Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?

7 07 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Setelah saya menghasilkan sebuah produk yang berbentuk sistem (skrip PHP), barulah saya faham, mengapa kebanyakan usahawan internet amat suka dan lebih selesa menghasilkan ebook berbanding jenis produk yang lain seperti video dan audio.

Sistem EZSurvey yang dihasilkan oleh saya itu walaupun simple dan mudah, tapi untuk menyiapkannya mengambil masa sekitar 3 bulan. Untuk menghasilkan skrip PHP atau sistem, ia tidak semudah yang disangka kerana kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.

Tidak seperti ebook, tulis sahaja guna Microsoft Word dan compile kepada format pdf. Tak kisah orang yang beli itu guna komputer platform apa pun, mereka tetap dapat membuka file pdf.

Untuk sistem seperti skrip PHP, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah coding tersebut perlulah dapat diterima oleh mana-mana versi PHP. Selain itu, coding juga perlulah dihasilkan dengan menitik-beratkan soal security dan pelbagai lagi isu seperti error dan sebagainya.

Dan faktor paling kritikal di dalam pembangunan sesebuah sistem ialah testing. Siapa yang belajar programming dia tahulah. Testing perlu dibuat beberapa kali. Bukan sekali atau dua kali. Salah satu cara testing ialah, kita perlu test sistem tersebut di beberapa keadaan yang berbeza dan juga perlu masukkan nilai yang betul dan salah untuk mengetahui tahap ‘kekebalan’ sistem tersebut.

Berbalik kepada ebook pula, jika ada kesalahan typo, buka sahaja Microsoft Word dan edit. Kemudian compile semula kepada format PDF. Amat mudah dan cepat. Berbeza pula dengan produk jenis audio dan video, jika ada kesilapan, anda perlu mulakan balik bahagian yang salah itu (buat rakaman semula).

Ini terbukti apabila salah satu produk video saya masih terbengkalai tak siap-siap. Dan ia membuatkan saya terfikir-fikir, perlukah meneruskan projek video tersebut? Untuk menghasilkan video, ia tak semudah yang kita baca dan dengar seperti orang lain katakan. Tak semudah itu. Lagi-lagi video berkaitan teknikal, salah satu faktor yang perlu difikirkan ialah kemaskini sebab kebanyakan perkara teknikal sentiasa berubah-berubah.

Soal diri anda, “jika aku mahu buat produk audio/video ni, adakah aku akan mengemaskininya kelak?”. Jika tidak, mungkin anda boleh lupakan projek berbentuk video/audio atau mungkin boleh hasilkan projek yang jika dikemaskini, ia tidak mengambil masa dan tenaga yang banyak.

Itulah beberapa pro dan kontra produk digital selain ebook. Hmm, adakah saya sudah berputus-asa dengan projek selain ebook? Mungkin ya, mungkin tidak. InsyaAllah, dalam minggu ini ada satu lagi projek cuba disiapkan. Simple system juga (skrip PHP) dan mungkin ia projek terakhir saya yang berkaitan sistem. Smile

Pesanan saya di sini, jika anda ingin melaksanakan sesuatu idea projek, tanya dulu diri sendiri. Adakah anda mampu melakukannya? Atau, selain projek itu, ada tak projek lain yang lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan? Ini amat penting agar anda tidak fokus kepada projek yang mengambil masa yang lama. Ia amat merugikan.

Lakukanlah projek yang mudah untuk disiapkan dan tidak bersaiz besar. Ingat, apabila kita bekerja seorang diri, masa adalah aspek yang paling perlu dititik-beratkan. Jangan main-main dengan masa, nanti masa akan mempermainkan anda. Salah satunya ialah, utamakan projek yang mudah untuk disiapkan.

Tip Ebiz: Adakah Ilmu Amat Berkuasa?

Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah pakar PHP, tapi saya dapat hasilkan Sistem EZSurvey. Saya suka mengamalkan sedikit ilmu yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk. Begitu juga dengan Wordpress, saya bukan pakar, tapi saya hasilkan Ebook Panduan Wordpress.

Saya harap anda pun begitu juga. Gunakanlah secetek ilmu yang ada pada diri anda untuk apa-apa tujuan yang bermanfaat seperti menjana pendapatan. Ketahuilah, yang berkuasanya bukan ilmu, tapi yang lebih berkuasa ialah TINDAKAN.

Jika anda mahu tahu pentingnya tindakan, ia umpama anda mempunyai ilmu Agama yang tinggi. Tahu halal dan haram, tahu ibadat-ibadat yang khusus (zikir, solat, baca Al-Qur’an, puasa…Wink. Tapi semua itu tidak berguna jika anda tidak mengamalkanya. Anda tahu solat boleh meningkatkan ketakwaan anda kepada Allah, tapi anda tidak solat dengan sempurna dan lebih teruk anda tidak menunaikan solat.

Begitulah juga dengan apa-apa ilmu. Ia hanya akan berguna apabila anda menggunakannya. Bertindaklah. Tindakan andalah yang akan mengatasi segala-galanya. Tak guna memegang senjata yang hebat tapi tidak menggunakannya untuk menembak musuh. Akhirnya anda akan kecundang.

Sekian.

ps. Peluang untuk mendapat Sistem EZSurvey dengan harga RM20.00 masih ada lagi (termasuk hak jualan semula). Terbuka kepada 72 orang lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Harga akan dinaikkan kepada RM30.00 pada bila-bila masa sahaja.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Teknik Melipat Gandakan Keuntungan Ebook Dalam Masa Yang Singkat!
  • Buat Duit Tanpa Produk Sendiri?
  • Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?
  • Bila Idea Datang Tak Henti
  • Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet
  • Majalah IM Edisi Ke-3 Telah Terbit!
  • Sistem DPP Dilancarkan
  • Pakej Rahsia 10K: Strategi Menjana RM10,000 Di Internet
  • Rahsia Besar Perniagaan Internet
  • Produk Murah + Komisen 100% + Komisen xx%

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    19 Comments »

    Comment by Nizam
    2008-07-07 07:57:25

    Saya sudah membeli Sistem EZSurvey ini memang mudah. Kita tak payah bersusah payah untuk memasang secara teknikal. Mudah terutama bagi orang yang newbiz dalam internet ini.

     
    Comment by mazlie
    2008-07-07 09:45:43

    Salam zul,

    Yup, saya setuju. Untuk hasilkan satu sistem, kita perlu fikirkan pelbagai sudut. Testing sistem, check error dan sebagainya.

    Amat leceh juga sebenarnya. Saya punya pengalaman yang banyak bagaimana bekerja sebagai programmer. Ada beberapa projek yang memakan masa satu tahun untuk memuaskan hati pengguna.

    Tapi untuk satu simple sistem, saya rasa tiada masalah Smile

     
    Comment by amirulcyber
    2008-07-07 10:22:00

    thank you zul.satu artikel yang menarik dan penuh info.

     
    Comment by sham
    2008-07-07 10:52:35

    Ebook kadang kadang susah jugak..orang malaysia ingat ebook hanya ebook cara buat duit je…

    kena ubah persepsi orang tentang benda tu..

    Comment by naem
    2008-07-07 21:26:41

    saya tak pasti ketepatan andaian en sham tu..

    tapi dari segi pasaran, memang berlambak ebook kat malaysia yang fokusnya cara nak buat duit kat internet je..so..hoho..itu sebab mentaliti masih kecik

    Comment by smartzul
    2008-07-09 02:22:00

    Betul tu Naem. Jadi tanggungjawab kita lah perlu mempelbagaikan topik ebook agar mentaliti menjadi lebih besar. Grin

    Saya rasa banyak lagi niche yg kita tak terokai atau ambil peluang di pasaran Malaysia ni. Buat masa sekarang masa saya tulis komen ni, saya tak ada lagi tulis dan jual ebook cara buat duit. Kalau ada pun, maybe ebook orang lain.

    Antara niche yang telah saya buat:

    1. Wordpress
    2. FTP / internet/ hosting
    3. Sistem Survey

    Ebook cara buat duit akan tetap saya hasilkan. On the way. Niat saya yg utama buat ebook pasal ebiz adalah:

    1. Nak lawan ebook scam dan ubah mentaliti rakyat Malaysia.
    2. Bantu mereka yang berminat.

    InsyaAllah, kalau niat kita betul, Allah akan bantu.

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by En Dlie
    2008-07-07 11:44:45

    Saya juga berpengalaman dalam bidang programmer ini. Kalau tiada asas, memang susah untuk melakukannya.. kalau yang dah tahu pun, bukan senang untuk menyediakan sistem yang benar-benar user friendly.. memang makan bertahun-tahun..

    Setiap kali try & error, ada jer yang tak kena.. sampai kadang-kadang boleh jadi fedup nak teruskan..

    Ebook memang mudah.. saya suka buat ebook.. Smile

    Comment by smartzul
    2008-07-09 02:24:01

    Betul. Saya pernah gagal dalam banyak projek. Kebanyakannya projek besar. Akibatnya, saya lebih suka memegang konsep “yang kecil itu lebih bagus dari yang besar”. Bermaksud, saya lebih suka sistem yang simple dan berskala kecil. Yang besar2, serah kepada programmer yang serius lah. Smile

     
     
    Comment by bossyazid
    2008-07-08 11:31:48

    Ebook adalah yang terbaik ketika ini walaupun ianya bukan terbaik antara yang terbaik……..video/audio memang mudah kepada pendengar/pembeli tapi tidak kepada pemiliknya sebab ianya tidak user friendly….banyak yang akan tertinggal dan banyak masa terbuang dek hanya nak edit atau update…

    Ebook memang kaedah yang baik tapi kebanyakkan ebook hanya berkisar bagaimana nak buat duit di Internet. Bila di semak dan diteliti, tidak banyak tip dan kaedah terbaru….kebanyakannya sudah ada dipasaran sedia ada…..(ex..SEO, Pemasaran email,viral marketing) kebanyakkan sudah ada tapi diulang-ulang saja isinya…nak mencari yang betul2 berkualiti kelihatan sukar masa ini…….eeem

     
    Comment by mazlienadzri
    2008-07-08 13:47:09

    Prinsip saya, kita kena berfikir lagi jauh ke hadapan. Pelbagai ‘peluang’ belum diterokai lagi untuk menjana wang di internet, yang membezakannya ialah adakah kita nampak ‘peluang’ tersebut.

    Saya tidak sama sekali akan menghasilkan panduan bagaimana buat duit di internet, saya hanya akan hasilkan apa yang dapat memberi manfaat orang di luar sana.1-3 servis dalam perancangan dan beberapa ebook tutorial dan sistem seperti zul Smile

    Kena kreatif sikitla dalam mencari idea perniagaan

    Comment by smartzul
    2008-07-09 02:26:20

    Ramai yang tak yakin jer. Idea tu banyak, tapi mereka tak yakin nak usahakan idea tu.

    Buat jer. Smile

    Comment by naem
    2008-07-10 23:43:45

    SOKONG…saya pun mula ragu2 jugak nak menjual…Akhirnya terjual gak produk ppcpercuma…

    Banyak jugak masalah..at least saya dapat belajar sesuatu dan saya boleh perbaiki mutunya untuk projek yang lebih baik utk masa depan..

    Macam slogan nike ” Just Do It”…

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by thinkerich
    2008-07-08 19:26:30

    Setuju…!

    TINDAKAN mengatasi segala-galanya..

    ILMU tanpa tindakan umpama memiliki wang tetapi hanya disimpan dibawah Bantal! Wink

    Tak ambil apa-apa tindakan untuk mengembangkan jumlahnya Smile

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    Comment by smartzul
    2008-07-09 02:27:48

    Ada lagi ke orang simpan wang bawah bantal sekarang? Grin

     
     
    Comment by Broadband Subscribed to comments via email
    2008-07-09 02:06:52

    betul laa… selama ini saya selalu fikirkan adakah saya layak untuk berkata, menulis, mempromosi perkara yang saya sendiri tidak ada ilmu yang cukup tentangnya sehinggakan ebook yang saya tulis 5 bulan lepas masih belum dilancarkan sehingga sekarang.

    oleh itu mulai sekarang saya akan teruskan projek ebook saya itu sehingga berjaya. yang penting adalah TINDAKAN!

    Comment by smartzul
    2008-07-09 02:30:40

    Ya, teruskan! Smile

    Yang penting teruskan belajar. Dan belajar ni salah satunya adalah daripada pengalaman. Lancarkan saja ebook tu dan saudara akan belajar banyak perkara baru.

    Comment by Broadband Subscribed to comments via email
    2008-07-09 02:35:26

    ok thanks smartzul. insyaAllah saya akan teruskan. thanks a lot!

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by AmmarZahar
    2008-07-09 13:27:31

    Buat video dan audio sememangnya sangat sukar..Saya sendiri,ebook tentang produk akan datang saya dah siap lama dan toolsnya pun dah siap lama tapi videonya tak siap-siap lagi..

    Sebab kekurangan dalam sesaat dua boleh menyebabkan kerosakan pada keseluruhan video tu.. Rasa macam malas nak sambung tapi oleh kerana video tersebut adalah tutorial mengenai teknikal dan praktikal ebook tersebut, survey mengatakan yang video juga perlu untuk pemahaman yang lebih..

    Saya memang tak akan buat sistem rasanya sebab masa untuk membuatnya memang sangat panjang dan market belum mahukan sistem dalam pemerhatian saya..

    Terima kasih atas perkongsian artikel ini Zul

     
    Comment by thinkerich
    2008-07-09 22:15:48

    Zul…

    Simpan Wang bawah bantal tu..SIMBOLIK je…

    tapi orang dulu-dulu (warga tua ke Warga Emas?)

    Warga emas lah yang banyak duit nih…(sebab tu EMAS Smile

    masih mengamalkan sistem simpanan sebegini…Wink

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: