Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Usahawan Internet Sepenuh Masa??

Jumpa lagi kita pada kali ini. Hmm, saya adalah seorang pelajar Universiti dan baru saja menamatkan pembelajaran. Seperti biasa, semua yang dah bergraduan bersibuk-sibukan mencari kerja di sana-sini. Mak ayah dan keluarga saya pula sibuk bertanya, cari kerja ke? Nak kerja kat mana? Kenapa tak balik Kelantan je? Saya dipersoalkan dengan 1001 persoalan yang saya jawab dengan satu jawapan yang ringkas:

“Saya nak jadi usahawan.”.

Siapa yang kenal saya, dia tahulah sikap saya yang bila menetapkan sesuatu keputusan, saya amat sukar dan tak mudah goyah dengan keputusan tersebut dan bila saya kata A, A lah.. Mereka faham dan mereka diam sahaja. hehe..

Persoalan sekarang, saya nak minta pendapat rakan-rakan dan pembaca semua, patutkah saya terus menumpu atau menggunakan masa 24 jam untuk perniagaan internet pada peringkat permulaan sekarang? Mudah citer, 24 jam untuk buat duit di internet?? Patutkah? Atau sahabat semua mempunyai cadangan seperti saya patut bekerja sambilan di mana-mana? Suarakan pandangan anda semua.. Saya nak mendengarnya. Inilah kemelut kebanyakan graduan dan orang yang baru nak memulakan bisnes.

Tapi ingin saya katakan, hidup dan mati saya adalah dalam bidang keusahawanan!

PS. Saya mempunyai pelan perniagaan internet saya sendiri, cuma dalam kes ini, saya mahukan pendapat anda semua terhadap budak u yang baru abis belajar ni.. ;)

PPS. Blog ini selain memaparkan tips perniagaan internet, ia adalah tempat anda ‘memantau’ perkembangan saya di dalam menjadi usahawan internet yang berjaya. :)

Nota: Sudahkah anda mendaftar Seminar Perniagaan Internet Anjuran Team SaifulSham.Com? Jika belum, mendaftar sekarang! Klik di sini!!

Facebook comments:

13 Responses to “Usahawan Internet Sepenuh Masa??”

  1. Saya setuju utk jadi usahawan Internet sepenuh masa kalau income bulanan saya paling minimum rm3000, maksudnya tiap2 bulan, rm3000 tu la paling sikit yg akan saya dapat. Tapi ada 2 taun lagi baru bak abes study, huhu

  2. alhafiz3d says:

    Maybe mula dengan kerja makan gaji untuk dapatkan lebih pengalaman.
    Dalam masa yang sama, teruskan perniagaan internet..
    sebab pada saya usahawan internet ni tak perlu 24 jam..
    Bila semua dah ready.. boleh fulltime..

    Mesti kena berani.
    apa-apa pun its up to u.. :D

  3. smartzul says:

    Terima kasih hafiz dan bitol. Maksud 24 jam bukanlah bermakna 24 jam mengadap pc dan internet, bukan sama-sekali. Maksud saya adalah kerjaya kita adalah usahawan internet. :)

    Betul bitol, income kita kena mantap dan stabil. Satu tips, jangan hanya fokus kepada satu bisnes sahaja, ada modal buka bisnes lain spt hartanah, pelaburan, dan lain-lain peluang.

  4. workbizz says:

    Hmm, boleh jugak if u work part time as a netpreneur, and have a permanent day job at the same time. It’s up to you to manage. But it would be nice if we earn maybe 1.5k (average fix salary) as an employee to your boss and also earn RM4k (else if) as an online marketer (SOHO) at the same time. Wow!

    After all, then you are free to decide! All the best!

  5. bagak says:

    rm3000 adalh minima untuk sebulan untuk jadi usahawan yang boleh hidup
    tapi mungkin kurang kalau tak ada hutang dan kurang tanggungan selepas habis belajar
    dulu2 (10 thn lepas) selepas habis belajar RM1800 sudah cukup utk saya hidup di kl.

    teruskan kalau berani utk 24 jam usahawan internet. sebab dalam dunia maya apa2 pun boleh berlaku. kita mungkin balik modal dalam masa 2 minggu sahaja kalau kena gayanya.

    kalau tak berapa berani buat part time tetapi tak mengganggu urusan depan pc.
    part time juga boleh mengalakkan hubungan networking

  6. Che Din says:

    Saya lepas kuar u kerja dua tahun dan berhenti kerja kerana bertekad untuk jadi usahawan. Pada tahun 2002 saya berhenti dan mula mencari peluang perniagaan dan banyak yang gagal dan ada yang still berjalan sehingga kini. Tahun 2005 saya telah membuka mata untuk meneroka peluang perniagaan melalui internet dan ianya memang boleh mendatangkan wang. Saya mencari dan terus mencari. Sehinggalah saya melihat bagaimana internet boleh di gabungkan dengan bidang trading atau MLM. Akhirnya saya bertemu dengan peluang perniagaan MLM dan menggunakan internet sepenuhnya untuk membina rangkaian kerana aku amat faham lumayannya hasil perniagaan rangkaian ini ( network ). Alhamdulillah pendapatan 5 angka telah dicapai hasil dari internet.

    Boleh buat sepenuh masa kerana perniagaan internet ini memerlukan fokus yang amat tajam. Asalakan kita ada sesuatu produk atau perkhidmatan yang baik untuk ditawarkan serta strategi yang baik , InsyaALLAH ianya mampu membuahkan hasil. Tetapkan Matlamat Besar dan Berani Mendapatkkannya.

  7. Termin a.k.a Laptop says:

    Zul nak buat full time yer….bagus jugak tu. Tapi pada pendapat saya ada pro & const kalau buat full time usahawan internet ataupun bekerja.

    Full Time Usahawan Internet:
    -Zul kena bersedia untuk melakukan pengorbanan besar. Bila kita tiada pendapatan tetap/bulanan, kita kena bergantung kpd apa sahaja income yg kita ada hasil usaha sendiri. Kalau buat masa ini Zul sudah ada income sendiri yg masuk setiap bulan(contoh melalui pengiklanan etc)..maka Zul boleh membuat perhitungan income bulanan sama ada boleh menampung kehidupan seharian atau tidak….kalau mencecah lebih kurang RM1000 sebulan, maka tak perlu risau lah. Kalau tak cukup, maka kena fikir2 kan la. :)
    -Tanpa kerja tetap akan menyukarkan memohon kad kredit (ianya satu keperluan pd saya walaupun ada keburukannya juga…tapi ada masanya ia sangat2 diperlukan).
    - Tanpa kerja tetap akan menyukarkan membuat pinjaman bank (cth Personal Loan utk kawin ker…utk modal bisnes ker…etc)
    - Tanpa kerja tetap, Zul mungkin kena beli kereta ‘cash’. Kereta adalah satu keperluan yg sangat penting sekarang ni. Saya masih tak berkereta & sy menerima pelbagai tohmahan dari pelbagai arah. :(
    - Dan ada lagi pandangan dari saya…tapi lain kali saya sambung melalui email ker…sebab sy nk keluar jap….hehehe….

    Jumpa lagi….:)

  8. smartzul says:

    Che Din, ya, saya mengikuti perkembangan Che Din dari awal penyertaan Che Din bisnes MLM tu. Alhamdulillah, Che Din berjaya. Saya ni ‘anak buah’ Dr. Amin. :)

    Termin, terima kasih. Satu info yang bermakna kepada saya.

    InsyaAllah, saya sekarang dalam tempoh percubaan sebulan untuk buat bisnes online ini secara fulltime. Orang kata satu ‘permainan’ hidup mati saya. Ya lah, masa belajar lain dengan sekarang. Rumah sewa, api, air, minyak, dan lain-lain. Satu prinsip saya, saya tak akan meminta daripada keluarga jika diri tidak terdesak.

    Jika something happen, maybe saya akan kerja part time di mana-mana sehinggalah waktu tertentu (income biz dah stabil).

    Pasal belanjawan bulanan, insyaAllah, yang itu dah kira.

    Saya amat berterima kasih kepada penulis buku maskahwin yang hilang, kerana buku itu banyak memberi panduan kepada saya di dalam pengurusan kewangan: http://maskahwin.smartusaha.com. Terima kasih shuth.

    Kepada yg berikan pendapat, terima kasih, jazakallah. :)

  9. alhafiz3d says:

    betul kata laptop tu,
    cuma.. rasanya sekarang ni rm1000 tak cukup oo..
    tapi kalau ada panduan pengurusan wang macam maskahwin tu, insyaAllah boleh.

    baru tahu shuth tu penulis maskahwin.. ingatkan dia pengedar je :)

  10. Kami sentiasa menyokong Zul walau apapun keputusan yang diambil! :)

    Sebab kitorg ni pun stadi lagi, tapi rasanya kalau kitorg la nak buat full time, masuk international market. Di sini baru boleh buat duit. Duit US$ besar.

    Good luck zul! :)

  11. abdfatah says:

    sekiranya income dah mendadak naik dan tidak merugikan diri sendiri memang patutlah menyediakan diri untuk menjadi usahawan sepenuh masa. fokus untuk membangunkan bisnes internet dengan jayanya… siapa yang nak menghalang kita untuk menjdi usahawan sambilan atau sepenuh masa…

  12. Han says:

    nak jadi usahawan internet sepenuh masa, kenalah biar income tu sedang dilihat dulu…hehe..
    kalau tak nak makan apa…

    biar betul2 kukuh usaha kita tu dulu…
    penting!!!

    han

Trackbacks/Pingbacks

  1. Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Cari Duit, Motivasi » Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)