Tujuan Pakej Resell Rights Kit Blogger

Apa khabar semua? Masih ingat Pakej Kit Blogger? Hehe.. Boleh lak saya tanya yer. Mana tahu, anda dah lupa. 🙂 Kepada yang belum memiliki Pakej Kit Blogger tu, dapatkanlah yer. Dah ramai pembeli dah ada blog sendiri, bukan main gembira mereka…

Ok, apa yang ingin saya nyatakan pada hari ini adalah, apakah tujuan saya memberi peluang kepada hanya 100 orang untuk resell rights bagi pakej kit blogger? Dan kenapa saya tidak terus siapkan website atau laman web jualan untuk reseller? Pendek kata, menyediakan semua perkara dari A hingga Z tanpa mereka berbuat apa-apa? Nak tahu jawapannya? Teruskan membaca…

Kepada reseller dan bakal reseller. Anda perlu tahu bahawa, jika saya melakukannya semuanya untuk anda, maka tiada gunalah pakej reseller ini. Saya ada tujuan utama iaitu ingin melatih mereka yang berminat membuat ebiz, tapi tiada produk sendiri. Maka, saya ‘sediakan’ produk termasuk laman webnya sekali. Tidak cukup dengan itu, saya sediakan beberapa tools dan juga panduan serta tips yang berkaitan. Reseller perlu belajar bagaimana nak edit web, perlu tahu upload laman web ke server, perlu tahu ‘setup’ form order, button paypal (jika perlu) dan tahu bagaimana nak terima bayaran. Maka semua itu memerlukan pembelajaran. Susah? ya, susah. Tapi hanya di peringkat awal. Kalau dah tahu, kelak boleh buat projek ebiz sendiri! Nah, itulah tujuannya saya wujudkan peluang ini terutama untuk newbie-newbie.

Tidak cukup dengan itu, mereka perlu berusaha mendapatkan trafik (bakal pembeli) agar mereka dapat menjual. Jika tak dapat pembeli, mereka perlu belajar bagaimana nak jadikan pelawat kepada pembeli. Banyak kerja kan? Ya, memang banyak… Ini terbukti masih ada reseller yang masih belum melakukan apa-apa. Usah gusar wahai reseller semua, saya bukan ingin menyusahkan anda. Sesungguhnya saya tetap ada perancangan tersendiri untuk anda. Namun yang pasti, jika saya bagi ‘guide’, anda sendiri yang perlu melakukannya.

Kepada yang belum mula, usah gusar. Syabas juga kepada mereka yang sudah bermula, dah balik modal pun! Nasihat saya kepada reseller yang belum dapat apa-apa hasil, inilah dikatakan ‘pelajaran’. Kita cuba tingkatkan lagi usaha dan strategi. Juga kita perlu tahu, produk yang anda jual itu bukan hanya untuk esok atau lusa, ia adalah untuk jangka masa yang lama! Sebarang kemas-kini ebook, anda akan mendapatnya secara percuma. Support kepada pembeli anda, saya juga akan membantunya di ruang support! Anda tidak keseorangan… Saya sentiasa di sisi anda, kerana saya ingin membantu anda menjana pendapatan di Internet. InsyaAllah.

Jika anda kata produk Kit Blogger tak laku, mengapa saya dan reseller-reseller lain boleh dapat pelanggan? Maka, tingkatkan usaha anda. Anda perlu komited dengan usaha anda itu dan anda perlu yakin bahawa, pasaran blog terutama WordPress amat-amat besar dan terbentang luas! Siapa yang menjadi 100 reseller saya, memang beruntung, sebab saya hanya mahu 100 orang sahaja, bukan 99 atau bukan 101. 🙂

Saya dan reseller akan terus bekerjasama agar bidang blogging terus meningkat maju di Malaysia ini. Saya gembira apabila melihat sudah banyak blog terhasil dengan ebook Panduan WordPress saya. Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli saya kerana banyak memberikan idea, komen, input dan cadangan. Saya amat menghargainya.

Berbalik kepada tajuk, maka jelaslah bahawa, saya buat pakej reseller adalah untuk memberi peluang kepada yang berminat untuk memiliki perniagaan Internet sendiri. Sudah ada produk, tapi perlu lakukan lagi langkah yang lain. Saya mahu anda belajar dan inilah jalan biasa yang digunapakai oleh kebanyakan produk resell rights lain. Anda beli, dapat ‘bahan’, kemudian anda buat sendiri semuanya. Malah, ada juga mereka yang bila sudah mendapat bayaran, terus mendiamkan diri, tiada support. Tapi insyaAllah, saya akan melakukan follow up dan ‘bertanya khabar’ reseller-reseller saya dan melakukan pantauan secara konsisten. 🙂

Saya mahu hanya 100 orang sampai selamanya. InsyaAllah. Saya mahu 100 orang ini berjaya, tidak kisahlah bila mereka bermula. Saya akan bantu dari semasa ke semasa. Cuma diharap, jangan mengharap sepenuhnya daripada saya. Jika begitu, maka tak bergunalah kerana anda tidak akan tahu apa-apa dan tidak tahu ‘survive’. Saya hanya bagi guide, tapi anda perlu berusaha. Itu tujuan asas pakej reseller ini.

Akhir kata, saya harap reseller dan bakal reseller semua jangan cepat mengharapkan hasil daripada pakej kit blogger. Ambil masa, tumpu sepenuhnya kepada strategi promosi dan pemasaran, sabar dan sentiasa belajar ilmu yang berkaitan sedikit demi sedikit. Inilah tujuan sebenar Pakej Reseller, ia bukan hanya bertujuan buat duit semata-mata…

Jika saya ingin buat sistem autopilot untuk anda, atau sediakan semua untuk anda dari A hingga Z, maka anda tidak akan melalui proses-proses yang penting dalam ebiz. Ilmu dan pengalaman itu amat berharga, boleh digunapakai berulang-ulang kali.

Nota 1: Kepada semua reseller, nantikan berita istimewa daripada saya. Saya tak akan berlepas tangan untuk membantu anda walaupun ia cepat atau lambat. Namun pada beberapa hari lepas saya telah melakukan follow-up, sila take alert apa yang telah saya sampaikan.

Nota 2: Kepada yang berminat untuk menjadi reseller, saya mahu 30 orang lagi. 🙂 Bermaksud, masih ada 30 lesen resell rights sahaja lagi. Apabila cukup sahaja 100 orang, saya akan terus tutup jualan dan akan fokus kepada 100 orang tadi sehingga mereka berjaya.

Bandingkan:

Jika anda membuat program affiliate kit blogger dan katakan anda membuat 10 jualan, maka anda akan dapat RM200 iaitu RM20 satu jualan. Namun jika anda menjual dengan versi resell rights, maka anda akan mendapat hampir atau lebih RM500. Pakej Kit Blogger mesti dijual lebih daripada RM45. Jika letak harga RM50 dan dapat 10 jualan ebook, maka hasilnya adalah RM500. Apakah beza antara RM200 dan RM500? Besar bezanya kan? Namun terserah, bagi yang mahu mudah, program affiliate adalah pilihan terbaik. Namun yang mahu ada ebiz sendiri, mahu untung besar, maka pakej resell rights adalah pilihan untuk anda.

Link Resell Rights bagi Kit Blogger:

http://bloggingsteps.com/kit/peluang-perniagaan-internet.html

Panduan Perniagaan Resell Rights:

http://blog.smartusaha.com/category/4-langkah-3-hari/

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Tujuan Pakej Resell Rights Kit Blogger

  1. Menjual memang perlukan kesabaran.Saya pun masa mula-mula tu gelabah jugak takut tak balik modal.Tapi syukur dah dapat balik dan dah untung pun 🙂 Memang banyak yang perlu dilakukan untuk berjaya terutama promosi.Takde promosi maknanya takde la jualan. Apapun kepada yang masih tercari-cari produk untuk dijual, saya amat galakkan anda mencuba. 🙂

  2. Ambsmart, tak apa. Terserah kepada diri sendiri. Lagipun, hanya 100 orang je reseller, so market tu insyaallah tak akan tepu lah. Permintaan kepada ebook sebegini sentiasa ada, cuma kita je lah kena pandai buat promosi. 🙂

  3. Cruzertech….sebenarnya siapa yang beli ebook SmartZul akan dapat link khas utk masuk ruangan support system(Forum). Hanya pembeli dan reseller (ada satu lg ruangan khas utk reseller shj) yg dapat join ruangan tersebut.

    Itulah yg uniknya pembeli ebook SmartZul. Banyak yg kami dapat berbincang di situ. Daripada yg tak tahu nak buat blog langsung hinggalah berjaya ada blog sendiri hasil drpd ruangan support tersebut.

  4. Tahniah buat smartusaha di atas pakej all in one pada harga yg cukup berpatutan.. zul.. terima cheque tak sebagai pembayaran ? actually nak beli atas nama company… email me.. thanks..

  5. salam..apa yang en zul buat ni,hanya tuhan saja yang mampu balas ganjarannya..

    tentu rasa puas kan bila apa yang kita buat akan bermanfaat pada orang lain..

  6. Saya pun belum start jual lagi. Insyaallah 9 April baru mula.

    Saya hairan betul dengan zul ni. Tak pernah saya jumpa orang yang sanggup support reseller dia sampai macam ni.

  7. Bertuah dapat jadi reseller produk dari Zul coz support yang diberikan mmg lebih dr yg kita perlukan.. Tak percaya anda boleh jadi reseller nya.. 😉

  8. terlepas pun takpe hamid…
    nanti ada lagi produk zul akan keluarkan…
    sabar menunggu ok…hehe
    saya tgh tunggu produk RM20 tu…
    lambat betul zul keluar kan…hehe
    tak sabar nak tahu produk apa…

    han

  9. Terpulang pada kita untuk memilih 😉
    jangan sampai tergelincir ke ke lembah yang haram sudahlaa..
    contohnya skim cepat kaya piramid dan sebagainya. 👿

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *