yang berminat dengan perniagaan internet. Dengan usaha kebanyakan usahawan internet yang sering mempromosi dan mendidik rakyat Malaysia mengenai cara sebenar berniaga di internet, kini kita melihat semakin ramai yang melakukannya.

Begitu juga dengan kaum hawa yang telah berkahwin terutama yang mempunyai anak-anak untuk dididik, diberi perhatian dengan penuh kasih sayang dan mencukupi. Ada isteri yang sanggup melepaskan jawatan semata-mata tidak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang cukup.

Tidak bermakna kaum hawa tidak boleh bekerja di luar, tetapi apa yang saya ingin menarik perhatian di sini ialah mengenai kelebihan perniagaan internet terhadap warga isteri, iaitu salah satu pilihan yang ada terbentang di hadapan. Syukur kepada Ilahi dengan terciptanya internet ini, kaum ibu dapat menambah rezeki sekeluarga tanpa perlu keluar daripada rumah terlalu kerap.

Dengan kelebihan ini, maka begitu banyaklah masa untuk mereka mendidik, mengasuh, menjaga dan membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi tanpa berbelah bahagi.

Saya tidak mahu menulis panjang di sini kerana berikut adalah satu artikel yang diambil daripada akhbar harian Utusan Malaysia mengenai seorang surirumah yang telah berhenti kerja. Beliau adalah lulusan pengajian tinggi dan sebelum ini berjawatan sebagai pembantu penyelidik di sebuah IPT. Tapi kini telah menjadi usahawan internet sepenuh masa bersama suaminya yang tersayang.

Jika anda sudah lama di blog ini dan aktif di forum WangCyber.com, Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth bukanlah asing lagi bagi anda. Ya, surirumah yang dinyatakan di atas adalah isteri beliau. Sama-sama kita membaca artikel yang telah disiarkan di akhbar Utusan tersebut.

Semoga bermanfaat dan memberikan motivasi terutama kepada warga surirumah.

———————-

Siti Noorhafezah selesa berniaga melalui Internet

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

REZEKI boleh diperoleh di mana-mana sahaja walaupun hanya duduk di rumah, yang penting ada usaha dan kemahuan.

Itulah kata-kata, Siti Noorhafezah Maarop, 28, yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi suri rumah dan pada masa sama menjalankan perniagaan melalui Internet di rumah.

Wanita ini mengambil keputusan meninggalkan kerja makan gaji sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas melahirkan anak pertama dua tahun lalu.

Memang, pada mulanya sukar bagi beliau membuat keputusan tersebut, namun memikirkan anak yang baru lahir lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu, maka gaji beribu dilupakan begitu sahaja.

usahawan internet

SITI Noorhafezah Maarop sentiasa memeriksa laman webnya bagi
memastikan pesanan pelanggan cepat diproses.

“Namun, rasa terkilan juga kerana tidak dapat memegang wang sendiri dan masa hanya dihabiskan melakukan kerja-kerja rumah di samping mengasuh anak.

“Tidak betah dengan keadaan itu, saya mencari peluang bagi menambah pendapatan keluarga. Saya mendaftar sebagai ahli sebuah syarikat yang menjual produk melalui katalog untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Dengan hanya bermodalkan RM20, saya memulakan perniagaan cadar yang diperoleh daripada katalog. Saya membuka sebuah laman web dan memasarkan cadar-cadar tersebut secara online.

“Alhamdulillah, perniagaan itu berjaya dan saya mengorak langkah membuka sebuah lagi laman web untuk menjual pelbagai produk keperluan bayi dan ibu lepas bersalin,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Isteri kepada Mohd. Suhaimy Abu Bakar memberitahu, beliau menceburi bidang perniagaan Internet ini setelah melihat kejayaan suaminya.

“Suami saya mempunyai laman web e-book iaitu yang menyewa dan menjual buku-buku ilmiah dan pengurusan untuk peminat buku.

“Daripadanya jugalah saya mempelajari bagaimana untuk memulakan laman web perniagaan dan menguruskannya,’’ ujarnya.

Graduan ijazah sarjana muda teknologi maklumat dari UKM ini menjelaskan, beliau membuka laman web www.cadarshop.com pada Februari tahun lalu dengan menawarkan pelbagai pilihan cadar, langsir dan dekorasi rumah.

“Pada bulan Jun pula, saya membuka sebuah laman web www.mypermatahati.com/shop dengan menawarkan produk keperluan ibu dan bayi seperti barut, bedung, pakaian kanak-kanak, cadar bayi dan produk selepas bersalin,’’ jelasnya.

Tambah Siti Noorhafezah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan modal yang banyak serta masa juga tidak terikat.

“Ini kerana saya hanya memesan barangan daripada pembekal apabila pelanggan memerlukannya. Saya juga tidak perlu mengambil barangan pesanan itu kerana ia akan dihantar sendiri ke rumah saya.

“Ia sungguh mudah kerana di samping menjalankan perniagaan yang hanya memerlukan beberapa waktu untuk mengendalikan pesanan pelanggan, saya boleh menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Tidak perlu meninggalkan anak untuk urusan perniagaan. Semuanya boleh diuruskan melalui e-mel atau telefon,’’ katanya.

Ibu kepada dua orang anak iaitu Adam I, rfan Mohd. Suhaimy, 2, dan Adi Farhan, 1 ini menjelaskan, segala aduan mengenai kerosakan dan ketidakpuasan hati terhadap produk yang dipesan boleh dibuat dalam masa tiga hari selepas penerimaan.

“Ia boleh dipulangkan,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai saingan, katanya, memang banyak, malah ahli-ahli katalog di bawahnya juga turut menjalankan perniagaan seperti ini.

Justeru itu, ujarnya, promosi produk perlu diadakan selalu bagi menandingi saingan lain.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Internet ini, boleh menghubungi Siti Noorhafezah menerusi talian 012-2370256.

Sumber: Utusan Malaysia

Tambahan daripada saya:

Kepada warga surirumah yang berminat dengan perniagaan internet (berniaga dari rumah). Berikut adalah sedikit panduan daripada saya:

1. Elakkan daripada panduan (terutama ebook) yang menjanjikan pendapatan besar dalam masa singkat. Janji manis seperti tidak perlu kerja, jutawan dalam masa 5 hari, ratusan ringgit dalam masa beberapa minit dan 1001 lagi janji yang tidak logik perlulah dijauhi. Itu semua adalah KARUT.

2. Perlu ada kefahaman mengenai beza buat duit dan perniagaan. Konsep perniagaan internet amat mudah iaitu ada transaksi jual beli antara anda dan pembeli. Itu sahaja.

3. Belajar daripada mereka yang jujur dan betul-betul dapat membimbing anda menjadi usahawan internet yang berjaya. Tugas mereka hanya membimbing, tapi bukan melakukannya untuk anda. Usaha dari pihak anda mesti 100% komitmen.

4. Sertai seminar atau bengkel perniagaan internet yang betul-betul dapat membantu anda untuk bermula dengan betul. Saya rekemenkan seminar perniagaan internet SaifulSham dengan kos bayaran tidak sampai RM400.00. Saya jamin anda berpuas-hati dengan mereka.

5. Beli buku panduan perniagaan internet yang membantu seperti Rahsia Buat Duit Di Internet. Walaupun buku itu ada perkataan Buat Duit, tapi ia sebenarnya menerangkan langkah demi langkah berniaga di internet.

6. Jangan banyak berbelanja membeli ebook atau menyertai kursus setelah anda berjaya menentukan apakah model perniagaan internet anda dan produk yang ingin dijual. Fokus sepenuhnya kepada skop perniagaan anda dan utamakan promosi/pemasaran. Seperti contoh di atas, beliau menjual barangan yang tidak banyak berbeza skopnya.

Bukan tidak boleh membeli apa-apa bahan rujukan untuk menambah pengetahuan, tapi berpada-padalah dan utamakan ebook/buku yang boleh meningkatkan produktiviti dan keuntungan perniagaan internet anda. Elakkan membeli sesuatu yang tiada kaitan dengan usaha perniagaan anda.

7. Berbincang dengan suami tercinta. Minta keizinan mereka atau lakukan bersama dengan mereka. Perkara ini amat penting dan merupakan kunci keberkatan rezeki perniagaan anda. Suami redha, insyaAllah perniagaan maju.

8. Bertukar-tukar pengalaman dengan usahawanita lain. InsyaAllah, saya akan senaraikan usahawan internet wanita di blog ini kelak.

9. Ada kefahaman kuat mengenai keusahawanan, ada perancangan dan usaha yang konsisten. Saya pernah bercerita mengenai usahawan internet yang gagal di blog ini dulu. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk menjadi usahawan yang biasanya mempunyai 1001 cabaran.

10. Pembahagian masa. Salah satu cabaran bekerja dari rumah ialah ‘gangguan’ daripada anak-anak. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan masa yang sesuai untuk menguruskan perniagaan internet.

Kelebihan perniagaan cara ini ialah anda tidak perlu bekerja 8 jam sehari seperti makan gaji, tapi 2 hingga 3 jam sudah memadai dalam sehari. Bekerja dari rumah juga tiada ikatan tanggungjawab pihak lain dan tekanan daripada mana-mana pihak. Ya, anda memang mempunyai masa yang banyak, tetapi pastikan membuat perancangan yang rapi dan tidak leka dengan ‘kebebasan’ yang dimiliki.

Jika anda yang membaca artikel ini adalah seorang usahawan internet wanita (surirumah) yang berniaga dari rumah sama ada secara sepenuh masa ataupun secara sampingan, sila kongsikan pengalaman anda di ruangan pendapat di bawah.

Akhir kata, semoga maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on “Usahawan Internet + Surirumah Sepenuh Masa

  1. Aku ada baca utusan tadi. Nasib terbeli. Kalau tak memang aku tak tau. Aku perasan nama shuth masa baca artikel tu sambil makan char kuew tiaw..

    Hoho. Tahniah shuth dan isteri! 😀

  2. Kaum Hawa-Makan gaji kena kerja dari 8-5. Pastu balik rumah byk lagi kerja, uruskan keluarga pulak. Kepada kaum hawa, jgn sia-siakn peluang berniaga di internet.. Byk kelebihannya!

    Nampaknya kena ikut jejak langkah shuth nie..didik kaum keluarga perempuan buat internet bizz.. 🙂

  3. hohoho…kalau Zul dah nak ada suri rumah nanti leh la jemput kitaorg makan nasi minyak skali..huhuhu

    Baguslah kalau wanita2 di luar sana mula belajar tentang perniagaan internet mulai sekarang. Kini telah terbukti sesiapa pun boleh berjaya dalam perniagaan internet asalkan ada kemahuan dan usaha yang kuat! Lebih baik melakukan perniagaan internet daripada melakukan perniagaan lain yang perlu berjumpa dengan ramai pelanggan. Lagi pun bila dah ada kerja ni tak la sibuk jumpa jiran2 ngumpat sana sini..hehehe..gurau jer!

    1. Actually Shuth, saya ada projek yg berkaitan dengan “Ebiz untuk surirumah”. Tak sangka pulak wife Shuth keluar dalam paper. Dan saya memang tengah cari artikel2 sebegini untuk bahan penulisan ebook. 🙂

      So alang2 dah ada ni, saya letak je lah dulu kat sini untuk bacaan semua mengenai topik “surirumah” ni.

  4. wahhh…tahniah diucapkan…walaupun kita tak mengenali namun kita tetap mengenali mu :)..melayu boleh ke persada dunia internet

  5. Tahniah untuk IM wanita..ini menunjukkan perkembangan dan kesedaran dikalangan rakyat malaysia sudah mula berkembang. Apatah lagi untuk surirumah yang sibuk perniagaan internet inilah yang sangat sesuai untuk anda..jagan lupa dapatkan “kitblogger” dari Zul sangat berguna bagi yang ingin memulakan blog perniagaan. Happy blogging 🙂

  6. syabas kaum hawa.siapa kata surirumah tidak boleh jadi jutawan…saya salah seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan online…tapi belum mencapai tahap jutawan.maybe satu hari nanti..amin

  7. sekarang sudah tidak ada alasan lagi untuk perempuan maju dalam bidang bisnes internet ni…tahniah shuth dan isteri semoga kejayaan kalian menjadi inspirasi untuk kami…

  8. Salam Zul,

    Nanti dah nak ada suri rumah jangan lupa jemput kitorang semua,buat jer post jemputan kat blog ini.Sure ramai 🙂 Tahniah buat isteri Shut dan sekeluarga.Satu keluarga buat ebizz.Cayalah…

    Buat bizmalaya,

    Tahniah dan teruskan perjuangan.Bagi saya jutawan tu tak penting sangat asalkan kehidupan kita bertambah baik dari segi kewangan dan keberkatan.Itu lagi penting.Amin

    1. betul tu starline, walaupun x jutawan tapi duit cukup, hidup bahagia bersama anak bini dan dapat melihat anak2 membesar serta x kebuluran tu pun da kira cukup bagus. x dapat jadi jutawan xpe tp kebebasan kewangan tu penting..he3

  9. Saya siap simpan keratan akhbar tu kat dalam beg, Balik dari outstation nanti nak bagi wife baca….heheee…

    Dalam situasi negara kita sekarang hampir sebulan lebih saya ‘boikot’ beli UM…tapi ntah naper hari tu terbeli pulak…. Hehee 🙂

  10. Menakjubkan betul akak Noorhafezah nie eks.. semoga lebih ramai wanita berkecimpung dalam bidang Internet ini..
    Ini menunjukkan kita boleh memaksima mungkin kebolehan wanita seperti akak noorhafezah ini..
    walaupun hanya berada di rumah tetapi masih tahu cara terbaik mendapatkan pendapatan keluarga..

  11. Harap2 sy pn boleh jd mcm kak Norfaezah tu. Bagus,dapat bekerja & tambah pendapatan disamping anak2. Sekurang2nya ank tdk terabai.

  12. Saya pun surirumah buat biz online sepenuh masa. Tak sampai hati tinggalkan anak pada orang. Biar anak membesar dengan didikan ibu sendiri. Tapi bukan mudah juga, buat bisnes sambil jadi suri rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *