Titik noktah membina kredibiliti

Membina kredibiliti adalah penting. Kita perlu bekerja keras untuk membina nama, jenama dan pengaruh agar bisnes dan diri kita mempunyai pengikut setia.

NAMUN… Usaha yang kuat itu ada titiknya.

Pada peringkat awal, sudah pasti kita perlu bekerja keras untuk memperkenalkan diri kita ataupun bisnes kita.

Pada peringkat pertengahan, orang sudah mengenali kita. Tidak perlu sejuta orang kenal kita dan bisnes kita. Jika 1000 orang benar-benar menjadi pengikut setia kita, itu sudah memadai untuk kita menjana pendapatan yang besar.

200 orang fanatik x RM100 = RM20,000

Kiraan untuk satu produk berharga RM100!

Pada peringkat kemuncak membina kredibiliti, kita perlu bersedia untuk tidak lagi berusaha keras. Pada tahap ini, sewajarnya kita sudah lebih memikirkan bagaimana menggunakan hasil yang dikumpulkan selama ini untuk menjana pendapatan yang lebih.

Pada tahap kemuncak (titik ‘penamat’), kita sudah perlu berhenti membina kredibiliti dengan menggunakan tenaga dan masa sendiri. Sebaliknya, kita perlu automasikan ia dengan membiarkan pengikut-pengikut setia kita (sebahagian daripada sistem automasi) melakukannya, di mana mereka ikhlas melakukannya tanpa paksaan.

Adalah satu kerugian besar jika kita bekerja berhempas pulas dengan hanya menggunakan kudrat kita semata-mata tanpa menggunakan sumber-sumber lain yang ada.

Tapi satu tugasan penting sekarang adalah, tentukan masa untuk kita berhenti bekerja keras, dan pada masa itu, kita sudah ada ‘sistem’ yang akan bekerja untuk kita.

Tip penting:

1. Di sini kita mula sedar, pentingnya perancangan bisnes (proper business plan). Tapi kita perlu sedari, tiada apa-apa yang sempurna di dunia. Jadi kita perlu cekap dan cepat bertindak sama ada merubah atau memperbaiki rancangan dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yang penting adalah ia perlu dilakukan dengan CEPAT.

2. Kualiti adalah lebih utama daripada kuantiti. 1000 orang ‘fanatik’ lebih bernilai berbanding sejuta orang yang sekadar mengenal kita ataupun bisnes kita. Fanatik akan pasti membeli produk kita, tetapi sejuta orang itu tidak semestinya begitu.

3. Urus pengikut setia sebaik-baiknya dengan perancangan yang HEBAT. Jika perancangan hebat, hasil juga akan turut hebat!

4. Mohon ambil serius dengan nota (artikel) ini. Bagi saya, ia satu nasihat penting dan merupakan salah satu resipi kejayaan bisnes.

Titik.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Titik noktah membina kredibiliti

  1. pada permulaan membina kredibiliti memang agak memenatkan tetapi selepas ianya dibina dengan baik Insyallah akan lebih mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *