Kelebihan Usahawan Internet Part Time

Kita banyak berbicara mengenai bagaimana membina perniagaan Internet tanpa bekerja makan gaji, iaitu melakukannya secara sepenuh masa. Pada kali ini, saya akan senaraikan kelebihan-kelebihan dan apakah yang boleh dilakukan sebagai usahawan internet walaupun kita bekerja makan gaji.

Pertama sekali, hapuskan persoalan mana satu lebih bagus, part time ataupun full time. Rancang dan buat dahulu sebelum wujudknya sebuah bisnes yang berjaya.

Pada asasnya, diakui apabila kita bekerja dengan sesebuah pihak (majikan), banyak kekangan tertentu seperti jumlah hari cuti yang terhad, sukar mendapat cuti, pelbagai peraturan, prosedur dan sebagainya.

Namun di satu sudut yang lain, terdapat banyak juga kelebihan tersendiri seperti gaji tetap setiap bulan, peluang menyertai kursus secara percuma, skop kerja yang sama pada setiap hari, waktu kerja yang tetap, potongan KWSP, SOCSO dan pelbagai lagi.

Itu adalah kelebihan-kelebihannya. Walaupun banyak kebaikan, namun kita juga mahu menambah sumber pendapatan tanpa bergantung sepenuhnya kepada gaji. Mempunyai pelbagai sumber pendapatan adalah strategi terbaik agar hidup kita lebih terjamin. Bayangkan apabila kita berhenti ataupun diberhentikan kerja, gaji tetap dan kelebihan-kelebihan tadi tiada lagi selamanya.

Ambil kelebihan yang wujud sebagai seorang pekerja. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah, dedikasi, rajin, amanah dan jujur. Bina kekuatan diri dari segi mental, fizikal dan spiritual. Gunakan kelebihan gaji tetap untuk tidak terlalu risaukan duit, sebaliknya gunakan ketenangan masa yang ada untuk membaca buku (menambah ilmu) terutama berkaitan perniagaan dan pengurusan.

Elakkan menggunakan masa bekerja untuk urusan-urusan perniagaan Internet. Dari segi etika ia sudah salah, apatah lagi dari segi hukum. Kita masih mempunyai banyak masa walaupun sekadar 2-3 jam pada waktu malam dan hujung minggu untuk menguruskan perniagaan Internet kita.

Gunakan kaedah-kaedah automasi bisnes Internet seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Kita hanya perlu ‘setup’ sekali dan apabila semuanya beroperasi secara automasi, kita hanya perlu menunggu wang masuk sahaja. Gunakan juga kaedah outsource untuk menyiapkan sesuatu keperluan.

Anggap kerja kita dengan pihak lain sebagai salah satu jihad kita dalam membangunkan ekonomi Islam dan negara. Walaupun kita bekerja di bawah orang, yang pasti hasil penghujungnya adalah pahala yang berganda-ganda, bukan sekadar gaji di hujung bulan. Nampak saja kita bekerja di bawah orang, tetapi hakikatnya kita bekerja bersama mereka (berjemaah) dalam membangunkan ummah.

Ego manusia tidak mudah untuk bekerja di bawah orang. Hakikatnya, dalam Islam sendiri wujudnya konsep jemaah di mana perlu ada seorang pemimpin. Dalam konsep kerja makan gaji, mereka adalah ‘ketua jabatan’. Sebagai pekerja, kita adalah pelaksana, pengikut dan penyokong kepada pemimpin tadi.

Akhir sekali, wujudkan sebanyak mungkin sumber pendapatan melalui Internet, seeloknya secara automasi. Selain gaji tetap, kita juga mempunyai pelbagai saluran pendapatan. Elakkan berhenti kerja sebelum anda benar-benar sudah mempunyai mesin empayar perniagaan Internet yang sudah stabil beroperasi menyalurkan wang ‘terus ke poket’ anda, tanpa perlu lagi bekerja keras atau bermula dari kosong sebaik anda berhenti makan gaji.

A successful business is created before there is a business! – Robert Kiyosaki.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Kelebihan Usahawan Internet Part Time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *