Home » Perniagaan Internet » Isu: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Isu: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Ada tiga persoalan yang biasanya dibangkitkan oleh individu yang dengkikan seseorang yang melakukan perniagaan Internet, dengan harapan usahawan itu berputus-asa dan bisnes itu berhenti (gagal). Perkara-perkara itu adalah:

  1. Harga tinggi (keuntungan berganda-ganda).
  2. Menjual ebook adalah haram.
  3. Hukum perniagaan Internet adalah haram.

Semalam, saya menerima satu komen yang menyatakan saya telah melakukan ketiga-tiga kesalahan di atas. Namun sadisnya komen individu itu, semua pendapatnya salah dan bertentangan dengan pendapat kebanyakan ahli ilmu Agama.

Pemberi komen itu mengatakan:

  • Haram meletak keuntungan lebih daripada tiga kali ganda.
  • Mengapa tidak bagi percuma sahaja ebook padahal kos penghasilan ebook adalah rendah.
  • Perniagaan Internet adalah haram. Di manakah akadnya?

Ada lagi beberapa perkara berkaitan yang dibangkitkan seperti pengadaptasian idea dan konsep daripada hasil kerja orang lain. Yang ini akan dibicarakan kemudian pada entri akan datang.

Di entri ini, saya letak satu penerangan yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dan juga petikan daripada penerangan ringkas seorang pakar kewangan yang lebih dikenali dengan panggilan PakDi.

Peratusan Maksimum Untung Jualan Menurut Shariah

assalamualaikum.

boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam.

JAWAPAN :

wa’alaikumussalam,

tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )

Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelancong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, justeru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harga 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harga biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.

Sekian

ust zaharuddin
15 Jan 07
25 Zulhijjjah 1427 H

Tambahan daripada ruang komen blog beliau:

Assalamualaikum !

Rizal72 ( item 16 ) dipetik berkata ” Saya dengar ceramah kat masjid sorang ustaz tu cerita bahawa nabi muhammad s.a.w bila berniaga dia hanya ambil profit atau keuntungan bersih tidak melebihi 30% sahaja… ” TAPI SEBALIKNYA PULA…..

Ust Zaharuddin / WC Founder ( item 17 ) dipetik berkata… ” ….. tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market. “.

Persoalan saya :

( 1 ) Yang mana satu betul Ustaz Zaharuddin ? nanti confuse pulak si Rizal72 dan kami semua ni ! Lebih-lebih lagi kepada IM-IM seperti kami ini untuk jualan e-book kami yang akan datang. Jelasnya, kalau Rizal 72 tersilap, dia boleh beritahu Ustaz di masjidnya tentang hal ini untuk diperbetulkan.

(2 ) Apa pula komen Ustaz tentang komen saya ( item 19 ) diatas yang ada kaitan dengan penjualan e-book RM100 oleh saudara Munawar ? Kami semua tak sabar untuk mendengar response Ustaz balik. Penting untuk dicari penyelesaian tentang harga e-book ini supaya segala hujah dapat dinilai oleh pembaca. Assalamualaikum !

UZAR : ITU PEMBOHONGAN DI ATAS NAMA NABI.

*Ustaz Zaharuddin (UZAR) memberi respon terhadap kenyataan bahawa Nabi Muhammad mengambil untung bersih tidak melebihi 30%. Ia tiada dalil yang sahih, maka kenyataan itu adalah pembohongan di atas nama Nabi.

Dan berikut penerangan ringkas daripada Pakdi:

Bila dilihat balik mereka yang menyatakan tidak boleh untung lebih 100% dan sebagainya adalah mereka yang salah terjemah ayat riba dalam surah ali-Imran ayat 130.

Mereka menyatakan riba itu adalah kenaikan dan ambil terjemahan literal sahaja. Sedangkan ayat-ayat riba dalam Quran adalah jelas mengikut ulama tafsir adalah riba jahiliyyah yang berlaku secara meluas dalam masyarakat, iaitu usury.

Barangkali mereka tidak baca kitab tafsir dan cross-refer dengan hadis riba yang lain.

1. Nilai pasaran / market price adalah benchmark sahaja. Kontrak sebenar hanya berlaku bila harga yang ditawarkan oleh satu pihak diterima oleh pihak satu lagi.

2. Shariah hanya melihat valid offer and acceptance, manakala economist ada teori market price. Discount, par, premium. Yang mana beli at very very very discount / premium sekalipun tidak lah menjejaskan validity sesuatu kontrak jual beli selagi mana harga dipersetujui bersama secara rela.

3. Mengenai beli rumah / kereta, panjanglah sikit nak hurai perbezaan yang ada dalam pasaran hari ni. Umumnya, perbankan Islam banyak guna al-Ijarah Thumma al-Bai (AITAB) untuk beli kereta. AITAB ini sebenarnya kontrak sewa, distrukturkan agar ada pembelian pada penghujung kontrak sewa.

4. Rumah pula, Bai Bithaman Ajil (BBA). Credit sales.

5. Sebenarnya konsep AITAB, kita tak beli kereta lagi pun, cuma janji nak beli di hujung tempoh sewa. Kereta tu bank punya.

6. BBA, rumah tu dah kita punya. Cuma rumah tu dicagarkan kembali kepada bank sebagai security of debt.

Teorinya, bila dah dapat izin pemilik kereta, atau izin yang pihak yang menerima cagaran itu tadi, kita boleh je jual berapa-berapa. Kalau ada pembeli yang bersetuju dengan harga yang kita offer, maka tidak ada isu Shariah walaupun price itu jauuuuuuhhhhhhhh dari harga market sekalipun.

*Penerangan ringkas Pakdi ini boleh dibaca di Wall Facebook saya.

_______

Mengenai hukum menjual ebook, hukum perniagaan Internet dan juga pengadaptasian idea daripada hasil kerja orang lain, tunggu entri-entri akan datang yang akan saya publish nanti.

Pandangan Saya:

1. Jangan mencari salah orang lain semata-mata mahu memuaskan hati sendiri kerana dengki.

2. Jika nampak orang lain melakukan kesalahan, tegur dengan hikmah. Bukan dengan memburuk-burukkannya, menjatuhkan semangatnya, memfitnah dan membuat provokasi. Itu bukan cara orang Islam.

3. Jangan memandai-mandai meletak hukum haram atau halal terhadap sesuatu perkara, lagi-lagi kerana hati yang dengki terhadap orang lain.

4. Tiada manusia yang sempurna, termasuk saya. Saling nasihat menasihatilah dengan baik. Jika tidak mampu melakukan dengan hikmah, berdiam diri adalah pilihan terakhir.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. Zairi Zaidi says:

    Bukan ke akad dah ada dalam jual beli internet?
    Yang borang tempahan tu lah tanda persetujuan kedua-dua belah pihak, betul tak?

    • smartzul says:

      Perniagaan melalui internet memang tiada masalah dan akadnya telah jelas. Ahli Agama dan ulama pun telah banyak membincangkan perkara ini. Cuma sahaja orang yang jahil mudah mengeluarkan hukum sendiri tanpa bertanya dan menyelidiki terlebih dahulu. Ini gara-gara dengki seperti yang saya nyatakan di atas.

      Kepada orang sebegitu, guna sahaja Google.com dan taip “hukum perniagaan internet”.

  2. kodinz says:

    hanya pandangan saya (salah tolong betulkan)

    bila dua-dua pihak dah bersetuju rasanya dah dikira akad. Penjual bersetuju untuk jual dan pembeli bersetuju untuk beli & buat bayaran.

    kalau di kira akad secara lafaz “saya jual” atau “saya beli” rasanya perniagaan biasa pon dah susah nak jumpa lagi dah. Jadi, bila sesetengah orang beli barang, bayar duit pas tu blah (membeli blah la katakan), nak kira camner status dia tuh?
    Ada akad ke x de? Tapi masing-masing dah setuju kan….

  3. Wida says:

    Bersabarlah Zul :) .. Inilah dia cabaran dalam meniaga.. Dah jauuhhhh Zul ke depan :)

    Wida
    EmasdanTanah.com

    • smartzul says:

      Terima kasih.

      Saya tiada masalah dengan cabaran sebegini sebab sudah biasa. Cuma sahaja saya suka mendedahkan perkara ini agar usahawan lain tidak diganggu dan tetap bermotivasi.

  4. nash says:

    sya pernah menglami situasi utk kenyataan ke-3 mengenai akad…

    saya tak pandai memberi dalil2 dri al-quran dan hadis, risau tersalah tafsir…

    cuma saya tnya balik kpd si bertanya, kalau begitu, usah dibeli air dalam vending machine, topup touch-n-go dari atm machine, dll…

    trima ksih sdara zul atas perkngsian ini… :D

  5. imran says:

    Hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus melainkan ada nas-nas dari al-Quran atau Hadis yang mengHARAMkannya. Persoalan boleh atau tidak mengambil untung 100% telah diterangkan oleh saudara UZAR.

    Hukum jual ebook tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai halal atau haram. Melainkan ebook itu mengajar cara buat benda HARAM.

    Begitu juga mengenai akad, sekiranya pembeli dan penjual sudah bersetuju. Ianya telah dikira aqad. Contoh macam beli barang di kedai atau pasar, cukup sekadar kita menyerahkan wang menunjukkan telah berlaku aqad. Melainkan dalam pembelian yang melibatkan transaksi besar seperti membeli rumah, kereta dan lain-lain. Maka, perlu kepada aqad.

    p/s : Rujukan di UZAR sudah memadai.

  6. Wahida says:

    Salam,

    Saya perkenalkan diri saya sebagai Syahadah. Saya sedang menjalankan perniagaan online. Perletakan harga yang saya gunakan adalah berdasarkan tinjauan yang telah saya buat ke atas peniaga2 online lain yang turut menawarkan produk yang sama. Jadi harga yang saya tawarkan adalah mengikut pasaran atau hampir sama dengan peniaga online yang lain.

    Walaubagaimanapun, baru2 ini ada seorang peniaga online yang menyatakan harga yang saya tawarkan adalah murah. Saya sama sekali tidak mengetahui mereka juga menjual produk yang hampir sama tetapi dengan harga yang sangat berbeza dengan saya iaitu tinggi.

    Saya ada berbincang dengan peniaga online yang lain, mereka meminta saya mengekalkan harga sedia ada.

    Disebabkan saya meneruskan perniagaan saya sedia ada, mereka telah menggunakan pelbagai strategi serta membuat banyak spekulasi dan memburuk2kan nama perniagaan saya dengan harapan mahu saya berhenti dari berniaga mungkin. Pelanggan sedia ada memberi banyak sokongan supaya jangan berputus asa. Dalam menghadapi masalah ini, saya mengambil pendekatan berdiam diri.

    Di sini, perlukah saya menaikkan harga produk yang saya tawarkan?

    Terima Kasih.

    • smartzul says:

      Salam,

      Terserah kepada saudari. Lakukanlah solat istikharah dan menilai dari segi faktor yang tertentu seperti adakah selepas harga dinaikkan, pelanggan sedia ada akan lari dan kemudian nanti sukar mendapat pelanggan.

      Usah takut dengan kejahatan tangan manusia kerana akhirnya mereka akan tersungkur jua. Yang penting kita ikhlas dan buat dengan cara yang betul (halal). Jika terpaksa seperti kejahatan mereka sudah melampau, laporkan kepada pihak berkuasa (polis).

  7. siti hawa says:

    assalamualaikum..
    tumpang tnya.saya bakal menjalankan perniagaan kecil2lan tidak lama lagi.tp msih confius tuk meletakkan harge barang2.ini kerana sy pernah mendengar seseorang berkata,9/10 rezeki org islam datang nye dr perniagaan.dan 9/10 isi neraka adelah dr kalangan org yg berniaga.
    pertama2 nye berniaga x boley mkn riba.kite dilarang mengambil keuntungan sehingga kite boley dptkan 1 lg brg yg same dgn keuntungan tersebut..bermakna keuntungan x boley melebihi 100%.benar ke?MOHON PENJELASAN
    sbb nye klo sy jual dgn harga tidak melebihi 100% dr modal mmg tersangat la murah klo nk dibandingkan dgn harga pasaran.1 lagi,mane lah nk cover overhead klo harga serendah itu yg sy letakkan.tp klo da mmg ini carenye menurut islam pasti sy turuti.cume msih confius bile ade jga yg ckp ikot harge pasaran..
    mohon pendapat ya..
    terima kasih….

    • smartzul says:

      Waalaikumussalam,

      Terima kasih. Persoalan yang menarik untuk kita kupas bersama.

      9/10 isi neraka adelah dr kalangan org yg berniaga.

      Boleh saya tahu, siapa yang berkata begitu? Apakah ayat Quran dan hadis sebagai dalilnya? Ini kali pertama saya mendengar 9/10 isi neraka adalah dari kalangan orang berniaga.

      kite dilarang mengambil keuntungan sehingga kite boley dptkan 1 lg brg yg same dgn keuntungan tersebut..bermakna keuntungan x boley melebihi 100%.benar ke?

      Tidak benar. Tiada dalil yang melarang. :)

      Baca juga tulisan rakan saya di sini: http://notausahawan.wordpress.com/2010/12/19/untung-100-pengajaran-dari-kisah-urwah-bin-jaad-al-bariqi/

      Memetik sebahagian tulisan di situ, “Bahkan sunnah menunjukkan margin untung boleh dibuat lebih dari 100% berdasarkan perbuatan Zubir Al-Awwam (seorang sahabat yang dijamin masuk syurga dan seorang sahabat yang hartawan pada zaman nabi) menjual tanah 9 kali ganda dari harga beliannya (rujuk Sahih Bukhari, hadis nombor 3129).”

      Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Apa yang dapat saya pesan di sini, kalau ada orang katakan sesuatu berkaitan hukum agama, tanya mereka, “apakah dalilnya? Ulama mana yang cakap? Dalam kitab mana?” Kalau mereka tidak dapat jawab, maka teruskan sahaja apa yang kita lakukan, selagi tiada dalil sahih yang melarang. Dan kalau katakan mereka beritahu “ada ustaz yang cakap”, ustaz itu bukanlah dalil. Minta mereka nyatakan dalil-dalil sahih yang ustaz tadi katakan.

      Islam tidak pernah menyusahkan umatnya. Kalaulah satu-satu barang ditetapkan harganya sekian-sekian, bayangkan, perubahan zaman biasanya akan menuntut perubahan kos dan modalnya.

      Namun, perlu lihat pada barang. Jika ia barang kawalan seperti minyak masak, gula, bawang, ayam dan lain-lain, maka kita perlu ikut harga pasaran dan ketetapan kerajaan. Jika barang yang dijual itu selain itu, terserah pada kita untuk meletak berapa harganya, tetapi biarlah ia masuk akal dan kena pada situasinya.

      -
      http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

  8. anis says:

    salam en sy nk tanya..apa hukum seorang penyewa telah menyewa rumah sebanyak rm500, namun dia telah menyewa kemabali rumah tersebut kepada org lain dgn harga rm1000..tuan rumah sebenar tidak mengetahui hal ini..adakah dengan mencari untung cara begini salah..

  9. Wira Alam says:

    Berikut ialah satu lagi penderahan tentang Keuntungan Maksimum Dalam Jual Beli Ikut Syariah yang dikemukakan di facebook Saifulalwiey yang dipos oleh Ustaz Adnan Fadzil berdasarkan pendapat Dr. Muhammad Bakr Ismail:

    Dr. Muhamad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir)menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakr Ismail, hlm 108); “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual beli)… Sila lawat https://www.facebook.com/saifulalwiey/posts/250879354967577

  10. Wira Alam says:

    Pembetulan ejaan perkataan “penderahan” sepatutnya “pencerahan”. Terima kasih.

  11. terima kasih tuan Zul menulis artikel ini berkaitan peratusan pengambilan untung. rasanya ramai lagi diluar sana termasuk saya yang masih keliru dgn peratusan untung ni. Semoga dgn artikel ini, harap semua dapat pencerahan :)

  12. iman says:

    salaam,kenapa perlu diberi contoh durian?di jepun durian memang mahal sebab di jepun tiada durian,dan jika kita lihat sendiri di carrefour jepun yang di import Dari malaysia adalah yang grade yang terbaik sekali,disebabkan itu mahal dengan kos penghantaran dan Cara pembungkusan ke jepun..diperbetulkan jika salah,tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.