Awas, Laman Web Anda Diceroboh!
11 07 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apa pendapat anda mengenai imej di bawah?

Mengerikan atau tidak?
Saya tidak mahu menulis banyak, tapi saya ada tip mudah untuk anda amalkan agar laman web atau blog anda tidak mudah diceroboh begitu sahaja:
1. Gunakan username dan password yang sukar diteka oleh orang lain. Antaranya jangan guna perkataan yang ada dalam kamus.
2. Jika pihak hosting berikan anda password cpanel sementara, ubah segera password tersebut! Kebanyakan pembeli hosting tidak menukar password default yang diberikan oleh pihak hosting.
3. Ubah password blog anda secara konsisten.
Tip di atas adalah asas dan paling mudah untuk dilakukan. Namun tahukah anda? Imej di atas adalah imej yang diletakkan oleh hacker di sebuah laman web yang mana password default hostingnya tidak diubah. Nah, perkara mudah yang diperlekehkan akhirnya mengundang padah.
Apa tunggu lagi? Buatlah apa yang patut.
ps. Sudahkah anda mendapatkan Sistem EZSurvey? Klik di sini jika belum.
Popularity: 43%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:






Wah…
Tq2! memang satu peringatan yang amat berguna!
WanZaki
Info yg berguna..
Perkara mcm ni yg menakutkan…. Kena ambil langkah segera supaya web tak diceroboh
Kena sentiasa monitor la.. Saya pernah sekali kena..tapi site saya dah lupuskan dah sebab takde hasil..hehehe
Saya dah kena 3 kali kot. SmartUsaha.com yang kena.
saya punya folder pun kena tempias dua tiga keping… makhluk gambor kat atas tu laaa… apo kes laaa… sentiasa laa beringat selalu sebelum terkedu termangu2…
Dulu saya gunakan alamat email sebagai password. sebabnya supaya mudah utk ingat. padahnya, hacker bjaya masuk dan semua file dlm web tu di delete. tension giler…dan saya ambil masa 1 minggu utk upload semua file2 tu.
Tips : klu nak lebih secure password anda, gunakan special charater eg: #$@* dll
Bahaya jugak dengan hacker ni..
Yang saya tak faham,apa lah faedah mereka buat macam ni ya?
Apakah perasaan Ammar kalau buat satu benda yang orang lain tak boleh buat? Haa, macam tu lah hacker ni. Sekali dapat hack website orang, bangganya diaorang.
satisfaction bila mereka berjaya godam tu..itu yg meke suka..
thanks zul atas info.walaupun article ni pendek saja tapi msg nyer sgt mengesankan.thanks again.
hacker skrg ni hebat2 belaka…
akaun bank pun dia boleh ambil duit kita…
cuba fikir bahaya kan….
tapi mereka guna kebijaksana mereka ke jalan yang salah…
kalau guna dgn btul kan lebih baik…
han
kalau aku dah hebat gitu, mesti aku buat script yg hebat. jual dapat duit. hehehe. tak pun aku guna kemahiran utk servis yang beretika
Thanks bro zul atas sharing..
Aku pun xtau apa tujuan depa nak hack web / blog, Bukan ada apa pun.. Nak hack bank ka dapat la duit..
Pakcik google ka.. 
Nie web kita cari makan n share maklumat utk org ramai..
Test skils.
Ramai gak yang pandang remeh benda ni or take this for granted. Password kita patut ada gabungan huruf dan nombor cth maw111
Satu lagi tips, jangan guna scripts/perisian yang tidak
perlu.
Selain dari kepuasan peribadi, hackers ini hack laman web
kita untuk mengakses server dan melakukan spam/phishing
dan benda2 jenayah lain.
Contoh:
http://www.domainkita.com/taktaupunfolderniwujud/maybank/login.html
tiba-tiba jadi page login page Maybank. haa, jangan terkejut
kalau ada pegawai penyiasat Maybank call. :0
Btw, ada sesetengah server admin kasihan kan pengguna yang dihack,
mereka akan unsuspendkan akaun kita dan suruh kita pindah, tetapi
lebih ramai server admin yang saya kenali strict. One strike policy diorang
kata (esp part phishing).
Jadi berhati-hatilah. Di samping menggunakan password yang susah diteka,
tips saya letakkan juga password yang panjang. (kalau susah diteka 8 huruf, masih ada can untuk kena hack). Hilang semua file.
Buat macam ni:
p#a*s8S*w#o&rdklccputrajaya0123456789
(string awal mengandungi password biasa kita yang
susah diteka, yang belakang tu tambah perkataan lain
yang panjang)
Sabri
mak aii..panjangnya password..
hmm, yang lagi best hackers dapat godam blog/site politik.. bayangkan kalau depa dapat hack site macam harakah, malaysiakini, PAS dll dan ini memang dah berlaku pun..
Kena pula time p/raya umum fuyooo melompat la hackers ni..
Masalah lagi bagi web yang banyak rangkaian.. sebagai contohlah laman web kerajaan spt uitm yang setiap cawangannya dihost ke domain utama. fuuu habis laa. sebelum ni pun banyak laman web kerajaan digodam.