Bagaimana Menghadapi Perubahan Trend Marketing?

Dunia sekarang, di mana-mana sahaja Facebook. Kalau tidak Facebook, maka Twitter.

Ini semua dipanggil sebagai Trend dunia pemasaran Online. Setiap fasa zaman, pasti ada yang baru dan menguasai. Yang lain pula jatuh.

Dahulu zaman telefon. Bergayut bagai nak rak di pondok telefon, berbaris-baris berebut.

Kemudian zaman handphone, diikuti dengan zaman SMS dan MMS.

Kini zaman broadband + Facebook….

Inilah trend (perubahan) dunia teknologi komunikasi manusia.

Soalnya sekarang, bagaimana kita boleh menghadapi perkara-perkara baru ini dan yang akan datang?

Hakikatnya, semua itu hanyalah ALAT. Biar saya berikan analogi. Jika sebelum ini kita pandai menunggang motosikal, kemudian kita pun beli sebuah kereta. Sudah pasti kita tidak pandai dan kurang yakin untuk memandu kereta. Namun, dari segi undang-undang jalan raya, ia sama sahaja untuk semua kenderaan.

Maksudnya di sini, jika sebelum ini kita gunakan blog sebagai kaedah marketing, sebahagian besar kaedah terutama cara penulisan di blog adalah sama sahaja cara menulis di Facebook, Twitter, forum online dan sebagainya.

Penulisan yang terbaik adalah penulisan yang tidak menyakitkan hati orang lain, penulisan yang tidak merendah-rendahkan orang lain dan penulisan yang penuh dengan ilmu dan maklumat.

Kesimpulan: Kuasai kemahiran penulisan persuasif iaitu penulisan yang boleh membuatkan orang suka kepada kita, mereka rasa selesa dan rugi jika terlepas membaca tulisan-tulisan kita.

Tidak kira Facebook, Twitter, blog, forum dan sebagainya, sama ada kita sedar atau tidak, semuanya memerlukan asas yang sama, iaitu PENULISAN atau cara kita berkomunikasi.

Yang berubah hanyalah alat, tetapi hati dan perasaan manusia akan tetap sama sampai bila-bila.

Tip: Gunakan Google.com dan cari “persuasive writing” atau “persuasive copywriting”.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Bagaimana Menghadapi Perubahan Trend Marketing?

  1. Wah! Komunikasi Persuasif. Tok Guru Syahrul Nizam akan dedahkan perkara ini di Kuching 19 Februari nanti. Terima kasih Zul atas perkongsian ini. Walaupun simpel ia sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *