Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tugas Seorang Internet Marketer…

Internet Marketer akan tetap melaksanakan kerja dan tugasnya, iaitu mempromosikan apa jua produk berkaitan. Ini tidak boleh dihalang kerana sudah nama mereka “marketer”.

Jika semalam mereka mengatakan “cara A” bagus, hari ini mereka akan memberitahu “produk B” juga bagus. Kemudian esok, mereka akan menyarankan produk C, D, E dan begitulah seterusnya…

Kita tidak boleh memarahi mereka, membenci mereka atau sikap emosi seumpamanya. Ia hanya sia-sia. Seeloknya, kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana tanpa perlu mencari, mereka telah berusaha menyampaikan informasi kepada kita terus ke kotak emel. Mereka berikan kita pilihan, dan bukan memaksa.

Itulah tugas mereka…. Tetapi, apa pula tanggungjawab kita?

Peranan kita adalah kita ada kuasa untuk membuat keputusan, iaitu keputusan untuk membeli ataupun tidak. Tanggungjawab kita adalah perlu menilai produk itu sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan membeli. Sehebat mana ayat-ayat yang IM itu gunakan, ia tidak mampu mempengaruhi kuasa kewarasan kita dalam menilai. Nilailah dengan penuh kesedaran. Kita ada pilihan.

Dan kita juga ada pilihan di mana jika kita tidak mahu lagi menerima emel daripada mereka, kita boleh “unsubscribe”, tanpa perlu memaki hamun atau marah-marah yang hanya membazir tenaga dan meletihkan minda sahaja.

Segala keputusan yang kita lakukan, ia adalah 100% tanggungjawab kita. Gagal ataupun berjaya, ia adalah 100% bergantung kepada usaha kita. Sehebat mana produk ataupun ‘guru’ itu, kalau kita hanya mahu menunggu bulan jatuh ke riba, kita tidak akan meraih apa-apa hasil.

Pepatah mengatakan, “when the student is ready, the teacher will appear”.

Di samping menjual produk informasi seperti ebook, saya banyak juga menulis secara percuma di beberapa blog dan juga di Facebook. Sebagai usahawan + internet marketer, saya juga sedar bahawa kami mempunyai peranan besar terhadap sosial, bangsa dan juga agama. Cuma tidak perlulah ia diungkit-ungkit. Yang penting adalah perlaksaan, dan yang menilai biarlah hanya Tuhan.

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • Kesan negatif perniagaan runcit
  • tugasan asas keusahawanan
  • contoh tugasan asas keusahawanan
  • tugasan usahawan smart
  • kesan negatif dalam perniagaan runcit
  • format tugasan keusahawanan
  • kesan negetivi trehadap perniagaan runcit
  • tugas seorang marketing
  • tugasaasas keusahawanan
  • contoh surat usahawan

2 Responses to “Tugas Seorang Internet Marketer…”

  1. Salam zul,

    Boleh saya tanya macam mana zul buatkan tulisan dengan kotak berwarna merah di atas tu?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)