Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang

Antara faktor kejayaan seseorang di dalam perniagaan internet adalah sejauh mana dia meluangkan masa untuk belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan.

Daripada pemerhatian saya terhadap para usahawan internet yang berjaya atau yang cepat berjaya (termasuk newbie) adalah kerana mereka meluangkan masa untuk betul-betul memahami mengenai perniagaan internet dan model yang sesuai dengan mereka.

Mereka mengkaji dan menentukan apakah model perniagaan internet yang sesuai untuk mereka, menyenaraikan apakah kekuatan dan kekurangan mereka (analisis SWOT) dan kemudian merancang apakah yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

Dan untuk mudah merancang, sudah semestinya mereka mendalami dahulu model perniagaan yang mereka akan lakukan sama ada ebay, produk fizikal, produk digital atau program buat duit seperti affiliate.

Kemudian, mereka menyenaraikan apakah teknik-teknik yang terbukti menjadi dan berkesan. Caranya tidak lain adalah dengan belajar daripada kejayaan orang lain sama ada secara percuma atau secara berbayar.

Selepas memahami dan tahu teknik yang boleh dipakai, maka mereka akan merancang langkah dan strategi yang perlu dilakukan. Perancangan ini mungkin dalam bentuk jadual kerja, pelan tindakan, kertas kerja atau sebagainya..

Saya rasa, tidak ramai para pemula (newbie) melakukan perkara-perkara ini terutama kajian terhadap model perniagaan dan juga perancangan. Lantas kursus yang dihadiri dan ebook yang dibeli tidak memberi sebarang nilai dan hasil.

Belajarlah sehingga faham, kaji secara serius dan rancang strategi atau proses yang perlu anda lakukan. InsyaAllah, anda boleh berjaya seperti mana kejayaan orang lain. Dan sudah semestinya kesemua ini memerlukan disiplin dan fokus yang tinggi.

Jika anda mahu belajar beberapa teknik yang berkesan, anda boleh dapatkan Panduan Rahsia Newbie daripada Ammar Zahar. Anda boleh membaca dua ulasan terhadap produk ini yang saya tulis sebelum ini:

Ulasan Pertama

Ulasan kedua

Selamat berjaya.

ps. Ketahui di mana dan apa yang saya sedang buat: http://twitter.com/smartzul

Facebook comments:

14 Responses to “Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang”

  1. rakanblogger says:

    Memang betul kata Zul, saya amat setuju. Belajar, mengkaji dan merancang memang aspek yang penting dalam perniagaan internet, lebih2 lagi kepada newbie. Jangan main hentam kromo je, silap2 kena hentam balik. Kalau tak tahu, belajar. Kalau tak faham, tanya. Malu bertanya sesat jalan :)

    >>Follow saya di Twitter

  2. nick says:

    Benar Zul, Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang adalah salah satu kunci untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

  3. ye memang betul tu bro ,saya sendiri sekarang pun luangkan banyak masa untuk kajian …thanks

  4. Mengkaji merupakan perkara pertama yang mesti dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan,tanpa kajian atau pemahaman segala usaha yang bakal atau sedang diusahakan hanya akan menimbulkan masalah.

    Tetapi jika asik terlalu mengkaji dan mencari teori tanpa perlu bertindak segera hanya akan membenarkan diri berada di dalam angan-angan.

    Angan – angan yang disertakan kajian dan pemahaman ditambah dengan tindakan tepat merupakan matlamat yang bakal tercipta.

    Fikir-fikirkan yek!

  5. Assalamualaikum SmarZul,

    Saya akui ramai diantara newbie seperti saya hanya teruja untuk menjana pendapatan dari internet dengan segera tanpa perancangan yang betul, saya sendiri sangat tergesa-gesa tanpa perancangan dan menkaji ilmu secara mendalam. Lambakkan infomasi yg “tahyul” yang seolah-olah mengambil kesempatan dari newbie juga membuatkan para newbie semakin hanyut jauh dari landasan asal. Mujurlah Blog saudara ini memandu kami (newbie) kejalan yg benarr :) . terima kasih atas info kali ini, akan saya jadualkan kembali masa untuk mengkaji,dan merancang dengan betul

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~Jadikan mimpi satu realiti~

  6. En Dlie says:

    Saya sendiri banyak belajar dan mengkaji.. walaupun kadangkala apa yang saya kaji dan analisis “terpesong” – tiada permintaan atau bukan masa yang sesuai, saya tetap teruskan… menjadikan pengalaman ini satu pengajaran buat saya..

    Saya tetap tidak berputus asa, selagi mana ada peluang saya akan teruskan dengan dibimbing oleh ilmu-ilmu yang telah saya pelajari selama ini walaupun ianya hanya sekeliput jer.. :-)

  7. zool says:

    Lama sungguh tak singgah menjenguk sini..
    Memang belajar dan mengkaji penting..
    Tapi bertindak juga penting..
    Kalau tak sampai tu je la..

    eh ni cakap untuk diri sendirilah.. ha ha ha

  8. am says:

    Yup.. betullah tu.. saya pun mengaku.. selalu beli ebook panduan dsb.. tapi sering tak aplikasikan apa yang di ajar dalam panduan tu.. kadang2 naik blur pun ada.. patutnya kena fokus.. dan tumpukan satu-satu.. tak boleh nak kejar semua.. sebab selalunya jadi sekerat jalan jer..

  9. perancangan amat penting….

  10. auto parts says:

    bukan mudah untuk memulakan sesuatu …banyak masa yang diperlukan
    jadi para newby bersedialah untukk belajar..

  11. Robotys says:

    Yep, setuju samasekali. :)

    The same reason kenapa kebanyakan graduan yang buat bisnes menjadi: Sebab mereka bekas pelajar, dan mereka biasanya mempunyai tabiat untuk belajar sesuatu sampai perfect then baru buat something.

    Sebab tuh jugak bisnes graduan banyak yang coming in late: Tunggu perfect. :)

    Pro and Cons bro, pro and Cons!

    Ro.botys.com is back!

  12. AmmarZahar says:

    Belajar dan mengkaji adalah perkara wajib bagi seorang usahawan internet. Internet akan sentiasa berubah dan akan sentiasa ada penambahbaikan. Jadi, kita perlu terus update dengan semua maklumat yang ada di internet.

    Inilah kerja sebenar usahawan internet. :)

  13. Kadang2 apa yang dirancangkan tidak menjadi sebaliknya yang tak terancang pulak datang tak diundang!

    Apa-apa pun kalau nak bisness internet kena berhati2 dalam merancang.

  14. Yusop Sainen says:

    Saya memang tidak tahu tentang bisnes internet ini, saya baru dalam membina blog. Saya telah berjaya membina blog saya sendiri dari e-book yang saya beli sebulan yang lalu.
    Apa yang saya baca dari article anda sungguh menarik dan mengkagumkan, tentang teknik membuat penulisan dalam blog ini. Saya masih lagi tercari-cari teknik dan perancangan yang membolehkan saya mencebur diri dalam bisnes internet.
    Sila tunjuk ajar.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)