DiHina Dalam Usaha dan Ikhtiar…

Di dalam sebuah buku yang amat bagus penulisannya, pada satu muka surat yang penuh, tercatat beberapa perenggan yang cukup memotivasikan sesiapa sahaja yang membacanya… Saya salin sebahagian daripadanya:

“Semua orang bodoh boleh mengkritik, mengutuk dan mengadu dan kebanyakan orang bodoh berbuat demikian” – Dale Carnegie

“Aku kenal siapa kau, kau memang tak boleh buat punya”.

“Mimpi apa kau ni? Hentikanlah, tidur lebih baik!”.

“Kalau aku jadi kau, aku tak buat benda-benda macam ni! Leceh, siapa nak beli?”.

“Sejauh mana kau mampu pergi?”.

Kata-kata yang berbau menghina memang selalu anda dengar bergema di sekeliling anda. Jika anda tidak jadi menyelesaikan sesuatu yang telah anda mulakan kerana mendapat komen seperti ini, renungilah semula pada apa yang telah anda dengar.

Adakah ianya pisau yang telah memotong jantung anda? Jika ianya pisau yang telah memotong jantung anda, anda tentu telah mati bila mendengarnya.

Jadikan semua itu sebagai cabaran kepada anda bagi membuktikan bahawa anda juga boleh menjadi manusia yang berhasil usaha ikhtiarnya. Jangan berhenti sekerat jalan semata-mata kerana lemah semangat akibat komen-komen negatif. Teruskan niat anda selagi anda tahu ianya baik untuk anda dan baik untuk orang lain…

Tajuk Buku: Bagaimana Orang Malas Boleh Jadi Kaya?

Penulis: Ibnu Yusof

Tambahan daripada saya:

Di dalam dunia perniagaan, kalau 1 orang daripada 10 tidak menyukai anda, tumpulah kepada 9 orang lagi yang sukakan anda, yang menyokong usaha anda. Usah bazirkan masa anda melayan kehendak-kehendak mereka yang mahu melihat anda gagal dan jatuh.

Memang betullah kata penulis di atas, “Adakah ianya pisau yang telah memotong jantung anda?”. Jika ia bukan pisau, jika jantung anda masih berdegup, maka mengapa anda perlu ambil kisah? Teruskan usaha anda sehingga berjaya..

Kesabaran Dalam Islam

Tulisan di atas adalah motivasi. Mungkin jika hanya sekadar motivasi, ia tidak berbekas sangat di hati dan di jiwa. Tetapi ajaran di dalam Islam lagi hebat dan mendalam. Akarnya adalah tauhid dan kemuncaknya adalah tawakkal yang menggunung kepada Ilahi. Harapan bukan hanya pada kekuatan diri, tetapi bergantung terus sepenuhnya kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala…

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik“. – Al-Muzammil:10

“Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” – Al-Anfaal:46

Allah memberitahukan bahwa dengan sifat sabar dan bertakwa kepada Allah, seseorang tidak akan terpedaya dengan perangkap musuh, sekalipun perangkap itu sangat kukuh.

FirmanNya, “Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” Ali-Imran:120

Oleh itu, gembiralah dan senyumlah wahai orang-orang yang dizalimi, yang diganggu dan yang dimusuhi… Sesungguhnya tipu daya dan kejahatan mereka akan terbalas jua oleh keadilan Ilahi. Jika tidak di sini, ia PASTI di sana.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala lagi, “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” Ali-Imran:200

“Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang.” Al-Mu’minuun:111

Allah telah mengkhususkan penyebutan orang-orang yang ahli bersabar dan bersyukur sebagai orang yang memperoleh manfaat tersebut di atas dalam beberapa ayatNya. Manfaat dan anugerah yang begitu besar itu tidak dimiliki oleh kelompok hambaNya yang lain. Empat kali Allah menyebutkan ayat berikut di dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.”.*

* Surah Ibrahim:5; Luqmaan:31; Saba’:19; Asy-Syuura:33

Maka saudaraku sekalian,

Andaikata datang kepadamu kesusahan, atau kata-kata negatif daripada manusia, hinaan, cacian, gangguan dan sebagainya, bersabarlah dan hadapilah dengan kebijaksaan. Contohilah Rasulullah dan para sahabatnya, apa sahaja musibah dan ujian yang datang, Allah tetap di hati mereka, dan kesabaran menjadi senjata mereka.

Allah telah menjanjikan kebaikan dunia dan akhirat kepada mereka yang bersabar. Dan Allah telah berjanji juga akan memberikan balasan yang setimpal kepada mereka yang berlaku jahat kepada kita…

Maka usahlah bergundah gulana, bersedih atau patah semangat. Jika kita berada di sebelah pihak yang benar, mengapa perlu berpatah hati? Jika tidak salah atau silap, mengapa perlu berduka lara? Kuatkan jiwamu, teguhkan hati, tetapkan pendirianmu dan perkukuhkan kesabaranmu.

Sifat seorang muslim, datanglah sebesar mana pun ujian dan cabaran, ALLAH tetap di hati, penguat jiwa adalah taqwa dan sabar dijadikan senjata….

Wassalam.

Rujukan Kitab Agama:

Kiat Menjadi Hamba Pilihan (Ibnu Qayyim, Ibnu Rajab, Abu Hamid Al-Ghazali)

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “DiHina Dalam Usaha dan Ikhtiar…

  1. satu coretan motivasi yang benar-benar menguatkan azam dan semangat saya untuk lebih usaha dalam perniagaan internet ni..pandangan negatif ni memang terlalu banyak, yang paling perit jika ada ahli keluarga kita berpandangan sebegini. tapi kerana keyakinan yang jitu, saya dapat atasi cabaran ini sebab bukan kita buat perkara yang tak elok, tetapi sedang berusaha menyuburkan jiwa keusahawanan yang rasulullah anjurkan untuk umatnya(perniagaan)..

  2. Tq Zul, satu motivasi yang bagus..

    memang betul.. ramai di sekeliling kita ingin melihat kita gagal dari berjaya… tetapi ramai juga yang ingin melihat kita berjaya.. so, buat ape kita nak layan mereka yang nak melihat kita gagal?

    Rasulullah adalah contoh kita yang terbaik. Beliau telah ditentang sendiri oleh bapa saudara beliau. Tp berkat kesabaran, Beliau telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia.

  3. Motivasi yg menyentuh hati sy.. mmg dh lumrah alam.. setiap langkah untuk menuju kejayaan pasti ade musuh yg memerhati untuk jatuhkan kite… sedikit sebayk motivasi dr zul bole kuatkan semangat lg… 💡

  4. saya mendapat petikan ini sungguh bermakna…
    “Anda tidak perlu bersedih.Kesabaran anda terhadap kritikan dan hasad dengki mereka itu,pada dasarnya petanda bahawa anda memiliki harga dan darjat.Ini kerana, manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang bodoh,pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki”
    Zuhair mengatakan:
    Orang didengki kerana nikmat yang mereka perolehi, Allah s.w.t. tidak akan mencabut nikmat dari mereka

  5. Kalau tak ada kritikan atau cemuhan dari orang lain, kadang kala kutukan, kritikan dan kata-kata negatif datang dari dalam diri kita sendiri. Kuatkan semangat dan tanamkan azam yang kuat untuk melawan kata hati yang negatif tersebut. Berusaha sehabis baik dan selang selikan dengan doa.

  6. btl tu zul,
    kesabaran sangat penting…
    kan kesabaran tu sebahagian dr iman…

    kalau dihina, ambik hinaan tu utk ubah kelemahan kita…
    kalau dikritik yang menyebabkan kita lemah semangat, jangan pedulikan kritikkan tu…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *