Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tips Persaingan Sihat..

20 02 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Ingin saya nyatakan terlebih dahulu kepada anda, saya pasti dan akan pasti merujuk kepada panduan Agama Islam di dalam menulis sesuatu topik di dalam blog ini. Mesti ada yang bertanya, mengapa begitu? Kita kan masyarakat majmuk, berbilang Agama..? Ketahuilah bahawa, Islam itu datang untuk semua bangsa dan manusia, sesuai digunapakai oleh sesiapa sahaja, bersifat universal.. -tamat jawapan-. Smile

Berkaitan dengan tajuk di atas, saya akan mengemukakan tips persaingan dan dalam kes ini adalah perniagaan internet. Seringkali kita melihat, kebanyakan usahawan internet yang menjual produk yang sama akan meng-klaim (mendakwa) merekalah yang terbaik. Itu ok lagilah, namun yang paling tak ok dan tak baik, nama pihak lain disebut-sebut akan kelemahan dan kekurangannya.

Tahukah anda, kita tak perlu pun memperbandingkan atau susah-susah memperkatakan kelemahan orang lain? Di dalam perniagaan internet, para pakar memberi tips: SEBUTLAH KEISTIMEWAAN PRODUK ANDA & PRODUK ANDA ITU ADA NICHE/UNIK. Mudah bukan? Jika orang jual hosting, dan kita pun nak jual hosting, kita buatlah plan pemasaran hosting yang lain dari yang lain. Kalau boleh, buat yang tak pernah orang buat lagi dan mampu dimiliki oleh semua orang.. - Ehem, apa khabar sempoihosting.com? - Begitu juga dengan produk-produk lain, jika orang jual buku cara mengurut badan, anda juallah buku cara mengurut untuk menghilangkan penyakit sembelit! Ops, boleh ker tukang urut? Ya ada, urut refleksi.. Agak-agak, berapa ramai yang sakit sembelit yer. Nampak tak? Bidang sama (urut), tapi tajuk kedua lebih spesifik. Orang yang sakit sembelit tak nak tahu pasal sakit lain, mereka hanya nak tahu dan nak sembuhkan penyakit sembelit mereka sahaja!!

Nampak idea ini? Itulah niche dan itulah salah satu cara untuk anda bersaing dengan mereka yang lain. Nampak macam tak bersaing bukan? So, terjawablah, tak perlu lagi untuk anda membawa dan memperkatakan kelemahan produk orang lain!

Itu niche.. Tak cukup ada produk yang niche, anda mesti berulang kali menyebut-nyebut kelebihan dan keistimewaan produk / servis anda. Sebut dan sebut dan sebut.. Smile Berapa kali sebut daa.. hehe, yer, kena sebut banyak kali dan berulang kali. Keistimewaan di sini bermaksud, apa yang pembeli/pengguna akan dapat? Sebut dan sebut. Sebab itu yang mereka nak tahu. Mereka tak nak tahu sejarah, mereka tak nak ambil tahu cerita lain, tapi mereka nak tahu apa yang mereka akan dapat.. Itulah biasanya. Anda pun begitukan semasa ingin membeli produk? “Hmm, sos tiram ni boleh bagi masakan aku lebih sedap ker?”. Jeng jeng jeng!! Terbukti bukan?

Sebut dan sebut di sini bukanlah menyebut benda yang sama di dalam laman web anda. Boleh, tetapi yang dimaksudkan juga sebut berulang-kali adalah anda senaraikan pelbagai keistimewaan produk anda. Bukan hanya senaraikan, tetapi ada sedikit penjelasan yang terang dan mudah difahami.

FORMULA : NICHE + SEBUT KEISTIMEWAAN - CERITA KEBURUKAN PRODUK LAIN

Tahniah, anda telah bersaing dengan hebat! Smile

Pesanan: “jangan cari lawan, tapi cari kawan..”.

mohd zulfadli,
bakal perunding cara pemasaran internet, insyaAllah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan
  • 2 E-Book (report) Percuma RajaAdsense
  • Rahsia Usahawan Berjaya..
  • Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet
  • Baru Balik dari KL + Jalan-Jalan
  • Liku-Liku Penulis Blog + Panduan
  • Penelitian Semula Produk Resell Rights
  • Pengumuman Ringkas Dari SmartZul
  • Google KidSanse!
  • Berniaga Menurut Sunnah dan Syari’at

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    2 Comments »

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 12:17:39

    yeaa… sudah tentunya kita perlu cari kawan yang banyak dan jangan suka cari lawan yang tak menentu… namun orang lain yang suka nak melawan kita pulak…

     
    Comment by Han
    2007-10-21 14:24:20

    jangan cari lawan bahkan cari kawan…
    ni konsep peniagaan..
    bila dah jadi kawan, boleh JV pula…hehe…
    tip sebut berulang2 memberi kesan kepada pembeli…

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: