Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan internet?
11 07 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Rata-rata, begitu ramai yang tidak berjaya menghasilkan wang di internet. Kemudian, mulalah rasa berputus-asa, kecewa dan bosan dengan bidang ini. Persoalannya mengapa? Hakikatnya banyak sebab samada dari segi ilmu, penguasaan, tahap usaha, minat, kesungguhan dan lain-lain. Tapi antara sebab yang paling utama adalah, fokus.
Dulu saya ada menulis artikel mengenai kuasa fokus ini yang akan membantu anda berjaya di dalam bidang perniagaan internet. Tanpa fokus, amat sukar untuk berjaya atau sekurangnya menghasilkan wang.
Secara ringkasnya, anda perlu ada fokus dan tumpuan yang kuat. Persoalannya bagaimana? Salah satu caranya adalah, anda pilih satu bidang dan tentukan satu projek untuk bidang tersebut. Contoh, anda memilih bidang affiliate yang tidak memerlukan modal yang besar bahkan ia percuma. Maka dari situ, anda hanya perlu tumpu kepada affiliate sahaja sehinggalah anda berjaya. Jangan cuba memasuki bidang atau model perniagaan internet yang lain selagi anda tidak berjaya di dalam bidang yang telah anda pilih tadi.
Pastikan anda mempelajari teknik-teknik program affiliate, teknik, petua dan kaedah yang berkesan untuk program affiliate yang anda sertai. Setkan matlamat, tentukan tempoh untuk mencapai kejayaan dan buat pelan perniagaan untuk affiliate tersebut. Baca ebook yang ditulis oleh pakar, gunakan sepenuhnya teknik yang berkesan dan pelajari dengan mereka yang telah berjaya. Ini adalah salah satu contoh. Jangan masuki bidang lain seperti drop ship, produk sendiri, adsense dan lain-lain selagi anda tidak berjaya di dalam satu projek tadi.
Setelah anda berjaya, kekalkan kejayaan tadi, dan mulalah membuat pelan perniagaan untuk model lain pula. Mungkin drop ship atau mungkin model perkhidmatan. Dan lakukan benda yang sama untuk mencapai kejayaan di dalam projek terbaru tersebut.
Inilah kombinasi kuasa fokus dan perancangan yang tersusun. Ia amat penting. Sebagai contoh, kini saya telah berjaya mendapat hasil dengan tumpuan kepada bidang perkhidmatan website dan kini saya akan mula membuat projek terbaru saya yang lain, dengan menggunakan model perniagaan yang lain pula.
Mengapa perlu melakukan sesuatu itu sampai berjaya dahulu baru perlu melakukan model yang lain? Mudah sekali jawapannya, agar apabila perniagaan pertama atau yang telah berjaya itu telah kekal memberi keuntungan berpanjangan, ia akan dapat menyokong projek anda seterusnya. Di samping melakukan projek lain, projek anda yang telah bekembangg tadi adalah sebagai sumber pendapatan anda sementara menunggu hasil daripada projek yang baru itu.
Diharapkan anda jelas dan terang dengan tips ini. Maka, mulakan hari ini dengan kuasa fokus. Pilih dan lakukan apa yang anda minat, dan berikan tumpuan sepenuhnya. Jangan sekejap adsense, sekejap affiliate, sekejap drop ship, sekejap itu dan ini. Akhirnya, tak menjadi.
PILIH SATU, DAN FOKUS!Â
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:

















Tips yang sgt baik, jgn tamak daa…
ya saya dah mula rasa perasaan tu
yeaa… perasaan tamak dan gundah gulana untuk mendapatkan perolehan dalam tempoh yang singkat akan memusnahkan impian mereka yang mahu menjadi jutawan internet. kalo dalam masa yang singkat memang mustahil… kena tunggu giliran laa, jangan nak potong Q. hihiiii