Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
Wah. Saya semakin bersemangat untuk terus bergerak maju di dalam bidang keusahawanan ini setelah mendapat beberapa emel perkembangan terkini daripada sahabat lama setelah sekian lama tidak mendengar berita mereka.
Ada yang melakukan bisnes makanan, catering dan melakukan bisnes di luar Malaysia. Saya kagum dan mahu berjumpa dengan usahawan-usahawan muda ini untuk meningkatkan lagi aura dan motivasi keusahawanan. Orang kata, kalau mahu terus bersemangat, selalulah bersama dengan mereka yang berfikiran sama seperti kita. Maksudnya, kalau kita usahawan, lebih-lebihkanlah bergaul dengan usahawan juga.
Post saya kali ini tiada kaitan dengan internet marketing atau perniagaan internet, tapi lebih kepada keusahawanan. Hakikatnya saya adalah seorang USAHAWAN dan bidang perniagaan internet ini hanyalah satu bidang selain bidang-bidang perniagaan lain yang akan turut saya ceburi kelak.
Apa yang mahu saya katakan, tidak kisah apa usaha anda, bidang pemakanan ke, catering ke, training ke, perisian, komputer, ICT, perubatan dan sebagainya, fokuslah sebaik mungkin dan apabila telah berjaya, bukalah bisnes lain pula atau perbesarkan lagi usaha perniagaan anda.
Saya tertarik dengan emel seorang kawan saya yang sudah setahun tidak berjumpa, katanya kini beliau sedang melakukan bisnes seperti catering dan corporate gift selain melakukan usaha perniagaan di Indonesia. Tambahnya pula, beliau akan membuka perniagaan yang lain pula setelah perniagaan sekarang sudah berjaya.
Semalam pula, kawan saya bercerita mengenai seorang senior kami yang juga melakukan perniagaan (salah satunya bidang ‘training’) dan baru sahaja mendapat satu kontrak bernilai lebih daripada satu juta RM. Orangnya masih muda dan katanya, beliau memang seorang yang berjaya.
Cerita-cerita ini memang menyuntik semangat saya untuk terus dan terus berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi. Yang pasti, saya akan melangkah setapak demi setapak dan naik tingkat demi tingkat di dalam bidang keusahawanan ini. Saya tidak dapat bayangkan, apakah yang akan terjadi kelak, tapi saya mesti mengimpikan sesuatu yang amat berjaya.
Apakah rahsia usahawan-usahawan muda ini? Adakah mereka berniaga semata-mata hanya kerana duit dan harta? Jika bukan sebab itu, apakah yang membawa mereka ke jalan kejayaan? Hanya jauhari yang kenal manikam. Kenalah tanya mereka dan sebab itulah saya mahu berjumpa dengan usahawan-usahawan muda ini. Hebat!
Jika kita sedia maklum, usahawan-usahawan muda ini amat jarang sekali didedahkan kepada umum. Ramai yang mengatakan orang Malaysia (terutama bangsa Melayu dan berAgama Islam) tidak berjaya di dalam perniagaan. Padahal di luar sana begitu ramai yang sudah berjaya, cuma tidak dicungkil dan didedahkan sahaja.
Mereka ini yang telah berjaya, perlulah didedahkan agar dapat dijadikan ‘role model’ untuk anak-anak kecil dan kepada sesiapa sahaja. Kepada mereka yang telah berjaya, usahlah menyenaraikan 1000 alasan untuk menyembunyikan diri. Di zaman ini, kita perlu ke hadapan, menampilkan diri dan sama-sama turun padang agar minda anak-anak muda lebih cintakan ilmu dan kejayaan.
Akhir kata, semoga anda sentiasa bermotivasi, bersemangat dan mahu terus melangkah ke hadapan walaupun wujud seribu satu halangan! Semoga berjaya.
Jumpa lagi.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







assalammualaikum zul,
utk pengetahuan zul saya nie pelawat setia blog awak walaupun tak meninggalkan apa2 komen kat sini…kalau saya rasa tak bersemangat je hari tu..blog nie lah yg akan saya lawati dulu..sekurang2nya dpt membantu saya dlm meneruskan ari itu dgn penuh semangat thanks…
walaupun saya nie bukan usahawan internet tp tips yg diberikan saya aplikasikan dlm bidang tugas saya sekarang (Finance)…
syabas zul..blog awak ni tak semata2 untuk usahawan internet shj tp untuk org lain gak…teruskan usaha awak
wassalam
Wa’alaikumussalam yatie,
Semoga sentiasa bermotivasi.
Wah… bersemangat betul post hari ini zul..
Saya baca pun bersemangat jer rasanyer…
Memang benar tu. Melihat orang lain berjaya, mampu memberikan kita satu spirit yang kuat untuk jadi seperti mereka.
Cuba kita “korek” rahsia mereka, apa yang menjadi pendorong utama mereka berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing… dari mana datangnya motivasi… dan spirit…
p/s : seronok tengok orang lain berjaya, terasa kaki ni pun melangkah ke hadapan nak jadi macam mereka..
semangat dah tentunya berkobar2 jadinya untuk lebih berjaya lagi…
Jika ingin berjaya sentiasa bersama orang yang berjaya. Jika ingin kaya sentiasa bersama orang yang kaya. Biasanya usahawan yang berjaya ni terlalu humble dan sentiasa membantu orang lain (tidak semestinya percuma)
sebab tuh ada yang tak nak memperkenalkan diri kerana adakalanya mereka dilatih untuk bersikap demikian. Jika anda ingin melihat aura orang berjaya cuba dekati orang orang yang sudah berjaya yang anda kenal mereka akan cakap benda yang positif sahaja (cth terdekat tuan tanah).
Minggu lepas saya training dalam satu seminar bersama seorang Jutawan pergh meremang bulu tengkuk bila tenguk semangat peserta peserta seminar tuh bila di suntik aura kejayaan.
hati- hati dengan semangat yang meluap-luap . anda perlu tahu atau atur langkah demi langkah seiring dengan semangat . Semangat sahaja tak cukup .
Yup saya setuju terlalu meluap pun tak boleh sebab takut cepat sejuk yang penting matlamat kena betul
dan buat apa yang dirancangkan
bantu membantu mana yang patut. yang tak patut jangan bagi bantuan… hihiii
Menarik Post hari ni. Walaupun dah biasa dengar kisah2 begini. Apa yang menarik perhatian, persoalan kenapa terdapat orang2 yang berjaya ni lebih kepada ‘low profile’?????
Agaknya memang itu style mereka kot….?????
Kawan2 ade jawapan ker…;)
Low profile tak apa, tapi jangan sampai tidak turun padang.
Maksud saya, lakukanlah apa sahaja cara yg boleh memberikan ’suntikan’ kepada orang lain. Menulis ke, ceramah ke, sponsor something ke, terserah kepada mereka.
Tak semestinya perlu femes dan glemer. Tapi yg penting di sini ialah ada usaha untuk memperkasakan masyarakat yg cintakan kejayaan.
Setiap orang perlu ada cara masing2. Mcm saya, buat masa skrg hanya mampu menulis di blog ini. Mana tau ada rezeki tulis artikel untuk majalah, paper, etc.. pulak ker.
Apapun, sama2 lah kita sama2 buat yg terbaik.
hahaa… akan ada rezekinya nanti. mesti boleh fokus punya dengan perancangan yang rapi… multiple streamyx…
mereka tak mahu jadi ayam, telur sebiji riuh sekampong atau mungkin mereka rasa diri mereka belum cukup berjaya jika dibandingkan dengan usahawan kaum lain. Hanya mereka yang punya jawapan.
menyorok di sebalik kejayaan sebagai usahawan yang berjaya dengan cara low profile yang berprestij….
Kagum mendengarnya Zul. Memang semakin bersemangat ! Semoga kita semua juga menjadi seperti beliau.
Sama-samalah kita berjaya.
Jika ianya berlaku kepada anda tips jutawan
ucapkan terima kasih pada kata kata tersebut “terima kasih diatas nasihat anda, sebagai orang yang berjaya saya akan buktikan yang saya boleh buat dan berjaya”
Ya, tepat sekali. Diri sendiri adalah musuh terdekat kita.
Ya , saya juga bersetuju! musuh sebenar adalah diri sendiri, tetapi dalam menjadikan sesuatu sebagai realiti, mestilah mempunyai pendorong, x kira le ibu-bapa, isteri atau awek supaya kata-kata negatif yang lahir dari hati dapat di cantas dan seterusnya menuju kepuncak.
see you at the top
Ikut orang yang kaya dan berjaya bekerja
mereka sentiasa tahu apa yang mereka inginkan dan jelas.
hahaaa… jangan jelus wahai mereka yang serkap jarang dalam gores dan menang. ataupun mereka yang terpengaruh dengan janji kosong penyangak skim cepat kaya…
mereka dah berjaya mencipta kejayaan yang tersendiri tanpa perlu berharap kepada skim yang entah apa-apa untuk menimba pengalaman dan kejayaan yang tersendiri malahan setapak demi setapak dan bukannya main serkap jarang terkam sana dan terkam sini…. haaaaa jangaaaaaaaaaaaaan main serkap jarang aje.
selangkah demi selangkah. sudah tentunya kena pastikan berjaya dalam bisness yang sedia ada dan kemudian barulah boleh bergerak dengan lancar jika bisness yang pertama semakin stabil. jika tidaknya kacau bilau jadinya… itu ini tidak kena…
maklumlah nak jadi usahawan kenalah fokus terhadap apa yang kita ingin usahakan…
eh member zul yang “berperang” dalam dilema antara kerja dan bisness dalam post terdahulu macam mana haaa? apa perkembangannya sekarang? nak tau jugak laa akan kejayaannya dalam bisness yang beliau ceburi sekiranya dah mulakan langkah sebagai usahawan atau masih mendapat tentangan hebat dari keluarganya itu…?
Skrg dia dah kerja (makan gaji). Tapi dalam masa yg sama, buat part time ebiz.
Sememangnya kita orang Melayu memang boleh berjaya
dalam perniagaan, cuma orang melayu sendiri yang selalu berfikiran bangsa mereka tidak boleh berniaga. Rasul kita sendiri adalah seorang Usahawan yang berjaya yang sepatutnya menjadi contoh pada kita.
Marilah kita menafikan pemikiran yang negatif ini dengan membuktikan kita boleh menjadi USAHAWAN + Muda + Beriman
Saya nak kongsi sket pengalaman saya. Memang seronok bila mendengar cerita kejayaan orang2 yang berjaya dalam keusahawanan ni..
Senior saya sewaktu belaja diskolah menegah kini dah menjadi seorang jutawan melalui perniagaan printing yang diusahakannya tak sampai 2 tahun..
Sorang rakan matriks saya mendapat tender dari kilang swasta dalam menyediakn sarung tangan getah yang bernilai 5 juta…
memang mangagumkan…Saya terbayang2 kalau aku leh jadi macam dorang..
dah banyak contoh tauladan yang tersedia tanpa perlu menjadi gendang kosong… bingit aje lebih koww. hahaaa…
cuma hendak dengan tak hendak sahaja…
moga rakan zul akan terus suksess selalu. dah tentu boleh kekalkan semangat kerjaya makan gaji sebagai bantuan secara tak langsung.
bleh hambik pengalaman kerja yang sedia ada untuk berdepan dengan cabaran dunia ebiz secara lebih fokus lagi. gaji dapat dan bisness ebiz terus berjalan seperti biasa….
boleh jugak membuat promosi kpd rakan2 setugas. dan dari situ jugak boleh kita cari costumer yang berminat dengan ebiz kita tu. dan rakan-rakannya yang lain dah tentunya ada rakan2 yang lain akan menjadi word of mouth. yer tak…?
peluang membuat keuntungan melalui kerjaya makan gaji masih tetap ada untuk menarik lebih ramai lagi costumer… takder costumer camana ebiz nak jalan…? nak promote ikut sedap aje… mana nak boleh untung kalo gitu caranya… hihii…
sekadar berkongsi pandangan…
motivasi yang boleh menyebabkan buluh roma menegak.