Tulisan Terakhir + Ringkasan + Pesanan

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum saya balik ke kampung (tak tahu berapa lama), ini adalah tulisan saya yang terakhir sebelum saya bercuti.

Bulan ramadhan kali ini banyak pengalaman sendiri yang telah saya tempuhi samada dari aspek kehidupan dan keusahawanan internet itu sendiri. Pengalaman-pengalaman yang dilalui itu sedikit sebanyak menambahkan lagi kematangan saya di dalam bidang ini dan ia juga memberikan saya satu titik tolak kepada sesuatu perkara yang lain.. InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang saya tempuhi untuk manfaat semua. 🙂

Sebagai ringkasan, saya senaraikan rentetan beberapa perkara yang telah saya lakukan sebelum ini:

1. ‘Newsletter’ SmartUsaha dilancarkan (awal September)

2. Menghasilkan “ebook panduan paypal” dan memberikannya sebagai percuma hanya kepada subscriber newsletter smartusaha.com

3. Memberikan dua special report percuma yang bertajuk “mitos perniagaan internet” dan “kelebihan perniagaan internet”. Juga khas untuk subscriber newsletter smartusaha.com sahaja

4. Mengeluarkan satu lagi ebook percuma yang bertajuk “buat duit dengan blog”. Hanya yang berdaftar sahaja yang dapat

5. Menghasilkan lagi ebook percuma (special report) iaitu “pengiklanan banner berkesan, satu kajian..”. Boleh didownload secara percuma tanpa perlu mendaftar.

Itulah beberapa rentetan perkara yang telah saya di smartusaha.com lakukan, dan sudah semestinya untuk anda. Saya insyaAllah, seikhlas yang mungkin mahu memberikan yang terbaik untuk anda walaupun yang diberikan adalah percuma. Saya mahu anda benar-benar terdidik dengan cara yang “ilmiah”, bukan di atas angin atau sekadar “borak kosong”. Harap-harap manfaatkanlah pemberian saya tersebut. 🙂

InsyaAllah, smartusaha.com akan terus mara di dalam bidang ini walaupun kadang-kadang terasa juga “motivation down”-nya, namun saya meletakkan tanggungjawab sebagai no. 1 dan membuat keuntungan sebagai no. 2. Sebab itu saya terus berdiri teguh di dalam bidang ini. InsyaAllah. Sebagai orang yang tahu (sikit jer tahunya), saya terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan didikan melalui saluran yang mampu saya lakukan. Dalam englishnya berbunyi, “it’s not just about business, this is responsibility..”. Kalau salah grammar bi tu, harap maaf, saya tak expert sangat. Tapi mat salleh tak kisah pun grammar broken, orang-orang kita jer sibuk nak komen itu ini, bukan nak bagi semangat pun.. 😉 Jangan terasa nooo.. hehe..

Ingin juga saya nyatakan secara umum di sini, buat tempoh tertentu, saya terpaksa “menolak” undangan untuk memberikan ceramah, seminar atau bengkel perniagaan internet. Ya, saya terpaksa menolak seketika kerana, saya ada perancangan tertentu berkaitan dengan seminar atau bengkel perniagaan internet. Nak tahu apa? Tunggu.. Saya pun tak tahu bila saya akan memberitahu apa yang akan saya lakukan. Mungkin paling cepat pun tahun depan.. 😉 Cuma apa yang saya dapat katakan secara keseluruhan adalah, saya mahu benar-benar BAKAL peserta bengkel saya boleh membina dan memulakan perniagaan.

Saya tak nak bayaran ratus-ratusan untuk join bengkel atau seminar itu masuk ke perut saya, tapi anda sebagai peserta terkontang-kanting dan saya pula dalam kekenyangan.. Tidak sama-sekali.. Saya mahukan “they know what they learn”. Faham bukan dalam keadaan mimpi, tapi betul-betul faham.. Saya menyatakan hal ini apabila melihat, begitu ramai yang teruja dan diakibatkan oleh hal itu, ilmu tidak diutamakan, sistem pembelajaran tiada standard, tak ada flow yang membantu dan akhirnya, impian berkubur begitu saja dan seterusnya bidang ini akan dipersalahkan.. Stop here, kita sambung lain kali pasal ini. 🙂

Banyak nak taip sebenarnya ni. Ya lah, lepas ni nak cuti. Saper-saper yang online time raya tu, tengok-tengoklah smartusaha.com ni yer. Kalau kena hack lagi ke, cepat-cepat hantar SMS kat saya. 🙂 Kalau anda hacker-nya (cracker), huhu, “saya ucapkan selamat hari raya kepada anda dan semoga Allah merubah kelakuan burukmu itu. Tinggal-tinggalkanlah kerja hack server orang tu. Nanti susah nak jawab depanNYA kelak, banyak sangat buat salah.. Dan saya tak simpan dendam pun. Gunakanlah ilmu yang ALLAH bagi tu untuk kebaikan bersama, bukan saling memusnahkan orang kita sendiri. Tak baik, berdosa. Kelak ilmu tu sendiri makan tuan, tak percaya tengok.. Amin..”.

Apa lagi yer.. Rasanya dah tak ada dah kot. Cuma nak bagitahu, lepas cuti raya ni, saya ada sedikit info yang akan saya berikan kepada anda. 🙂 Tunggulah apa info tersebut..

Baiklah, saya berhenti di sini sahaja dan semoga anda selamat sampai ke destinasi. Bergembiralah di hari raya.. Gembira kerana kita masih bernafas, diberi ruang dan waktu oleh ALLAH untuk memperbaiki lagi amal kita. Di kesempatan ni, saya mohon maaf banyak-banyak kepada kawan dan lawan saya. Sebagai manusia biasa, maka tak boleh untuk kita elak sesuatu yang salah.

Kalau saya TER-sindir, anda terasa, maafkan saya, ia tak sengaja. Kalau saya sentuh sesuatu perkara dan terkena batang hidung anda, saya juga minta maaf. Saya tak tuju pada anda, tapi saya tuju kepada semua. Kekadang saya tegas, kekadang saya berlembut, dan jika kita ingin berjaya, jangan terlalu “manja”.. Orang ‘jentik’ sikit pun dah nak berjauh hati dan berputus-asa.. Kekadang, kita kena menerima teguran daripada orang lain. Kita kena keluar dan latih diri agar tidak begitu manja dengan zon selesa kita selama ini. Amat berbahaya jika anda tidak cuba berusaha keluar dari comfort zone anda. Jangan jadi orang yang manja, sebaliknya hati kena kuat.. InsyaAllah.

Dan saya juga, memaafkan anda jika anda ada salah dengan saya. Kalau ada lah. Kalau tak ada tak per.. 😉

Oklah, jumpa lagi nanti. Semoga Allah memberikan kita umur yang panjang dan rezeki yang murah.. Jika ada benci di hati, buangkanlah.. Kita semua sama, manusia biasa, tak mampu menjadi yang sempurna sepenuhnya.

Wassalam.

Ikhlas,

Mohd Zulfadli @ SmartZul.
“insan yang biasa-biasa saja..”
PS. Daftar percuma newsletter smartusaha.com dan dapatkan ebook percuma yang saya nyatakan di atas. http://smartusaha.com/news.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Tulisan Terakhir + Ringkasan + Pesanan

  1. Selamat Hari Raya…Zul..teruskan perjuangan… all the best…
    Dah nak dekat raya ni pengunjung website pun dah kurang…tengok statistik merudum… Orang dah ingat ketupat rendang la tu.. 🙂

  2. Selamat Hari Raya kepada anda dan pembaca blog anda. Saya melihat anda from zero to hero (dlm mlm perkataan ni biasa he he). Saya doakan anda berjaya. Dan saya yakin dan percaya yang saya boleh berjaya seperti anda. Perjalanan anda saya ikuti dan hasil saya melihat sendiri…kata kata bistari orang yang berjaya tidak akan berhenti….so saya juga seperti anda tak akan berhenti…masa yang menentukan sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog anda

  3. zul dan pengunjung setia blog ini,

    selamat hari raya, maaf zahir batin.

    bengkel?

    kalau jadi nanti, buat la kat kedah @ kawasan utara.

  4. Selamat Hari Raya kepada Zul dan pembaca blog ni…
    cewaahhh!!! macam saya tuan punya blog plak… kihkihkih 😀

    Maaf Zahir dan Batin
    Mintak halal ilmu korang kat saya ye…
    banyak ni saya sedut ilmu daripada korang..

    p/s:jangan lupa bayar zakat

  5. Zul.. jemput datang rumah beraya. ada rumah terbuka tak kat jalan kemuliaan. suruh mad supply kuih muih dari penang… he he he..
    -SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-

  6. smlm baru abis baca free ebook Creating ‘Fat’ Affiliate SitesDr Andy from ezseo. sblm tu dah baca dah smartzul punya free ebook.

    dah tau mcm2 cuma nak amalkan je lepas ni. keja yang 9-5 pun sebuk, namun kena bagikan masa utk ini. bagusla smartzul jadikan tanggungjawab priority. 9/10 rezeki drp meniaga, dan kalau guna internet, byk leveragenya.

    teruskan usaha mendidik org kita smartzul. semoga kita boleh jadi CGT, cemerlang, gemilang, terbilang dan tak lupa akhirnya jadi jutawan2 internet. 🙂

    selamat hari raya, maaf zahir batin.

  7. Slamat Hari Raya Zul..

    Kpd Hackers(Craker) yg nak hack time2 raya ni, ingatlah org yg tersayang.. :p

    Eh zul.. saya kat zon yg tak pernah selesa tau.. Tp mgkin ia satu perjalanan yg berduri yang pnuh bharga.. He he..

    PS: Duit Raya Xde Ke? He he

  8. Selamat Hari Raya Zul,
    Sampaikan salam sejahtera saya kepada saudara mara Zul jauh dan dekat..
    Tima kaseh ingantan Zul itu….nak citer panjg pon masa dah suntuk ….
    zali

  9. Slamat Dino Bodho Zul, Mangap Lahir Batin, wuaaaaaaaa, wuaaaaaaaa
    Kalau nak duit raya datang la rumah saya, dua tiga tongkol saya bagi sampul raya.

  10. selamat hari raya bro !! i will definately subscribe newsletter hang nanti, serius…Maaf zahir batin, sepanjang perkenalan lebih setahun ni, hang mmg extraordinary…very helpful, itulah strength hang, kalo hang mai beraya di kelate, hang habaq lah kat aku ni, jemput dtg ke teratak hamba disana….semoga IM Malaysia akan terus berkembang dan diterajui insan2 seperti hang dan sahabat2 lain, ok bro nak pi minum air tuak campur air batu sket, perghh. sedap tul,

  11. سلامت هاري راي اعيدال فطري. معاف ظاهير باطي

    Masukkan nama saya sebagai peserta pertama dalam bengkel itu (kalau kena masa dan tempat)
    Saya ingat saya pun masih dalam “comfort zone”, masih belajar nak keluar dari zon itu.

    Tugas kita sebagai IM adalah memberi ajaran/ pelajaran yang tidak songsang tentang internet dan perniagaan kepada saudara-mara dan kawan2 masa Hari Raya nanti.

  12. Assalaamualaikum wrt.wbt.

    Den ucapkan selamat menyambut ‘idil Fitri. Kok ado tersalah kata, tersalah bahasa den mohon ampun dan maap dari hujung rambut sampai le ke hujung kaki.

    Ucapan diatas den tujukan juga pada pengkomen2 blog SmartUsaha dan juga pada sedara2 seIslam diluar sana.

    Akhirkata Zul, bak kata omputih, “safe journey to and fro.”

  13. Salam Aidilfitri dan salam kenal dari saya yg masih newbie dengan internet bisness…minta sifu tolong tunjuk ajarkan daku yg masih tercari-cari peluang yang ada. Sekian, wassalam.

  14. Selamat Hari Raya semua.. Raya dah lepas..Sambung keje plak..tengah melatih sepupu² saya pasal internet biz..

    Ramai yang berminat tapi tak tau nak bermula je..masalah utama kebanyakan orang dalam internet biz..

    Jangan tangguh² kalo dah ada idea biz..

  15. Selamat Hari Raya!! Semoga Saudara Zul selamat sampai… Balik nanti jangan lupa bawa”something” special untuk sama-sama memeriahkan lagi industri perniagaan internet ini..Teruskan usaha kita!!

  16. Selamat Hari Raya!! Semoga Saudara Zul selamat sampai… Balik nanti jangan lupa bawa “something” special untuk sama-sama memeriahkan lagi industri perniagaan internet ini..Teruskan usaha murni kita!!

  17. Saya sudah kembali!! 😉

    Huuh, seminggu tak tekan keyboard ni, lain macam jer rasanya… 🙂

    Oklah, nanti kita jumpa di tulisan yang seterusnya yer.. Banyak nak citer.

    Wassalam.

  18. hu hu,
    orang terengganu kita :mrgreen:
    sebelum ni pernah tinggal kat terengganu gak,kat batu buruk
    pastu pindah kat selangor,
    Akhir sekali menetap di perak ni kat Teluk Intan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *