Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…

Adakah anda ingin berjaya seperti usahawan Internet yang lain?

Kini, anda nak dapat RM1 pun susah, apatah lagi mendapat ribu-ribu seperti mereka…

Percayalah, jika anda ada usaha dan kesabaran, masa anda akan tiba jua. Tanyalah mereka yang telah berjaya, bagaimana mereka bermula. Jawapannya tentu sama sahaja.

“saya dulu blurrr”.

“saya dulu tak faham langsung”.

“dulu nak buat 1 sen pun berpeluh…”.

“masa mula-mula dulu asyik tengok dan dengar orang lain buat duit jer…”.

“saper tahu nak dapat klik banyak untuk Adsense?”.

Itu dulu. Kini apa kata mereka:

“saya melaburkan $XXX untuk dapatkan teknik ini daripada pakar… Hasilnya lihatlah akaun Paypal saya ni…”.

“kalau anda buat teknik yang saya terangkan ni, paling kurang anda akan mendapat $100 sehari”.

“bulan lepas sahaja saya mendapat keuntungan bersih sebanyak RM30,000”. πŸ˜‰

Mereka telah berjaya. Mereka mula berusaha dan mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk menjana ribuan ringgit atau USD. Ada yang mengambil masa setahun dan sebagainya sebelum berjaya di dalam perniagaan Internet atau buat duit di Internet.

Mereka itu dari zero kini menjadi hero… Begitu juga anda akan berjaya seperti mereka, cuma masa sahaja tidak tahu bila. Jadi, tak perlulah berduka lara jika sekarang anda masih perlahan, bisnes tak maju, tak tahu banyak dan sebagainya.

Pendek kata, orang yang berjaya bermula dengan tak tahu, blurr, pening dan sebagainya. Tapi sebab mereka ada usaha yang kuat dan fokus, mereka akhirnya mudah membuat duit di Internet seperti makan kacang sahaja (erkk, mudah ke makan kacang?).

Bercakap mengenai fokus, saya mempunyai ramai kawan Ebiz dan juga dari pemerhatian saya terhadap orang-orang yang berjaya, mereka fokus pada usaha mereka. Lihatlah yang berjaya dalam Google Adsense sebagai contoh, mereka bukan berusaha dalam sehari dua, tetapi mereka berjaya setelah berhempas pulas belajar, berusaha dan mencuba.

Mereka hanya tumpu (fokus) pada Adsense (satu bidang) sahaja. Setelah mereka berjaya dalam model itu, mereka belajar pula model lain untuk mewujudkan pelbagai sumber pendapatan. Begitulah seterusnya satu demi satu mereka melakukannya. Bagi saya, itulah salah satu rahsia orang-orang yang berjaya, tidak menjadi hero untuk semua perkara dalam satu masa.

Itulah hebatnya kuasa fokus jika anda betul-betul memilikinya.

Usahlah anda risau. Masa anda akan tiba jua… Tetapi syaratnya tetap ada:

1. Ada kemahuan yang tinggi

2. Belajar daripada mereka yang telah berjaya

3. Usaha kuat dan kesabaran yang tinggi

4. Usaha berterusan (istiqamah)

5. Mahu dan terus mahu belajar tanpa rasa bosan

6. FOKUS

Syarat-syarat itu nampak mudah, anda sendiri pun tahu… πŸ˜‰ Tetapi ketahuilah, daripada 100 orang, biasanya 1 orang sahaja yang akan betul-betul kekal dan bertahan lama… Yang lain-lain itu akan hilang semangat, hilang minat, berputus-asa dan sebagainya. Dalam bahasa yang mudah, mereka telah GAGAL (mungkin sementara, atau selamanya).

Oklah, setakat ni dahulu. Beritahu saya bila anda sudah berjaya. Saya mahu mendengar mengenainya! πŸ™‚

– SmartZuL

PS. Saya akan umumkan mengenai “si dia” pada bila-bila masa sahaja… Stay tuned..

PPS. Sudahkah anda mendaftar newsletter SmartUsaha.com? Klik di sini jika belum.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…

  1. slmt pagi zul,,

    bukan senang nak senang tu zul,,
    kena usaha yang kuat…kalau main-main, susah nak berjaya seperti orang yang berjaya…
    orang berjaya usahanya 100kali ganda dari orang gagal…

    si dia dah nak muncul…tak sabar rasanya…

    han

  2. memang bukan senang nak senang.. Saya pun dah hampir 3 bulan aktif ngan blogging n masih belum menerima apa2 RM tapi seperti zul kat tadi bukan macam makan kacang… lebih kepada makan durian ( He he he.. )
    saya nak nilai diri berdasarkan syarat zul nie :-
    1. Ada kemahuan yang tinggi – Syukur hampir 3 bulan nie saya masih memiliki kemahuan tinggi dalam blogging ni.. dan traffic bagi blog2 saya pun agak konsisten walaupun tak ramai lagi.

    2. Belajar daripada mereka yang telah berjaya – saya juga banyak belajar terutama dari zul dan beberapa blogger yang lain…

    3. Usaha kuat dan kesabaran yang tinggi – masih kuat lagi usaha dilakukan dan kesabaran masih ada..

    4. Usaha berterusan (istiqamah) – masih melakukan usaha berterusan.. cuma ada yang masih tertunggak..

    5. Mahu dan terus mahu belajar tanpa rasa bosan – masih ingin belajar lagi..

    6. FOkus- hm.. memang agak susah lebih2 lagi saya bekerja dan menggunakan blog sebagai sampingan.. tapi setakat ini masih ok lagi..

    tapi yang paling takut ialah give up.. Harap2 tak give up.. AMIN..

  3. Kuasa fokus… Nyata dan terbukti berkesan menjadi pemangkin kejayaan.
    Tapi nak kekal fokus tu satu kerja yang bukan mudah. Maklum kehidupan ini terdedah pada keinginan dan peluang. Keinginan membuatkan kita tidak sabar, peluang ada kalanya membuat kita gelap mata. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.. mohon dijauhkan hati dari dijangkiti perkara negatif macam tu.

    …tak sabar gak menanti kemunculan ‘sidia’.. πŸ˜€

  4. Salam Zul, πŸ™‚

    Ya, yang penting fokus dan bersungguh2. bersungguh2 juga perlu pada tempatnya πŸ™‚ ada orang bersungguh2 tapi masih tak menepati level kesungguhan yang sebenar. bersungguh2 goyang kaki pun satu kesungguhan juga. saya pasti Zul merujuk kepada kesungguhan untuk belajar dari zero, beli buku untuk rujukan, try and error, dan sentiasa fokus πŸ™‚

    Kalau ikutkan, sejak saya beli kit blogger Zul, saya dah patut setup blog sendiri πŸ™‚ Tapi belum juga πŸ˜€ Mungkin ada orang yang akan pandang saya semacam atau bermacam2, tapi itu tak penting. Yang penting saya fokus pada plan saya πŸ™‚ Dan alhamdulillah, dalam masa sebulan lagi saya akan dapatkan blog saya πŸ˜€ maklumlah student, banyak keperluan yang lain perlu ditampung, nak2 lagi fees.. Jimat cermat membawa berkat πŸ˜€ … πŸ™‚

    p.s : Si Dia dah nak release la πŸ™‚ hheheheh

    p.s.s : Untuk fokus yang lebih tinggi, change our mental attitude/habit. Dalam Pareto Principle ada Rules 80/20. Pilih untuk jadi top 20% or bottom 80%. πŸ™‚ Kalau anda pick to be top 20%, list down la sapa2 org yang seangkatan dalam level tu, kaji cara mereka, dan cuba πŸ™‚ tapi, jgn pula pergi tanya benda2 yg terlalu basic… sudah tentu mereka tidak punyai masa untuk setiap pertanyaan… πŸ™‚ act smart!

  5. Pingback: Wordpress| Lebih Mudah, Lebih Senang, Lebih Bergaya » Blog Archive » Wordpress & SEO : Langkah Pertama
  6. Sudah lapan bulan saya bazirkan masa saya buat sesuatu yang tidak tetap dan selalu berubah.

    Akhirnya. saya sedar akan kesilapan ini dan mula fokus pada blog sahaja.

    Selepas 2 bulan, ia mula membuahkan hasil. πŸ˜‰

  7. Setuju dengan Abang EM R. Kehidupan ini penuh dengan keinginan dan peluang yang membuatkan kita tidak sabar. Memang itu lah yang selalu terjadi. Terlampau nak mengejar, nak tahu semua benda dalam masa singkat. nak buat semua benda, kononnya bijak mengambil peluang, tapi last2 hilang fokus. Satu benda pun tak menjadi.

    Tapi keazaman tetap ada. Ikut nasihat pakar-pakar.

      1. yang tak segera tu kena tunggu lah dulu…
        tunggu sampai jumpa orang yang tak nak segera tu…hehe…
        saya pun nak segera…
        tapi boleh ke?
        mesti tak boleh kan…
        so kena lah tunggu yang tak segera tu….

        han

  8. fokus…
    sebenarnya amat susah jugak nak fokus nih…at least kita dah jumpa apa yang sebenarnya kita cari…
    dan..pencarian tetap diteruskan walaupun mendapat pelbagai halangan dan cubaan…
    dari segi malas, penat…masa tak mengizinkan

    tak sabar nak tunggu si dia yang zul janjikan tu..

  9. Fuhh…..Zul, dikmal dah bagi motivasi tuh…

    Ktom masih lagi tidak dapat merebut peluang ekoran drp kekurangan ilmu…bila kurang ilmu jadi blurr…bila blurr susah nak fokus…hehehe

    Tetapi kesungguhan dan semangat masih tidak luntur sehingga kini. Harap2 selamanya.

    Ktom menyokong pendapat Abang Em R tu….Kuasa fokusÒ€¦ Nyata dan terbukti berkesan menjadi pemangkin kejayaan.

    Fokus akan kekal jika kita sedar segala manafaatnya….dalam erti kata yang sebenarnya HASIL

    Tanpa fokus kita tidak akan ada berusaha. Usaha dan semangat amat penting untuk membawa kita ke mercu kejayaan. Namun sedikit usaha yang berterusan juga mampu memberikan hasil yang gemilang. Insyaallah πŸ™‚

      1. kejar dengna usaha akhirnya akan berjaya juga…
        yang penting tak putus asa…
        tambahkan lagi fokus fokus fokus…
        mesti berjaya…
        malaysia boleh…

        han

  10. btl tu kata-kata zool…kemahuan yang tinggi tu penting.. kalau takde kemahuan takde lah rancangan kita…

    dikmal…kita sama lah…dah beli tapi tak bina pun blog tu..hehe tp dlm perancangan tu…apa kata kita sama2 bina…ok??
    haha..

    han

  11. boleh start dah buat blog domain sendiri tapi yang blogspot.com jgn dibuang…
    itulah konsep yang saya buat..
    sayang nak buang yang blogspot.com tu…
    tapi kena update blog lain2..
    memang penat tapi bile tgk traffic dan komen rasanya berbaloi walaupun sket je org datang.

  12. Jadikan blogspot.com tu sebagai proksi (medium) utk dapat trafik ke blog dot com.

    TRAFIK –> Blog free –> TRAFIK –> Blog dot com

    Jangan sesekali anggap blog platform free mcm blogger.com tu tak ada gunanya. Tidak… Walaupun saya lebih suka guna dot com, namun yg free tu tetap ada kekuatan tersendiri.

    Prinsip yg harus ada dalam bab2 begini adalah, semua benda ada kekuatan tersendiri, cuma kita jer perlu buat pilihan dan keputusan yg bijak.

    Terima kasih di atas pandangan semua utk topik kali ni.

  13. Hi smartzul, Pada pendapatan saya ,pendapatan melalui Blog tak lah seberapa berbanding dengan keadah lain . Malahan, blog memerlukan masa yang banyak untuk “Maintenance”.. Please comment… πŸ™

    1. blog memang perlukan masa banyak…
      tak tak kena tulis artikel…
      kalau tulis pendek2 tak pe la…

      kalau nak layan pengomen pun perlukan masa juga…

      han

  14. masa untuk meraih kejayaan? sudah tentunya masa keemasan itu dinantikan oleh semua orang yang berusaha menyediakan kelengkap yang scukupnya untuk berjaya dalam perniagaan… mereka hanya perlu berusaha dengan lebih tekun dan gigih dn bersedia dngan apa jua cbaran…

    jika tidak mereka akan berundur jika hanya sekerat jalan shaja. jangan gagal untuk selama-lama dh laaa…

    1. meraih kan adalah sebagai penghargaan…
      bila ada penghargaan, ada lah semangat baru…
      bila ada semangat baru, ada lah kerjayaan baru…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *