Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

‘Top Commentator’ Bulan Oktober 2007

Talian Internet Amat Perlahan

Saya tidak pasti, sama ada talian Internet Streamyx di rumah saya ini sahaja yang bermasalah (semalam down, hari ni amat slow) atau anda juga menghadapi perkara yang sama. Nampaknya, mungkin saya perlu mempunyai talian Internet ‘backup’ seperti 3G punya broadband atau sekurang-kurangnya GPRS. Apapun, saya memang dalam perancangan untuk mendapatkan Pakej Broadband daripada Celcom.

Ok, kita tinggalkan dahulu masalah Streamyx yang sudah kita sedia maklumi tersebut yang entah bila akan berlarutan dan terus berlarutan. :)

Top Commentator Oktober 2007

Seperti yang dijanjikan pada awal bulan lepas, saya akan memberikan hadiah kepada mereka yang menjadi tiga pemberi komen yang terbanyak. Anda boleh rujuk di sini untuk Post tersebut.

Jadi, tanpa mahu membuang masa, saya ucapkan tahniah kepada ketiga-tiga orang pemberi komen yang amat aktif berikut:

Pertama: Han (824 komen)

Kedua: AbdFatah (807 komen)

Ketiga: Hamid (258 komen)

top 10

Terima kasih kepada mereka bertiga kerana amat aktif di blog ini sehingga memberikan ratusan komen. Namun, saya juga berterima kasih kepada mereka yang lain yang turut sama memberikan komen di blog ini. Saya amat menghargai komen, pendapat ataupun idea positif yang telah diberikan.

Jadi, seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan menghadiahkan kepada Top 3 tersebut hadiah-hadiah berikut:

No. 1: RM45.00

No. 2: RM25.00

No. 3: RM15.00

Mungkin jumlah hadiah tidak banyak, tapi rasanya Oklah tu untuk permulaan ini. :) Kepada yang telah menang tersebut, sila berikan saya No. Akaun Maybank dan juga Nama Penuh anda untuk saya masukkan wang tersebut ke akaun anda. Sila gunakan borang (contact form) yang disediakan di blog ini (menu di atas).

Untuk pertandingan ‘Top Commentator’ bagi bulan ini (November 2007), saya belum pasti untuk melakukannya atau tidak. Masih dalam perancangan. Saya akan umumkan nanti hal ini.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah memberikan komen untuk artikel-artikel tulisan saya walaupun hanya sekali. Dan tak lupa juga kepada yang hanya membaca, saya juga menghargai masa yang anda luangkan untuk ke blog ini. Syukran jazilan.. :)

Facebook comments:

28 Responses to “‘Top Commentator’ Bulan Oktober 2007”

  1. abdfatah says:

    TAHNIAH! kepada tempat pertama. tak larat nak kejor. bulan november ni bleh releks laa kejap. nak try sambung bandwitdh sikit jika dapat. hihii…

  2. Han says:

    terima kasih zul,
    dan tahniah juga kepada tempat kedua dan ketiga tu…hehe
    bulan ni zul tak buat agak nya…
    terima kasih sekali lagi zul…

    han

  3. Hamid says:

    Thanks Zul..
    Han, abdfatah tahniah!!..

    Erm banyak gak pengalaman kita bertiga semasa komen :wink:
    secara tidak langsung ana pun dapat sorang rakan dalam YM :mrgreen:

    Han bila nak sembang lagi :mrgreen:

    • Han says:

      bila2 je…
      tapi biasa saya on, tgk hamid takde pun…
      memang betul tu…
      banyak tips yang saya dapat bila baca post-post yang lepas…
      tak sia2…
      tambah satu lagi…
      dapat berkawan dengan hamid melalui YM… :wink:

      han

  4. JimieRay says:

    Tahniah kepada yang berjaya, dapat duit raya dari SmartZul. Yang tak berjaya tu cuba lagi lepas ni, mana tau Zul ada buat lagi. Apa2 pun lepas ni bole sertai cabaran blog terbaru saya pula. Nanti saya umumkan.. :wink:

    Tentang masalah Internet Streamyx tu saya ingatkan kat Penang jer yg hadapi terutama waktu malam sebab kat kedai mamak ni ramai yg online malam2. Maklum la cuma online guna wifi free kat kedai mamak jerr… :grin:

    • Han says:

      rumah saya ni pun lambat juga internet ni…
      kadang2 naik geram…
      buka satu page pun lama gila…
      nama streamyx tapi mcm dialup je…
      kadang2 saya guna dialup pun lebih laju…
      hairan betul…

      han

      • abdfatah says:

        snailmyx laaa bukan multiplestreamyx. saya pun rasa gitu jugak. tapi tak tau laa apa yang tak kena dengan line kat sini. nak loading satu hal sejak dua tiga hari nih. tunggu loading sampai dah selesai sarapan 2,3 bungkus nasik lemak?

        lepas tu terputus-putus pulak, modem agaknya?

        dan satu lagi yang peliknya. telefon saya yang digunakan pula takleh digunakan sedangkan saya boleh online.

        pelik laa mcam mana boleh jadi gitu? bukan guna wireless not at least pun. wihahaha…

        rumah jiran saya pun gitu juga. telefonnya takleh guna langsung sedangkan tak guna internet. ke ada hackers telefon haaa? sampai takleh nak guna telefon?

    • abdfatah says:

      wah… menarik tu, akan saya cuba jenguk jugak. hihii…

  5. edyanie says:

    wah…tahniah le pada pemenang..memang kaki lepak blog zul nih ;) hehe

    bagus la nak pakai celcom broadband..bagi saya bagus jer, coz ada try guna kat umah saya yang line macam hampeh cikit..tapi bukan saya punyer la, abang ipar punyer, dia guna untuk bisnes dia, saje try jer ;) memang laju walau just gprs jer…

  6. SyedHafidz says:

    Tahniah kepada pemenag2… :grin:

    Hebat Han sampai 800 komen lebih..
    ni mesti hari2 lepak kat sni..
    :cool:
    Semoga terus rajin memberikan komen…

  7. eracyber says:

    untuk bulan ni macam mana? kalu ada, boleh ambik peluang ni untuk komen banyak-banyak.

  8. sham says:

    800 lebih tu komen sebulan…dashyat betulla

  9. pyan says:

    Tahniah, kepada pemenang . :wink: Nasib baik aku tak menang. Kalau menang alamat berlambak le kerja sekolah aku tak siap. :lol: Kat Manjung streamyx no problem . On saja terus dapat . Sebenarnyar depa tengah upgrade sistem , sebab WPI , NCER dan yang kelantan punya ekonomi zon tu. :?:

  10. smartzul says:

    Terima kasih semua. Utk bulan ni, tak pasti lagi. :)

  11. mustahing says:

    memang dasyat bila komen 800 lebih sebulan.
    maksudnya setiap saat lepak kat blog zul je la…he he

    Apapun tahniah kepada yg telah berjaya.

  12. taza says:

    :wink: Ya allah 800 tak terkejar aku ho ho dasyat dasyat tapi kalo nak menang kena lah uasaha yetak :lol: tahniah kalo ada nak try lak lepas nih ho ho

  13. Isman says:

    Tahniah Han, Abd Fatah dan Hamid
    usahamu berhasil.. tak terkejor saya.
    Walau bagaimana pun usaha zul patut di puji untuk memerihkan
    dan mencari idea2 yang bernas untuk tatapan, pengetahuan dan
    pertukaran idea pembelajaran.

    Tahniah Zul.

  14. mawardee says:

    Tahniah kepada yang berjaya. 800 komen? Fuh! :)

    Berkenaan Streamyx, saya dapat tau dari pihak kerja2 teknikal maintenance tu, dia bagtau yang dapat maksimum kelajuan streamyx, adalah dalam lingkungan 5km dari pemancar atau server (atau yg seangkatan dengannya).

    Kalau dah luar lingkungan 5km, kureng skt.

    Pape pun, pasal celcom broadband tu, bagus jugak guna celcom punya tu. Rasa2 macam saya nak pakai gak. tgoklah camner..

  15. adi says:

    terbaik pernah di hasilkan

  16. randavi says:

    salam sejahtera zul dan semua,
    biar betul Han, ko komen sampai mencecah 800 lebih. susah nak kejar tu.

    Zul,
    gunalah celcom broadband, tu memang bagus.
    cadangan saya, pertandingan komen terbanyak tu, perlu ditunda kot.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)