Usahawan Internet Vs Internet Marketer – Versi 2

Pada artikel yang lalu, saya menerangkan perbezaan dan persamaan di antara usahawan Internet dan Internet Marketer. Ia adalah dua perkara yang berbeza tetapi ada persamaan.

Internet Marketer adalah salah satu kerjaya dalam bidang keusahawan Internet, namun usahawan Internet tidak semestinya seorang Internet Marketer.

Pada kali ini, saya akan menyenaraikan beberapa contoh usahawan Internet di mana mereka tidak memfokus pada satu kepakaran semata-mata, tetapi mereka mempunyai produk mereka sendiri, biasanya pada skala yang lebih besar. Kesemua mereka telah saya temui dan kenali secara peribadi.

Apakah perbezaan ketara antara usahawan Internet dan Internet Marketer? Kita akan semakin jelas melalui contoh-contoh usahawan internet yang disenaraikan di sini.

.

1. Dzulfadhli Zainal Abidin, www.my1stop.my

dzul my1stop

My1Stop menyediakan platform shopping cart tanpa perlu pasang sendiri. Hanya perlu ada produk, daftar sistem My1Stop dan aktifkan.

my1stop

Dengan kadar kos tahunan yang rendah, pelbagai fungsi shopping cart disediakan termasuk proses pembayaran automatik tanpa perlu menyewanya sendiri.

2. Shamsurizam Norsham, www.edymart.com

sham edymart

EdyMart.com menyediakan sistem dan platform jualan tanpa memerlukan peniaga/usahawan mempunyai website dan produk sendiri. Peniaga hanya perlu menjual produk tanpa perlu menghantar (pos) sendiri produk tersebut.

edymart

Pihak EdyMart akan menyediakan pelbagai produk fizikal tanpa mengenakan sebarang caj tambahan kepada ahli berdaftar. Ahli yang berdaftar (peniaga) hanya perlu mempromosi dan menjual sahaja. Bayaran keahlian adalah secara bulanan (boleh juga dibayar setahun penuh).

3. Adly Mukhtar, www.SinarNiaga.com

adly mukhtar sinarniaga

Dari penulis dan penjual ebook, kini beliau beralih kepada bidang perniagaan yang lebih berskala besar sejak 3 tahun yang lalu. Terkini, beliau memfokus kepada satu projek paling besar bagi syarikatnya, iaitu SinarNiaga.com.

sinarniaga

SinarNiaga.com juga adalah sama seperti EdyMart.com, iaitu menyediakan sebuah platform perniagaan untuk usahawan, tanpa perlu mempunyai produk dan website sendiri. Segalanya sudah disediakan secara automatik, di mana peniaga hanya perlu masukkan sedikit maklumat diri dan semuanya siap untuk mereka niagakan mana-mana produk yang ada.

Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam sistem sebegini iaitu pembekal produk, pemilik sistem dan peniaga.

INFO PENTING: Sistem dropship yang disediakan seperti oleh SinarNiaga dan EdyMart BUKAN program Multi Level Marketing (MLM). Bayaran bulanan atau tahunan itu adalah untuk kos sistem, keahlian dan akses kepada produk yang disediakan. Peniaga yang berdaftar bebas meniagakan semua produk yang dibekalkan, dan keuntungannya terus diambil tanpa menghantar (pos) sendiri produk tersebut kepada pelanggan.

Peniaga –> SISTEM –> Pelanggan

4. Gobala Krishnan, www.JomNiaga.com

gobala krishnan jomniaga

Bermula daripada menjual sendiri produk digitalnya dan aktif menjadi affiliate produk luar negara seperti Clickbank, akhirnya beliau melahirkan satu projek terbesar beliau iaitu JomNiaga.com. Bermaksud, beliau akan buat duit dengan produk digital orang lain melalui pembahagian keuntungan.

jomniaga

JomNiaga adalah satu portal (marketplace) affiliate seperti Clickbank, iaitu menyediakan pelbagai produk digital yang boleh dipromosikan oleh sesiapa sahaja yang berminat (affiliate). Semuanya ‘central’ dan terdapat banyak produk digital pelbagai niche (topik) yang boleh dipilih untuk dipromosikan.

Terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu penulis ebook yang memasukkan produk ke sana, para affiliates (agen) yang akan mempromosikan produk-produk di sana dan kemudian Gobala sebagai pemilik platform. Kesemuanya akan mendapat hasil masing-masing melalui pembahagian yang telah ditentukan melalui sistem.

Persamaan Utama

Mereka yang akan saya nyatakan tidak sekadar menjual semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Beberapa prinsip yang sama dimiliki oleh mereka adalah:

  • Menyediakan platform perniagaan berbentuk sistem kepada para usahawan.
  • Menggunakan konsep leverage. Contoh: Mereka tidak perlu menjadi pakar bagi satu-satu topik, tetapi sediakan platform untuk pakar. Bahagi untung sama-sama.
  • Menjadi pihak tengah kepada pembekal dan peniaga.
  • Kesemua sistem para usahawan di atas adalah secara online yang mengambil masa dan kos yang besar untuk dibangunkan.
  • Projek berskala besar itu biasanya adalah ‘produk utama’ mereka setelah melalui beberapa fasa perniagaan dan pengalaman dari bawah.
  • Mereka mewujudkan sesuatu berdasarkan passion dan minat mereka. Contohnya, Gobala Krishan aktif dalam bidang affiliate marketing, manakala Adly Mukhtar pernah terlibat dengan perniagaan (menjual) produk pakaian.

Bagaimana dengan saya?

Buat masa ini, saya masih lagi dalam golongan Internet Marketer yang memfokus kepada beberapa kepakaran.  InsyaAllah, satu masa nanti saya akan hadir dengan satu projek tersendiri seperti mana mereka yang saya senaraikan di atas.

Bagi saya, setiap usahawan perlu mempunyai perancangan untuk berhenti bekerja sendiri (self employed), di mana pada satu masa, kita akan menjadi pemilik perniagaan dan mempunyai ‘sistem’ tersendiri yang bekerja untuk kita. Atau sekurang-kurangnya, kita tidak lagi menjadi peniaga/penjual sampai bila-bila.

Bagaimana pula dengan anda?

Jika anda sekarang adalah peniaga atau bekerja sendiri, ataupun seorang Internet Marketer, ada tiga pilihan untuk anda:

  • Bekerjasama dengan usahawan seperti mereka.
  • Buat projek berskala besar seperti mereka.
  • Teruskan seperti yang anda lakukan sekarang.

Apa jua keputusan, anda lebih tahu kerana anda lebih kenal diri anda sendiri.

Tidak semua orang perlu menjadi seperti usahawan Internet di atas. Kita juga perlukan penjual dan peniaga online yang hebat, freelancer yang menyediakan perkhidmatan penting untuk bisnes, dan Internet Marketer yang pakar dan mahir dalam bidang masing-masing.

Perniagaan Internet Malaysia semakin rancak

Pada satu sudut, dapat kita simpulkan satu perkara, iaitu bidang perniagaan Internet di Malaysia semakin rancak. Para usahawan, pihak korporat, penyedia talian Internet, syarikat IT, pihak pengiklanan, Internet Marketer dan semuanya semakin memainkan peranan masing-masing.

Segalanya kini hanya di hujung jari. Sudah banyak kemudahan dan peluang yang ada di hadapan mata. Hanya tunggu pilih dan bertindak sahaja. Siapa berusaha bersungguh-sungguh, dia dapat.

ps. Usahawan Internet Vs Internet Marketer Versi 3 nanti akan menyenaraikan contoh-contoh Internet Marketer yang berjaya, iaitu mereka yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Usahawan Internet Vs Internet Marketer – Versi 2

  1. Benar tuan Zul. Saya setuju dengan poin tuan di atas yang seorang IM bercita-cita mahu berhenti bekerja sendiri dan fokus kepada projeknya yang tersendiri. Saya juga begitu.

    Saya doakan agar projek yang sedang tuan rencanakan itu dipermudahkan oleh-Nya. Tidak sabar rasanya mahu mendengar apakah rancangan tersebut. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *