Tulisan Terakhir…
Apa khabar para pembaca semua..
Pada hari ini saya tidak akan menulis apa-apa topik perbincangan atau artikel. Orang ramai pun, sahabat, kawan dan saudara mara sudah mula sibuk untuk menyambut hari raya yang dijangka pada hari Sabtu ini.
Kepada para pembaca, para pelanggan saya dan kepada sesiapa sahaja, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andaikata ada sebarang kesilapan atau kesalahan dengan anda.
InsyaAllah, saya akan bertolak pulang ke kampung pada malam hari esok (khamis). Dan kemungkinan saya akan bercuti selama satu minggu.
Di sini, saya ada sedikit pemberitahuan:
1. Projek RM20.00 tempoh hari terpaksa ditunda selepas raya. Saya akan umumkan nanti.
2. Ada beberapa projek lain yang akan saya lancarkan secara satu demi satu sehingga ke hujung tahun ini.
Akhir kata, selamat berhari raya dan bagi yang memandu, saya doakan anda selamat sampai ke destinasi.
Wassalam, dan jumpa lagi.
Incoming search terms:
- koleksi video saya blogsport co















Selamat Hari Raya Zul..
Semoga selamat segalanya dalam perjalanan pulang nanti..
PS: Maaf Zahir Dan Batin yer
Fai Selamat hari raya, apa projek terbaru
lama fai menghilang..
mana fai pergi?
Saya juga ingin mengambil mengambil kesempatan ini,
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
sekiranya terdapat komen saya
yang menyinggung perasaan, hati dan emosi,
maka maafkan lah saya.
Akhir sekali,
diucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelma.
Utk SmartZul,
didoakan semoga tuan selamat pergi dan selamat balik.
selamat berbahagia di hari raya.
Kenapa Zul tulis tajuk, tulisan terakhir pulak , ini yang rasa tak sedap hati ni. Bahaya ayat tu.
tulisan terakhir sebelum raya lah pyan…
selepas raya zul kembali lah…
moga zul selamat pergi dan pulang…
han
Kekadang tu kena rest baru produktif.
Selamat Hari Raya.
http://www.hanafionline.com
slmt hari raya zul,
semoga selamat sampai ke destinasi…
han
han , selamat hari raya untuk u , maaf zahir batin. Nak gi angkasa pas ni.
nak gi angkasa lepas?
jauh tu gi raya…hehe…
tak nak ajak saya sekali ke???
han
Selamat Hari Raya untuk zul dan semua peminat zul.
Ingat , the race still on. Hari raya tak leh online kat kampong tak de internet line.
pyan guna 3G lah…
ramai sekarang ni guna 3G utk surf internet…
tapi saya belum lagi…
han
belum 3G lagi, masih 33 sekupang
hehe…
laa… bagus dari takde tu pyan…
nanti ebiz berjaya boleh lah guna 3G…
bukan setakat 3G kot mungkin 10G…hehe
han
zul biasa macam tu dengan tulisan akhirnya untuk hujung2 sebegini. tahun lepas pun gitulah gayanya tulisan akhirnya…
Selamat Hari Raya Zul dan semua kekawan di ruang ini.
Masak Dodol Buat Tapai
Beli Karas Dengan Lemang
Hantar Kad Lambat Sampai
Hantar Komen Lagi Senang.
MAAF ZAHIR BATIN
Hingga jumpa lagi.
Siap ada pantun lagi
Pantun tu biasalah, kalu idak otak berkarat lama tak berfikir.
Nak buat pantun setahun sekali pun susah.
Pyan Raya kat mana tahun ni?
Raya kat Bagan Datoh (rumah mak ayah) pastu gi Teluk Batik (rumah ibu mertuaku)
bagus lah pyan ni…
dua2 belah pergi…
adil tu…
ni kadang2 kita boleh jumpa tahun ni raya umah mak, tahun depan umah mertua…
tu macam tak berapa bagus…
kalau rumah jauh tak boleh kata apa la…
han
Selamat Hari Raya Zul dan semua kekawan di ruang ini…
Utk SmartZul,
didoakan semoga tuan selamat pergi dan selamat balik.
selamat berbahagia di hari raya…
Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin
jika ada salah dan silap sepanjang komen di blog ini harap dapat dimaafkan.
Selamat Hari Raya Zul…Semoga enjoy hendaknya…
Selamat Hari Raya Zul, dan semua di sini! Maaf Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Zul dan teman2 semua,
Maaf Zahir Batin..
Pandu berhati2,pada yang memandu.. yang mengantuk,jangan teruskan
memandu.. rest dulu, semuga SELAMAT sampai tmpat di tuju.
selamat hari raya. jangan lupa duit raya. memandu dah tentunya perlu hati-hati… kalo jalan jem balik umah tido aje. esok lusa sambung balik raya sakan…
Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum Zul,
Selamat Hari Raya Aidilfitri … Maaf Zahir & Batin.
selamat hari raya semua…
mesti banyak duit raya dapat kan…hehe…
nanti boleh buat beli hosting lah…
han
lepas raya dah tentu kena puasa enam pulok. ibarat puasa satu tahun kalo sambung puasa sunat enam nih…
Selamat hari raya Zul! Maaf Zahir dan Batin!
Ada makan banyak kuih raya?
Kak G.
kak G buat kuih raya banyak tak?
kalau banyak boleh bagi pelawat blog zul ni makan…hehe…
blog zul ni ramai yang datang beraya…
han
selamat hariraya zul dan semua pembaca, maaf zahir batin. wah cuti sakan nihh
Nampaknya kita beraya kat blog Zul la ni.
ye tu pyan,
kita beraya kat sini pun ok juga…
tapi kena tambah kuih raya je lah…hehe
han