400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan
2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama
Sumber: Harian Metro Online
————
TAMBAHAN OLEH SMARTUSAHA.COM
pada tahun 2006, saya membuka satu perbincangan di forum WangCyber bertajuk Undang-Undang: Daftar Perniagaan Anda. Saya berpegang sepenuhnya pada pendapat tidak kisah perniagaan itu baru atau lama, newbie mahupun otai, wajib mendaftar perniagaan di SSM. Tetapi ada yang mengatakan tidak perlu.
‘Tidak perlu’ itu hanyalah pendapat peribadi, tetapi dari sudut undang-undang ia tetap perlu kerana itulah peruntukan peraturan dan undang-undang. Pada tahun itu juga saya telah bertanya sendiri kepada pihak SSM seperti berikut (melalui emel):
Assalamu’alaikum / salam sejahtera,
Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.
Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?
Terima kasih.
Jawapan:
Tuan,
Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah “Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”
Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur.
Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Rujuk: http://blog.smartusaha.com/undang-undang-daftar-perniagaan-anda/
Sebaik-baiknya adalah mendaftar perniagaan (ROB) walaupun perniagaan itu dilakukan dalam kadar yang kecil. Modal untuk pendaftaran hanyalah RM60 sahaja untuk setahun.
*ROB: Registration Of Business (Enterprise)
*ROC: Registration Of Company (Sdn. Bhd.)
Persoalan Berkaitan:
1. “Saya hanya buat program affiliate. Perlukah saya daftar perniagaan juga?”
Jawapan: Tidak perlu. Kita hanya menjadi ejen promosi sahaja dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Hanya pihak itu yang perlu mendaftar perniagaan.
2. “Saya hanya buat perniagaan melalui internet secara ‘part time’ sahaja.”
Jawapan: Tetap perlu daftar perniagaan itu. Lihat kembali maksud perniagaan seperti yang dinyatakan di atas.
3. “Saya fokus sepenuhnya di pasaran luar.”
Jawapan: Anda tertakluk sepenuhnya di bawah undang-undang pasaran atau negara itu.
4. “Alamat untuk daftar perniagaan?”
Jawapan: Boleh gunakan alamat rumah sahaja atau premis perniagaan.
5. “Perlukah mendaftar permit perniagaan dengan pihak Majlis Daerah?”
Jawapan: Kebanyakan bentuk perniagaan melalui Internet dikecualikan. Asasnya, perniagaan yang tidak melibatkan stok yang besar, tidak mengganggu jiran dan perkhidmatan tidak perlu daftar permit.
Penafian: Jawapan di atas dan penerangan di blog ini tidak semestinya nasihat yang tepat dan saya bukan seorang pakar undang-undang. Ia hanya sekadar pendapat sahaja. Sila rujuk pihak yang lebih arif.
PS. Prosedur pendaftaran perniagaan di SSM sekarang lebih mudah dan cepat berbanding beberapa tahun lepas. Isi borang dan terus ke kaunter. Tiada lagi proses yang sulit. Dalam 30 minit – 1 jam sudah boleh siap.
PPS. Jika ada sebarang pertanyaan, gunakan sahaja ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawabnya.
Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan
-
Incoming search terms:
- jenis perniagaan yang boleh didaftarkan
- nota undang-undang perniagaan
- undang-undang perniagaan
- nota undang undang perniagaan
- undang-undang perniagaan malaysia
- nota undang-undang syarikat
- artikel undang-undang perniagaan
- perlukah koperasi berdaftar dengan ssm
- undang perniagaan
- undang perniagaan di rumah














Aiseh,ingatkan perniagaan internet tak perlu didaftarkan dengan ssm..
Huhu..baru tau ni.. Banyak lagi kena belajarlah nampaknya.XD
Terlupe pulak…
Kalau dari segi menyewakan ruang iklan di dalam laman web sendiri.Perlu daftar perniagaan juga ke?ehehe..XD
Ya, nak tanya tentang hal ini juga. Sebenarnya masih blur lagi dengan benda ini. Masih mencari maklumat.. Terima kasih di atas info ini.
Itu juga salah satu bentuk urusniaga. Sama juga. Masa daftar, tulis di borang begini: Pengiklanan di Internet.
Tq bro atas jawapan tu.. Memang dinanti2kan.XD
Ada lagi 2 persoalan yang masih tak terjawab oleh otak ni..hehe
Kalau kita buat semua jenis sekaligus contohnya jual produk sendiri,pastu dalam masa yang sama menyewakan ruang iklan.. Time daftar nak tulis ape pula?
Soalan seterusnya, lepas mendaftar dengan ssm. Macamana nak urus mengenai berapa keuntungan yang diperolehi dari perniagaan yang dijalankan? Nak kena tunjuk juga bukti pendapatan pastu cukai2 pendapatan & macam2 lagi..(blur2…)
Mungkin saudara boleh hasilkan tutorial atau ebook panduan mengenainya. Saya sanggup beli..sebab saya yakin dengan kualiti produk bro.XD
P/s: Maaflah sebab banyak sangat bertanya..XD
(Mesti letih bro smartzul kite nak jawab soalan2 ni).ehehe
1. Masa daftar boleh masukkan sebanyak mana jenis perniagaan yang dilakukan. Janji nama yang didaftarkan sesuailah dengan bentuk perniagaan yang dilakukan. Tuan tulis sahaja dan nanti di kaunter mereka akan bincang kalau perlu.
2. Mengenai pengurusan kewangan dan perniagaan, itu sudah semestinya perlu dipelajari sama ada baca buku, artikel, masuk kursus atau dapatkan khidmat mana-mana konsultan.
Tambahan: Di setiap cawangan, mereka ada tampal contoh lengkap cara isi borang di satu sudut mengisi borang. Mengenai jenis perniagaan, tulis sahaja. Kalau jual pakaian, tulis “menjual pakaian”. Kalau menjual barangan komputer, tulis “menjual barangan komputer”. Tapi dengan syarat dalam Bahasa Melayu yang betul. Apa-apa perkara berbangkit, kerani di kaunter akan bincang terus dan mereka akan cadangkan yang lain jika perlu.
Tadi saya baru ke SSM dan kaunter mereka tidak terlalu sibuk. Itu kalau tuan tinggal di KL.
Perniagaan melalui internet juga adalah perniagaan. Internet hanya medium promosi sahaja.
begitu ye ..hmm itu yg perlu daftar a.s.a.p
Salam.. nak tanya kalo kita banyak web site kita perlu daftar satu je ke SSM atau banyak? Dan apa maksud di atas individu atau syarikat yg menjalankan perniaagaan internet juga tidak dikecualikan tindakan? Bukankah syarikat itu dah berdaftar?
Salam,
1. Cukup daftar satu perniagaan sahaja. Anggap sahaja website itu adalah produk kita yang bukan hanya satu, tapi banyak.
2. Individu itu perniagaan persendirian (sole proprietorship). Syarikat pula adalah berkumpulan (buat ramai-ramai). Anggap saja begitu.
Alhamdulillah dah mendaftar sejak mula-mula start biz online.
nasib baik dah daftar perniagaan bulan mac hari tu. tapi tak buat akaun atas nama syarikat lagi.
thanks tuan zul
Akan daftar untuk soccerpitstop.com
Baru nak sedar, ramai IM buat tak tahu je. Denda memang tak lebih RM50K,.. lama tu nak kumpul.
Akhirnya, kerajaan buka mata juga tentang perkembangan perniagaan internet ni. Oleh itu, kepada mereka yang belum mendaftarkan syarikat, sila daftar sekarang,pergi terus sahaja ke kaunter tidak perlu guna orang tengah.
Kalao daftar ROC, berapa pula yurannya?
Dan apa perbezaan ROB dengan ROC? Adakah kedua-duanya mempunyai syarat2 yang sama atau berbeza untuk pendaftaran?
ROC perlu (wajib) lantik ‘setiausaha’ (pihak yang sediakan servis ini) untuk buat. Kita hanya berikan maklumat, bayar dan mereka akan selesaikan semua. Kos biasanya dalam RM2000. Ada juga dalam RM1500 jika ada promosi. ROC (Sdn Bhd) lain sedikit prosedurnya. Kalau sudah daftar ROC, tidak boleh malas-malas buat simpan rekod duit keluar masuk (akaun) dan penyata kewangan sebab setiap tahun mesti submit. Jika tidak, kena denda. ROC perlukan sekurang-kurangnya dua orang ahli dalam syarikat itu, seorang pengasas dan seorang lagi rakan kongsi.
Lain dengan ROB, ia berbeza dengan ROC. ROB sama ada persendirian atau perkongsian. Tidak wajib submit rekod kewangan kepada ‘pihak kerajaan’ seperti mana Sdn Bhd (ROC). Kos untuk daftar ROB adalah RM60 sahaja.
ROB, maksudnya Business (perniagaan).
ROC, maksudnya Company (syarikat).
Jadi masa ke SSM, beritahu mahu daftar Business iaitu ROB. Kalau mahu daftar Sdn. Bhd., beritahu mahu daftar syarikat iaitu ROC.
ROC biasanya ambil masa sedikit untuk siapkan pendaftaran, berbanding ROB dalam masa 30 minit – 1 jam sudah boleh siap.
Terima kasih tuan Zul. Penerangan yang cukup padat
Cuma nk tanya skit lagi, untuk ROB, nama kat hujung akan jadi ‘entreprise’ ke? dan untuk ROC, hujungnya ialah ‘Sdn Bhd’?
Bagi ROB, perkataan hujung itu tidak wajib. Mahu letak boleh, tidak letak pun tak mengapa.
Contoh: Rahman Basri Enterpise. Boleh juga daftar nama ‘Rahman Basri Network’, ‘Rahman Basri Resources’ atau apa jua nama lain tanpa nama penghujung sebegitu. Contohnya seperti ‘Rahman Basri Marketing & Services’. Pendek kata, nama yang dipilih adalah atas kehendak kita. Ia boleh didaftarkan jika masih ‘available’ dan mematuhi syarat-syarat penamaan perniagaan.
Berbeza dengan ROC, Sdn. Bhd. di belakang itu adalah wajib. Nama depannya kita yang tentukan selagi ia masih boleh didaftarkan (belum didaftar oleh orang lain).
Saya+seorang+blogger+sepenuh+masa+dan+agen+affiliate.+adakah+saya+perlu+mendaftar+di+SSM?
Blogger sepenuh masa: Apakah aktiviti yang dilakukan? Ada menjual produk sendiri? Jika ada, maka perlu mendaftar. Kalau sekadar mempromosikan produk orang lain (affiliate), maka ia tidak perlu.
Mengenai jual iklan di blog seperti yang ditanya oleh pembaca sebelum ini, pada pendapat saya, jika ia hanya sekadar jumlah yang kecil, mungin tidak perlu. Tapi kalau mahu ‘selamat’, lebih baik daftar. Apa pun untuk kepastian, hubungi SSM untuk pertanyaan.
Panas macam pisang goreng tul topik ni..XD
Apapun, tq atas penerangan dan cadangan bro smartzul sebelum ni. Sememangnya sangat berguna..
Terima kasih.
Sebahagian persoalan tuan ada saya tulis di artikel terbaru ini:
http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-vs-daftar-perniagaan/
Terima kasih brother Zul kerana maklumat yang disampaikan begitu jelas dan padat. Saya pun baru melibatkan diri dengan dunia affiliate marketing sebagai Affiliate marketer. So, tak perlulah saya nak risau sebab kalau melalui info brother, Affiliate marketer tak perlulah mendaftar sebagai ROB atau ROC
Sama-sama.
Saya baru terfikir. Walaupun kita ‘bebas’ dengan hanya mempromosi, meletak DISCLAIMER di blog atau website juga penting. Perlu nyatakan bahawa kita tiada kaitan dengan pihak yang dipromosikan sama ada secara langsung atau tidak.
Saya nak tanya. kalau sy ada jual mcm cupcake..cake atau ape2 yg berunsur makanan secara online..perlu daftar mcm mana ye?sama juga mcm bisnes online yg lain ke?
Salam Yayah,
Saya tidak pasti apakah istilah yang boleh digunakan. Secara spesifik, mungkin boleh tulis begini: “Menjual kek cawan”. Tidak perlu nyatakan kita buat jualan melalui Online kerana online itu hanyalah medium pemasaran sahaja. Cadangan saya:
1. Menjual kek
2. Menjual makanan
Atau mungkin boleh tulis makanan dan minuman sahaja.
Cara termudah, boleh tanya terus staf di SSM. Beritahu mereka apa yang kita buat dan mereka akan berikan cadangan.
memang dah tau…tapi confius!!macamana procedure nye..nak kena pegi SSM?sangat blurrr…kalau jadi agent utk sesuatu product pun nak kena daftar ke sebab promote kat laman sosial atau blog sendiri..hurmmm?
Kalau jadi agen yang berdaftar seperti jadi ahli MLM, maka TIDAK PERLU daftar SSM. Tapi kalau jadi agen dalam erti kata lain sebagai peniaga yang dapatkan barang/produk daripada pemborong, maka PERLU mendaftar sebab itu bermaksud kita berniaga sendiri.
bagi aku mmg patut SSM caj bende ni.biar sama rata.nak niaga niaga betul betul.duduk sama rendah.berdiri sama tinggi.kitaorang yang ada kedai ada sewa kena bayar.ada pekerja kena bayar.incometax lagi.niaga pun takde la 30 tahun.baru berapa tahun.nak bayar loan bank lagi.loan tak habis bayar ada plak `saingan`.
Aku terus terang aku cakap.berniaga apa pun ada MarketShare.Market share tu dikira dari segi %.Perbuatan jualmurah…pastu boleh plak dalam satu List tu ada ramai yang menjual bende yang sama..akan menyebabkan MarketSHare berpecah.kalau yang berniaga tu dah over 10 years berniaga marketshare dia mmg besar.takde dia nak rasa `sedih` dengan penjual2 internet ni.masalahnya ramai dikalanagan peniaga kebanyakkan pun 5 tahun atau 6 tahun….ada tu bukan serius berniaga.saja nak mengisi masa.duduk rumah bukan ada apa pun.kalau kena yang serius niaga?.Malaysia ni kecik je.penduduk pun 27 juta.tu pun dah kira orang asing sekali.
aku merujuk pada bidang sales and service.macam jual kereta.repair kereta.jual komputer.jual phone.kalau jual makanan atau kek going on.teruskan.kenapa? pasal kek atau sewaktu dengannya merupakan MAKANAN.makanan merupakan bende asas pada tiap2 manusia.tak kira bangsa.lagipun makanan pelbagai.harga makanan mahal macam mana pun korang tetap pergi makan kan?.
kat dalam dunia niaga ni ada 3 jenis niaga:
1)Orang ni mmg rezekinya niaga.takde bende lain mintak keje tak dapat.takde orang nak gaji dia.pastu akademik tak tinggi.PMR pun tak lepas.
2)Orang ni pakar merekacipta.pastu bende dicipta tu dijual.hasil jualan tu kenyang giler.cth.pengasas facebook.dia kaya raya pasal ada orang beli ciptaan dia.korang nak kaya raya sekelip mata ciptalah produk sendiri.
3)Orang ni bidang terjun.dia dengar bende ni menguntungkan atau pun tahu sikit sikit gatal tangan join market.pastu dah buat hal customer tak puas hati.niaga apa macam ni?
Salam, sy nak berniaga pakaian, buku dan ebook dalam internet ( tiada premis )..bleh ke sy daftar online di ssm? kwn sy ckp kne daftar di majlis daerah tempat sy..betul ker?nak daftar dimana satu?…brapa kos paling murah?tq
Salam,
Jika berniaga dari rumah dan mempromosi melalui Internet, tak perlu daftar di Majlis Daerah. Daftar di majlis jika guna premis kedai atau tempat2 di luar dari rumah sahaja. Jika dari rumah perlu daftar di SSM sahaja.
Rujuk artikel berikut:
http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-vs-daftar-perniagaan/
kalau nk buka gerai menjual coconut shake pun perlu di dftarkn di ssm?
Setahu saya, perlu daftar. Keduanya, perlu daftar dengan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah) untuk buka gerai di sesuatu tempat.
Jadi ada dua pendaftaran perlu dilakukan:
1. SSM
2. Majlis Daerah atau pihak berkuasa ke atas tempat gerai dibuka.
Baru tahu tentang pendaftaran perniagaan on9 ni.. tapi nak kepastian, kalau cth saya berniaga secara on9 (reseller/dropship agent) sahaja (tak simpan stok.. hanya proceed order dr customer to supplier).. wajibkah mendaftar dgn SSM? still confuse
Wil,
Saya cadangkan baik daftarkan juga. Apabila kita berniaga dan melibatkan transaksi wang tunai, bermaksud kita telah termaktub dalam akta yang dinyatakan oleh pihak SSM. Tidak kira bagaimana kita berniaga, itu soal kedua. Bagi SSM, apabila kita berniaga, kita perlu mendaftar. Banyak kelebihannya terutama apabila berlaku hal-hal berkaitan seperti undang-undang.
bisnes on9 FB (takda website lagi) pun kena daftar jg ke? and actually, saya buat part-time je coz kerja swasta.