Cara hasilkan blog yang memudahkan masa depan anda

Setelah saya telusuri kembali tulisan-tulisan saya pada peringkat awal blog ini diwujudkan, satu kesimpulan yang saya boleh buat adalah, kebanyakan penulisan saya tiada perancangan. Sebahagiannya lebih kepada “spontan” ataupun artikel ditulis apabila ada idea dan mahu menulis. Tiada perancangan!

Ia adalah satu pelajaran penting bagi saya. Saya tidak menyalahkan diri sendiri kerana pada ketika dahulu, tiada mentor. Tiada buku. Tiada rujukan yang boleh diikuti. Segalanya “diredah” sahaja.

Jadi untuk anda yang baru ingin mewujudkan blog sendiri, sebelum anda mula membina blog, lakukan perancangan terutama pengisian yang akan dilakukan. Ia termasuklah kategori penulisan, kekerapan update dalam sehari/seminggu/sebulan dan kemudian perkara penting juga adalah cara penulisan. Sebaik-baik cara penulisan adalah dalam bahasa yang mudah difahami dan dieja dengan baik. Ingat, tulisan anda pada hari ini akan dibaca pada 5 tahun akan datang! Jika anda tidak tulis dengan baik, ia satu perkara yang merugikan.

buat-blog

Jenis-jenis tulisan untuk blog

Post (tulisan) ada banyak jenis, antaranya:

  • Yang telah dan sedang berlaku. Kejadian. Aktiviti perniagaan. Cerita mengenai diri kita dan orang lain. Apa yang terjadi. Jenis ini akan menjadi sejarah dan tidak berguna lagi pada hari esok dan masa depan.
  • Ilmu. Ada ilmu yang akan terus evergreen dan ada ilmu yang akan jadi lapuk.
  • Tulisan teknikal. Tulisan jenis ini juga cepat berubah. Contohnya tutorial blog WordPress akan mula jadi lapuk apabila versi-versi baru sistem WordPress keluar.

Walau apa pun jenis tulisan yang kita hasilkan, tulislah dengan baik dan penuh perancangan. Bukan sekadar melepas batuk di tangga dan bukan apabila datang keinginan untuk menulis sahaja. Niatkan setiap patah perkataan yang kita tulis sebagai ikhlas untuk mengubah hidup orang lain, walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Jadi tulislah baik-baik.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Cara hasilkan blog yang memudahkan masa depan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *