Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Persoalan perlu daftar atau tak perniagaan internet kita adalah salah satu soalan yang sentiasa berlegar di kepala kita. Ada dua ‘mazhab’ / pendapat dalam hal ini, perlu daftar dan tak daftar pun tak apa.

Tapi pendapat saya pula, lebih baik kita daftar (saya belum daftar lagi, insyaAllah dalam masa terdekat).

Saya ada tanya pihak SSM sendiri dengan soalan berikut:

Assalamu’alaikum / salam sejahtera,

Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Terima kasih.

Dan ini Jawapannya;

Tuan

Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah

“Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”

Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur

Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Maka, saya rasa amat wajar kita mendaftar perniagaan kita sebab, jika ada apa-apa yang berlaku, tak susah nanti. Sebab kita ada perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pelanggan kita pun lebih yakin dengan kita.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

18 Responses to “Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda”

  1. ZeMMs says:

    Soalan…. patut daftar perniagaan “Enterprise” atau “Sdn Bhd”?

  2. smartzul says:

    Entreprise dah memadai.. Start small.. :)

    Kita ni SOHO jer, tak perlu ofis besar dan staff ramai. Orang kata, just nak ikut undang2 jer, so cukuplah enterprise dulu samada perseorangan atau perkongsian.

    Daftar atas nama penuh = RM40

    Daftar atas nama lain = RM70

    InsyaAllah nanti saya buat ebook free ringkas cara nak daftar perniagaan. Tapi saya rasa the better place untuk apa-apa info adalah di:

    http://www.ssm.com.my

  3. fai says:

    Err… Zul dah daftar ye.. Ape nama syarikat zul?

  4. fai says:

    Opps.. Sori.. bkn ‘zul dah daftar ye’ tp ‘zul dah nak daftar ye’

    Harap maklum

  5. kekwa says:

    Saya pernah jumpa link ni utk mendaftarkan perniagaan
    Panduan Memulakan Perniagaan
    Buku PDF

  6. smartzul says:

    Terima kasih kekwa. Saya pun dah lama download ebook tu. Tapi saya nak buat versi saya sendiri.. hehe.. :lol:

    Tapi takperlah, nak download yang tu takper gak. Yang penting cara atau step nak daftar tu.

    Thanks.

    Fai, saya tak pasti lagi nak guna nama apa, tapi ada lah. Lepas saya daftar nanti baru saya bagitahu yer.. ;)

  7. walikard says:

    Kalau nak senang dan murah, better ambik enterprise. Kalau Sdn. Bhd. nak kena audit…tapi sesiapa yang nak daftar jugak silakan. Cuma masa nak audit tu, panggillah saya :-) Saya boleh buatkan dengan harga yang berpatutan ;-) (Sempat pulak iklan, sori ye :-) )

  8. sham says:

    Sebelum wat biz dulu penah survey nama company..sampai sekarang tak register lagi..nak register jugak nanti dah lama perancangan tu..

  9. smartzul says:

    Saya rasa, pendapat atau mazhab yang mengatakan daftar itu LEBIH KUAT pendapatnya.. :lol:

    - Ada masalah apa-apa, mudah, sebab kita ada entiti tersendiri. Lebih2 kalau sdn bhd, ia tak usik pun harta peribadi kita.

    - Bakal pembeli lebih yakin

    - Nampak lebih profesional

    PS. Sham, sama ler kita.. :lol:

  10. CikguNayan says:

    Zul,
    jangan lupa bagitau saya cara-cara daftar perniagaan.
    daftar….jangan tak daftar.

  11. tazamfn says:

    Hmm saya pun nak tau menarik ni….

  12. hustlesoft says:

    orait..jugak tu zul, saya pun pernah bercadang demikian .. ..

  13. Zack says:

    sdn bhd memerlukan sykt anda ada company secretary dan di wajibkan akaun sykt anda di audit… so, ia melibatkan kos bukan? nak byr charge company secretary tiap² bulan…. lagi, sykt sdn bhd memerluakan sekurang² 2 org lembaga pengarah… dan lagi, kalau kita tak teruskan perniagaan, nak tutup sykt memerlukan prosedur yg melecehkan…

    jika perniagaan anda SOHO, lebih baik daftar enterprise saja… lebih murah, senang juga untuk didaftarkan…

  14. SmartZul says:

    Yup, betul Zack, Enterprise dah memadai untuk perniagaan kecil ni. Tapi kalau yang mampu, sdn bhd digalakkan sebab walaupun ia leceh, tapi banyak juga kelebihan dia. :)

    • abdfatah says:

      nama lagi perniagaan, memang patut kena daftar laa jika tidak mahu susah kemudin hari… berniaga nih takder lesen takper jugak untuk skala kecil-kecil tanpa premis perniagaan. contohnya? contohnya apa yea……???

      namun hakikatnya lesen diperlukan jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang… kena ikut undang2 perniagaan …

  15. yusli says:

    sape nak dartaf blh contact saya.

  16. abdfatah says:

    siapa yang tak daftar kena cepat2 daftarkan perniagaan internet tu. jangan nanti tak pasal2 datang surat denda pulak… naya nak berbayar pulok…

  17. siruppp_88 says:

    salam…

    Saya memang ada perancangan nak daftar buat biz. tapi macam mane yek prosedure nak daftar enterprise. buat perniagaan kecil2 dulu.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)