Tips Persaingan Sihat..
Ingin saya nyatakan terlebih dahulu kepada anda, saya pasti dan akan pasti merujuk kepada panduan Agama Islam di dalam menulis sesuatu topik di dalam blog ini. Mesti ada yang bertanya, mengapa begitu? Kita kan masyarakat majmuk, berbilang Agama..? Ketahuilah bahawa, Islam itu datang untuk semua bangsa dan manusia, sesuai digunapakai oleh sesiapa sahaja, bersifat universal.. -tamat jawapan-.
Berkaitan dengan tajuk di atas, saya akan mengemukakan tips persaingan dan dalam kes ini adalah perniagaan internet. Seringkali kita melihat, kebanyakan usahawan internet yang menjual produk yang sama akan meng-klaim (mendakwa) merekalah yang terbaik. Itu ok lagilah, namun yang paling tak ok dan tak baik, nama pihak lain disebut-sebut akan kelemahan dan kekurangannya.
Tahukah anda, kita tak perlu pun memperbandingkan atau susah-susah memperkatakan kelemahan orang lain? Di dalam perniagaan internet, para pakar memberi tips: SEBUTLAH KEISTIMEWAAN PRODUK ANDA & PRODUK ANDA ITU ADA NICHE/UNIK. Mudah bukan? Jika orang jual hosting, dan kita pun nak jual hosting, kita buatlah plan pemasaran hosting yang lain dari yang lain. Kalau boleh, buat yang tak pernah orang buat lagi dan mampu dimiliki oleh semua orang.. – Ehem, apa khabar sempoihosting.com? – Begitu juga dengan produk-produk lain, jika orang jual buku cara mengurut badan, anda juallah buku cara mengurut untuk menghilangkan penyakit sembelit! Ops, boleh ker tukang urut? Ya ada, urut refleksi.. Agak-agak, berapa ramai yang sakit sembelit yer. Nampak tak? Bidang sama (urut), tapi tajuk kedua lebih spesifik. Orang yang sakit sembelit tak nak tahu pasal sakit lain, mereka hanya nak tahu dan nak sembuhkan penyakit sembelit mereka sahaja!!
Nampak idea ini? Itulah niche dan itulah salah satu cara untuk anda bersaing dengan mereka yang lain. Nampak macam tak bersaing bukan? So, terjawablah, tak perlu lagi untuk anda membawa dan memperkatakan kelemahan produk orang lain!
Itu niche.. Tak cukup ada produk yang niche, anda mesti berulang kali menyebut-nyebut kelebihan dan keistimewaan produk / servis anda. Sebut dan sebut dan sebut..
Berapa kali sebut daa.. hehe, yer, kena sebut banyak kali dan berulang kali. Keistimewaan di sini bermaksud, apa yang pembeli/pengguna akan dapat? Sebut dan sebut. Sebab itu yang mereka nak tahu. Mereka tak nak tahu sejarah, mereka tak nak ambil tahu cerita lain, tapi mereka nak tahu apa yang mereka akan dapat.. Itulah biasanya. Anda pun begitukan semasa ingin membeli produk? “Hmm, sos tiram ni boleh bagi masakan aku lebih sedap ker?”. Jeng jeng jeng!! Terbukti bukan?
Sebut dan sebut di sini bukanlah menyebut benda yang sama di dalam laman web anda. Boleh, tetapi yang dimaksudkan juga sebut berulang-kali adalah anda senaraikan pelbagai keistimewaan produk anda. Bukan hanya senaraikan, tetapi ada sedikit penjelasan yang terang dan mudah difahami.
FORMULA : NICHE + SEBUT KEISTIMEWAAN – CERITA KEBURUKAN PRODUK LAIN
Tahniah, anda telah bersaing dengan hebat!
Pesanan: “jangan cari lawan, tapi cari kawan..”.
mohd zulfadli,
bakal perunding cara pemasaran internet, insyaAllah.









yeaa… sudah tentunya kita perlu cari kawan yang banyak dan jangan suka cari lawan yang tak menentu… namun orang lain yang suka nak melawan kita pulak…
jangan cari lawan bahkan cari kawan…
ni konsep peniagaan..
bila dah jadi kawan, boleh JV pula…hehe…
tip sebut berulang2 memberi kesan kepada pembeli…
han