Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sticky Post: Anda Wajib Ada Gravatar!

Sila scroll ke bawah untuk membaca artikel terkini.

Gravatar adalah satu imej yang akan terpapar pada bahagian komen apabila anda memberikan komen di mana-mana blog. Tidak kisah anda memiliki blog atau tidak (sekadar memberi komen di blog orang lain), anda perlu memiliki gravatar.

Bagi saya, tujuan gravatar adalah untuk mewakili identiti tersendiri di samping membina tarikan orang lain. Untuk lebih mudah faham, ini contohnya:

Kelebihan gunakan gravatar ni, selain daripada komen anda yang menarik, ia membuatkan pembaca yang lain ingin tahu lebih lanjut mengenai anda. Malah, ruangan komen di sesebuah blog akan nampak lebih ‘happening’.

Bagi saya, sebagai blogger, gravatar adalah wajib dan mana-mana blog pula haruslah enable-kan fungsi gravatar ini di blog mereka.

Bagaimana Nak Miliki Gravatar Sendiri?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu buat dua langkah iaitu mendaftar di Gravatar.com dan sediakan satu gambar (imej) yang anda ingin gunakan sebagai gravatar.

Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah untuk memiliki gravatar dengan mendaftar di gravatar.com.

Langkah 1: Pergi ke gravatar.com

Langkah 2: Klik link menu Sign Up Now!

Langkah 3: Masukkan emel anda dan klik button Signup:

Anda akan mendapat emel pengesahan.

Langkah 5: Buka emel anda dan pastikan anda telah menerima emel daripada mereka. Kalau tak terima dalam 24 jam, sila hubungi mereka di emel support[at]gravatar.com. Kalau ada emel tersebut, buka dan klik link pengesahan yang disertakan:

Langkah 6: Isi borang seperti berikut:

*Username dalam huruf kecil sahaja yang dibenarkan

Langkah 7: Siap! Sekarang anda perlu tetapkan imej/gambar. Klik pada link Add one by clicking here!

Ada tiga pilihan iaitu pilih dari komputer anda, dari internet atau setting dari wordpress.com jika ada. Untuk contoh di sini, saya gunakan pilihan mengambil imej daripada komputer.

Pilih imej yang anda mahukan daripada komputer anda:

Kemudian, klik Next:

Seterusnya, anda perlu crop imej jika ia terlalu besar:

*Kalau tak nak crop, terus sediakan imej bersaiz 416×512.

Dah pilih bahagian imej, klik button Crop and Finish.

Dah siap ke? Eh belum, satu langkah je lagi.

Langkah 8: Sekarang anda kena pilih apakah jenis gravatar anda tu. Ada empat pilihan iaitu G, PG, R, X. Alah, macam klafikasi cerita kat TV tu la (18SX, 18PL dan U). Kalau anda letak gambar yang sesuai untuk semua golongan, maka pilih G.

Pilihan ni tak ada apa-apa sebenarnya. Mudah ceritanya, letaklah sahajalah gambar yang baik-baik. :) Jadi, klik pada petak yang berkaitan. Bagi saya, saya pilih G.

Siap! Haa, lega rasanya. Akhirnya siap juga!

Ok semua pembaca. Penat juga saya buat panduan ni. Dekat sejam lebih juga. Balaslah usaha saya ini dengan membuat gravatar anda sendiri. Boleh kan?

Selepas anda siap buat gravatar, apakah langkah seterusnya? Mudah sahaja.

Apabila (setiap kali) melakukan sebarang komen di mana-mana blog, gunakan username dan emel yang anda daftar di gravatar.com. Saya ulang ya, username dan emel Gravatar.com anda. Maka baru imej gravatar akan keluar. Contohnya seperti ini:

Dan ini hasilnya:

Sekali lagi seruan saya, daftarlah gravatar anda sekarang. Kan best kalau pada bahagian komen blog keluar gambar (imej) yang berwarna warni. Tak gitu?

Ok, anda cuba siapkan gravatar anda dulu dan kemudian cuba komen di blog ini. Komen ya, saya nak tengok gravatar anda! Dan kalau rasakan artikel ini bermanfaat bagi orang lain, bolehlah anda linkback ke artikel ini di blog anda.

‘Happy Gravataring’.

-smartzul

>> Inginkan artikel terbaru dari blog ini terus ke emel anda? Klik di sini.

Atau jika ingin membaca melalui RSS Reader sahaja, klik di sini.

ps. Jemput ke Blog Tip Blogging dan WordPress. Buat Duit Dengan Blog.

pps. Mencari penyedia Pakej Laman Web Perniagaan Internet? Klik di sini.

Facebook comments:

101 Responses to “Sticky Post: Anda Wajib Ada Gravatar!”

  1. CikguAzleen says:

    Salam ceria Zul,

    Memang seronok kalau komen-komen ni ada gravatar. Nampak lebih ceria.

    Saya pun dah lama daftar gravatar dan enable kan di blog saya. Memang mudah aje nak buat.

  2. Abdul Rahman says:

    I see… nampak best jerk. Dah buat :D

  3. ideaaku65 says:

    memang best. tapi ada tersangkut sikit masa register. saya buat emel baru.

  4. secret says:

    saya sedang mencuba kalau boleh appear disini , sorry ini bukan spam .

  5. mazlie says:

    Saya try..ade ke tak ni? :p

  6. pakteh2008 says:

    wahh…ilmu yg amat berguna nii.. mesti praktikan. bukan nak kata la..blog smartusaha MEMANG BEST Giler.. thanks zul. :)

  7. eyeman says:

    ehm..nampak gaya kene wat gravatar baru nih..

  8. apiz79 says:

    Ye memang bagus guna gravatar ni, saya dah lama guna. kira promosi secara tak langsung gak ni.

  9. Nik says:

    Testing2..huhuhu…

  10. Nik says:

    Tu yang pelik nya..nape avatar saya x kuar erk..huhuhu,Coz buat tadi kat choose rating for your gratar saya klik ni R bukan di G..Rasa tu yg silap kot x ikut apa yg sifu zul bagitau..hehe, ni dan setting balik dah..harap kuar leh gravatar nya…

  11. Nik says:

    OooO..dah jumpa dah apa yg silap..rupa nya email yg kita daftar di gravatar kena sama baru avatar kuar bila kita post comment erk…harap kuar la kali nie…(x cakno nie hehe)..

  12. Fai says:

    Lama dah dengar pasal gravatar ni skrg baru add gambar.. Huhu..

    Thanks Zul

    PS: Err.. Testing 1,2,3 :lol:

  13. zool says:

    Bukan tak tau gravatar ni..
    Tapi ntahlah apsal tak buat2..
    Okaylah sekarang juga nak buat..

  14. Eriyza says:

    Terima kasih atas tutorialnya.
    Muda2an ia membantu sy. :)

  15. olie says:

    Testing…”keluarlah kau wahai Gravatar ku”..fuhhh….

  16. zool says:

    Dah letak pic dalam gravatar…
    Ada ke yang tergoda..
    ha haha,…

  17. krulz says:

    Bagus tul tutorial ni.Taniah!

  18. Norudin says:

    Salam. Sj cube ni. Trm ksh ya tutorial nya zul’

  19. ismanjb says:

    Zul Salam Terima Kasih,
    Nak cuba juga lah jadi tak..

  20. ismanjb says:

    Assalam Zul,
    Nak cuba juga lah ..jadi ke ni

  21. ismanjb says:

    Assalam Zul,
    baru nak cuba…

  22. zyan says:

    salam bro smartzul :) saya pun baru daftar tadi nih…

  23. akamalza says:

    Testing guna gravatar sahaja..

  24. saya baru daftar gravatar nie

  25. nak test dulu, menjadi ke idak nih

  26. bmwang says:

    Terima kasih Zul,

    Panduan yang anda buat ni boleh diikuti dengan jelas. Saya baru saja buka akaun Gravatar dan ini komen pertama menggunakan Gravatar.

    Baharom

  27. toxhairi says:

    Salam…
    Tq bro..sy yg jahil nie dh dpt 1 ilmu arinie…

  28. toxhairi says:

    saya pn nk try gak.Fuhh!kuar la ko gravatar…

  29. norzyy says:

    saya dah buat dan berjaya. tapi kan macam mana nak enable kan fungsi avatar ni dalam blog saya pulak…? Boleh smartzul explain sikit tak

  30. JimieRay says:

    Thanks Zul, satu tips yang cukup berguna.
    Nak try test gakk ni… :)

  31. nuwa says:

    Thanks a lot Zul..satu tutorial yg sgt2 bermanfaat..saya terus jer register lepas baca artikel nie.. :-)

  32. rawatan2u says:

    Sy nak test je jd ke tak….

  33. matkapak02 says:

    testing lagi jd ke tk nii ?

  34. Mazri says:

    Saya pun minat sangat dengan wordpress ni. Saya dag beli pun ebook smartzul tu. Memang berbaloi. Hasilnya saya dah dapat pulangan.

  35. ilmu yang smartzul ajar memang berguna. Semoga anda sihat selalu :)

  36. Fazilatif says:

    test gravatar gak laa… :)

  37. Fazilatif says:

    err… lupa nk cakap. TQ zul.

  38. Zack says:

    i think this is good article,i like to read it and i hope you be post always.Thanks because give me the info.

  39. smartzul says:

    Thanks all. Semoga berguna.

  40. goldemas says:

    ini ialah percubaan…dan jika gambar saya ada disini maknanya saya berjaya. tq en.zul

  41. thinkerich says:

    Salam Zul,

    Terima kasih di atas panduan yang amat berguna ini…

    Hmmm…sebenarnya lama dah saya terfikirkannya..

  42. fadzlihani says:

    nak cuba test gravatar saya, jadi tak?

  43. failynoor says:

    thanks smartzul..jasamu dikenang..have a nice day..: )..

  44. jai@jaigoku says:

    Dulu ada.. sekarang dah ada e mel baru.. lupa dah setting balik ke belum yea..?
    wokey, try submit comment..
    plingg! Tarraaa… (ada ke tak gambar nih…?)
    :)

  45. salam sdr,

    terima kasih atas perkongsian ilmu ini….

  46. terima kasih perkongsian ilmu ini.

    nampak identiti sendiri

  47. pitt says:

    testing gravatar…. tukar gambar baru

  48. aizat says:

    testing power..
    nak tgk lawa ke tak avatar aku..
    huhu
    thanks untuk ilmu nih…

  49. paklong says:

    berjaya juga akhirnya.

  50. Amril_Muidz says:

    Salam saudara,

    Ohhhh.. baru saya tahu ada cara rupanya.memg tak tau sebelum nie.tq pada saudara.skurang2 ade jugak muka kat dalam komen nie.leh promote muke2 sendiri.hehehee.

    Apa pun tq for da info. Smartzul smart skali

  51. benbaz says:

    Saya pun taknak ketinggalan. Nak cuba juga.
    10q smartzul

  52. wanmus says:

    wahhh bro zul pun kongsikan benda ni..jom kita promote muka masing2 di blog..baru glamour sikit..hehe

    • smartzul says:

      Bagi saya avatar adalah wajib untuk melengkapkan komen kita. Lagi-lagi problogger, tak layak dipanggil pro kalau tak guna avatar. Hehe..

      Kalau tak dapat guna gambar sendiri, boleh guna logo blog atau bisnes atau imej produk.

  53. omecool20 says:

    dah buat… nak tgk keluar tak gambar ;-)

  54. ankarimz says:

    Satu ilmu yg senang diikut dan amat berguna bg newbie spt saya. Anyway thanks smartzul!

  55. kahfi8 says:

    salam,

    test dulu. harapnye berjaya keluar gambar.

  56. Myputera says:

    Alhamdulillah.. info menarik

  57. hairul says:

    salam.ilmu terbaru.baru nk cuba.terima kasih saudara zul..

  58. Huntai7 says:

    Salam bro,
    Thanks bagi ilmu ini..sudah lama ku cari-cari..

  59. Syukran86 says:

    salam smartzul..

    saya pernah daftar akaun gravatar ni..tapi saya sendiri pun dah lupa…nasib baik zul buat entry ni..ha2..terus upload gambar

  60. meezwan says:

    salam,
    Baru tahu kan kenapa wordpress suruh masukkan email bila nak komen.Rupa2nya nak bagi Gravatar muncul. =D

    p/s:kenapa komen akan keluar page not found?

  61. ma says:

    Dah lama buat.
    Tapi baru perasan ada tak kena
    dengan akaun gravatar tu.

  62. mawardee says:

    Terima kasih atas perkongsian.
    Dah lama tak sembang2 dgn bro Zul. :)

  63. mykrk says:

    Salam, ni nak tumpang cuba, he. Terima kasih.

  64. ShahrulFahmy says:

    Salam Bro Zul,

    Thanks diatas support anda utk cara buat gravatar ni… :D

    p.s. ada tak gravatar saya? Erm…

  65. NayanMohd says:

    Gravatar…Menarik….

  66. ustaz zul says:

    Pencarianku akhirnya terjawab
    Selama ni dok tertanya2 jgk
    mcm mana nak buat :-( by the way
    baru ni terjumpa
    Thanks bro zul,I like your style
    “Sharing is caring”

  67. aizatkamal says:

    sejam bro Zul kita spend utk post ni
    terima kasih :)

  68. Aken on Biz says:

    Bru pas wat avatar..nak test leh x??
    hehe..nway, thank for the steps..

  69. ishamzana says:

    salam,
    saya baru berguru dgn smartzul…nak testing sikit..

  70. ishamzana says:

    aik kenapa kuar gambar lain plak…

  71. ishamzana says:

    oooo tq guru zul,dah jadi dah lupe nk bace habis kena tunggu dulu…saya ni nk cepat je hehe

  72. Mohd zamri says:

    betul tue bro setuju sangat2 walau pun benda basic camnie, ramai yang memandang enteng hehehe.. keep it up!!!

  73. mhnizam says:

    memang gravatar banyak membantu dalam meningkatkan kredibiliti seseorang

  74. mhatta says:

    Terima kaseh tuan Zul. Sudah ada gravatar!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Gambar Yang Ghairah, Lagi Mengghairahkan | hairul.net

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)