Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Trademark Diri Anda Melalui Nama Domain

27 07 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar pembaca sekalian? Semoga sihat dan ceria di hari ini.

Trademark yang saya maksudkan di sini adalah sesuatu cara, perkataan, warna atau apa sahaja yang membuatkan orang mudah teringatkan kita. Ia bukan mengenai pendaftaran Trademark yer. ;)

Jika anda mengenali John Delavera, anda pasti perasan dua perkara:

1. Warna eCover kebanyakan Ebook dia

2. Nama domain

Apa yang saya perhatikan, John Delavera banyak menggunakan warna kuning dan kadang-kadang biru untuk eCover Ebook, produk atau web beliau. Manakala domain name dan juga kebanyakan projek/produk pula menggunakan perkataan Turbo.

Mengapa Begitu?

Mungkin anda sudah tahu mengenai USP dan salah satunya melalui warna. Dr. Irfan warna merah, SaifulSham warna oren, Osman Affan warna biru dan SmartUsaha? Hoho, tunggu. SmartUsaha dalam proses re-branding sekarang. ;)

Itu branding melalui warna, semua orang dah tahu. Tapi ramai yang kurang tahu pembinaan USP atau jenama melalui nama domain. Salah satu caranya adalah seperti yang John gunakan iaitu menggunakan perkataan Turbo bagi mana-mana nama domain produk beliau. Antaranya:

http://www.turboreferer.com

http://www.turbohelpdesk.com

http://www.turbomembership.com

http://www.turbohq.com

Ok, cukup, tak pasal-pasal promote free jer produk dia. :D

Kesimpulan di sini adalah, kalau orang membaca atau melihat perkataan Turbo, biasanya secara automatik akan teringatkan John Delavera. Atau apabila terlihat nama domain yang ada perkataan Turbo, secara automatik mereka akan tahu itu adalah milik John. Itulah tujuannya, sama seperti penggunaan warna. Lihat merah, KFC. Lihat hijau, Petronas. Lihat biru, BN. ;)

Sebenarnya, selain tujuan trademark, cara sebegini juga memudahkan kita untuk membeli domain name sebab kita hanya perlu tambah ‘perkataan trademark’ kita sahaja. Katakan perkataan trademark saya adalah ali. Maka ini domain name saya (contoh): alicorner.com, aliebooks.com, nasilemakali.com, alisoftwares.com… Tak perlulah saya berebut-rebut membeli nama domain seperti biasa.

Dengan itu, apa kata anda fikirkan apakah perkataan trademark yang mahu anda gunakan untuk perniagaan Internet anda selain menggunakan warna.

Sekian dahulu untuk kali ini.

TERKINI:

Tahniah kerana membaca sehingga ke garisan ini. Pastikan anda datang kembali ke blog ini pada pukul 02.07 petang ini. Ada sesuatu yang anda tidak sama-sekali menjangkakan akan berlaku. Jualan Hebat? Tawaran Istimewa? Mega Sale? Tidak. Si dia? Juga tidak… Datang sajalah yer.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Tip Penting Penulisan Ebook: Perkataan Trademark
  • HOT! Harga Domain .Com Murah sehingga 15 Sept 06
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Awas: Adakah Anda Mangsa Kepada “XYZ.com”?
  • BATAL!! Tak Jadi!!
  • SEO Secara Mudah
  • Di Sebalik Nama Perniagaan…
  • SmartUsaha.Com kena HAcK (2) : Siasatan
  • Fakta ‘Tersembunyi’ Mengenai Iklan Banner
  • Membina Perniagaan Internet : Hari 2 - Siri 1

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by naem
    2007-07-27 07:56:53

    :mrgreen: mujur 2.07 petang..kang solat jumaat dok ingat apa la yang abg zul nak bagi ni…

     
    Comment by smartzul
    2007-07-27 08:09:30

    2.07 tu biasanya dah siap solat kan?

    Ala, masa tu cuma up projek ni jer. Tak ada masa dan tarikh tutup. Jgn risau. Solatlah dgn khusyuk yer. :)

     
    Comment by zool
    2007-07-27 09:42:45

    Hm.. betul tu tentang warna nie sebagai contoh macam parti politik…
    sampaikan warna _____ tak boleh dipandang oleh parti yang satu…
    He he he..
    Apahal pun memang warna memberikan salah satu branding kepada individu/ organisasi.. Cam pasukan Belanda yang menggunakan oren sebagai warna rasmi.. Eh melalut kan saya nie..

     
    Comment by hanrz
    2007-07-27 09:54:37

    slmt pagi zul,

    warna adalah penting seperti zul terangkan… tp logo, header banner, pesembahan web juga penting dalam bisnes…nama domain juga main peranan…

    blog baru ke akan keluar 2.07 hari ni zul?

    han

     
    Comment by smartzul
    2007-07-27 11:05:35

    Bukan blog baru, bukan si dia…

    Tapi gelombang. :)

     
    Comment by sham
    2007-07-27 11:23:45

    La..Jangan pelik plak pukul 2.07..Semuakan boleh auto kat wordpress..set je masa.. :roll:

     
    Comment by naim
    2007-07-27 11:40:06

    ha ah..hehehe..saja gegimik nak kaco abg zul..ops..abg zul, kat forum abg zul tu ada ceritakan tak tentang macammana nak masukkan emoticon kat blog..
    secara manual saya tau..tapii macam kat komen ni..cantik dan berguna..

    ps: saya terlupa la link ke forum tu..dah lama tak menjenguk

     
    Comment by smartzul
    2007-07-27 11:59:46

    Ermm, saya guna plugin Comvatar namanya. Tapi nak setting tu teknikal sikit. Kalau nak mudah, guna MyBloglog Avatar plugin, gambar keluar automatik. Boleh search kat Google, saya lupa link dia.

    Sham, memang dah set masa pun. :)

     
    Comment by Raymond
    2007-07-27 12:00:29

    Trademark! Sesuatu yang perlu saya pelajari.
    Terima kasih atas maklumat tersebut.

    Kenape berahsia-rahsia. Aku akan kembali petang ini nanti.

    Sehubungan dengan itu, blog saya pun ada surprise pada pukul 4 petang ini dan esok (masa yang sama) :razz:

    Maaf ya Zul. Bukan nak rebut traffik. Kan masa tak sama :razz:
    Harap jangan marah. Nanti cepat tua.

    Kalau ada sesuatu yang dapat memanfaatkan semua, kongsikan aje lah, kan. Nanti orang kata aku ni jaga orang Amerika je tak jaga orang Malaysia. Susah juga aku. :wink:

    Selamat maju jaya! (macam dalam peperiksaan pulak)
    -Raymond

     
    Comment by Fai
    2007-07-27 12:04:15

    Wah zul.. tak sabar nak tau ni.. Gelombang Pertama mesti pnuh dgn kejutan.. :)

    Anyway zul.. tgh mlm ni pun saya nak buat kjutan.. tp kejutan yg membawa kpd 1 berita baik dan 1 berita buruk..

    PS: Zul, emel asyik kena tendangan padu maut(mailer failure) balik je.. ke saya salah taip.. huhu.. :)

     
    Comment by smartzul
    2007-07-27 12:11:43

    Fai, padu maut? Hmm, emel mana tu ye? yahoo atau gmail? Try guna emel gmail saya. Ada kan?

    Raymond, no problem. You share, I share. :) Setiap orang ada suprise & kelebihan masing2.

     
    Comment by nor
    2007-07-27 18:29:10

    Mak cakap, nak jahit baju, jual kuih kena ada jenama baru sonang.
    :cool: Cantik baju. Sapa jahit baju? :razz: Mak Nor.
    :smile: Nak p mana? :razz: Umah Mak Nor. :smile: Watpe? :razz: Nak tempah baju.
    :roll: Nak jahit bajulah. Kat mana bagus jahit baju? :razz: Mak Nor. Hehe.

    Nampak senang dah ada jenama.

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 11:45:18

    wahahahaa… semuanya nak kena trademark? nak buat trademark apa dengan abdfatah? kalo zul dah tentunya semuanya produk dengan jenama smart dan smart dan smart semuanya…

    smartecommerce namanya… hihiiii

     
     
    Comment by Sani Rahman
    2008-01-09 17:00:07

    good info Zul.. thanks.

     
    Comment by emet
    2008-01-09 18:15:56

    TM aku “panjangakal” rasanye ok x? :lol:

    Colour aku suke Hitam, n Biru :mrgreen:

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: