Trafik ke Blog SmartUsaha.Com semakin tinggi!

Alhamdulillah, usaha saya selama ini dah nampak hasil. Kalau anda lihat hits di sebelah kanan/sidebar, hits laman blog saya ini sejak 21 Feb sentiasa bertambah. Ingat, hits itu bermaksud kalau blog ini di-reload atau dimasuki oleh orang yang sama, bilangan tetap bertambah. Jadi, ia bukan unik hits.. Tapi kat sebelah side ni pun saya ada letak bilangan hits unik. Walau apapun, yang pasti setiap hari pasti jer bertambah hits blog ini. Macam mana orang boleh jumpa blog ni? Nanti saya akan ceriatakan..

Tujuan saya menyatakan hal ini bukan untuk mengatakan ramainya yg nak tahu apa yg saya tulis atau famousnya blog saya ini. Tidak sesekali.. Apa yg saya nak sampaikan di sini adalah, rakyat Malaysia semakin hari semakin sedar akan potensi internet!!

Tak percaya? Percayalah.. Kelak, akan begitu ramai orang yang akan melakukan perniagaan di internet. Era untuk hanya ber-chatting atau borak2 kosong mungkin akan menjadi tujuan kedua pengguna internet! Lihatlah, setiap hari, akan wujud dan lahirnya usahawan internet.

Jadi, anda mulalah sekarang untuk menjadi pendahulu di dalam bidang perniagaan internet ini. Jadilah perintis. Kerana biasanya, yg menjadi perintis dan pendahulu inilah yang akan dirujuk kelak.. Ehem, saya pun nak begitu juga. Selain itu, jika anda bermula sekarang, 2 tahun kelak, anda sudah pakar dan tahu asam garam dunia perniagaan internet. Kenapa dua tahun? Itu hanya anggaran, maksud saya adalah, jika anda bermula 2 tahun nanti, anda masih di tahap ‘zero’. Tetapi jika anda memulakan hari ini, 2 tahun nanti anda sudah berpengalaman!!

Ketepikan alasan-alasan tidak cukup masa dan lain-lain. Nak seribu daya. Sebagai satu contoh, seorang cikgu yg mempunyai tugas di sekolah, sudah semestinya sibuk juga.. Namun, masih sempat menambah pendapatan di internet. Ya, empat tahun dahulu!! Kini beliau sudah tahu asam garam dunia perniagaan di internet ini. Cuba kita lihat, jika cikgu itu baru nak mula hari ini, apa yg dia tahu? Mesti tak banyak kan? Cikgu itu adalah Mohd Fairuz yg saya perkenalkan di blog ini tempoh hari.

Jadi, mulalah sikit-sikit.. Mula sikit-sikit.. Saya pun begitu.. Sekarang saya hanya mengkaji dan menulis. Hanya ini sedikit usaha yg saya lakukan untuk menceburi bidang ini. Yang juga merupakan cita-cita saya. Bila dah nak mula, ia tidak menjadi masalah, kerana saya sudah mula mengkaji dan memahami..!

Bijak pandai usahawan internet ada berkata: tindakan lah yang akan menentukan kejayaan idea anda, bukan hanya idea yang hebat!”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Trafik ke Blog SmartUsaha.Com semakin tinggi!

  1. Thanks azwan.. Hope you sudi kongsi-kongsi ilmu.. Saya dah lawat blog saudara yg baru dan yang lama.. Hmm, nampak macam ada banyak ilmu yer saudara ni.. Satu lagi usahawan internet muncul.. Hehe.. Betulkan kalau ada apa-apa yang salah yer.. Ada tersalah fakta ke.. Komen ke.. I need to learn more and more daripada orang yang ada pengalaman..

    Oh ya, kalau tak menyusahkan, boleh cerita sikit kat sini about your online business? Kalau ada lah.. Adsense pun boleh… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *