Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Catatlah…

24 02 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Errm, apa yang perlu dicatatkan tu Zul? Catat kira-kira ker?

Hehe, kira-kira? Bukanlah.. Bukan catat debit kredit.. Duit masuk duit keluar, tapi idea.. :-)

Ya, rata-rata kita tidak bawak pen dan buku (tak kiralah buku 555 ker, kertas ke apa ker), tapi mesti tak ramai yang bawak kan? Jadi, bermula saat anda baca tulisan saya ni, apa kata kita mulakan satu tabiat atau hobi baru? Ya, menulis dan mencatat idea-idea yang tetiba datang tak dijemput. begitulah selalunya kan?

Sebagai contoh, apabila kita melihat sesuatu, tak semena-mena-nya datang idea untuk sesuatu perkara. Tengok kereta orang tersadar tepi jalan sebab tayar pancir. Hmm, kan bagus kalau aku buat servis bergerak repair kereta? Tak percaya? Kat tempat saya ada seorang yang buat servis hanya menampal tayar motor yang bocor! Hanya perlu menghubunginya kalau tayar motor anda pancit.. Saya juga yakin, di tempat anda juga ada.

Saya petik dari sebuah tulisan mengenai menulis idea atau apa yang kita fikirkan:

Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Menulis perkara yang ada di fikiran anda akan menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea – tuliskan.

Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

Maka, jadikan menulis catatan itu sebagai satu tabiat untuk anda walau di mana anda berada hatta di kedai makan sekalipun.. Anda perlu tahu, inilah antara yang perlu anda ada untuk menjadi orang yang berjaya. :-)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • No related posts

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    5 Comments »

    Comment by pyan
    2007-10-01 23:38:38

    :idea: Memang betul idea perlu dicatat. Cuma….. nak tulis kat mana. Saya tambah le . Gunakan diari, pda, organizer atau buku khas yang khusus dan selalu anda baca atau bawa. Kalau catat atas kertas , mungkin hilang atau terbuang . mencatat pun kena ada sistem. kata isteri saya ; follow the system , then you get the momentum. :wink: Faham ke :?:

    Comment by Han
    2007-10-08 21:19:16

    pyan,
    buku nota kecil lah senang…
    boleh masukkan ke dalam poket je…
    ni buku TTL la ni…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-08 18:45:51

    yea saya faham… baiklah nanti saya catat dengan sebaik mungkin. kat mana2 yang boleh dicatat… catat jangan tak catat.

    semuanya perlukan catatan, takder catatan takkan selesai apa yang ingin kita selesaikan. okeh laa mulakan mencatat mulai hari ini…

    berita faham, roger and out…

    Comment by Han
    2007-10-08 21:20:22

    hari ni baru nak mula catat abdfatah?
    saya dah masuk buku ketiga dah…
    hehe…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-20 01:20:59

    catatan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini yang boleh dijadikan novel atau rujukan ilmiah bagi mereka yang mahu ambil pengajaran….

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: