4 jenis pendapatan yang perlu dimiliki oleh usahawan internet sepenuh masa

Menjadi usahawan internet sepenuh masa memang menyeronokkan. Masa kita adalah hak milik kita di mana kita boleh menentukan apa yang kita mahu buat. Namun hakikatnya, kerjaya sebagai usahawan sepenuh masa menuntut perancangan dan usaha yang baik. Jika tidak, kita akan mudah kecundang.

Usahawan internet sepenuh masa perlu memiliki sekurang-kurangnya empat jenis (sumber) pendapatan agar jikalau satu sumber bermasalah, kita masih ada lagi sumber pendapatan yang lain.

1. Pendapatan aktif

Sumber pendapatan sebegini adalah kerja yang perlu dilakukan berulang-ulang kali. Contohnya, menjual produk fizikal. Sekali kita menjualnya, kita hanya mendapat sekali sahaja bayaran. Dan untuk mendapat bayaran lagi, kita perlu menjualnya lagi sama ada kepada pembeli sedia ada ataupun pembeli baru.

2. Pendapatan pasif (passive income)

Pendapatan sebegini adalah pendapatan yang terhasil daripada usaha sekali sahaja dan pendapatannya berkali-kali. Contohnya adalah seperti ebook (produk informasi). Kita hanya perlu menulis dan menyiapkannya dalam sekali masa sahaja dan kita boleh menjualnya berkali-kali.

3. Pendapatan berulangan (recurring income)

Pendapatan cara ini adalah salah satu bentuk pendapatan pasif, tetapi ada hadnya berbanding pendapatan pasif. Pendapatan berulangan juga memerlukan sekali kerja sahaja dan kita akan mendapat pendapatan secara pasif secara berterusan, tetapi akan berakhir pada masa tertentu.

Contoh cara pendapatan berulangan adalah kelab keahlian tertutup secara online (membership). Ahli dikehendaki membuat bayaran pada setiap bulan. Bayangkan, jika kita mempunyai ahli dalam satu laman tertutup seramai 50 orang dan mereka membayar RM20 sebulan, kita akan mendapat RM1000 pada setiap bulan. 🙂

4. Duit segera (instant cash)

Usahawan sepenuh masa wajib menguasai seni mendapatkan duit dengan segera. Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada kita satu masa nanti. Andaikata poket telah kempis dan akaun bank pula sudah tiada duit di dalamnya, kita masih mempunyai kemahiran untuk mendapatkan wang dengan cepat.

Salah satu cara untuk mendapatkan wang dengan segera adalah dengan mengumpul senarai emel (email marketing / list building). Dalam dunia perniagaan bukan internet pun, mereka akan menyimpan maklumat-maklumat prospek dan pembeli sedia ada untuk dihubungi kembali. Maklumat atau database pelanggan adalah amat penting kepada apa jua jenis perniagaan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *