Tips untuk blogger & usahawan internet

Saya nak kongsi sikit beberapa tips yang amat perlu anda miliki dan amalkan. Ini adalah untuk kesihatan jiwa, emosi dan motivasi anda. Agar, anda tidak patah semangat, putus-asa, bersedih, kecewa dan sebagainya.. šŸ˜‰

1. Jangan layan kata-kata mereka yang tidak selari dengan usaha anda. Kalau anda buat A, tapi ada orang kata buat B lagi bagus, anda teruskan dengan A. Dengan syarat, A tu perkara baiklah. Contohnya, jika anda berpendapat sekian-sekian, pegang teguh pendapat anda itu. Ini penting agar kredibiliti anda tidak jatuh kerana jika anda mudah beralih arah, ia menunjukkan anda tidak ada strategi dan perancangan dalam melakukan sesuatu. Pendek kata, anda adalah seorang yang suka ikut arah angin!

2. Kadang-kadang datang kepada anda komen samada melalui emel, di forum, atau komen di blog, usah pedulikan komen-komen yang negatif dan yang paling penting jangan paparkan komen negatif itu kepada umum (pembaca lain). Lebih baik di-delete sahaja. hehe, itulah yang saya buat. Sebab saya tidak suka kata-kata yang negatif! Sebab ia adalah karat!!

3. Anda tahu tak resepi kejayaan mereka yang telah berjaya? Ya, mereka fokus. Fokus sepenuhnya dan 100% pada usaha mereka. Mereka tidak endahkan orang lain sebab mereka yakin apa yang mereka lakukan adalah tidak salah. Datanglah 1001 halangan, kata-kata negatif, komen pedas, mereka teruskan usaha mereka sebab..?? Kerana mereka fokus, yakin, percaya diri sendiri dan yang penting, HANYA ALLAH Yang Lebih BERKUASA. šŸ˜‰

4. Setiap sesuatu mestilah berperancangan. Percayalah, jika hari ini anda buat beberapa buah blog untuk adsense tanpa ada plan, esok lusa ia akan terbiar begitu sahaja. Tak percaya cubalah. Anda buat tanpa ada perancangan, dan tengok apa hasil dia.

5. Manusia secara lumrah suka orang susah seperti dia. Ya, inilah hakikatnya. Apabila kita telah berjaya, dicarinya 1001 titik lemah kita agar kita jatuh tersungkur atau sekurang-kurangnya melemahkan semangat kita. Jadi, pastikan anda sentiasa bersedia menempis segala ‘peluru’ yang ditembak oleh mereka. Bagaimana? Jauhi diri daripada mereka, lebih-lebih lagi anda jenis yang mudah patah semangat. Jangan salah sangka, bukan putus silaturrahim, tapi jauhi diri. Ia untuk kebaikan anda juga. Pendek kata, pilih orang yang sesuai untuk anda bergaul.

6. Jangan paparkan kelemahan anda dan baikinya SECEPAT yang mungkin. Tidak semua orang mahu membantu, tetapi ramai juga yang akan menggunakannya untuk mengaibkan anda! Hati-hati.. šŸ˜‰

7. Untuk blogger (blogger biz), jangan layan komen SPAM, komen yang negatif dan komen yang berunsur iklan. Mengapa? Komen yang negatif, hanya akan memanjang-manjang cerita dan menghabiskan masa untuk anda layan. Yang berunsur iklan, hmmm, habis anda nak biarkan pelawat web anda lari ke laman web lain? Ini adalah bisnes.. Kalau anda jenis tabah, delete sahaja komen sebegitu. hehe.. Jahatnya. šŸ˜‰

Hmm, rasanya ok dah kot petua dan tips dari saya. Itu adalah tips dari pengalaman saya lah. Satu contoh, ada sorang penggiat skim piramid yang tak puas hati dengan saya, tulis komen panjang-panjang, tapi saya tak publishkan komen dia. Saya delete jer..

Tujuh tips di atas adalah amat praktikal, bukan hanya teori semata. Dan tidak semestinya sesuai untuk anda semua. Tepuk dada, tanya iman dan selera.. šŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Tips untuk blogger & usahawan internet

  1. Post yang jujur! šŸ™‚

    Bila saya baca post ini, saya faham apa yang Zul maksudkan. Jangan bimbang, semua blogger pun saya rasa kena masalah yang sama. Jeff Ooi kena, afdlin shauki kena, saifulsham pn kena (ada sampai tu dia kejar sampai ke blog peribadi)… terlampau btol… isy3… šŸ˜‰

    tapi cara saifulsham, kami tak delete komen negatif. Simpan dan hold. Mana tau satu hari nanti kita dapat gunakan untuk pulang paku buah keras biar senjata makan tuan…

    best woo…. šŸ˜‰

  2. Sabri, komen contoh yg saya beri kat atas tu, hampir setengah tahun saya simpan. šŸ™‚ Tapi tak larat nak tengok hari-hari, sakit mata. hehe.. Tapi saya pun akan simpan gak komen-komen tertentu.. Bermanfaat gak macam Sabri cakap.. šŸ˜‰ hehe

  3. tq nasihat yang bernas…walaupun blog saya belum ada yang bagi komen/tinggalkan komen…maybe future boleh digunakan…

  4. ya ya.. ada sesetengah tidak boleh menerima apabila sesuatu yang baik itu utk dikongsi. Lagi-lagi kalau ianya percuma. Manusia penuh dengan hasad dengki. Tetapi hasad dengki selalu dikaitkan dengan Bangsa Melayu (tak tahu kenapa) dan Melalu selalu dianggap “mudah lupa” kenapa?

    Tanya diri kita sendiri, samada kita ini berhasad dengki atau tidak, lupa diri atau tidak,

    Sesuatu yang berfaedah, mungkin blh dikongsi, dan yang negatif tidak seharus ditolak tepi, buat bekalan utk masa depan šŸ˜€ hehehe..

    Setiap orang lain penulisan, setiap orang lain catatan dan setiap orang lain pengalaman (kecuali yang suka copy and paste) hehehehehe

  5. Noorizam, komen awak ni lah yang saya tunggu-tunggu kan. Kenapa? Part ni yang saya nak dengar sebenarnya:

    “dan yang negatif tidak seharus ditolak tepi, buat bekalan utk masa depan”.

    Saya tak tahu apa maksud noorizam, cuma apa yang saya ingin nyatakan, tak semua orang ada kekuatan hati dan motivasi yang tinggi untuk menghadapi sesuatu. Di awal penglibatan saya dalam ebiz ini, saya hampir putus-asa akibat kata-kata negatif orang lain. Saya difitnah dan segala info peribadi saya digunakan untuk memuaskan hatinya. Saya jatuh seketika, lemah longlai tak terdaya.. Tapi, alhamdulillah, dengan adanya kawan-kawan yang sudi berkongsi cerita, saya bangkit kembali. Keputusan yang pernah teruk saya lakukan adalah, saya ingin tinggalkan bidang ini! Kenapa? Kerana kata-kata negatif manusia. tapi kini tidak lagi, saya sudah tahu cara yang praktikal untuk mengatasi kata-kata manusia tu. Antaranya saya dah tulis kat atas. Sekarang, tak ada sesiapa lagi boleh menghalang, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja.

    Pendek kata, tips-tips di atas amat berguna untuk orang yang lembut dan mudah jatuh jiwa dan semangatnya. Lainlah anda susah berpengalaman, sudah lalui asam garam, datanglah beribu kata-kesat, ia umpama sutera yang menghempas jiwa.. hehehe, dah mula nak jiwang dah.. Maksudnya, tak ada apa-apa kesan pun. So, pada newbie tu, hati-hatilah. Sebab ramai juga yang terus tewas dan kecundang di garisan permulaan.. Belum apa2 dah nak putus-asa.. Sebab tu saya nak share tips sikit.

    Hati-hati.. Tentukan dan buat apa yang anda rasa sewajarnya.. Percayalah, setiap masa ada mata-mata yang mahu melihat anda tersungkur!!

    Hanya berkongsi tips dan pengalaman, tiada paksaan. šŸ™‚

    1. mereka yang negatif nih pun sebenarnya aset kepada kemajuan kita. lagi kena kritik lagi itu kita perlu bangkit untuk berjuang kembali… dan meneruskan segala usaha yang berbaki yang masih ada…

  6. Komen yang berbentuk SPAM dan negatif pastinya saya delete, tetapi yang menyakitkan hati kerana menegur kesilapan saya biarkan saja.Memang susah menelannya kadang sampai berhari-hari memujuk hati mencari kekuatan.

    Ada kalanya memang rasa down dan tak upaya nak buat apa-apa, tapi selepas berehat dan lupakan sebentar akan datang tenaga semula.Memang bukan senang nak senang.Menumpang kekuatan rakan-rakan untuk terus berdiri.

    1. wah… ini mesti terpaksa menanggung sengsara yang amat sangat menerima teguran dan kritikan yang bertalu-talu dari mereka yang negatif… walau apa sekalipun perjuangan tetap perlu diteruskan… siapa yang rugi jika kita berundur lantaran hanya sedikit kritikan cuma… terimalah kritikan itu seadanya…

  7. Cikgu, betul. Sudah adat dunia. Lain orang lain pendapat. Cuma dalam kes sekarang, jiwa dan motivasi kita. Macam mana nak kekalkan tu persoalan sekarang.. tak semua mempunyai hati yg betul2 tabah. Saya mempunyai beberapa orang kawan yang terus kecewa dan putus-asa bila sekali kena ‘cuit’ sikit jer.. hehe.. Mcm saya dulu, sekali je kena cuit, terus down.. Tapi Allah Maha Kuasa, saya tak boleh menipu diri sendiri untuk lari dari dunia yang saya minat.

    Satu lagi sebelum terlupa, kita manusia biasa, so tak semua apa yang kita buat adalah betul. Ini lumrah. Tapi yang susahnya, bila kita buat salah, orang suka.. Kenapa ya? hehe, jawapannya dah lumrah macam tu.. šŸ˜‰

    1. biasalah tu manusia nih pelbagai ragamnya… kalo yang kuat semangat dah tentu takkan mengaku kalah punya. kalo yang cepat down dah tentunya perlukan sokongan yang sepenuhnya untuk bangkit kembali…

  8. Zul,

    Memang kekuatan yang ada pada diri andalah sebenarnya membuatkan ada terus kekal disini. Kepada yang newbie lihat contoh penulisan jujur ini dan ambil info ini sebagai bekalan berguna kita.

    Saya pernah lalui seperti saudara SmartZul, cuma pengalaman dan cerita adalah berbeza. Anda pernah mengalami kerugian RM600.00? Pernah dan tidak pernah?

    Mungkin apa anda cukup besar nilai RM600.00. Bagaimana pula anda jika anda kerugian RM6.00? Apa? Tak Kesah? Setakat RM6.00 apalah sangat. Itu kata anda. Tetapi kepada yang melihat nilai ini sebagai sesuatu yang berharga pasti akan berkata sebaliknya.

    Bagaimana pula kalau anda mengalami kerugian RM600,000.00? Bukan sedikit nilai itu bukan? Ya! Saya pernah mengalaminya! Terduduk saya pada masa itu. Kalau anda, mesti jadi seperti Zul, hampir putus asa dan takkan kembali lagi. Saya pernah alaminya. Ia realiti kehidupan saya yang anda sendiri mungkin tidak alaminya.

    Kini saya kembali, mungkin perniagaan saya sedikit berbeza dari dahulu tetapi saya tepat menerapkan betapa penting pemasaran dan jualan. (Kerana saya mahir dalam bidang pemasaran).

    Dan bagaimana pula saya bangkit dari kegagalan besar ini? Sebenarnya, dengan penulisan anda inilah diantaranya telah memberikan saya semangat dan keyakinan tinggi bahawa kita sebenarnya boleh, kalau kita pandai merancang, mengurus, mentadbir dan sedar ruang..

  9. ada apa dengan komen negatif? hang rasa hang hebat sangat ke buat komen yang negatif? ada motivasi negatif ke? ada memang ada… tapi takder dalam sejarah lagi yang kuarkan kaset motivasi negatif… kecuali bagi mereka yang nak bersaing secara negatif..

    tak kira la nak komen negatif apa pun… peduli apa?

    menda negatif nih macam dua orang pemain bola perancis dengan itali laa… bukan apa sangat, pasal kata2 yang tak senang yang dihamburkan… sapo pun tak boleh nak terima… marah memang ada laa…

    amuk apa??

    nak kena tandukan zidane???

  10. satu cara je nak ambik komen negatif nih… hang buat lirik lagu macam PAK PANDIR lagi best….

    ataupun hang ambik ayat2 dia, hang traslate ke mana2 bahasa je… bahsa jepun ke… bahasa perancis ker… bahsa india ke…

    pastu hang nyanyi laaa… huawaahahahhaaa…

    boleh???

    wasalam

  11. hang releks aje dengan komen negatif yang tak berasas tersebut. dah tentunya kalo fokus kpd komen2 tersebut semua kerja anda akan tergendala begitu sahaja. asyik duk mikir pasal komen2 negatif tersebut setiap hari… memang tak berbaloi seungguh jadinya… kerja kita pulak jadi tak efektif…

    kita yang nak berjaya… kenapa perlu pedulikan kata-kata negatif yang tidak berguna itu?????

  12. untuk komen negatif,
    kita tak perlu layan pun pasal komen sebegitu…
    buang masa je!!!

    baik buat kerja yang lebih berfaedah…
    atau update blog lagi bagus…

    han

    1. em…
      buat lah benda yang berfaedah dari melayan komen negatif tu…
      cuba buat biz baru ke…ok juga tu…
      atau tulis ebook pasal komen negatif ni ke…dan edar secara percuma…hehe…saja je…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *