Usahawan Internet vs Internet Marketer
Usahawan Internet (Internet Entrepreneur – IE -) adalah pemilik bisnes yang meniagakan sesuatu produk di Internet. Mereka ini tidak semestinya perlu melakukan usaha promosi sendiri-sendiri. Mereka mungkin menggunakan staf sendiri atau freelancer. Atau dalam kata lain, mereka ini adalah usahawan (tidak perlu disebut Internet di belakangnya).
Internet Marketer (pemasar internet) pula adalah mereka yang melakukan sesuatu usaha promosi dan pemasaran di Internet, sama ada untuk produk sendiri atau produk orang lain. Mereka ini biasanya pakar atau fokus paling kurang pada satu teknik pemasaran.
Usahawan internet tidak semestinya seorang Internet Marketer, dan seorang Internet Marketer tidak semestinya seorang usahawan internet. Jadi jangan terkejut jika mengetahui ada usahawan internet yang tidak pakar dalam satu-satu teknik promosi atau pemasaran, atau langsung tidak tahu. Dan jangan terkejut jika mengetahui ada Internet Marketer yang tidak menjual apa-apa produk, melainkan servis kepakarannya sahaja.
Akibat daripada salah faham kebanyakan orang, jika seseorang usahawan internet itu tidak pakar dalam satu-satu teknik promosi (seperti SEO dan copywriting), lantas mereka dikatakan “tidak hebat”. Bagi saya, perkara ini hanya berlaku dalam niche Internet Marketing (IM) sahaja dan tidak dalam niche lain.
Jika dalam niche IM, sudah pasti seseorang Internet Marketer itu perlu mahir walau tidak pakar sepenuhnya terhadap topik yang dibicarakan. Berbeza dalam niche lain, teknik promosi, pakar atau tidak, itu semua tidak akan diperbincangkan oleh orang lain terhadap usahawan internet itu.
Manakala, tidak semua Internet Marketer mampu mengajar atau membantu semua jenis usahawan. Ada Internet Marketer yang GAGAL dalam menjual produk fizikal, tetapi hebat dalam menjual produk digital, atau mengenai niche kepakaran mereka.
Jika menurut pengertian oleh Wikipedia, Usahawan Internet (Internet Entrepreneur) adalah mereka yang mencipta satu bisnes sama ada baru atau inovasi di Internet. Contohnya seperti Facebook, Myspace, Twitter, Digg, Youtube dan lain-lain.
Kesimpulan
Usahawan Internet adalah mereka yang lebih fokus kepada penjualan dan keuntungan, serta kepada pengurusan perniagaan. Manakala Internet Marketer lebih fokus kepada pencarian dan pemerkasaan (menjadi pakar) dalam satu-satu teknik Internet Marketing.
Usahawan Internet tidak perlu menjadi pakar dalam satu-satu cara promosi, sebaliknya hanya perlu melakukan perkara yang betul dan berkesan sahaja. Analoginya, Internet Marketer pening kepala dengan proses penemuan sesuatu formula (seperti matematik). Manakala usahawan pula hanya perlu menggunakan formula yang telah siap sahaja.
Sehebat mana seseorang Internet Marketer itu, lambat laun dalam keadaan tertentu, mereka akan menjadi pekerja kepada seorang usahawan internet, sama ada secara freelance atau menjadi staf.
Di dalam dunia perniagaan internet, begitu banyak mitos yang direkacipta dengan harapan orang-orang baru mendengar cakap mereka walaupun mitos itu hanyalah kekarutan yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Iaitu cerita yang tidak sesuai untuk mereka dengar dan dipraktikkan untuk bisnes masing-masing. Jadi, dengar, belajar dan guna apa yang perlu sahaja.









Penjelasan yang baik untuk semua… Thanks…
penjelasan yang baik…mungkin saya juga agak keliru sebelum ini..terima kasih atas penjelasan ini
apa contoh mitos tu?
penin sekejap..internet marketer, internet entrepreneur, usahawan interent, … en zul kategori mana?
Kedua-duanya.
Banyak. Saya pernah tulis di blog ini.
Usahawan internet akan menggunakan kepakaran internet marketer. No entrepreneur no marketer.
Penerangan yang jelas..terima kasih zul
Bagus penjelasan tersebut. Semoga menjadi panduan kepada internet marketer dan usahawan internet di luar sana
Terima kasih.
PS. Kalau masuk dalam niche lain, mahu mereka sebut Internet Marketer sekali pun susah. Sebaliknya mereka akan refer diri mereka sebagai usahawan, peniaga atau penjual.
Salam sejahtera. T/kasih kerana berkongsi tulisan ini. Kini saya tahu perbezaan di antara kedua2nya.
Sama-sama. Semoga bermanfaat.
Mungkin saya jatuh kepada Usahawan internet kerana saya menjual produk fizikal melalui medium internet.Saya juga memerlukan ilmu-ilmu daripada internet markerter untuk memasarkan dan menarik traffic datang ke blogshop saya.Disini antara dua-dua saling memerlukan antara satu sama lain.Kalau kedua-duanya digabung dan dimanfaatnya,hasilnya pasti menabjubkan.Kesimpulan saya,internet ini salah satu medium untuk memasarkan produk
Terima kasih. Usahawan internet juga boleh berkongsikan pengalaman mereka di dalam memasarkan produk di Internet. Malah kadang-kadang, mereka lebih ‘pakar’ dan berpengalaman berbanding Internet Marketer.
Izin saya tambah lagi ya Tuan Zul.
Ramai yang beranggapan Internet Marketer perlu dianggap ‘expert’ dalam sesuatu niche yang diceburi.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka bukan ‘expert’. Tetapi golongan Internet Marketer ini bijak mengetengahkan ‘value’ yang ada dalam sesuatu produk untuk dijual.
Sebab itu seorang internet marketer boleh memasuki pelbagai niche. Dengan syarat mereka perlu tahu kehendak pasaran dan apakah jalan penyelesaian (dalam bentuk berbayar atau percuma) yang sesuai untuk sesuatu masalah yang dihadapi dalam pasaran tersebut.
Dengan kata lain.
“Customer wants your solution, not you yourself”
Terima kasih Tuan. Sekadar berkongsi.
Betul Tuan Aqif. Bagi saya, perkataan itu hanyalah satu “ilusi”. Ia hanya sandaran sahaja, tetapi seperti tidak wujud. Alasan: Kalau ada seorang yang pakar, ada lagi yang lebih pakar. Benda sebegini adalah infiniti.
Bagi saya, kita berpegang kepada pesanan Rasulullah SAW. Sampaikanlah walaupun satu ayat. Tak kisahlah pakar atau tidak. Selagi benda itu baik dan betul, kongsikan sahaja sama ada berbayar atau percuma.
Memang ramai lagi yang tak dapat membezakan di antara “Usahawan Internet” dan “Internet Marketer”… Satu penerangan yang sangat bagus, thanks bro Zul
Penjelasan yang menarik. Sekarang saya dapat membezakan kedua-dua istilah tersebut….thanks
hebat penulisan ini…
penjelasan yang tepat