Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? – Siri I

Ini adalah siri pertama untuk tulisan “mengapa saya belum berjaya”.

Terdapat tiga siri kesemuanya. Setiap siri akan diterbitkan pada hari yang berbeza. Bermula hari ini (jumaat), esok dan lusa (ahad).

Ada yang bertanya, “Zul, saya dah lama bermula. Ebook dah banyak beli, itu belum lagi dengan Ebook percuma. Banyak tak terkata. Tapi Zul, saya pelik dan masih mempersoalkan, mengapa saya masih belum berjaya seperti saudara atau orang lain?”.

Saya yakin, ramai orang dan mungkin termasuk anda, masih lagi tertanya-tanya, ‘mengapa perniagaan Internet aku gagal?’. Padahal produk dah ada. Laman web dah ada. Promosi dah buat. Asas-asas komputer dan Internet dah tahu. Hmm, apa lagi yang tak kena nii??? Jiwa anda memberontak kerana terdapat satu persoalan yang penuh dengan ‘misteri’…

Sebelum itu, kita perlu FAHAM:

1. Jalur perjalanan dan rezeki bagi setiap insan adalah berbeza. Ini bukan alasan. Tetapi sebagai seorang insan yang lemah, kita mesti akur dengan kehendak-Nya. Dengan SYARAT, kita sudah berusaha dengan betul. Usaha dan terus berusaha sehingga mendapat hasil yang setimpal.

Ingat, jangan terlalu membandingkan diri anda dengan orang lain, sebaliknya teruslah berusaha dan yang penting, BELAJAR dan mengambil pelajaran daripada pengalaman sendiri dan orang lain. Kejayaan orang lain, adalah milik mereka. Jadi diri anda sendiri.

2. Kena redha akan takdir, namun mesti didahulukan dengan usaha yang Smart & BETUL. Anda perlu sedar, kalau tahun ini anda ‘tak berjaya’ atau pendapatan hanya sedikit, mungkin tahun depan anda lebih hebat atau amat berjaya berbanding tahun ini.

Sebagai seorang muslim, jauhkan sifat mengeluh dan sedih bila mendapat rezeki tak seberapa. “Hmm, aku dah usaha kuat, tapi hasil sikit…”. Sebaliknya, bersyukurlah apa yang anda dapat dan terus berusaha. Sekali lagi, kalau anda statik dengan ilmu yang sikit dan tidak terus belajar, selagi itulah anda berada di takuk yang lama.

“Zul! Saya dah baca puluhan Ebook. Jadi, saya bukan orang yang tak belajar ok!”.

Membaca Vs Belajar, amat berbeza. Kalau hanya membaca, anda hanya tahu. Tapi kalau anda lakukan (mengamalkan) berkali-kali apa yang anda baca, insyaAllah anda akan mendapat hasilnya.

Ramai orang nak hasil yang tinggi dengan hanya sekali usaha. Buat iklan sebulan sekali, tapi harapan menggunung. Buat promosi 2 kali sebulan, tapi nak ribu-ribu. Nak pakar dalam sesuatu teknik, tapi malas nak buat ‘testing & tracking’. Impian tinggi menggunung, tapi usaha tak begitu ‘banyak’.

Itulah penyakit “nak lebih, tapi usaha sikit”. Dah jadi fitrah alam atau hidup ini, kalau kita usaha sikit, sikitlah yang dapatnya. Analogi mudah, kita tengok formula ini:

1 darab X = X

1 darab 1 = 1

1 darab 2 = 2

1 darab 50 = 50

1 darab XXXX = XXXX

X itu adalah kekerapan aktiviti atau usaha yang anda lakukan ataupun jumlah jenis teknik pemasaran/promosi. Katakan X itu adalah bilangan kekerapan anda melakukan iklan di satu laman web. Iklan guna banner katakan.

Kalau sekali anda buat, hasilnya mungkin sikit. Tapi kalau banyak kali, hasil biasanya akan bertambah. Tapi anda perlulah melakukan ‘tracking’ terhadap usaha anda itu seperti iklan tadi. Buat dua tiga bentuk iklan dan track, mana satu yang lebih banyak klik? Inilah tracking. Iklan yang banyak diklik itulah biasanya yang ‘powerful’. Itu hanya satu contoh mudah. Macam mana nak buat tracking? Ada masa saya kongsi caranya…

Maksud di sini adalah, frekuensi atau kekerapan anda melakukan usaha promosi atau pemasaran perlulah konsisten. Ini tidak, bila buat iklan sekali tapi hasil tak dapat, terus kecewa. Itu bukan mentaliti usahawan yang sebenar!

Usahawan yang sebenar adalah, kalau mereka tak dapat hasil, mereka terus mengkaji, mana silapnya? Part mana yang perlu diubah? Ayat iklan macam mana yang ‘power’? Sales latter tak ‘membunuh’ ke? Maka wujudlah istilah ‘split testing’. Tak dapat saya tulis pasal ni, sebab nanti panjang pula artikel ni. šŸ™‚

Begitu juga dengan teknik promosi, pelbagaikan, tapi jangan banyak sangat. Jangan hanya fokus pada satu teknik sahaja.

Saya stop dulu tulisan ini. Kita sambung nanti. Di siri kedua lagi best, saya berikan contoh yang lebih praktikal agar anda jelas, bagaimana membina bisnes anda sendiri agar bertahan lama dan mendapat hasil menguntungkan.

Jumpa di siri kedua!

-SmartzuL

PS. Tawaran terhad telah ditutup. Terima kasih kepada yang mengambil bahagian dan jika anda mempunyai sebarang masalah, sila emel saya.

PPS. Bermula hari ini, saya akan tidak online secara kerap kerana saya balik kampung. Jika anda membuat sesuatu pesanan atau emel, berikan saya sekurang-kurangnya 48 jam untuk menjawab emel atau pesanan anda. Terima kasih.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? – Siri I

  1. zul,

    secara jujur saya cakap, post ni buat saya lemah semangat lah pada ayat yang awal-awal tu. kita dah usaha sepenuhnya tp rezeki takde. kadang rasa tak adil kalau macam tu…
    tp yang penting kita kena usaha keras lagi kalau rezeki masah takde supaya masa hadapan rezeki bercurah-curah…

  2. aaaaa…….. šŸ˜† memang duit selalu kena kejar. tapi selalunya kita terkejar tatkala nak kejar duit. memang takkan terkejar sampai bila2 laaa

    baik tak payah kejar awal2 lagi. buat kerja ikut panduan yang sepatut…

    meh sini kita lumba kejar2 siapa yang dapat kejar duit???

  3. :mrgreen: huhu … flight delay so sempat nak komen kat Blog Zul …

    Mengapa seseorang masih tak berjaya?

    1.) Malas.
    2.) Bertangguh-tangguh
    3.) Tidak yakin.
    4.) Buat kerja separuh jalan, tak habis.
    5.) Malas.

  4. Kalau nak kira putus asa memang mudah tapi kita mesti berusaha..
    kalau tak berjaya pun sekurang2nya kita akan merasai pengalaman yang berharga untuk dijadikan sesuatu dalam lipatan sejarah hidup kitakan..

  5. sori zul komen nie tak berkaita ngan tajuk atas…c
    cuma tgh2 xplore blog nie terperasan yang zul merupakan ahli seni silat cekak.. masih aktif ker???
    sori ye kalau silap tpt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *