Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?

Tidak.

Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!

Ketahuilah, blog banyak tujuannya:

1. Membina rangkaian persahabatan secara online – personal blog

2. Memasarkan produk dan servis di internet – business blog

3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense – making money blog

4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! – content blog

5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) – news blog

6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog

Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).

Jika anda adalah seorang usahawan internet, penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.

Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.

Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut. Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma. Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.

Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ‘sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.

Ikuti langkah yang betul ini dalam membina sebuah blog:

1. Kaji dan buat perancangan

2. Bina (set-up) blog

3. Masukkan kandungan dan tarik trafik (pelawat)

4. Pastikan blog terus ada pembaca setia (beribu-ribu?)

5. Dan, kini anda sudah boleh buat duit dengan pelbagai cara

Dan bukan dengan bina blog dan terus menjual atau buat duit.. Tetapi, bina, ‘maintain’, masukkan kandungan yang bermutu dan unik serta dapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, baru anda boleh ‘goyang kaki’ – monetize.

Langkah mudah di atas telah saya lakukan.. Dan kini saya telah dan akan terus menikmati hasilnya. Cuma pesan saya, jangan mengharap bulan jatuh ke riba. Hasil yang lumayan takkan datang sekelip mata! Bukan sehari dua, bahkan mungkin berbulan lamanya.. Adakah anda sanggup? Jika ya, teruskan usaha anda.. 😉

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

41 thoughts on “Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?

  1. tq for info;

    action plan saya;

    1. Membina rangkaian persahabatan secara online – personal blog

    4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! – content blog

    6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog

    ok ker?

    1. nak tarik traffic banyak cara…
      contoh dari forum, memberi komen di blog org, search enjin dan banyak lagi…
      kena belajar lah satu2…

      han

  2. alhamdulillah, setakat ni blog saya ada memberi kesan positif walaupun baru berumur sebulan 🙂 Yang paling best, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan dan bertukar-tukar pendapat dalam perniagaan internet..

    Insyallah, saya akan meneruskan pelan rancangan saya untuk membina blog informatif macam blog smartzul ni..

    Thanks,smartzul 🙂

    1. bukan setakat duit aje akan anda dapat, bahkan lebih dari itu. kalo sekadar bermatlamatkan untuk mendapat duit. satu-satu blog tersebuat takkan bertahan lama tatkla kecewa datang melanda…

  3. Baru terima emel dari Sdr. Zul semula setelah mendiam diri sekian lama. Alhamdulillah, banyak perkembangan terbaru. Saya akui memang saya yang bersalah kerana sudah lama tidak mengunjungi blog SmartUsaha dan juga laman2 web yang lain.

    Bagi saya yang penting ialah menyampaikan maklumat. Jangan overload dah lah!

    Itu sahaja pendapat 2 sen saya. Hingga ketemu lagi.

  4. Saya selalu pentingkan persahabatan secara online. Membuat duit adalah sebagai compliment sahaja.

    Selain dari tag and ping, antara yang paling membantu utk menraik traffik ialah melawat dah meninggalkan komen di blog orang lain terutamanya yang mempunyai tajuk/tema yang sama. or just do link exchange. In a way, it helps. Saya menggunakan ketiga-tiga cara ni. Tetapi yang paling penting is ‘content’, tanpa content susah utk attract organic traffic.

    btw Zul, bila nak releasekan versi terbaru kit blogger tu, saya dah tak sabar dah ni 🙂

    1. yeaa… nama lagi blog. tanpa content apalah ertinya sebuah blog yang sepi dari traffik dan sepi dari duit datang bergolek dan sepi dari dunia maya dan tenggelam di hutan belantara google… hihiiii

  5. Saya dah mula suka dngan blog nie. La nie blog teman saya jika boring. Tmbah penulisan blog, baca blog kekawan dan bagi komen. Banyak info pecuma 🙂 .Memang tujuan utama buat blog nak tarik traffic.. Tapi la nie saya percaya blog juga dapat membantu saya menambah kenalan cyber nie.. La ni dah kenal SmartZul, hapisol, Maizul, Matzis dan ramai lagi.. walaupun tak penah jumpa kan 😉

    1. banyak kenalan yang boleh dicari kalo dah ada blog yang tersendiri dan bukan mengharapkan duit segera dari blog semata-mata dan peluang buat duit akan datang dengan sendiri selepas bebrapa lama kita berblog dan menguruskan blog dengan jayanya…

      1. abdfatah..
        dunia sekarang ni ramai yang pentingkan duit dari kawan…
        mereka sanggup khianati kawan untuk dapat duit…
        kejam betul…

        han

  6. La ni dah kenal SmartZul, hapisol, Maizul, Matzis dan ramai lagi.. walaupun tak penah jumpa kan ..jebat said..

    maybe, jika ada rezeki kelak, kita akan jumpa.
    anyway, skrg pun kita dah berkwn secara online.
    betul tak zul?

  7. Ya, network (kenalan..). Itulah kelebihan teknologi siber ni..

    Mana tahu nanti saya buat satu program gathering perjumpaan bersama pembaca blog smartusaha.. hehe.. 🙂

    aff, nak tarik trafik banyak cara, cuma apa yg saya nak cakap, kena sabar sikit. Sebab satu2 cara tu kadang2 take time.. Join forum, submit artikel, bagi komen kat blog orang, tag&ping, link exchange dan banyak lagi.. Pesan saya, buat satu-satu cara sampai berjaya. Kalau x berjaya, cuba cara lain.. Try & error.

  8. Mana tahu nanti saya buat satu program gathering perjumpaan bersama pembaca blog smartusaha.. hehe.. zul said,

    insyaAllah, jika diizinkanNya, kita akan berjumpa.
    best juga tu, boleh la kita pakat2 kongsi idea terutama drpd pakar2 IM spt zul, sham, shuth, alang, saifulsham, irfan, sufian, bitol dll.

  9. masa mula-mula buat blog – 2002 – tujuannya untuk personal jer.. tulis kisah-kisah harian.. cerita sakit hati dah lepaskan tension.. ala-ala diari gitu.. langsung tak terfikir yang blog ni buleh buat duit..

    la ni.. guna blog untuk share information and knowledge.. and juga jual produk.. hmmm.. ada peningkatan kot..

  10. Smart Zul,
    saya belum lihat lg kit blogger Zul yg lepas kerana banyak sangat informasi yg saya terima dan tak punya banyak masa. Saya buat eBiz ni secara part time. Lepas ni memang nak buat blog. Jd saya nak tunggu pakej kit blogger Zul yg baru. Berapa harganya ya?

  11. Tujuan utama berblog sebelum ni adalah utk bertukar2 pandangan dan menyuratkan apa yg tersirat….sbb kata seorang teman , kalau tak de tempat nak berkongsi atau dapatkan pandangan atau nak memahirkan skill penulisan…berblog lah…

    Tak tahu pula dgn berblog boleh jana pendapatan sehingga saya terjumpa blog Smartusaha.com dan terus membeli ebook tu. ok jugak sambil2 menulis kita jana pendapatan.Jadi kenapa melepaskan peluang yg dah ada di depan mata? Rebut je peluang yg ada tu..lagi pula bila dah beli ebook tu, bukan hanya ebook yg kita dpt..tapi perkhidmatan selepas jualan amat2 memberangsangkan. Tks to Zul.

    Kini dgn berblog…jalinan persahabatan maya terjalin…bukan seorang tapi ramai dan di merata tempat….itulah antara kelebihan berblog.

    1. yeaa… dengan adanya blog sedikit sebanyak akan merungkaikan apa-apa yang terbuku di ruang minda terutamanya yang melibatkan ebiz dan suku-sakatnya… dan lain2 citarasa blog yang tersendiri…

    2. berblog ni banyak faedah nya…
      boleh berkawan dan buat duit…sambil berblog tu…
      memang menarik…
      tapi masih ramai yang takde blog…
      rugi betul…

      han

  12. Terima kasih kepada misi jutawan kerana memperkenalkan saya kepada smartzul.. Saya memang dah lama tercari-cari ebook berkenaan blog jadi seperti ….pucuk dicita ulam mendatang..diharap zul n ebook u dapat merealisasikan impian berblog saya.

  13. kegunaan blog adalah sgt penting dan ia merupakan satu medium atau alternatif kepada mereka yg tidak mempunyai laman web sendiri…kegunaan blog masakini semakin meningkat dprd hari ke hari..dan itulah dikatakan the power of blogger :mrgreen:

  14. Pingback: Untuk Apa Blog - SerangkaiBudi - School Of Internet Marketing..
  15. Pingback: Serangkai Budi | Untuk Apa Blog
  16. mana mungkin untuk membuat duit semata-mata. kalo kerja seharian dengan makan gaji dah tentunya untuk duit semata-mata, malahan terpaksa pulak tu untuk bekerja lantaran nak cari sedikit duit…

    dengan blog anda boleh ikut mana yang termampu anda lakukan tanpa sebarang paksaan. cuma ada idea dengan kering idea sahaja…

    1. kekeringan idea ni yang tak boleh kekal ni…
      saya pun macam tu juga…
      kadang2 takde idea untuk menulis…
      tapi blog yang saya tinggal masih ok lagi…hehe..

      han

  17. setiap orang ada tujuan berblogging. Dulu sebelum buat duit dari blog popular, mungkin setiap blogger hanya ingin suks2 hanya ingin tambah kawan, atau sharing info.

    namun sekarang banyak pula salah gunakan blog? buat blog semata2 nak dapat duit. but buta blog yang berduit bukannya senang.. bertahun baru boleh capai standard begitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *