Perlukah Anda Femes?

Salah satu faktor di dalam perniagaan yang menentukan sesuatu produk berjaya dijual atau tidak ialah KEPERCAYAAN. Tanpa kepercayaan dan keyakinan orang terhadap si penjual, amat susah mereka iaitu bakal pelanggan untuk membeli produk yang dijual itu.

Dalam bidang perniagaan internet, unsur kepercayaan amatlah penting sekali, bahkan berkali ganda lebih sukar untuk dilakukan berbanding perniagaan offline yang bertemu muka. Akibat sukar orang untuk mengetahui siapa di sebalik laman web jualan itu, maka sukarlah sedikit untuk memberikan keyakinan.

Namun begitu, setiap yang ‘sukar’ itu tetap ada jalan dan penyelesaiannya. Untuk membina keyakinan bakal pelanggan kepada diri anda sebagai penjual di laman web itu, anda boleh lakukan beberapa cara seperti:

1. Menceritakan yang benar mengenai diri anda. Beritahu nama sebenar anda, nyatakan No. Telefon dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Pengalaman saya sendiri dengan cara ini ialah, ramai juga pembeli yang membeli produk saya setelah mengetahui ‘profile’ saya.

2. Meletakkan gambar anda. Cara ini terbukti boleh menambah keyakinan bakal pembeli. Menunjukkan gambar anda, bermaksud anda seorang yang jujur kerana orang yang menipu biasanya tidak berani mendedahkan rupa mereka.

3. Jika anda seorang lulusan Universiti, IPT atau mempunyai pengiktirafan tertentu seperti mempunyai ‘Certificate’, jangan persia-siakan kelulusan itu. Contohnya yang memiliki certificate, biasanya mereka ini dibenarkan untuk menggunakan logo tertentu untuk menyatakan yang mereka diiktiraf. Contohnya ialah logo Adwords Profesional:

adwords professional

Jika mereka menjual produk berkaitan Adwords, maka tiada persoalan mengapa perlu membeli daripada mereka. Sebab, mereka diiktiraf.

Jika anda mempunyai pengiktirafan sebegini, orang lebih mahu mendengar kata-kata anda berbanding daripada kata-kata mereka yang tidak diiktiraf. Jika anda mempunyai kelebihan sebegini, gunakannya sebaik mungkin dengan meletaknya pada website anda.

Poin-poin di atas hanyalah mengenai bagaimana untuk meyakinkan orang membeli produk di laman web anda. Namun…

Persoalan Utama Artikel Ini Ialah…

Apa yang mahu saya persoalkan sebenarnya di artikel ini ialah, perlukah seseorang usahawan internet itu femes, glamour, terkenal dan mahsyur? Jawapannya Ya dan dalam keadaan lain jawapannya ialah Tidak. Ramai yang salah dan tersilap sangka, mereka perlu femes dan dikenali ramai, barulah boleh cari makan melalui perniagaan internet. Silap, ini silap. Amat silap.

Matlamat utama perniagaan internet ialah mendapatkan keuntungan atau jualan untuk produk yang dijual. Sebaliknya, bukan untuk femes atau dikenali. Femes atau dikenali adalah soal kedua dan tidak salah untuk anda memilikinya sebab ia juga salah satu cara pemasaran. Pemasaran melalui “nama” dan “kredibiliti”.

Nama-nama seperti SmartZul, Zamri Nanyan, Alang, SaifulSham dan lain-lain lagi sudah dikenali di arena Ebiz Malaysia. Nama-nama ini di’hormat’ tinggi oleh kebanyakan orang walaupun masih ada lagi yang lebih hebat. Nah, begitu hebatnya kuasa “nama”.

Anda jangan risau dan takut jika anda tidak dikenali ramai. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika anda fokus pada bidang kepakaran anda, kelak anda pasti akan femes jua. Jangan hanya melihat yang anda perlu femes atau terkenal sebagai usahawan internet sahaja, tetapi sebaliknya anda dikenali dengan kepakaran anda tersendiri.

Perniagaan internet adalah salah satu cabang perniagaan dan ia tidak bermaksud anda perlu menjadi pakar perniagaan internet. Jangan sesekali salah dan silap faham.

Perniagaan internet adalah satu medium perniagaan dan anda menggunakan medium itu untuk berniaga. Mungkin anda seorang usahawan akar kayu dan itulah kepakaran anda. Dan anda lebih suka dan selesa dengan melakukan perniagaan melalui internet berbanding secara Offline untuk menjual produk akar kayu anda.

Jadi, anda adalah pakar akar kayu, bukan pakar perniagaan internet. Saya harap, kita betul-betul jelas akan hal ini dan jangan silap faham lagi..

Jelas, ramai yang mahu femes dan dikenali sebagai pakar perniagaan internet. Maka sebab itulah mereka GAGAL untuk dikenali sebab mereka bukan pakar. Inilah kenyataannya. Amat ramai yang mahu menjadi pakar perniagaan internet. Pelik, teramat pelik sekali. Fokuslah pada bidang pengetahuan anda. Keagamaan? Kesihatan? Komputer? Penulisan? Perisian? Nah, itu bidang yang patut anda pakari iaitu bidang yang anda tahu dan ceburi.

Anda tidak perlu jadikan alasan tidak femes sebagai sebab tidak berjaya. Bahkan tak perlu nak femes-femeskan diri secara bersusah payah. Fokus pada usaha anda, tingkatkan pengetahuan dan kepakaran anda, dedahkan secara baik kepakaran anda itu dan kemudian anda akan lihat… nama anda akan beredar dari mulut ke mulut. Sebabnya satu, anda mencipta kesenangan di hati manusia.

Akhir kata, jangan meletakkan niat untuk menjadi femes sebagai matlamat No. satu. Niat ini sudah banyak MENGGAGALKAN ramai usahawan internet. Saya kata ramai gagal sebab saya tahu ramai yang gagal.. Mereka gagal sebab mereka kecewa (putus asa) mereka tidak terkenal (glamour). Femes yang original ialah femes yang ‘datang sendiri’. Yang penting ialah fokus pada usaha anda sebaik mungkin. Fokuslah pada usaha yang dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan anda.

Nama, femes, terkenal, semua itu akan anda dapat apabila anda memberikan nilai yang terbaik kepada manusia. Tugas usahawan ialah membantu memenuhi keperluan manusia. Apabila mereka dibantu, maka akan wujudlah rasa hormat. Dari rasa hormat itulah akan menyebabkan nama usahawan itu tersebar tanpa dipaksa dan akhirnya akan dikenali ramai.

Akhir kata, yang mana satu patut diutamakan: Memberi nilai terbaik kepada manusia, atau lebih mementingkan nama dan kemahsyuran? Yang mana patut dikejar dahulu dan yang mana satu lebih utama?

Jadilah usahawan yang sejati, bukan usahawan yang hanya mengejar populariti.

Salam kejayaan.

ps. Saya dulu minat dengan dunia elektronik. Sampai sekarang minat lagi, cuma dah lama ‘stop’ belajar benda ni sejak beralih ke dunia ‘Marketing’. Zulkifli Haron (perekacipta negara) adalah ‘role model’ saya sejak dulu. Semasa SPM, saya ambil subjek rekacipta sebab minat sangat.. ‘Kegilaan’ saya ini terbukti dengan beberapa kali terkena kejutan elektrik. 😀 InsyaAllah, saya berhajat nak buat projek Ebiz berkaitan elektronik nanti.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Perlukah Anda Femes?

  1. slmt pg zul,
    zul minat elektronik rupanya…hehe
    saya masa sekolah dulu minat juga…
    sampai kawan2 punya pun saya yang tolong buat…hehe

    betul apa zul katakan tu…
    femes akan datang sendiri jika kita buat sesuatu dgn betul…

    han

    1. Ye ker. Mesti dikelilingi ramai “awek” kan? 😆

      Boleh dikatakan hidup saya dulu ‘makan dan minum’ elektronik laa. Sampai family naik pening dgn saya yg buat macam-macam. Tapi lepas saya ambil course computer science di UTM dan kemudian buat ebiz ni, dah lama dah tak sentuh komponen elektronik.

      1. Dulu masa praktikal memang jadi juruteknik komputer.. asyik2 menghadap komponen komputer jer.. sampai segala2nya di kode2.. tapi sekarang da tak buka komponen komputer dah.. sekarang ni buka “komponen” perniagaan internet yang ada brain.. hehehe..

      2. alah zul,
        macam ada pengalaman je…hehe
        biasa lah zul…mereka tengok apa kita buat kat komponen diaorang tu…
        kadang2 mereka ni cerewet…
        dah lah kita buat kat dia…
        dia nak mcm ni lah mcm tu lah…hehe

        han

    2. Saya dulu minat giler rekacipta eletronik…
      kelas kemahiran hidup…
      tapi xdela sampai buatkn kawan..
      cuma yang kelakarnye, cikgu soh wat lain, saya wat lain..
      expertla konon..
      🙂

    1. Tu lah taza, ramai usahawan internet salah faham. Kononnya mereka perlu femes. Padahal yg paling penting “buat duit” (dasar asas perniagaan). 😉 Sudah memadai dahulu berjaya bina kepercayaan dan keyakinan pada orang lain. Femes tu kemudian. Dan kalau tak femes pun tak apa. Janji bisnes berjaya.

      Note: Perlu bezakan antara femes dengan kredibiliti. Ia dua perkara yang amat berbeza.

      1. Kalo dah femes sangat kang ada plak yang bawak gosip gosip liar ho ho. Tpi setuju femes yang berkredibiliti tu lain mmemng dia layak walo pun low profile…yg tu kalo boleh yg saya nak 😉

    1. Hoho.. Tidak kot. Bertahun-tahun dah saya berusaha untuk “bina” nama SmartZul ni. Penat lelah dah lalu macam-macam. Mungkin elektronik tu hanya hobi atau sampingan sahaja, bukan bidang utama kepakaran saya. Kalau nak beralih kepada bidang kepakaran lain, sia-sialah usaha saya selama ni. 🙂

      1. betul tu zul…
        bukan senang orang nak kenal smartzul tu…
        bila dah kenal, takkan nak tukar pula…jadi sia2 lah usaha selama ni…

        han

  2. Oo.. rupanya zul minat elektronik. Bolehlah cipta awek robot nanti. 😀

    Err … maksud saya bukan robot.txt ye.

    Saya lebih minat bidang fizikmoden dan fizik kuantum serta matematik. 😛

  3. Saya pula minat bidang yang melibatkan pengiraan mcm matematik, akaun dan lain2 yang berkaitan.. Bab-bab yang complicated mengenai pengiraan ini walaupun susah, tapi saya seronok mencari jalan penyelesaiannya… memang mencabar..

    Oh ya… mengenai femes atau tidak, itu memang soal kedua. Perkara paling penting di dalam perniagaan internet ialah marketing / pemasaran. 80%-90% kejayaan perniagaan internet berdasarkan pemasaran yang kita lakukan. Tapi kualiti produk jangan di lupakan.. 😉

    Ada sesetengah usahawan internet ini tidak kita kenali tetapi berjaya melakukannya. Huh! Kan hebat tu.. 😛

  4. Fokus utama belajar ialah mencari ilmu dan menyampaikannya. Fokus utama berniaga ialah mencari rezeki dan membantu orang lain. Femes itu akan datang secara sendiri apabila orang menghormati kita dan menyukai perlakuan kita. Tidak dinafikan, femes itu akan membantu kita dalam memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Erti kata lain, femes itu menyeronokkan. 🙂

  5. Saya bersetuju jika usahawan internet ni menjual sesuatu yang mereka Mahir @ Pakar tidak kiralah dari segi servis mahupun produk…

    Jika belum ada produk sendiri, kita boleh membuat researh sendiri apa yang kita ble jual.(cari kelebihan diri)

    Mengenai FEMES plak, bagi saya ianya datang sendiri…

    Nak FEMES bukannya susah pun… Ada 2 cara paling senang nak FEMES.

    1) POSITIF – Beri sesuatu yang baik, lama kelamaan orang akan kenal. 😛

    2) NEGATIF – Buat pasal dengan orang lain, atau membuat gimik contohnya burukkan Kerajaan dan yang sewaktu dengannya… 😈

  6. Kredibiliti sebenarnya merupakan salah satu faktor juga untuk mengaut keuntungan. Saya percaya dengan kredibiliti yang tinggi produk yang dijual akan nampak semuanya baik-baik sedangkan produk orang yg tidak mempunyai kredibiliti akan dipandang serong oleh pembeli.

    Namun apa yang paling penting ialah cara pemasaran 🙂

    Tq bro

    1. Nak tambah sikit.. dan saya setuju dengan bro Zul iaitu femes ni taklah perlu 🙂 Yang penting bisnes berjaya dan banyak maasyyyuukk.. 😀

      p/s: Kredibiliti dan femes memang berbeza

  7. Kepakaran akan buat kita femes sbb byk usahawan dunia berjaya dan femes sebab ada kepakaran.

    Pakar elektronik yer Zul,boleh kerja ngan TNB ni..Td baru teman member lulusan elektronik interview kat TNB..huhu 🙂

  8. Lain orang, lain minat dan kepakarannya. saya pulak minat lukisan kartun, komik dan sebagainya. tapi sebab nak ‘cari makan’ saya buat frelnce dalam bidang rekabentuk perabot,songket, grafik, potret dan lukisan visual. em..banyak gak dapat ilmu2 yg berguna.

    Mungkin ada di antara anda semua yang minat nak buat lukisan? em, Insyaallah..hasil kerja saya akan menyusul tidak berapa lama lagi! 😉

  9. zul dah femes..Saya belum lagi.. 😆

    Kredibiliti yang paling penting..sebab tu kena dapatkan sijil atau pape..mcm degree la..kalo ada something extra,memang orang akan pandang tinggi walaupun tak femes..

    ingat tahun nak dapatkan Adwords Certified tu..hohoho..tapi kena cari advertiser la sebab requirement ialah usd1000 guna kat adwords selain ambik exam dia..

  10. Tak dinafikan Zul dia antara yang TERfemes sekarang 😀

    Tapi ada yang tanya JimieRay ni artis kerr???…. Hoohoooo… 😆

  11. Terus terang saya katakan, saya suka kalau saya dikenali…
    🙂
    Tp prinsip saya, biarla orang kenal kita dengan cara yang terhormat,..
    bukan dengan men”capap” tak tentu pasal…
    fokus saya utk 6 bulan pertama thn nie, ialah nak membina nama n keredibiliti dalam perniagaan internet…Bukanlah nak jadi femes, tp nak cipta branding..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *