Ulasan Terhadap Tulisan Alang

Alang telah menulis satu artikel yang amat menarik mengenai pengalaman beliau di dalam penulisan dan penerbitan ebook. Walaupun beliau mengatakan masih baru dalam dunia penulisan ebook, namun pandangan beliau terhadap ebook boleh dikatakan seperti sudah berpengalaman.

Di artikel saya ini, saya akan mengulas apa yang telah Alang tulis di artikel tersebut yang mana artikel beliau itu lebih menyentuh ebook terbarunya iatu Rahsia Zango Cash. Yang saya bold di bawah ialah apa yang ditulis oleh Alang dan kemudian adalah pandangan saya.

“Menyebut tentang muka surat, ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ebook ini hanya 17 muka surat dan tidak padan dengan harga yang saya jual. Saya ingin bertanya kepada anda adakah harga sesebuah ebook bergantung kepada jumlah muka surat atau isi kandungan ebook tersebut dan support yang diberikan oleh penulis? Apa guna ebook yang mempunyai lebih 100 muka surat sedangkan isinya bukan asli, hanya copy and paste daripada sumber-sumber di internet seperti blog dan forum.”

Di dalam menentukan ebook yang bagus atau tidak, berkualiti atau crap, bilangan muka surat bukanlah satu faktor yang amat ideal untuk dijadikan sebagai satu faktor penentu. Sebaliknya, ebook yang bagus ialah ebook yang menunaikan apa yang ‘dijanjikan’ di sales letter dan isi kandungan ebook tu benar-benar membantu pembaca.

Jadi, sikit atau banyak muka surat bukan satu ukuran untuk menentukan sesebuah ebook tu bagus atau tidak. Jika ada orang mengatakan ebook bermuka surat sedikit lebih bagus daripada bermuka surat banyak, ia satu tanggapan yang kurang tepat. Ini kerana, tak semua ebook bermuka surat sedikit adalah bagus, sebaliknya ebook yang bermuka surat banyak pun ada yang bagus juga.

Kesimpulannya, kualiti kandungan itulah yang patut dinilai, bukan pada bilangan muka surat. Persoalan mudah di sini, jika katakan ada satu ebook yang hanya satu muka surat sahaja, tapi mendedahkan kepada anda satu rahsia bernilai puluhan ribu ringgit, maka adakah anda sanggup membelinya? Ya, sudah semestinya. Kenapa? Sebab isinya yang amat bernilai tinggi. Tatkala itu, fikiran anda sudah lupakan bilangan muka surat kerana apa yang anda mahu ialah rahsia tersebut yang mungkin akan mengubah hidup anda.

“Oleh kerana saya bukan penulis yang baik, saya tak mampu menulis ayat yang berjela-jela untuk menerangkan sesuatu fakta. Jadi, pendekatan saya adalah straight to the point dan menggunakan screenshot sebagai contoh. Alhamdulillah setakat ini feedback yang saya terima dari pembeli mengatakan mereka lebih mudah memahami dengan cara ini.”

Bukan saya sahaja, malah sesiapa pun amat tidak suka ebook yang berjela-jela tanpa memberikan sebarang faedah pun. Katakan ebook itu berjumlah 100 muka surat, tapi intipati yang perlu/penting hanya 5 muka surat sahaja. Maka bagi saya, cukup sahaja menyatakan intipati utama tanpa memasukkan penerangan yang tidak perlu dan berkaitan.

Hal ini amat disukai oleh para pembaca (pembeli) kerana mereka dapat apa yang mereka mahu. Malah itulah tujuan mereka membeli iaitu mahu menjimatkan masa (tak sempat nak research sendiri). Menulis panjang lebar sehingga keluar daripada topik utama adalah satu perkara yang hanya menyusahkan kefahaman dan menyukarkan tindakan pembaca. Cukup hanya fokus pada isi utama dan masukkan info lain jika dirasakan perlu.

“Dan tidak seperti ebook-ebook lain, saya juga tidak menulis tentang latar belakang saya atau pengenalan diri saya kerana saya beranggapan orang yang membeli ebook tersebut bukan mahu membaca mengenai saya tetapi sebaliknya tentang apa yang saya tulis.”

Ada pro dan kontranya. Letak Ok, tak letak pun Ok. Tapi saya sama seperti Alang, tak suka letak info mengenai saya (penulis). Yang pembeli mahu ialah isi kandungan, bukan nak ambil tahu mengenai penulis. Tapi bagi saya, jika anda mahu letak, boleh sahaja. Sebab ia pun satu strategi sebenarnya. Cadangan saya, letak sahaja di akhir ebook. Sebab, saya yakin, jika isi kandungan ebook amat bagus (dirasakan oleh pembaca), maka sudah pasti mereka mahu mengetahui lebih lanjut mengenai anda dan apakah produk anda yang lain.

“Ada juga yang mempersoalkan tentang saya yang baru sebulan lebih menggunakan ZangoCash tetapi terus menulis ebook. Bagi mereka, saya masih tidak cukup pengetahuan atau pengalaman. Memang saya akui pengetahuan dan pengalaman saya tentang ZangoCash masih cetek malah saya masih belum menerima bayaran pertama. Tetapi jangan risau, ZangoCash memang bayar publishernya, saya ada beberapa orang kawan yang sudah menerima bayaran. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah walaupun pengetahuan saya tentang ZangoCash ini masih cetek, tetapi saya mampu menjana pendapatan sehingga $50 sehari.”

Ada pro dan kontranya dalam bab sebegini. Bagi kes Alang ini, beliau memang wajar terus berkongsi mengenai program Zango Cash kerana mungkin pada suatu hari kelak, program ini semakin tinggi persaingannya atau sudah tidak relevan. Seperti mana kata Alang, “Selain itu, setiap hari saya mempelajari perkara baru tentang ZangoCash dan pengetahuan ini saya kongsikan dengan pembeli ebook di forum. Saya tidak perlu menunggu sehingga satu atau dua tahun menggunakan ZangoCash baru nak menulis ebook kerana mungkin ketika itu ZangoCash ini dah basi...

Namun bagi saya, bagi keadaan yang lain, mungkin ada topik tertentu yang perlu menunggu sedikit masa dahulu sebelum menulis mengenainya dan menjual dalam bentuk ebook. Pendek kata, tengok kepada keadaan, keperluan dan kerelevanannya. Jika sesuai, maka tulis jer lah.

Dari segi praktik, kita patut menyontohi Alang kerana walaupun beliau masih baru dalam penulisan ebook, setakat ini (tahun ini sahaja), beliau sudah menghasilkan tiga buah ebook (dua daripadanya adalah special report). Tulis sahaja dan belajar daripada kesilapan. Bukan menunggu begitu lama sehingga segalanya basi dan peluang dikebas orang. Cepat di dalam bertindak adalah amat penting di dalam perniagaan.

Selain itu, bagi saya, yang paling penting ialah penulis yang juga penjual bagi ebook tersebut haruslah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulisnya. Mereka haruslah berusaha membantu pembeli (seperti yang dijanjikan) dan jika ada perkara baru mengenai topik yang ditulis dalam ebook, maka sebaiknya kemaskinilah ebook tersebut.

“Tak cukup dengan itu, sales page saya juga turut dipersoalkan. Kenapa terlalu ringkas dan pendek tidak seperti sales page lain yang panjang berjela sehingga naik pening membacanya dan juga lenguh tangan scroll page tersebut. Terus terang saya cakap saya memang tidak suka sales page yang panjang berjela yang penuh dengan hype-hype yang entah apa-apa hanya untuk melariskan produk.”

Sales letter yang pendek atau panjang, ada sebabnya. Jikalau muka surat (kandungan) ebook sedikit, maka biasanya sales letter akan pendek. Atau jika harga rendah, maka biasanya sales letter akan pendek. Tapi jika harga ebook/produk amat tinggi, maka sales letter panjang amat digalakkan sebab pembeli mahu tahu produk yang akan diperolehi adalah senilai dengan harga yang dikenakan.

Contohnya, jika kita letak harga RM1000 untuk satu produk, maka tak cukup jika hanya menyatakan beberapa perkara sahaja di laman web jualan sebab ia amat sukar untuk meyakinkan dan memuaskan hati bakal pembeli. Pembeli mahu tahu satu demi satu yang akan mereka dapat, dan kemudian baru mereka akan membeli.

Berbeza dengan harga yang rendah, maka tidak ada masalah besar jika tidak meletak banyak penerangan. Pendek kata, salah satu fungsi sales letter ialah untuk meyakinkan bahawa apa yang mereka akan dapat adalah sebanding dengan bayaran yang mereka keluarkan (sama padan dengan harganya).

Jadi, sales letter pendek atau panjang, itu bukan persoalan pokok, malah tak perlu dipersoalkan pun sebab ia bergantung kepada produk yang dijual dan harga yang dikenakan. Sebaliknya, yang menjadi masalah ialah hype yang amat keterlaluan, atau janji-janji manis yang tak masuk akal dan tak bertanggungjawab.

Saya pun tidak suka sales letter sebegini yang hanya mahu menjerat para pembeli. Sebaiknya, nyatakan apa yang akan pembeli dapat dan faedah yang bakal mereka terima. Itu sudah memadai. Sales letter yang teruk adalah sales letter yang janji lain, tapi lain pula isi kandungan ebooknya. Ia adalah satu penipuan yang amat tidak wajar.

Kita perlu jelas apa fungsi sales letter. Jika kita kata sales letter tak perlu bagus, kita silap. Bagus dan hype adalah dua perkara yang amat berbeza bagai langit dengan bumi. Sales letter yang bagus (killer) adalah yang tidak menjanjikan sesuatu yang menipu tapiΒ  dalam masa yang sama ia mampu menjana banyak jualan. Sebaliknya sales letter yang penuh dengan hype memang dapat banyak jualan, tapi kalau sudah menipu, maka banyak jugalah mendapat kutukan dan kemarahan daripada pembeli. Noktah.

“Dan perkara terakhir yang dipertikaikan adalah kenapa tidak ada bonus yang lumayan? Bonus yang saya berikan hanyalah peluang menyertai program affiliate dan juga forum rahsia khusus untuk pembeli. Tidak ada bonus-bonus yang yang harganya berpuluh kali ganda dari ebook yang membuatkan pembeli fikir banyak kali nak komplen tentang kualiti ebook kerana rasa terhutang dengan bonus-bonus tersebut.”

Untuk bab bonus ini, saya akan menulis satu artikel khas mengenainya. Cuma apa yang dapat saya katakan, ada pro dan kontra dalam bab meletak bonus. Ada satu keadaan, jika tak letak bonus, ia tak ada masalah. Dalam keadaan lain, adalah menjadi satu ‘kesilapan’ jika tak letak bonus. Jadi tunggu artikel saya yang akan datang mengenai bonus.

Klik di sini untuk ke laman web jualan ebook Rahsia Zango Cash. Dan saya akan membuat review mengenai ebook ini nanti di blog saya yang satu lagi dalam masa terdekat.

——

“Cara untuk lambat berjaya ialah dengan lambat bertindak, dan cara mudah untuk gagal ialah dengan terus berhenti bertindak”. – smartzul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Ulasan Terhadap Tulisan Alang

  1. Terima kasih di atas pandangan yg kritis dan terperinci Zul. Saya amat menghargainya kerana saya beranggapan Zul ni org lama dlm bidang penulisan ebook. Pandangan Zul yg memberik pro dan kontra utk setiap tindakan yg saya buat membuatkan saya lebih memahami industri ebook ini yg ternyata saya ni memang baru setahun jagung.

  2. Salam Zul.. πŸ˜€

    Banyak yang saya pelajari dalam artikel ni. Setiap IM ada cara mereka sendiri. Saya nak berikan pendapat sikit mengenai bonus yang dipakejkan sekali dengan ebook.

    Pada saya, sebagai seller, penting untuk sediakan bonus. Namun, harap bonus tersebut adalah yang sama bidang dengan ebook yang kita jual. Kalau tak ada kaitan dengan ebook yang kita jual, nampak pelik. Tentang bonus juga, rasanya tak perlu keterlaluan banyaknya sampai menenggelamkan produk tersebut.

    As a buyer pula, saya lebih suka lihat bonus tersebut adalah ideal dan tidak keterlaluan. Kadang-kadang, ada juga kita membeli sesebuah produk hanya disebabkan bonusnya. Tapi, kualiti produk tersebut boleh jatuhla kalau macam tu..

    Tak sabar nak Zul ulas tentang bonus.. πŸ˜€

  3. Saya dah membeli EBook ini. memang menarik,cuma kita kena rajin sikit bertanya sebab ada beberapa perkara berkaitan teknikal tidak diterangkan di dalam Ebook ini terutama dalam bab pemasangan skrip tertentu.

    Cuma dengan adanya forum khas yang disediakan mungkin boleh membantu.Kena ada modal sikit untuk beli domain name tertentu supaya lebih berkesan.

  4. slmt ptg zul…
    lama saya tak tinggal komen disini…hehe

    saya dah beli ebook alng tu…
    memang berpuas hati…
    pendek dan padat…
    dah mcm2 disediakan…

    saya tak suka ebook yang panjang2…tak larat nak baca banyak2…
    bg saya, biarlah berisi dari panjang tu…saya sokong apa yang alang kata tu…hehe
    ramai orang sibuk…mana ada masa nak baca benda panjang2 ni…

    han

  5. Menarik kupasan artikel alang ni. Tak guna kalau tebatl2 pun tapi satu hempeh pun takleh nak guna dan meleret2 tah apa2. Pada pendapat saya info penulis penting kerana pembeli akan mendapatkan produk setersunya sekiranya ianya bagus. Saya sendiri membeli produk2 penulis yang sama kerana saya tahu isi yang disampaikan oleh penulis tersebut memang bagus.

  6. Satu pendekatan yang terbaik. Sememangnya kawalan emosi pembaca perlu dikawal dengan tidak membuang masa pembaca untuk membaca kandungan Ebook yang berjela-jela. Saya juga menerapkannya dalm kandungn artikel yang saya ingin paparkan di dalam blog saya.

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

  7. Saya boleh dikatakan bersetuju dengan semua yang disuarakan oleh bro Zul.

    Kita sebagai usahawan kita hendak menjual. Dalam menjual juga kita perlu bijak mainkan “saiko”(psikologi) bakal pembeli πŸ˜€ Dengan bonus mereka akan lebih “cepat” untuk membeli produk kita dan akan timbulkan satu perasaan dimana mereka rasa berbaloi untuk membeli produk kita.

    Cuma bab bonus ni agak panjang untuk dihuraikan πŸ™‚ Nanti tunggu artikel bro Zul seterusnya.

    1. hehe.. no komen.

      yang aku mahu lihat. Lebih ramai orang dapat duit dari Zangocash ni. Kalau beli je tapi tak usaha sampai dapat duit zango ni. Baik tak yah beli kan?

      Usaha nak beli dah ada. Tapi usaha nak dapatkan duit dari program ni, ehm..jawab sendirila..

      Apapun, nanti kalau alang dah dapat duit dari zango. Leh la Zul update kat sini jugak ye. πŸ™‚

      PS: Serius. Sangat susah nak buat duit dari zango. Tapi ada tips untuk memudahkannya. Hoho πŸ˜€

  8. kdg2 ada juga yang berminat dangan bonus2 ni..seperti aku…hehe
    zul,xde bonus menarik kalau beli rahsiazango melalui lnik aff saudara tu? πŸ™‚

  9. pada saya ebook yang banyak m/s lebih berkualiti kerana setiap step tu diterangkan satu persatu walaupun hanya langkah mudah dan ringkas.. tapi semua orang yang anggap langkah tu mudah ada juga orang yang kurang berpengetahuan akan menghadapi masalah dengan step tu… tapi klu nak buat panjang tu biarlah yang bergambar dan ringkas… orang pun bosan jg baca ebook yang panjang n penuh dengan tulisan…

    penyampaian secara bergambar n penerangan ringkas lebih mudah difahami dari karangan yang panjang berjel-jela…

    Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *