Ukuran Kejayaan Perniagaan

Dalam dunia perniagaan, ada beberapa ukuran yang boleh kita gunakan untuk menentukan tahap kejayaan:

  • Keuntungan bersih
  • Jumlah simpanan wang
  • Aset yang terkumpul
  • Jenama yang dikenali ramai
  • Jumlah pengikut
  • Pengaruh dan karisma
  • Produk yang ‘evergreen’ (terus mendapat sambutan)
  • Jumlah klien yang berjaya hasil konsultasi/bantuan kita
  • Jumlah atau kualiti usahawan berjaya yang dihasilkan
  • Jumlah pengetahuan yang dimiliki
  • Penulisan atau buku melahirkan ramai manusia yang berjaya dan yakin diri
  • Jumlah produk yang dihasilkan.

Dan banyak lagi ukuran lain yang boleh dijadikan sebagai petanda kejayaan usaha perniagaan yang dilakukan. Daripada senarai di atas kita melihat bahawa WANG bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan seseorang atau sesebuah perniagaan.

Contoh paling mudah, siapa yang lebih hebat di antara seorang jutawan yang hanya dirinya sahaja kaya harta berbanding seorang usahawan yang mempunyai ramai pengikut kerana dirinya sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain?

Jawapannya adalah…. subjektif. Kita tidak boleh kata jutawan itu tidak berjaya, kerana dari segi aspek kewangan dan harta, dia memang berjaya. Tetapi tidak dapat juga kita katakan usahawan yang ramai pengikut itu tidak berjaya kerana dia memiliki kuasa pengaruh yang lebih besar daripada jutawan tadi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Ukuran Kejayaan Perniagaan

  1. Jadi zul, apa yang dapat saya fahami di sini ialah kejayaan seseorang usahawan itu terletak pada apa matlamat asal dia mula menubuhkan perniagaannya.

    Contohnya katakanlah dia membina perniagaannya untuk melahirkan ramai usahawan yang berjaya dan telah berjaya melaksanakannya.Maka dia telah berjaya merelisasikan matlamatnya.

    Jadi dia bolehlah dikatakan telah berjaya.

    1. Matlamat asal…saya setuju dengan pandangantuan.ia mengingatkan saya tentang azam tahun baru.Matlamat asal yang perlu disegerakan dalam 365 hari..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *