Usahawan Internet : Senyap Vs Bising

Jika disebut nama SaifulSham, Shuth, Alang, Sufian, Gobala, Patric Chan, Dr. Irfan dan 1001 nama lagi, memang anda mengenali diri mereka. Mereka banyak menulis dan memang terbukti mereka adalah usahawan Internet. Maksudnya, mereka jika bercakap atau menulis, mereka melakukannya…

Tapi, tahukah anda? Selain mereka, ada lagi yang berusahawan secara senyap-senyap tanpa ‘bising-bising’? Selain berusahawan dengan produk sendiri atau model ebiz tertentu, ada juga yang buat duit dengan cara lain seperti program Google Adsense dan mendapat hasil setiap hari dan bulan.

Mereka ini golongan yang senyap dan tak banyak bercakap. Mereka lebih banyak bertindak daripada bercakap atau senang cerita, fokus pada usaha mereka. Dalam diam-diam, mereka menjana pendapatan yang boleh tahan juga di Internet. Mereka tidak mengejar populariti atau nama atau ingin dipuji. Sebaliknya, mereka hanya mahu membuat duit melalui Internet, capai matlamat diri dan cukuplah itu bagi mereka.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, bukan mahu menyatakan tidak perlu banyak bercakap, tetapi sebaliknya adalah, contohilah mereka yang senyap-senyap itu. Mereka banyak berusaha dan bertindak. Tidak menangguh. Mereka fokus kepada kepakaran mereka dan sebaliknya bukan mengeluarkan produk cara buat duit di Internet semata-mata. Sama sekali tidak. Saya telah melihat banyak orang Malaysia melakukan perniagaan di Internet tetapi nama mereka tidaklah dikenali, namun nampaknya boleh tahan juga bisnes mereka.

Salah satu laman web yang saya temui semalam, mempunyai pelawat yang begitu ramai dan ‘niche’ yang beliau ceburkan diri adalah apa yang beliau ketahui, bukan buat ebook cara buat duit, bukan ajar orang cara buat duit… Begitu juga dengan laman web-laman web yang telah saya lawati, perniagaan mereka begitu kencang. Dalam senyap-senyap, mereka mungkin telah berjaya.

Sham RajaAdsense ada menceritakan kepada saya, ada sepasang suami isteri hanya duduk di rumah sahaja. Rumah, kereta dan harta, boleh tahan. Kata Sham, mereka ni menjual barang-barang yang simple sahaja di ebay.com. Namun, nama mereka tidaklah begitu dikenali di dalam industri perniagaan Internet di Malaysia ini. Mudah dikata, nama mereka tidaklah meniti di bibir-bibir dalam bidang perniagaan ini. Saya amat yakin, selain mereka ini, RAMAI LAGI di luar sana yang hanya fokus kepada usaha mereka.

Yang banyak bercakap macam mana? Golongan ini ada dua jenis:

Jenis 1: Hanya banyak membaca, bercakap dan menulis, tetapi tindakan kurang. Paling menyedihkan, asyik menangguh. Lagi sedih, sebab hanya banyak bercakap, satu sen pun tak terhasil. Usaha di sini maksudnya, ada usaha dan kesungguhan lah untuk melakukan ebiz.

Jenis 2: Banyak bercakap, tapi dalam masa yang sama banyak bertindak. Jenis ini lagi baik daripada yang pertama walaupun tiada hasil yang diperolehi, tapi mereka berusaha dan bertindak. Lain dengan jenis satu, entah bila nak bermula.

Tidak kisah anda ingin menjadi usahawan Internet senyap atau ‘bising’, kedua-duanya boleh. Tak salah. Tak ada undang-undang pun yang kata tak boleh. 😉 Senyap atau bising, dua-dua ada kelebihan dan manfaat tersendiri.

Cuma yang dipersoalkan adalah mereka yang hanya tahu bising tapi tiada tindakan. Buatlah satu perkara sehari daripada tak buat langsung, sebab itu lebih baik. Sikit-sikit, lama-lama banyaklah hasilnya nanti.

Saya menulis hal ini bukanlah ingin mempersoalkan akan mengenai sesiapun yang belum bermula atau menangguh-nangguh atau bermain dengan alasan. Tetapi tujuan artikel ini ditulis untuk membuktikan selagi ada usaha, di sana ada hasilnya. Dikenali, terkenal atau tidak dikenali, itu BUKAN matlamat utama. Yang penting adalah pendapatan dan kewangan anda. Yang mana lebih penting?

Nak berjaya, tak terkenal pun tak apa. Biarlah orang tak kata kita pakar pun, janji kita berjaya. Setuju? Biarlah orang tak sebut-sebut nama kita, janji hidup kita senang. Setuju? Janji anda berjaya membina kepercayaan terhadap para pelanggan atau target market anda, itu sudah memadai. Dan itulah yang sepatutnya. Saya menyatakan hal ini sebab ada yang salah dan silap faham. Anggapan mereka kononnya kena famous dan terkenal dahulu baru boleh buat duit! Oh, itu anggapan dan salah faham yang silap besar!

Nak buat duit di Internet, tak perlu jadi macam selebriti atau dikenali ramai. Cukuplah memberikan khidmat dan servis yang berkualiti. Cukuplah tidak menipu. Cukuplah menjaga hati pelanggan. Cukuplah membina kepercayaan mereka kepada anda. Fokuslah kepada bidang (niche) anda sahaja. InsyaAllah berjaya.

Tak percaya cakap saya? Ok. Cuba jawab soalan saya ni. Mengapa usahawan Internet senyap yang saya ceritakan itu boleh berjaya walaupun mereka tak terkenal?

Wassalam.

ps. Psst, perlukah saya menulis satu ebook atau buku yang bertajuk: “Usahawan Internet Senyap”? hehe.. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Usahawan Internet : Senyap Vs Bising

  1. Ya betul!

    Ramai usahawan Internet senyap yang saya kenali ( low profile ) dan paling mengejutkan nampak selamber jer tapi pendaptan adsense $100 per day 🙂

    Boleh tahan tu hehe…

    Nice post!

  2. setuju sangat… sampai bila nak tangguh… cite projek2 tu.. projek ni… tapi tak nampak apa2 pun… dari yang dok senyap2 jer… am penah tengok ade sorang mamat tu buat duit dengan adsense $400-600 sehari… tapi bila ajak cite bagai2 alasan plak dia bagi… ade gak yang camni… ape pendapat..

  3. Arm, saya tanya balik sebagai jawapan. 🙂

    Bagaimana yg ‘bising2’ tapi kedekut ilmu? Sama kes juga yg senyap tapi x mahu kongsi ilmu.

    Tak kisah senyap atau bising, yang penting adalah attitude yg membezakan. 🙂

  4. Salam Zul,

    ‘Usahawan Internet Senyap’

    Buku yang bagus untuk dikongsikan. Kalau ZUl buat nanti, saya pasti akan baca! 🙂

    Bising atau senyap, yang pasti, ilmu mesti dikongsi-kongsikan…tapi kadang-kadang mungkin orang tak nak kongsi sebab soalan yang di ajukan kadang2 terlalu remeh, hinggakan kita nak kata : ‘dia tak reti cuba dulu ke?’..ouh bukan semua org…cuma segelintir..macam Zul selalu cakap, kita belajar dulu, baca buku jika masih kabur, barulah tanya, jika macam tu, tentu Usahawan Internet Senyap dan Usahawan Internet Bising ni, berbesar hati nak kongsi ilmu. Betul tak?

    Sekadar berkongsi,

    Dik Mal,
    Ampang Selangor.
    Blog Pembangunan Diri dan Motivasi

  5. asmkm Zul, pekaba? shueqry here.

    Hmm.. pada pendapat saya, saya lebih suka buat, tak banyak cakap. Rasanya, kalau kita “bising” biarlah yang ada point dan biarlah yang ada “isi” dari pengalaman sendiri atau dari sumber pembacaan.

    Owh, good post 🙂

    Thanks Zul.

    – shueqry –

  6. slmt ptg zul,,

    saya sokong 100%.. jgn asyik bising je…keje tak bt…

    saya lebih suka bt keje secara diam2 dan kongsikan ilmu dgn org yg memerlukanya…

  7. yelah mmg ramai internet senyap ini….yang senyap rasanya bukan tak mau kongsi ilmu cuma tak berkesempatan jer atau sebagainya…kot. Contohnya kita tau kawan kita berjaya buat bisnes secara senyap, adakah kita maklumkan pada dia semula bagaimana dia boleh menjana pendapatan lagi dengan berkongsi maklumat yang dia ada melalui blog atau ebook dan sebagainya. Fikirkan….

  8. betullah… kalau nak tau tips dia… kenala berkawan dengan dia… kalau main terjah jer… dia pun takot tengok kita yang beriya ya sangat nak tau rahsia dia…

    nak2 kena mula berkawan dulu… baru selesa nak congkel rahsia…

  9. senyap berhasil tak pe jugak. bisingpun kalo berhasil still okeh lagi…

    kalo senyap dah tentunya bleh membantu rakan2 ebiz yang lain. bising pun bukan sebarangan bising yang hendak dicanaikan…

    apohalpun keduanya punya kelebihannya yang tersendiri. syaratnya mereka tak kedokut dah laaa…. jangan kedokut maaaaaaaaaaa…

    sekian terima kasih… 🙂

  10. Saudara Zul, saya setuju apa yang anda perkatakan. T/ kasih. Seingat saya saya dah baca buku tentang jutawan senyap 2 tahun lepas. Saya teruja tapi tak bertindak sebagaimana yang sepatutnya. Memang sifat bertangguh merugikan kita semua. Jadi.. tak usah persalahkan yang lepas.. Kita semua belum terlambat, ayuh bertindaklah sekarang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *