Mengapa Saya Menulis Begitu Dan Begini?

Di blog ini, pelbagai artikel yang saya tulis termasuklah berbentuk isu atau persoalan yang “panas”.

Ada artikel yang mengkritik pihak-pihak Internet Marketer, namun kritikan yang membina dan umum tanpa menyebut siapakah mereka. Ia bukan tulisan memburuk-burukkan atau berbentuk serangan peribadi. Malah, saya banyak kali juga menulis artikel yang menyebelahi pihak Internet Marketer.

Dan ada juga artikel yang menyatakan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Internet Marketer atau orang yang baru bermula di dalam bidang Internet Marketing ini.

Malah, ada juga artikel-artikel yang berbentuk mempertahankan sesebuah model perniagaan internet yang dikritik negatif oleh segolongan pihak yang tidak memahami pun model perniagaan tersebut. Mereka tidak selesa melihat posisi orang lain dan tanpa sedar bahawa posisi mereka juga boleh dikritik.

Dan di satu keadaan yang lain, saya menulis untuk semua sama ada panduan, strategi, teknik dan motivasi agar semua IM atau sesiapa sahaja yang membaca mempunyai semangat untuk terus berusaha.

Bermaksud, penulisan saya adalah seimbang iaitu menyebelahi semua pihak. Jadi, jika ada sesiapa yang kurang berpuas-hati dengan penulisan tersebut, sepatutnya mereka tahu bahawa, saya adalah sebagai “orang tengah” yang cuba mengusulkan sesuatu.

Sepatutnya, tiada perasaan melenting apabila kita membaca artikel tersebut kerana ia adalah satu bentuk “muhasabah” dan kita boleh menilai apa yang perlu kita lakukan.

Saya adalah seorang penulis (blogger). Dan apabila saya menulis sesuatu, ia bukan sahaja untuk orang lain, malah untuk diri saya sendiri. Tidak salah untuk kita saling ingat mengingatkan.Β Terkadang, kita terlalai, terlupa dan terus terlanjur melakukan kesilapan demi kesilapan. Maka dengan tulisan-tulisan berbentuk “teguran” itu, maka kita akan tersentak dan tersedar.

Sepatutnya, kita mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menulis artikel sebegitu walaupun terkadang ia dalam bentuk pelbagai perisa; teguran yang tegas, keras dan berbentuk sindiran. Lain blogger, lain kaedah penulisan mereka.

Mengapa Perlu Menyibuk?

Tiada soal menyibuk hal orang atau menjaga tepi kain orang. Yang tidak boleh sibuk dengan hal orang adalah perkara yang baik-baik dan diburuk-burukkan yang baik itu. Tetapi apabila mereka melakukan kesilapan dan membuat orang lain teraniaya seperti ditipu, maka di situ sudah jatuh tanggungjawab kita untuk menegur. Namun teguran itu masih tetap dalam batas-batasnya.

Di dalam bidang Internet Marketing sendiri, ada pihak yang telah berkali-kali ditegur, malah mendapat maklum-balas yang negatif oleh pelanggan sendiri, namun mereka buat seperti tiada apa-apa. Maka tiada jalan lain melainkan pihak luar ‘masuk campur’.

Perlu Betulkan Diri Dahulu Sebelum Menegur?

Untuk menegur orang lain, tidak semestinya kita perlu betul dalam semua perkara. Jika apa yang kita nasihatkan itu bermanfaat untuk orang lain, maka ia tidak salah.

Kata-kata yang menyuruh kita sempurnakan diri dahulu hanyalah satu alasan atau alat sahaja agar kita tidak membuka mulut untuk saling ingat-mengingatkan. Kalau lah semua orang perlu sempurna dahulu, dunia ini pasti akan porak-poranda kerana manusia akan terus menerus melakukan kesilapan dan kesalahan.

Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kecuali yang Ma;sum iaitu Rasulullah SAW, maka, sekiranya kesempurnaan adalah kriteria mengajak manusia kepada kebenaran, nescaya tiada manusia yang layak melaksanakan tugas berdakwah ini.

Baca Artikel: Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah

Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan
meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak
manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu
daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.

Cukup Yang Itu Sahaja…

Ya, dua artikel sebelum ini adalah pengakhiran kepada tulisan berbentuk kritikan. Selebihnya saya serahkan kepada pembaca untuk menilai dan memutuskan apa jua perkara. Sebelum ini, saya tidak terlalu kerap mengkritik begitu. Tetapi, saya terpaksa melakukannya setelah melihat sesetengah pihak terus menerus melakukan kesilapan yang sama, dan pihak lain terus menerus dipermain-mainkan oleh ‘jerung-jerung besar‘.

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran bahawa orang-orang kita jika tidak berpuas-hati, mereka segan untuk mengkritik dan memberi cadangan. Mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Paling kurang pun, mereka hanya melakukan dalam bentuk sindiran sahaja. Namun ia kurang berkesan tanpa terus menghubungi pihak terbabit.

Di dalam perniagaan, kritikan itu lebih diperlukan berbanding pujian. Tetapi anda semua setuju jika saya katakan, selain orang-orang kita (sebahagian) segan untuk mengkritik secara membina, ramai juga yang pantang dikritik. Akhirnya ia terbiar dan berterusan begitu sampai bila-bila sehinggalah ada yang bersuara.

Ya, saya mengaku dan sentiasa sedar bahawa saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Maka sebab itulah saya katakan, kita perlu tegur-menegur di antara satu sama lain.

Tetapi saya mendapat khabar daripada beberapa orang rakan IM saya, ramai yang pantang ditegur. Lantas mereka yang menegur itu dituduh dengki, menyibuk atau berniat jahat. Yang paling teruk, yang ditegur itu akhirnya menyebar-nyebarkan keburukan insan yang menegur itu tadi. Ini adalah realiti dan berlaku di dalam bidang IM Malaysia ini.

Mungkin dapat kita katakan, amalan tegur-menegur, nasihat-menasihati, menjalin persahabatan yang ikhlas dan berbaik sangka di antara satu sama lain sudah tidak menjadi amalan di kalangan kebanyakan orang-orang kita.

Kesimpulan

Salah satu fungsi sebuah blog, ia dapat digunakan untuk saling berpesan-pesan di antara satu sama lain. Saya sendiri pun tidak semestinya Β betul dalam semua perkara. Saya juga membaca blog-blog lain dan terkadang ‘terkena’ dengan tulisan-tulisan mereka. Saya perlu menerima teguran itu walaupun pahit untuk menelannya.

Cuma sahaja di dalam tulisan sebegitu, kita tetap perlu menjaga etika seperti tidak terus menyebut nama individu atau nama produk melainkan sudah sampai ke tahap yang terpaksa. Atau paling kurang, lakukan ulasan atau kritikan yang membina dan bukan memburuk-burukkan.

Semoga kita saling ingat-mengingatkan satu sama lain kerana ini adalah saranan yang Allah SWT perintahkan di dalam Al-Qur’an. Tidak kisah setinggi atau serendah mana iman kita, jika nasihat itu bermanfaat dan bermakna, lakukan saja di samping kita terus memperbaiki diri sendiri.

Jika artikel-artikel yang saya tulis di blog ini dalam nada yang sederhana masih menyebabkan sesetengah pihak melenting, saya tidak tahu dalam bentuk bagaimana lagi yang perlu saya tulis. Atau mungkin saya hanya perlu diam dan menyenangkan diri sendiri, walau saya melihat seorang demi seorang ditipu mentah-mentah.

Saya boleh sahaja hidup berkumpulan bersama beberapa orang IM atau blogger, buat duit diam-diam dan saling sokong-menyokong antara kami sahaja. Namun kami tidak mahu begitu kerana kelak kami akan dipersoalkan di akhirat, mengapa kami tidak mendedahkan perkara-perkara yang merosakkan walaupun kami telah mengetahui dan melihatnya? Maka kami perlu menyampaikan walaupun kami tahu kami akan dikritik kembali.

Akhir kata, apa yang saya tulis, niat dan matlamat saya yang utama adalah untuk kepentingan semua orang. Saya mahu lihat Internet Marketing di Malaysia ini sentiasa berada di dalam keadaan stabil tanpa ada pihak yang mendominasinya secara rakus, dan saya juga tidak mahu melihat satu demi satu pemanipulasian berlaku oleh para IM yang gelojoh.

Hidup TANPA berpesan-pesanan di antara satu sama lain bukanlah cara hidup orang Islam.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

48 thoughts on “Mengapa Saya Menulis Begitu Dan Begini?

  1. (Salam) Zul,

    Seperti yang dikatakan Zul, orang yang lebih tahu akan ditanya-NYA terlebih dahulu dari orang yang tak tahu. Orang yang lebih tahu akan dihukum dahulu dari orang yang tak tahu.Jadi, beranilah berkata benar walaupun ianya pahit untuk diterima.

    Memang diakui agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya sendiri pun pernah kena ‘sound’ kerana sesetengah artikel yang saya ada yang menjurus kepada kritikan pedas.Ini kerana, pada pengetahuan saya yang sangat2 terhad, jika tak dibagitahu, akan lebih ‘menjadi-jadilah’ konsep/kaedah dan pattern produk yang tak mungkin berikan manfaat kepada pengguna untuk jangka masa panjang.

    walaupun saya kena sound, namun ada juga individu biasa dan IM yang menyokong tindakan saya secara diam-diam.

    Setiap kali saya ‘ushar’ kat blog orang lain, ada juga artikel yang rasanya macam ditargetkan pada saya seorang sahaja. Kaedah yang saya gunakan adalah muhasabah diri sendiri dan terima cara penulisan itu dengan hati yang terbuka. Bila terima dengan hati yang terbuka, maka lebih tenang dan lebih fokus…akan wujud pula rasa terima kasih kerana masih ada insan(blogger) tak kiralah yang feymes atau tak, kerana sudi menegur menerusi samada secara tersurat atau tersirat.

    Kenapa takut nak menegur/mengkritik? Sebab takut periuk nasi terjejas ke? Jika berpandangan demikian, maka hendaklah kita buang jauh-jauh, kerana (sebagai orang Islam) kita kena percaya rezeki itu datang dari-Nya. Manusia ni hanya asbab sahaja.

    Tegur menegur itu baik, tak kiralah secara terbuka atau tertutup.

    p/s: sejujurnya, kalo masih ada individu yang tak boleh terima konsep penulisan Zul yang dah lemah lembut ni, saya rasa peliklah sangat2 πŸ™‚

    1. Rizal, raya haji ni saya balik terengganu. Jom lepak makan kopok lekor 007 lagi nanti.

      Saya dah banyak kali kena maki-maki sebab review produk tertentu. Terutama pasal kes MIRSB dulu. Jadikan kritikan sebagai satu cabaran untuk terus menulis.

      Kita memang tak mampu puaskan hati semua orang. Tetapi sekurang kurang kita boleh sedarkan orang sebelum terhantuk.

    2. Terima kasih Rizal. Teruskan usaha murni saudara di komenebook.com dan juga panduan beli ebook tersebut.

      Itulah, penulisan saya yang lemah lembut pun sudah ada yang melenting, apatah lagi yang pedas-pedas. πŸ˜€

      1. Salam

        Bak kata pepatah… siapa makan cili dia rasa pedasnya! walaupun hakikatnya komen smartzul dengan penuh berhemah,lemah lembut dan tak di tujukan kpd individu tertentu..namun ia amat `terberkesan`sekali.. heheh.
        Teruskanlah segala usaha murni smartzul..

  2. Salam bro!

    Teruskan perjuangan yang belum selesai ini bro!..
    Support 100 5%..

    **Tunaikanlah haq kita kepada Nya
    Mudah-mudahan haq kita mudah untuk Nya.

  3. Salam en Zul,

    Bagi saya teguran itu umpama vitamin, mungkin rasanya pahit, kelat atau masam, tapi mampu menjadikan kita lebih ‘sihat’.

    Teruskan usaha murni en Zul untuk terus memberi teguran dan nasihat melalui blog SmartUsaha ni. Saya rasa majoriti pembaca blog ini memang dahagakan kata-kata nasihat yang boleh menjadikan kita lebih positif dan matang terutamanya mereka yang baru ingin bertatih-tatih dalam bisnes internet ni.

    Thanks en Zul.

  4. Sebagai seorang IM dan blogger yang berpengalaman dan berpengaruh, saya rasa memang bertepatan sekali jika Zul meluahkan pendapat, kritikan dan saranan membina terhadap industri online ini, yang mungkin orang lain tidak nampak.

  5. Salam Zul, Sihat? Lama dah tak bertanya khabar Zul πŸ™‚

    Takpe Zul, tak perlu takut untuk berikan nasihat..kadang2 apa yang Zul tulis dalam blog, terkena pada saya juga, ianya menjadi panduan buat saya untuk lebih berhati-hati lepas ni..insyaAllah, perubahan akan dilakukan tahun hadapan selepas puas timba pengalaman pada tahun ni :p

    1. Salam Mazlie. Saya sihat. Ok saja. Kalau ada apa-apa, just email me. πŸ˜€

      Yup. Seperti yang saya katakan, kadang-kadang saya juga terkena dengan tulisan di blog lain. Kita kena terima kebenaran walaupun ia pahit.

  6. Salam.
    Bagi blogger yang belum lagi terjun ke dalam IM seperti saya ini memang memerlukan artikel-artikel 2 terakhir yang SmartZul katakan itu sebab sebelum memasuki sesuatu kumpulan (IM maksud saya)adalah perlu bagi saya mengetahui latar belakang kumpulan itu. Ianya kerana ‘seekor kuda jika dimasukkan ke dalam sesuatu kandang itu, ia akan memilih kuda-kuda yang berperangai sama dengannya’. Kawan-kawan pilihan kita adalah nilai diri kita sebenarnya. Jadi bila melihat segelintir IM ‘sebegitu’ perangainya, saya jadi ragu-ragu. Sekurang-kurangnya dengan teguran salah seorang IM senndiri, kami blogger biasa dapat membuat kesimpulan, “Oh, ‘mereka’ itu hanyalah ‘nila’ yang setitik.”
    Memang merimaskan mereka ini, mereka terus-terusan mempromosikan produk melalui email sedangkan kita pernah terkena dengan mereka, takpelah, mereka tak perasan dan terlepas pandang agaknya. Sama-samalah kita doakan supaya mereka ini mendapat petunjuk.

    Ingatlah;
    ?? ?????? ?????? ?? ???? ????? ?? ??????? ??? ???????
    Maksudnya: Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur dan amanah dalam perkataan dan amalannya akan dibangkitkan di kalangan para nabi pada hari kiamat.
    (Lebih kurang begitulah maksud hadith)

    ‘Para nabi’….. tinggi darjat tu….. beratlah tanggung jawabnya.

    Mohon maaf dan wallahua’lam.

  7. A’kom Zul, nice entri aneway :). Bagi saya, kita memang kena berani dalam memperbetulkan culture yang tidak elok dalam perniagaan internet ni. Janganlah disebabkan seseorang ada telah mempunyai nama besar dalm dunia IM membuatkan dia bermaharajalela untuk menipu masyarakat dengan membuat produk SAMPAH! Kenapa perlu takut untuk sound orang-orang yang seperi ini??? Takut nama kita terjejas atau takut kita tidak dapat JV dengan mereka satu hari kelak? Atau takut yang mereka akan pulau kita??? Bagi saya, perkataan ‘takut’ itu sendiri dah membuatkan kita kalah sebelum berjuang. Nothing to lose kalau kita membetulkan yang salah even orang itu di anggap sebagai OTAI. Maaf jika bahasa saya terkasar. Thanks.

    1. Wassalam.

      Komen yang bagus Boy. Tak ada yang kasar tu. Terkadang, kita kena ‘kasar’ juga. Lembut-lembutkan, tak makan saman pulak.

      Memang kita perlu berani. Soal takut apa semua itu, bukan mereka yang berikan kita rezeki. Bahkan rezeki mereka pun Allah yang tentukan.

  8. salam ukhwah… πŸ™‚

    menarik tajuk kali ini..

    “walaupun nabi merupakan insan ma’sum,baginda tidak pernah berakhlak buruk bahkan baginda sendiri sentiasa beribadah,bersyukur atas apa yang di berikan Allah s.w.t ke atasNya”

    mugkin ayat di atas adalah renugan terbaik untuk menyedarkan diri kita terlebih dahulu.

    teguran atau kritikan?
    kedua-duanya berbeza tetapi membawa maksud yang sama.bila sesuatu teguran atau kritikan itu dengan cara baik atau sebaliknya,ia tetap penting buat sesiapa sahaja yang di tujukan.bila kita tidak dapat menerima kritikan atau teguran dari mana-mana pihak,ini bermakna kita bersedia untuk menerima kegagalan,kejatuhan kita pada masa akan datang.

    beberapa tips yang saya sendiri gunakan untuk menerima kritikan dan teguran dari mana-mana pihak dan ianya memang berkesan

    1-bila menerima kritikan ucap “maha suci Allah” ianya akan membuatkan kita menghargai diri kita dan bersyukur keran tuhan masi memberi peluang untuk kita memperbaiki kesalahan,kesilapan, DLL.

    2-Banyakkan muhasabah diri kerana ia akan membantu kita mengenal diri kita sendiri.

    3-satu masa nanti saya akan kongsikan pelbagai tips untuk kepentingan semua dukan sahaja untuk perniagaan kita malah kehidupan seharian.

    belajar untuk menerima kritikan samada ianya disampaikan dengan cara baik atau sebaliknya,kerana ia akan membantu kita mencipta kejayaan kepada kita dan bukan orang lain.

    syukran jazilan… πŸ™‚

      1. sama2…tips tu sebenarnya saya dapat daripada pertemuan dengan seorang ulama yang tidak di kenali.ianya sagat memberi perubahan besar dalam diri dan persekitaran saya..terima kasih juga keran blog ni benyak memberi petunjuk kepada diri yang serba kekurangan. Thanks Zul

  9. Bagi saya tiada masalah jika kita hendak menulis entri sebegitu dan penulisan saudara Zul tidaklah seperti “menyerang” mana-mana pihak.

    Tetapi kita saling memperbetulkan diri antara satu sama lain. Bukannya syok sendiri. Betul tak bro Zul?

  10. Ustaz saya pernah tanya saya bagaimana kita rajinkan diri untuk solat?.

    Dipendekkan cerita dia bagitau… untuk gerakkan diri kita bersolat adalah dengan mengajak kawan-kawan kita pergi solat bersama-sama.

    Menulis bukan sahaja mampu mengajak rakan-rakan untuk melihat sesuatu pada perspektif yang lebih positif malah yang penting untuk menanam kesedaran dan perubahan ke atas diri sendiri.

  11. cantik entry saudara zul.meletakkan diri ditengah2 satu2 isu dan cuba mengusulkan penyelesaian.pernah saya terbaca konsep 3g 1T(rasa kalian dah penah dengar kot) give give give and take..teruskan memberi dan insyaAllah ada bahagian kita.kita ni dah macam keluarga dah.dalm bidang yg sama,komuniti yg saya tmpat cari periuk nasi pun sama.jadi teruskan menegur benda yg salah dan letakkan stigma ‘ berdosanya kalau tidak menegur’ dalam kepala..dalam islam tiada istilah jgn jaga tepi kain orang.jom kita pikir positif dan aim the sky..only the sky πŸ™‚

  12. Salam Zul,

    Memang tidak dinafikan kaedah yang digunakan Zul amat berhemah dan memberi manfaat kepada semua.

    Gunakanlah segala nasihat, sokongan mahupun kritikan sahabat – sahabat yanag menulis komen di atas ini untuk memperbaiki diri Zul dan orang yang besedia berubah ke arah yang lebih baik.

    Jangan lupa juga strategi yang ampuh kerana kebaikan tanpa perancangan boleh dikalahkan oleh kejahatan yang terancang (Saidina Ali). Salah satu strategi yang dicadangkan (dan sememangnya Saudara Zul telah pun aplikasikan) ialah berundur setapak dua setelah kita terlalu kehadapan untuk memberi ruang kepada penambahbaikan dan melangkah semula dengan langkah yang lebih besar bila peluang yang baik tiba.

    Zul sangat memberi inspirasi kepada kebanyakkan orang termasuk saya.

    TERIMA KASIH ZUL.

    1. “kebaikan tanpa perancangan boleh dikalahkan oleh kejahatan yang terancang”.

      Saya suka kata-kata di atas. Pernah membacanya, tapi diingatkan kembali oleh saudara. Terima kasih.

  13. Salam abg zul,

    Terima kasih utk artikel ini.

    Saya sependapat dengan anda. Sbgi seorang blogger, kita ada hak untuk menulis at the same time, kita berkongsi perkara yang benar dan hak.

    Setuju juga dengan pndgn anda mengenai “..Untuk menegur orang lain, tidak semestinya kita perlu betul dalam semua perkara..” kerana kita manusia, bukan maksum seperti Rasulullah s.a.w.

    Smoga anda terus menerus berkhidmt utk masyarakat serba celik IT ni~

    Tq again.. πŸ˜€

  14. Kalau nak keluarkan nama-nama mereka yang “menindas” orang lain di Malaysia ini, dah lama dah aku boleh keluarkan. Yang penipu, yang suka kelentong… semua ada dalam tangan.

    Tapi aku sedar yang itu bukanlah cara terbaik. Cuma berbalik pada apa yang ko cakap ni Zul, memang betul dan aku setuju.

    Gaya penyampaian ko yang lembut pun orang dah takleh terima, apalagi kalau gaya penyampaian aku yang brutal itu. Lagilah takleh terima`kan?

    Oh ya… di sini aku nak share sket. Aku tersinggung dengan ayat dari seorang IM yang menggunakan ayat “disogokkan buat duit melalui blog”.

    Tapi apa aku/kau/kita boleh buat? Cuma sebagai seorang blogger, aku cukup pelik kenapa perlu menggunakan ayat itu sebab itulah yang menjadi periuk nasi aku…. huhuhuhu

    1. Ijad, dia tu tak pernah merasa duit dari blog lagi kot. Hehe.. Dia tak tahu, full time blogger macam kau bagi duit belanja kat mak ayah, adik beradik, hidup “senang”, happy, banyak masa, tidur bangun sesuka hati, boleh ke sana ke mari tanpa sesiapa yang boleh halang… Kalau nak sebut kerjaya full time sebagai blogger atau IM, banyak lagilah keistimewaannya. Tapi bukan cara kita perlu angkat bakul sendiri atau dedah itu ini.

      Apa dia ingat blogging ni hanya untuk duit? Dia silapppp… πŸ˜€

  15. Imam Said bin Jubair berkata:

    β€œJika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

    Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah:

    β€œDan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

    1. Terima kasih ustaz. Tiada manusia yang akan sempurna.

      Hidup kita ini selain makan, kerja dan minum, kita juga perlu (wajib sebenarnya):

      1. Menuntut ilmu (terutama Agama).
      2. Mengamalkan ilmu itu.
      3. Mendakwahkan ilmu itu.
      4. Sabar dalam melakukan ketiga-tiga perkara di atas.

  16. wah! Panjang artikel Zul..

    anyway, saya seronok membacanya. Best! Ada beberapa perkara yang saya pelajari dari artikel Zul, salah satu tanggungjawab berkongsi ilmu.

    Itu yang membuatkan saya berfikir. Namun, jika dipandang dari sudut yang lain, kita sebenarnya bertuah sebab dari sebuah blog, kita boleh jadikan blog tu sebagai medan menabur bakti, ladang mencari pahala, mencurah ilmu kemudian membentuk membina komuniti yang saling bantu membantu antara satu sama lain..

    mungkin bila kita sudah tiada di dunia ni nanti, ilmu yang kita ajarkan boleh menjadi ‘backup’ di akhirat nanti, selain amal jariah dan doa anak-anak soleh.

    -ShueQry-

  17. Sebelum nak msuk tidur, sempat jugak saya baca artikel ini. Saya setuju dengan apa yang disampaikan saudara Zul. Seimbang dalam memberi kritikan. Tiada ‘bias’ serta bersikap adil. Kita seharusnya bijak dalam menerima kritikan serta emosi kita pada tahap terkawal semasa menerima kritikan. Tak salah mengkritik, namun tak ramai yang boleh memberi cadangan penambahbaikan susulan daripada kritikan yang diberikan. Oleh itu…. eloklah saya masuk tidur dulu agar emosi tidak terganggu esok hari…..hehehe

  18. “Untuk menegur orang lain, tidak semestinya kita perlu betul dalam semua perkara. Jika apa yang kita nasihatkan itu bermanfaat untuk orang lain, maka ia tidak salah”

    Zul, mmg tepat skali frasa ayat nie. Kite perlu mendengar ape nasihat yg diberi, bukan hanya melihat siapa yg memberi..tp budaye kite lebih kpd tgkla siapa die..kalau ntah siape2..jgn berani nk tgur org yg lebih ‘otai’..kononnyer diela serba sempurna dan lebih tahu..

    ps:maaf kalau terkasa bahas yer Zul..

  19. Sebagai ‘pembeli’ kita kena harus pandai menilai. Jangan begitu mudah memindahkan duit dari akaun bank HANYA kerana ia adalah produk dari golongan yang di panggil OTAI.Tanpa mengira produk itu sesuai untuk kita atau tidak..mungkin produk itu sesuai untuk yang di tahap..pertengahan atau pro..tak sesuai untuk newbie.

  20. Kita semua ada dan akan senantiasa melakukan kesilapan. Namun pesanan, nasihat, teguranlah yang akan membantu kita semua memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti diri.

    Orang yang sentiasa terbuka untuk menerima nasihat dan teguran orang lain, insyaAllah akan menjadi orang – orang yang terus berjaya…

    manakala orang yang tidak dapat menerima dan tidak mahu menerima teguran / nasihat orang lain, akan hanyut dilambung ombak…

    Yang mana baik, kita ambil dan jadikan teladan… yang buruk kita buang jauh – jauh.. jadikan sempadan pun jangan…

    Terima kasih Zul kerana sentiasa menyumbangkan informasi – informasi berkualiti dan bermotivasi.

    Sama – sama lah kita berubah dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik..

  21. Ya betul pembeli harus pandai menilai produk yang dikeluarkan, tak kira dari otai-otai atau orang yang baru. Terkadang saya tgk produk yang dikeluarkan, tak menulis samaada ia sesuai untuk newbie, org pertghan atau lbh advance.

    Dulu, saya pernah membeli produk yang mahal harganya dari IM terkenal (nama dirahsiakan) dan saya rasa produk itu tak sesuai untuk org yang baru macam saya. Kalau saya tahu camtu tak ade lah saya nak beli. Baik saya beli pakej kit blogger lagi bagus. Produk berkualiti duit pun tak rugi. Terima-kasih zul hasilkan produk berkualiti.

  22. Salam semua,

    Yang penting, kita perlu bersikap terbuka. Keikhlasan itu perlu dinilai dan dihargai. Saya tak kisah walau terkena batang hidung sendiri. Baguslah jika ada orang tegur untuk memajukan diri.
    Dan saya ingatkan agar kita semua jika hendak tegur itu perlu berhikmah sebab setiap dari kita ada kelemahan tersendiri samada boleh di perbaiki atau memerlukan masa yang agak panjang. πŸ™‚

    p/s: Tuan Zul, saya ntah camner boleh mimpi berjumpa dan berbual dengan anda malam tadi.. kihkihkih.. πŸ™‚

  23. pendapat yang bernas dari saudara smartzul. luahan dan artikel saudara mmg saya tak pernah lepas untuk di baca, bernas sekali dan penuh dengan kejujuran & ilmu. jgn lepaskan peluang anda update dari hasil tulisan bro smartzul.

    blogging for fun, people & information
    syedakmal
    wwwsyedakmalcom

  24. ehm..sejak 1-2 tahun dan kebelakangan nih. Dah macam-macam jadi. Ada yang langsung tak boleh tegur. Ada yang fikir dia betul aje. Ada yang langsung tak nak terima pendapat orang lain. Ada yang macam-macam. Memang susah nak penuhi permintaan setiap orang. Begitu juga kita. Kita dah rasa apa yang kita buat tu betul. tapi ada orang kata apa yg kita buat tu salah. Kita rasa orang lain wat benda tak betul. tapi dia rasa memang betul cara dia. Jadi, susah sket bila dah jadi lagu tu.

    Ramai yang terpaksa berdiam diri sebab malas nak memburukkan hati orang lain. Lebih-lebih lagi kekadang orang tu kawan rapat kit atau IM yang disegani. Aku sendiri dah tangkap ramai IM kita yang buat benda yang kurang sesuai nak aku katakan kat sini. Ramai. tapi biarlah. Kita tegur melalui penulisan kita aje dengan harapan ada yang memahami.

    Bagi aku, setiap orang ada caranya. Cuma mungkin ada antara mereka yang tak nampak ataupun tak tahu. Bila depa “tak tahu” macam-macamlah pendapat dan hujah yang keluar..

    Bab2 jerung ni. banyak aje jerung baru yang bijak bermain dengan anak-anak ikan nih. Bukan tak pernah tegur, tapi nak buat macam mana. Jerung2 ni bijak berkata-kata. Siap ada pasukan jerung simpanan nak back up lagi tu. Kita ni pula lone ranger aje. Tegur, kene hentam. Tak tegur rasa cam bersalah plak. Itu belum lagi yang suka kutuk belakang-belakang.

    Dan aku akui, tak semua orang sempurna. Kita buat apa yang kita mampu. Yang lain, kita benci dalam diam dan berserah padaNya. Mungkin terbuka hatinya satu hari nanti.

    Ps: Cuba fikir, berapa ramai sangat yang survive dengan dunia buat duit kat internet nih? Dari 4-5 tahun dulu? berapa orang? dan yang ada sekarang ni, 10 tahun akan datang, rasanya, berapakah kemungkinan yang masih survive?

  25. terima kasih zul atas keprihatinan saudara untuk membantu mereka-mereka yang baru dalam industri IM ni.

    saya tak nafikan, mmg ada sesetengah IM yg bersikap begitu pentingkan diri sendiri. Ingatlah bahawa, kejayaan anda sekarang memerlukan sokongan dari semua pihak.

    “tiada pelanggan,maka tiada pendapatan”

    sbb itu omputeh selalu tekankan mengenai customer service & pelanggan adalah raja. Kalau kita hanya bersikap mahu untung sahaja tanpa memikirkan orang lain, kejayaan itu tidak akan kekal.

    terima kasih, sekadar ingat-mengingati. Ikutlah seruan Nabi.

  26. terima kasih zul atas keprihatinan saudara.

    saya sngt setuju,memang benar adakalanya kita perlu menegur untuk saling mengingat antara satu sama lain. Bro,kawan, sahabat, semua, kita kan orang islam. Cuba terima terguran dengan berlapang dada.Bukan untuk keburukan, tetapi kebaikan bersama.

    “turunkan sedikit ego tuan-tuan”

    kepada saudara zul, tahniah kerana berani membuat teguran. πŸ™‚

    “mata pena lebih tajam dari mata pedang”

    apa maksud pernyataan ini?fikir-fikirkan.

  27. assalamualaikum…

    post yang menarik…
    sy amat tertarik dengan bahagian
    Perlu Betulkan Diri Dahulu Sebelum Menegur?
    saya cukup setuju.
    mungkin mereka lupa…
    Al Quran bukan turun macam e-book,
    Islam bukan datang dalam pakej lengkap,
    Lahirnya Nabi Muhammad bukan sebagai seorang muslim.
    Turunnya wahyu terakhir dan lengkapnya Islampun
    tak berapa lama sebelum Baginda wafat.
    kalau perlu betulkan diri dulu,
    lengkapkan agama dulu,
    teguhkan iman dulu,
    nescaya Baginda tak akan berdakwah sepanjang tempoh
    sebelum turunnya wahyu terakhir.
    mungkin ada yang kata ” Itu nabi..awak tu siapa?”
    Soal diri anda sendiri. Sebagai muslim, siapa kita patut ikut?
    lagipun nabi pernah berpesan dalam sabdanya
    “sampaikan dariku walau satu ayat”
    Mungkin banyak yang tersirat disitu yang belum kita singkap
    X kisah apa pendapat anda tapi saya percaya, dari satu perspektif,
    Baginda berpesan supaya kita saling menegur, menyampaikan dan
    mengingatkan sesama kita. Tiada ditekankanpun disini soal betul
    dulu baru pesan.

    hanya satu pendapat.
    fikir-fikirkanlah…….

  28. Sebab tu Zul, antara kekhuatiran saya adalah menghasilkan produk tetapi tidak mampu memberikan komitmen online kerana terbeban dengan komitmen offline.

    Antara sebab saya tidak pernah untuk develop satu produk berbayar adalah kerana saya khuatir tidak dapat memberikan full support kepada pembeli.

    Tapi hasrat di hati tetap saya simpan untuk hasilkan satu produk yang baru dalam nichenya dan semestinya bermutu. Insya ALLAH.

  29. Bagi saya, ianya mudah dan ringkas, berani kerana benar, takut kerana salah. Bak kata, salah satu komentar di atas, siapa makan cili dialah yang rasanya pedasnya. Teruskan penulisan Smartzul πŸ™‚

  30. Anggapkan ini satu komuniti kekeluargaan. Si Abang wajar untuk menegur si adik. Si Ibu boleh tegur si bapa. Barulah teguran tersebut boleh diambil iktibar, bukan sebagai pencetus kepada dendam.

    Yang terbaiknya, untuk menjaga entiti kekeluargaan ini tegurlah dengan menghantar personal massage dahulu. Ikut saluran yang betul.

    Sekadar pendapat si budak kecil yang baru belajar merangkak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *