Usahawan Berjaya : Apakah Rahsia Mereka?

Usahawan berjaya.. Sesiapa pun yang melakukan perniagaan sudah pasti mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Soalnya, apakah rahsia menjadi usahawan berjaya?

Pada asasnya, kita semua sudah tahu kebanyakan faktor-faktor kejayaan perniagaan dan usahawan. Jika kita senarai, banyak yang kita boleh senaraikan. Contohnya seperti ada matlamat, rajin, tidak berputus-asa, pemasaran yang efektif dan banyak lagi..

Dalam artikel ini, saya senaraikan 7 rahsia menjadi usahawan berjaya:

1. Produk yang betul

Bermaksud, produk yang kita jual adalah produk yang ada potensi pasaran, iaitu produk yang pasti ada permintaan dan sambutan. Produk itu memang diperlukan ataupun memenuhi keperluan / kemahuan manusia. Tiada usahawan berjaya yang menjual produk yang tidak akan dibeli oleh pembeli! 🙂

2. Mesej yang betul

Produk yang betul memerlukan mesej promosi dan penyampaian yang betul.

3. Prospek yang tepat

Siapakah pelanggan kita? Umur mereka, kerjaya, jantina dan lain-lain ciri, kita perlu jelas siapakah yang sesuai membeli produk kita? Apabila kita menjual produk yang betul dengan mesej yang betul kepada pelanggan yang tepat, biasanya proses jualan akan berlaku.

4. Penampilan diri

Usahawan berjaya juga merupakan idol, contoh ataupun model kepada masyarakat umum. Mahu tidak mahu, usahawan perlu menjaga penampilan diri sama ada dari segi pakaian, sikap dan juga komunikasi.

5. Ilmu dan kemahiran

Ilmu yang paling penting adalah ilmu mengenai produk yang kita jual dan perkara yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang kita ceburi. Kedua, kemahiran khas yang akan menjadikan kita melakukan bisnes dengan lebih cekap dan efektif.

6. Kenalan berjaya

Usahawan akan lebih mudah menjadi berjaya apabila mempunyai kenalan-kenalan yang positif dan berjaya. Logiknya mudah, kita adalah apa yang kita dengar kata-kata orang. Semakin ramai kenalan yang berkata positif, semakin kita lebih menjadi orang yang ‘hebat’.

7. Buku yang dibaca

Membaca buku adalah amalan kebanyakan usahawan-usahawan berjaya. Tidak dinafikan, membaca beberapa buah buku sahaja sudah mencukupi, namun perlu diingati, ilmu dan kemahiran perlu sentiasa dikemaskini. Kita juga perlu membaca pandangan, teori, penemuan dan pengalaman usahawan berjaya yang lain. Banyakkan membaca buku yang berkaitan dengan bidang perniagaan kita dan juga buku-buku bisnes, agar kita lebih mudah untuk merancang strategi bisnes.

Kesimpulan

Benar, tiada jalan mudah untuk menjadi usahawan berjaya. Setiap sesuatu ada bayarannya, sama ada dalam bentuk wang ringgit, usaha, tenaga dan masa.

Semoga kita semua menjadi usahawan yang berjaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *