Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Kurangkan Projek, Tingkatkan Keuntungan

27 08 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Mungkin anda sudah membaca perkongsian oleh dua usahawan Internet ini yang mana topik perbincangannya tidak jauh berbeza:

1. Irfan Khairi: Tak Semua Menjadi

2. SaifulSham: ‘Downsizing’ Perniagaan

Apa yang mereka kongsikan adalah, beberapa projek perniagaan Internet atau perancangan mereka telah dibatalkan (Irfan Khairi) atau dikurangkan saiznya (SaifulSham)…

Saya juga begitu. Sebanyak dua buah projek (dah settle urusan pembatalan nama domain) dan satu lagi bakal (mungkin) telah dibatalkan perlaksanaannya walaupun sudah beberapa peratus bermula bahkan salah satunya telah memberikan hasil ribuan ringgit.

Secara logik, jika sesuatu projek dikurangkan, kita akan menganggap kemasukan duit atau pendapatan perniagaan akan berkurangan, tetapi hakikatnya tidak semestinya begitu…

Jika sebelum ini anda mempunyai 10 projek dan setelah mengambil kira dan menganalisa, maka didapati hasil daripada dua projek tidak begitu membanggakan dan telah menggunakan banyak juga masa. Katakan semasa mempunyai 1o projek itu, masa yang digunakan mungkin terbatas dan pendapatan hanya sekitar RM10,000 sebulan.

Tetapi apabila menolak dua projek yang tidak berkembang itu, hasil pendapatan mungkin akan meningkat lebih daripada RM10,000. Masa pula boleh ditambah sedikit untuk diluangkan kepada projek-projek lain dan hasilnya jualan setiap produk akan berganda.

Maka, jika ikut logik sahaja, kadang-kadang tidak terpakai pun logik tersebut. Sesetengah perkara, ia akan terbalik dan bertentangan dengan apa yang kita fikirkan.

Ada orang kata, projek atau laman web kena banyak baru boleh pendapatan yang banyak. Tapi tidak juga. Ada usahawan Internet yang laman webnya sedikit sahaja, tetapi ermm, income bulanan mengalahkan gaji pegawai tinggi.

Projek: Perlukah dibatalkan begitu sahaja?

Ada dua cara membatalkan projek:

1. Cancel-kan 100%. Hentikan semua kerja yang berkaitan. Tiada lagi apa-apa yang perlu dilakukan… Mudah cerita, lupakan terus!

2. Menjual projek tersebut untuk pihak lain. Cara kedua ini, mungkin boleh memberikan sedikit suntikan kewangan kepada perniagaan anda. Daripada membiarkan ia pergi begitu sahaja, mungkin lebih baik menambah wang untuk perniagaan anda.

Alternatif:

Mungkin anda sayang untuk menutup terus projek perniagaan tersebut, maka jalan lain adalah:

>> “Downsize”kan projek tersebut. Boleh rujuk artikel SaifulSham untuk cara sebegini.

Syarat!

Kalau anda sudah kurangkan projek perniagaan Internet anda, maka bukan bermaksud anda semakin banyak masa untuk menghirup teh tarik di kedai mamak. Sebaliknya, luangkanlah masa kepada projek-projek lain, tingkatkan promosi dan juga perancangan agar jualan semakin bertambah.

Atau, rancanglah projek lain yang menguntungkan…

SmartZul nak jual projek Ebiz

Saya sekarang tengah berfikir dan menimbang-nimbang, perlukah saya menjual sebuah laman web saya yang terbukti paling kurang mendapat RM1000.00 sebulan dan laman web itu baik kedudukannya di enjin carian. Malah, ia memiliki Google PR2. Ada sesiapa nak beli? :) Tapi saya belum pasti…

Kalau jadi, saya akan umumkan di sini dan mungkin saya akan gunakan cara bidding. Siapa yang bid paling tinggi, dialah yang layak menjadi pemilik laman web itu. Serius saya katakan, projek yang mungkin saya jual ini jika anda fokus dan lakukan promosi yang berkesan, paling kurang RM1000 dalam tangan setiap bulan.

Sikit, tak semestinya tak bagus…

Buat masa sekarang, saya mempunyai laman web Ebiz tak lebih daripada 10. Tapi saya mempunyai perancangan dan cabaran saya sendiri sebelum tahun 2007 menutup tirainya…

Akhir cerita, jangan hanya gunakan logik di dalam perniagaan. Projek yang sedikit tidak semestinya hasilnya sedikit, banyak pemalar dan pemboleh ubah yang terlibat…

Jumpa lagi.

usahawan internet

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Projek “7 Blogger Malaysia”
  • Projek Kecil VS Projek Besar
  • Panduan Membina Laman Web
  • Ok Ok. SmartZul Dah Kembali. :)
  • Kesibukan..
  • Bagaimana Cara Untuk FOKUS?
  • Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
  • Status Terkini Projek RM20.00
  • Akhirnya, Terbongkar Jua…
  • Tulisan Terakhir…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    24 Comments »

    Comment by abdfatah Subscribed to comments via email
    2007-08-27 08:10:18

    meh sini nak bid jugak… takper laa keuntungan simple2 tetapi berhasil… wuahahahahaa…

     
    Comment by shuk Subscribed to comments via email
    2007-08-27 09:00:02

    Belum sampai tahap banyak online business pada satu masa. But good advice untuk persediaan.

    Semuanya berbalik kepada untuk optimumkan masa, tenaga dan modal dan keuntungan.

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-08-27 10:43:24

    zul,
    boleh tahu projek apa tu?

     
    Comment by Raymond
    2007-08-27 10:45:21

    Saya setuju dengan pendapat Zul ini. Dulu incone saya terhad. Malah Kos pengiklanan jauh mengatasi keuntungan.

    Tapi selepas saya batalkan 3 domain dan 4 projek. Saya mula nampakkan keuntungan. Syukur.

    Walaupun projek yang telah dibatalkan tu dah sampai pertengahan jalan, banyak wang digunakan untuk outsource, tapi kena berhenti juga untuk kepentingan projek yang lain yang lebih menguntungkan.

    Kesimpulannya, janganlah ragu-ragu untuk batalkan projek yang kurang produktif untuk memajukan projek lain yang lebih produktif. :lol:

     
    Comment by zool Subscribed to comments via email
    2007-08-27 14:19:49

    Betul juga kata Zul tu..
    tak perlu terlalu banyak.. yang penting sejauh mana kita tumpukan pada sesuatu tu..
    saya rasa konsep ini bukan hanya boleh dipakai untuk bisnes sahaja tapi juga dalam kehidupan..
    sebagai contoh kalau terlalu banyak berpersatuan, tak dapat memberikan yang terbaik.. he he he.. dapat idea nak tulis dalam blog ni…
    Tq Zul..

     
    Comment by smartzul
    2007-08-27 14:19:52

    @abdfatah -

    meh sini nak bid jugak… takper laa keuntungan simple2 tetapi berhasil… wuahahahahaa…

    smartzul >> InsyaAllah kalau jadi. :)

    @shuk -

    Belum sampai tahap banyak online business pada satu masa. But good advice untuk persediaan.

    Semuanya berbalik kepada untuk optimumkan masa, tenaga dan modal dan keuntungan.

    smartzul >> Yup Shuk, asas tetap penting. Tapi ramai yg ambil mudah.

    @Han -

    zul,
    boleh tahu projek apa tu?

    smartzul >> Han, buat masa skrg sy tak dapat dedahkan lagi. Kalau jadi nanti, baru sy akan umumkan.

    @Raymond -

    Saya setuju dengan pendapat Zul ini. Dulu incone saya terhad. Malah Kos pengiklanan jauh mengatasi keuntungan.

    Tapi selepas saya batalkan 3 domain dan 4 projek. Saya mula nampakkan keuntungan. Syukur.

    Walaupun projek yang telah dibatalkan tu dah sampai pertengahan jalan, banyak wang digunakan untuk outsource, tapi kena berhenti juga untuk kepentingan projek yang lain yang lebih menguntungkan.

    Kesimpulannya, janganlah ragu-ragu untuk batalkan projek yang kurang produktif untuk memajukan projek lain yang lebih produktif. :lol:

    smartzul >> Thanks Raymond kongsikan pengalaman. :)

     
    Comment by yatie
    2007-08-27 16:31:52

    allo

     
    Comment by sham
    2007-08-27 23:07:11

    Saya pun dah tutup 2 site sebab tak profit.. :roll:

     
    Comment by Azahari Subscribed to comments via email
    2007-08-28 07:40:08

    Website Zul nak bid tu BI ke BM? macam menarik je tu.. :mrgreen:

     
    Comment by smartzul
    2007-08-28 07:50:12

    BM. :)

    Kalau buat betul-betul biz tu, insyaAllah paling kurang RM1000 sebulan.

    Tapi saya masih fikir ni. Kena buat solat istikharah dulu. :)

     
    Comment by Raymond
    2007-08-28 08:26:39

    Sebentar tadi aku ingatkan BM itu Butterfly Marketing :lol:

     
    Comment by zaki Subscribed to comments via email
    2007-08-30 17:50:02

    Otai2 internet dh ckp pasl downsizing, aku plak baru nk mula. Hehe, ketinggalan bot sikit :mrgreen:

     
    Comment by asmid
    2007-09-06 01:39:30

    dah macam sistem iklan adsword kena bid

     
    Comment by Amer
    2007-10-02 13:52:31

    Fuh, gerun dengar otai-otai bercerita pasal business masing-masing. Semua ada projek tak kurang dari 3. Nampak gaya macam kena berguru dengan semua yang ada kat sini ni :-P

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-02 13:58:11

    amer,
    otai2 kat sini memang power…
    bukan 3 tp 20 pun ada…

    kalau baca tip zul di sini setiap hari pu nkira ok dah…
    kira boleh buat dah ebiz…
    janji jangan lepas kan tip yang dikongsi…

    han

     
    Comment by abdfatah Subscribed to comments via email
    2007-10-02 16:50:43

    yea… panduan yang berguna sudah sedia untuk digunakan dengan sebaik mungkin. peluang keemasan sudah tersedia… maka terokailah ilmu yang ada untuk manfaat masa depan perniagaan internet dengan projek2 mega samada tergendala atau yang baru nak mula…

    sekian terima kasih… :cool:

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-02 18:03:29

    ada sesiapa yang beli ebook tsunamiwang dulu?
    saya rasa ebook tu sangat berguna…
    tapi yang tak baiknya ebook tu pada versi 1…dia mengajar spam…

    di versi 2 dah di baiki…
    saya ebook tu sangat bagus sb ia yang buat saya buka mata tentang ebiz…

    sekarang saya belajar bersama anda semua…
    sama2lah kita belajar untuk tambah kan lagi ilmu di blog otai2…

    han

     
    Comment by zaki blogjer Subscribed to comments via email
    2007-10-02 18:25:22

    Mungkin dah sampai masa saya tambah website, at least kena ada 10 sebelom akhir tahun. Tapi kekadang takde idea nk buat apa.

     
    Comment by abdfatah Subscribed to comments via email
    2007-10-02 18:58:03

    kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi… miahahahaa…

    projek apa sekalipun yang terbengkalai atau terbatal secara totalnya mempunyai nilai yang tersendiri dari segi pengalaman mengendalikannya. kita boleh gunakannya sebagai panduan untuk memulakan projek yang lain pula suatu hari nanti…

    sekian terima kasih… :lol:

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-02 19:33:13

    zaki nak tambah web lagi nampaknya…
    web apa pl yang nak tambah tu?
    dah nak sampai 10 web zaki ada…
    memang hebat lah tu…

    zaki, idea selalu datang…tapi kebanyak dr kita tak tuliskannya di dlm buku kecil…
    jadi hilang begitu saja idea…
    sia2 kan tu namanya…

    kan baik kalau kita selalu sediakan notebook di dlm poket kita…
    bila idea dtg, cepat2 kita tulis…
    bila ada masa belek2 lah notebook tu…

    han

     
    Comment by zaki blogjer Subscribed to comments via email
    2007-10-02 19:48:18

    Han, tak lah hebat pun, ada la sikit2, klu nk banding dgn IM2 lain, apa la sangat, ebook pun takde, list lagi la takpenah buat pun

     
    Comment by abdfatah Subscribed to comments via email
    2007-10-02 22:33:45

    hihiii… ebook tak ada? mailing list takder? takpe pengunjung tetap ada dan trafik sentiasa ada. boleh buat bila masa tatkala dah siap sedia untuk bermula…

    saya pula hanya dengan blog saya yang sekeping ini aje. kalo ada yang free pun tak terjaga sangat ke-update-annya itu… adesh.

    sekian terima kasih… :cool:

     
    Comment by abdfatah Subscribed to comments via email
    2007-10-22 10:20:44

    prokej minima dan keuntungan dah tentunya maksima. kalo banyak projek yang terkejar nanti, hasilnya dah tentu tiada nilai dan tiada kualiti yang sepatutnya berkualiti…

     
    Comment by Encik Dlie
    2007-12-03 14:25:43

    Betul juga… kalau buat ebiz dgn byk laman web.. tak semestinya kesemuanya untung.. malah masa juga banyak digunakan… kalau ada sedikit projek dan FOKUS, tentunya banyak masa boleh digunakan untuk upgrade dan tingkat kan promsi.. :wink:

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: