Usahawan Internet Mudah GAGAL Kerana…

Amaran: Baca artikel ini jika anda tidak mahu mudah GAGAL

Satu demi satu jatuhnya usahawan Internet. Mungkin jatuh (gagal) mereka hanya sementara dan kembali bangkit kelak. Tetapi persoalan di sini, kenapa mereka mudah gagal?

Dahulu, saya ada menulis mengenai empat orang usahawan Internet yang gagal. Anda mungkin masih ingat kisah panjang tersebut. Jika belum membaca, klik di sini untuk membacanya.

Mengapa Mudah GAGAL?

Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa mudah GAGAL:

1. Melakukan kerja sendiri-sendiri. Tiada rakan perniagaan atau Team. Sebab itulah SmartUsaha.com kini sedang mencari-cari seorang atau dua untuk memantapkan jentera SmartUsaha.com.

2. Tiada Perancangan yang baik. Jika anda melakukan perniagaan sambil lewa, ikut ‘mood’ atau bermusim semangatnya, anda akan mudah gagal. Rancanglah walau di atas sekeping kertas.

3. Menganggap perniagaan sebagai hobi. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini. “Anggaplah perniagaan yang anda lakukan sebagai hobi, buat apa yang anda suka”. Tapi berapa ramai yang faham maksud kata-kata ini? Teruskan membaca…

4. Tidak membantu diri sendiri dahulu. Ini pengajaran yang amat bermakna bagi saya. Ingat baik-baik pesanan saya ini. Jika diri anda masih lagi di tahap permulaan, baru bermula, atau pendapatan masih sedikit, jangan sibukkan diri untuk membantu orang lain. Bantu diri anda dahulu.

5. Bersendirian, tiada ‘rangkaian’. Saya kenal ramai usahawan Internet. Tak perlu sebut nama di sini. Kami pernah bertemu bertentang-mata, malah sentiasa beremel berbincang dan bertanya khabar. Kalau motivasi saya jatuh, merekalah tempat saya ‘mengeluh’. Kalau mereka pula jatuh, saya pula yang memberi mereka semangat.

Perlu ada ‘Pasukan’

Jika anda mahu perniagaan anda kekal lama dan mudah diuruskan, lakukanlah usaha perniagaan secara bersama-sama dengan paling kurang seorang rakan. Tidak semestinya dia minat berniaga, tetapi lihat pada kemahiran yang dia ada. Mungkin dia pakar bab kewangan dan perakaunan, maka dia boleh menguruskan hal-hal kewangan perniagaan.

Manakala anda pula menumpu pada usaha promosi dan pemasaran produk/perniagaan. Mudah bukan? Tapi, untuk bertemu dengan rakan perniagaan (team partner) yang ideal bukan begitu mudah sebenarnya. Jangan sembarangan memilih, kelak lain jadinya.

InsyaAllah, SmartUsaha.com dalam pencarian seorang rakan perniagaan sebenarnya. Calonnya sudah ada. Tapi sebelum itu, perancangan perlu dilakukan dahulu sebelum melebarkan sayap…

Ketahuilah. Kebanyakan usahawan Internet yang jatuh satu demi satu adalah sebab mereka KESEORANGAN. Ini amat mengerikan sekali! Saya tidak mahu menangguh lagi untuk mendapatkan rakan perniagaan. Anda? Jangan anggap perkara ini remeh.

Mengapa begitu rugi melakukan perniagaan Internet seorang diri? Mudah sahaja:

“Jika anda meninggal dunia, perniagaan Internet anda turut sama meninggal!”.

Teladanilah mendiang Corey Rudl (usahawan Internet) yang mana selepas dia meninggal akibat kemalangan, dia ada pengganti untuk meneruskan usaha perniagaan yang dibina. Kini, sahabatnya Derek Gehl meneruskan empayar perniagaan IMC (Internet Marketing Center) dengan jayanya.

Agaknya, apa akan jadi jika Corey melakukan perniagaan berseorangan? Anda ada jawapannya.

Tiada Perancangan Yang Baik

Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri agar sentiasa berdisiplin di dalam hal ini. Buat perancangan jangka pendek dan panjang. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata, “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”.

Siapa kata perniagaan Internet berskala kecil ini tidak perlukan kertas kerja atau rancangan perniagaan? Jangan sesekali menganggap remeh perkara ini.

Tanpa perancangan dan matlamat, maka usaha mudah terbantut kerana anda tidak tahu apa yang perlu dibuat dan ke mana perlu pergi. Akhirnya apabila menghadapi ujian dan rintangan, usaha perniagaan jatuh begitu sahaja.

Betul Ke Perniagaan Itu Hobi?

Bagi saya tidak. Perniagaan adalah perniagaan dan hobi adalah hobi. Anda jangan salah sangka dengan kata-kata mereka yang menyuruh anda menganggap perniagaan yang dilakukan sebagai hobi, buat apa yang anda suka. Maksud mereka ialah, lakukan dengan hati yang ceria dan bersungguh-sungguh. Bukan bermaksud melakukan sambil lewa atau melakukan sesuatu yang tidak produktif dan sebagainya.

Kadang-kadang, pernyataan tersebut perlu dinilai berkali-kali akan kebenarannya. Perniagaan, jika ikut mood dan minat, kadang-kadang tidak membuahkan hasil. Sebab kadang-kadang, yang anda suka dan minat itu hanya untuk anda, bukan pada orang lain.

Saya, sesekali tidak pernah menganggap perniagaan yang saya lakukan sebagai satu hobi. Tetapi saya minat berniaga dan berusahawan. Maka saya berniagalah apa sahaja produk yang memenuhi permintaan orang ramai. Ini konsep asas perniagaan. Usahawan, melihat peluang, BUKAN melihat apa minat dan hobi mereka…

Kalau Dato’ Syed Bukhary melihat pada hobinya, adakah beliau akan terlibat dengan pelbagai industri yang telah beliau ceburi sehingga sekarang? Sekali lagi, syarat utama di sini ialah minat berniaga, bukan hobi. Hobi itu maksudnya ‘suka-suka’. Perniagaan itu serius.

Pendek kata, kalau anda minat berniaga, maka tidak ada masalah untuk berniaga apa jenis produk pun.

Bantu Diri Sendiri Dahulu!

Jika anda sekarang sudah berlebih-lebih untuk membantu orang lain, tunggu sekejap. Adakah anda sudah berjaya? Jangan ego dalam hal ini. Jika anda belum berjaya, jangan mengada-ngada untuk berlebih-lebih membantu orang lain untuk berjaya.

Sekadar membantu setakat mana yang boleh (berpada-pada), itu tidak mengapa. Kata-kunci di sini ialah berlebih-lebih. Jika pendapatan anda cukup-cukup makan, tetapi banyak masa dihabiskan untuk orang lain, tunggulah masa untuk anda merasai kekecewaan.

“Tapi zul, saya ikhlas membantu mereka!”.

Jangan terlalu skeptikal di sini. Memang Islam mengajar kita ikhlas, tetapi kalau diri kita belum berjaya, keluarga kita belum disenangi terutama ibu dan ayah, binalah kejayaan diri anda dahulu.

Islam, mahu kita lebih mengutamakan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, nenek, datuk dan saudara-mara. Usahlah menyusahkan diri membantu menyenangkan orang lain padahal diri sendiri dan keluarga terabai.

Jadi, bantu diri anda sehabis mungkin sehingga berjaya. Ini yang saya lakukan sekarang. Apa yang saya mampu membantu orang lain buat masa kini ialah melalui blog ini dan item-item percuma yang saya berikan. Itu sahaja. Saya tidak mahu berlebih-lebih dalam hal ini.

Jika anda tiba-tiba jatuh dalam usaha perniagaan, siapa yang akan membantu anda? Mereka? Itu belum pasti. Maka, kukuhkan dahulu kewangan anda, posisi anda, tapak dan strategi anda. Kemudian, barulah lebarkan sayap!

Ingat, tulisan saya ini bukan dalam nada gurauan atau main-main. Perkara ini amat perlu dipandang serius. Hal ini saya tulis kerana sudah lama melihat dan memerhati mereka yang gagal dalam usaha perniagaan Internet dan saya tidak mahu melihat ada lagi yang jatuh satu demi satu.

Usahawan Bersendirian…

Ya. Inilah punca kegagalan utama dalam perniagaan Internet. Anda keseorangan. Berkenalanlah dengan usahawan Internet yang lain. Tidak semestinya untuk bisnes sahaja. Anda juga boleh berbincang apa sahaja perkara dengan mereka. Jadikan mereka kawan.

Jika anda keseorangan, melalui jalan-jalan gelap tanpa ditemani sahabat dan rakan, anda mudah terjatuh atau tersesat. Ramai yang gagal dan meninggalkan Ebiz kerana tiada rakan dalam usaha perniagaan. Kononnya “aku hebat”, “aku si usahawan jalanan”, “aku seorang perantau alam”… Hmm, terlalu bersusastera pula si usahawan ini. Akhirnya, jatuh begitu saja.

Kenalilah usahawan yang lain, jalinkan hubungan yang baik. Ingat, bisnes akan terbentuk hanya dengan hubungan yang ikhlas. Jangan sesekali berkenalan untuk tujuan perniagaan (ada udang di balik batu).

Saya biasanya boleh menghidu orang sebegini dan saya amat benci pantang. Biasanya, saya terus berlari jauh meninggalkan mereka. Saya, hanya mahu mereka yang ikhlas untuk bersahabat dan menjalinkan silaturahim. Bukan sebab duit, atau apa-apa niat hendak mempergunakan.

Dengan mengenali usahawan Internet yang lain juga, anda mudah untuk bekerjasama dengan mereka. Sekali lagi, jangan bersahabat dengan mereka jika anda hanya mempunyai kepentingan dunia (duit, perniagaan). Jangan sesekali… Bina persahabatan dengan seikhlas yang mungkin. Perniagaan yang berjaya akan terbit dari satu perhubungan yang ikhlas.

Banyak Lagi Puncanya…

Banyak lagi sebab dan faktor kegagalan. Jika anda mahu tahu, teruskan bersama dengan blog ini. Saya ada menyimpan banyak pengalaman yang mahu dikongsi bersama dengan anda. Membaca tulisan saya mungkin sedikit sebanyak membantu anda mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama. Atau mencegah daripada mudah gagal.

Saya dan usahawan Internet lain telah banyak melakukan kesilapan atau menghadapi sesuatu. Dan dengan meneladani pelajaran-pelajaran yang lepas, anda dapat menjimatkan masa, kos dan juga tenaga.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Usahawan Internet Mudah GAGAL Kerana…

  1. Thanks, Zul..

    Satu artikel yang membuatkan saya untuk bermuhasabah dengan meneliti setiap tindakan yang saya lakukan sehingga kini.

    πŸ˜€

  2. Wow . 😐 terima kasih atas nasihat anda. Semoga Allah memberkati usaha anda . Dah masuk subuh ni. Kita solat dulu. πŸ˜› . Allah selamatkan kami.

  3. bro Zul, topik hari memang menarik minat. Info-info yang saudara bg tu, semuanya berguna.. Esp kepada sy yg newbie ni :smile:. Sy pernah baca buku “buat duit dengan Internet” yang dikarang sendiri oleh saifulsham dan mereka ada menyebut, partner sangat ptg dalam perniagaan.. sbb bila ada partner, susah senang boleh kongsi bersama.. bila sorang patah semangat, sorang lagi boleh support.. so, part tu sy setuju… smgnya Bro zul perlu sgt2 cari partner.. kalau cari “partner” yang satu lagi bleh jugak… hehehe.. gurau je…

  4. “partner” satu lagi? Mendalam bunyinya tu. Hmmm… πŸ™‚

    Johari, kita semua perlu sentiasa bermuhasabah. Saya pun begitu juga. Kadang2, kita tergelincir dari landasan. Maka, kena cepat2 lah betulkan apa yg perlu sebelum terlambat.

    ps. Kita perlu BERANI GAGAL, tapi GAGAL selepas berusaha lah. πŸ˜‰

  5. slmt pg zul,
    punca kegagalan yang menarik…
    tapi yang hobi tu, saya rasa betul apa zul cakapkan… sebenarnya hobi yang dimaksudkan oleh IM ialah minat…jadi selepas ini kita tidak boleh sebut hobi lagi…kita kena sebut minat pula…hehehe… πŸ˜‰

    han

  6. Memang tip/petua yg amat bagus. Saya tertarik dengan point no.4 “Tidak membantu diri sendiri dahulu”. Yer la, kadang-kadang kita asyik tolong orang sampai terlupa diri sendiri. Patutnya bila diri sendiri dah ok baru kita tolong orang lain. Thanks Zul.

  7. “Betul ke Perniagaan Itu Hobi?”
    Betul jika anda tulis “Betulkah Perniagaan Itu Hobi?”
    Contoh: “Betul ke Kuala Lumpur?”
    Pengendali blog sepatutnya tidak terikut-ikut dengan pengamal bahasa rojak!

  8. Askm Bro Zul,

    Bagi orang baru seperti saya, banyak tips-tips dan panduan yang boleh saya jadikan iktibar dan pengajaran dalam menjadi seorang usahawan Internet sepenuh masa.

    Syabas Bro Zul. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat daripada penulisan berasaskan pengalaman. Terima kasih kerana tidak lokek untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan internet sepenuh masa kerana pengalaman adalah satu pengajaran yang tidak ternilai.

    Selamat Berpuasa dan Selamat Maju Jaya kepada semua usahawan internet.

    Wassalam

  9. memandang kan saya sangat baru dalam dunia it ini saya amat berharap saudara bantu saya.saya amat berminat berniaga it ini,tapi belum ada patner yang boleh bantu.saya harap saudara boleh jadi patner saya.

  10. Asalamualaikum
    Mmg betul apa yg dicakapkan.Saya mengaku saya seorang newbie yg masih tercari-cari jln untk bermula.Dapatkah saudara membantu saya

  11. Assalamualaikum.

    Benar pandangan Sdr Zul,

    Kena ada rangkaian. Kadangkala agar sukar untuk mendapatkannya lebih-lebih lagi bila berada dalam kelompok perniagaan “nich”.

    Pelanggan nya pula terdiri drp mereka yg tidak mahu berubah kepada kaedah “on line” atau tidak mahu menggunakan kuasa membeli untuk perkara yg boleh meningkatkan pengetahuan mereka.

    Mungkin Pelanggan Malaysia secara kasarnya agak “liat” ?

    ..Sekadar pandangan..

  12. T/kasih En Zul,
    tip yang hebat dan setiap newbie perlu ambil tahu. Saya sebenarnya berseorangan, cuma ada seorang rakan sepejabat yg boleh berbincang sedikit pasal IM dan idea bisnes tapi belum mampu bermula

  13. Terima kasih,

    info yang membuatkan saya lebih semangat lagi. walaupun saya masih baru dan perlu belajar bisnes online ini dengan lebih baik lagi.

    sekali lagi saya ucap terima kasih
    kepada saudara zul.

  14. zul.. macam mana kalau yang silap carik team… cam am ada seorang partner… masalahnya dia volunter nak buat itu ini… yang mana kita bole bagi kita bagila… tapi masalahlahnya bila janji 5hb, dia tak pulangkan pun… call/sms ade saja alasannya… transcript dah dia pegang… cover dia dah bagi… tapi sebab dia benda yang patut keluar 2 bulan lepas dah jadik basi… tu pun masih tak dapat2 hasilnya… macam mana ni zul..

  15. assalamualaikum,

    memang betul zul. saya memang tertarik kepada partner. patner ni bagi saya adalah sangat penting dalam biz. pengalaman saya dalam perniagaan offline, dulu semasa saya biz berseorangan, memang sangat susah. semua kerja kita kena lakukan sendiri. kalau ade pekerja pun tak boleh harapkan sepenuhnya pada mereka. tp selepas saya buat biz baru ni dengan partner saya, alhamdulillah, tak sampai setahun pun dah ade peningkatan. kami membahagikan tugas.

  16. Assalamualaikum,

    Saya mengucapkan tahniah kepada saudara pengarang kerana memberikan topik tentang kegagalan dalam bidang perniagaan internet. Apa yang cuba disampaikan bukan sahaja boleh digunakan untuk perniagaan secara online tetapi juga boleh digunakan untuk perniagaan offline. Hakikatnya ramai yang mahu menjadi ahli perniagaan tetapi tidak semua mempunyai karektor sebagai seorang ahli perniagaan.

    Dari pembacaan saya dan juga pengalaman, sebagai seorang ahli perniagaan ilmu itu sangatlah penting, bermakna ahli perniagaan kenalah jugak mempunyai minat untuk membaca. Membaca bukan sahaja dapat mengajar kita tetapi dapat mengurangkan risiko kita melakukan kesilapan dalam perjalanan perniagaan harian kita. “We are not born to be businessman”, kita akan melalui proses pembelajaran setiap hari untuk menjadi seorang usahawan yang jitu, kalau kita dilahirkan mcm 2 sudah pasti semua orang didalam dunia ini akan menjadi kaya raya.

    Teruskan saudara pengarang, berikan idea-idea mantap untuk dikongsi bersama. Sekiranya sesiapa berminat untuk mengetahui ilmu dengan lebih mendalam tentang bagaimana cara meletakkan laman web anda pada kedudukan 10 tangga teratas dalam enjin carian bolehlah melayari http://www.rahsiaseo.com klik dibahagian blogs. Selamat menuntut ilmu.

    Mohd Erwan Mokhtar
    http://www.rahsiaseo.com

  17. πŸ™„ Assalamualaikum.
    Terima kasih yang tak terhingga dari saya. Sebenarnya Tip-tip yang saudara berikan memang amat diperlukan oleh saya dan mereka yang baru je berjinak dengan perniagaan di internet ni. Syukurlah masih ada yang sudi bantu-membantu demi kejayaan bangsa jua agama.

  18. Assalamualaikum,

    Ilmu itu penting dalam apa jua bidang yang diceburi.
    Wang penting untuk mendapatkan ilmu
    Wang pun masih penting untuk mencurahkan ilmu
    ..Tetapi peringatan drp saiyidinna Ali R.A ilmu menjaga “Wang”

  19. saya amat berminat dengan artikel2 dari en. zul berikan, tapi permasalahannya saya terlalu sibuk dengan kerja di pejabat and until now masih belum lakukan apa2. Saya amat berharap ada yang boleh membantu saya.

  20. Assalammualaikum
    Izinkan saya memberi pendapat walaupun pertanyaan ditujukan kpd Sdr Zul,

    Sdr Mohamad,

    Inilah yg dikatakan oleh sdr Zul-Perancangan;
    Yg saya nak tambah : Tetapkan perkara yg nak dibuat-Dan Lakukan

    e.g Suatu cerita renungan yg saya terbaca:-

    Seorang Jurujual perlu berjumpa dgn pelanggan sekurang-kurangnya 10 hari setiap hari. Tujuannya untuk memberi penerangan berkenaan produk .Beliau meletakkan 10 biji batu kecil di sebelah poket kiri.

    Setelah selesai bertemu dgn pelanggan, beliau mengalihkan sebutir batu ke sebelah poket kanan. Proses ini dilakukan sehingga ke pelanggan yg ke 9.

    Kini tinggal SEBUTIR batu didalam poket kiri beliau. Hari telah pun jauh malam. Beliau perlu pulang. Beliau sedang berfikir perlukah saya teruskan untuk seorang lagi pelanggan ?-

    Jikalau saya , pasti saya tangguh untuk esuk hari, lagi pun saya dah memnuhi 90% janji saya untuk bertemu pelanggan

    JIKA ANDA BAGAIMANA ?

    Jurujual ini terus pulang tetapi menjelang hampir malam, Beliau teringat seorang kawan lama lalu menalipon bertanya khabar.Jadi genap 10 orang sehari !

    Menjelang beberapa bulan, kawan beliau ini membeli produk beliau, sedangkan dalam perbualan talifon beliau hanya memberitahu pekerjaan yg sedang dilakukan ; tidak menceritakan lansung tentang produk beliau.

    ..Jikalau sdr nak tahu jurujual ini adalah “Top Salesperson” malangnya saya tak ingat namanya

  21. tulisan ini membuat saya malu 😳
    karena semua ha itu memang yang kini terjadi dengan saya
    newbie yang sedang berusaha melakukan semua pekerjaan internet marketing ini sendiri

  22. Samalah kita avielka. Saya ni baru ja nak belajar ‘meniarap’. Awak sekurangnya dah ‘bertatih’. Musykil juga bila memikirkan adakah orang yang hendak jadi partner kita ini betul-betul ikhlas atau tidak?

  23. amer dan avielka,
    kalau kita ni serius, jangan ntakut utk buat sesuatu tu…
    buat je…

    kalau gagal cuba lagi…
    jangan blm cuba dah mengalah…

    bila kita dah kira ok, nak JV pun tak susah kalau kita ada pengalaman…

    han

  24. Saya amat berpuas hati dengan tulisan Sdr.Zul.Memang betul sekali apa yang dikatakan tentang “belajar dulu sebelum memulakan ebiz” ni. Sebab saya tergolong kepada kategori itu.Newbie bila tengok iklan yang menarik klik disini untuk untung beribu sapa tak nak kan.Ada pula yang iklankan bla…bla…bla last bila dah join lain pula cerita.awal kata kerja kat rumah je…memang betul la kerja part time di rumah tapi buka punya buka rupanya belajar cara tulis dan upload kat web pas tu kena buka web sendiri pula saya rasa tertipu pula pasal saya newbie dan belum tahu apa itu website,apa itu hosting apa itu pdf, html,keywords ,apa itu adsense,google,e-book,search engine,link.affiliate,meta tag,ppc,SEO,apa guna newsletter,directory dan banyak lagi la tak habis kalau di senaraikan.
    Yang tak bestnya tu tengah kita buat upload ke masukkan gambar ke tiba-tiba tak tau apa nak buat seterusnya sampai tahap ni hmmm jammmm dah.Dan saya nak tambah sikit lah pendapat Sdr Zul tu(Maaf mencela) kita yang newbie ni pun harus belajar bahasa English sebab pasti akan ada penggunaan bahasa ni.Kalau setakat “go strait je dont belok belok tak yah le masuk internet biz nanti belok belok website pula Tapi syukur juga kerana saya kini dah ada asas sikit untuk semua itu.Itupun setelah saya buat sikit research dari sifu-sifu kita di Malaysia. Kalau tak caya cuba lah korang lihat laman saya yang saya bina first time ni.Buruknya …….WWW.koyomkk,webs.com.Nasib baiklah percuma.Memang benar dan saya sokong sekali pendapat Sdr.Zul.Kita kena belajar dulu asasnya barulah kita tak berapa sangkut- sangkut bila nak bermula.Sabar itu amat penting.kita buat bisnes kat internet bukan untuk part time kerana apa yang saya alami hakikatnya bukan begitu.Orang kata boleh dapat duit sambil kita tengok tv goyang kaki tapi itu untuk sifu-sifu lah yang kita newbie ni jangan harap nak relaks-relaks dulu.Setahu saya lah dari apa yang saya baca para sifu pun tak juga goyang kaki.

    Terima kasih. sorryyyyy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *