Tips Khusus Perniagaan Affiliate : Jangan Tak Baca

Saya telah menulis 2 siri tips mengenai program affiliates, tetapi ada satu lagi perkara yang saya tertinggal. Oh ya, ini bukan buah tangan istimewa yang saya janjikan tu, tapi ini adalah tips KHUSUS untuk anda sebagai agen online bagi sesuatu produk.

Dalam kata mudah: JANGAN LAKUKAN SPAM!

Apa itu SPAM? Saya yakin, tidak ramai yang tahu istilah ini. Saya amat yakin. Kenapa? Apabila saya menegur orang yang melakukan e-mel spam ke emel saya, rata-rata mengatakan, “maaflah, saya tak tahu. Budak baru belajar.”. Alasan ini boleh diterima dan tidak boleh diterima. Mengapa boleh diterima? Sebab biasanya pendatang baru atau newbie ke arena perniagaan internet mengambil masa untuk mengetahui mengenai istilah seperti ini.

Dan mengapa pula tidak boleh diterima? Kerana mereka mesti berusaha dan belajar dahulu perkara-perkara asas dan juga etika di internet. Mereka perlu peka. Samalah seperti memandu kenderaan di jalan raya, kalau anda melakukan kesalahan, adakah pihak berkuasa akan menerima alasan anda tidak tahu?? Tidak bukan? Bahkan anda akan tetap disaman. Jadi, begitu juga dengan dunia internet, anda perlu tahu etikanya.

Hmm, jadi apa itu SPAM? Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.

Tetapi, spam ini bukan hanya pada emel, bahkan pada bahagian forum atau ruangan iklan yang tidak berkaitan dengan produk tersebut. Biasanya, emel spam ini akan dihantar kepada banyak penerima dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama).

Apakah kesannya? Si penerima emel akan memarahi anda, melainkan mereka tidak kisah. Tapi, khusus bagi program affiliate, yang akan memberi kesan mendalam adalah kepada pihak penganjur program affiliate itu sendiri. Sebenarnya, dalam mana-mana program affiliate, spam amatlah dilarang walau mereka tidak menyatakan pada terma dan syarat.

Si penerima emel spam juga terganggu dengan emel spam dan membazirkan masa mereka sahaja kerana mereka tidak memerlukan pun emel itu atau info yang anda berikan. Anda juga perlu tahu, pihak syarikat hosting juga akan terlibat dalam hal ini iaitu hosting yang disewa oleh pihak produk affiliate. Syarikat hosting amat melarang keras spam kepada si pemilik hosting (penyewa – pihak produk affiliate) di dalam terma dan syarat mereka.

Jika di luar negara, sudah ada undang-undang untuk spam ini, bahkan sudah banyak kes spam yang telah dibawa ke mahkamah!! Anda yang melakukan spam bernasib baik (tapi sampai bila?), kerana di Malaysia belum ada undang2 sebegitu. Saya masih kurang pasti, adakah negara kita Malaysia sudah ada undang-undang yang khusus untuk SPAM ini.

Apa yang saya tahu, belum ada, tetapi spam ini termasuk secara umum di dalam Akta Komunikadi dan Multimedia. Mereka yang melakukan spam sebenarnya boleh didakwa dengan akta tersebut yang mana kesalahan melakukan spam telah tersebut secara umum di bawah seksyen 233 (1) (b) yang melarang sebarang komunikasi menggunakan perkhidmatan aplikasi (termasuk internet dan perkhidmatan telefon selular) dengan tujuan untuk mengancam, mengganggu, menyalahgunakan dan menimbulkan kemarahan individu.

Pastikan, anda tidak didakwa, hati-hati. Hehe.. Ini bukan gurauan dari saya, tapi jika anda berani mengambil risiko, teruskan amalan spam anda! 😉

Dapat kita lihat, bahawa spam ini amat memberikan kesan buruk kepada pelbagai pihak, bukan hanya kepada anda (hilang nilai profesional) kerana dianggap tidak beretika, nama penganjur program affiliate juga mendapat kesan tersebut, dan begitu juga kepada pihak syarikat hosting.

Bagi pihak penerima, emel spam juga mengganggu produktiviti kerana jika penerima emel itu adalah pekerja di sebuah syarikat (maksudnya menggunakan akaun emel korporat), ataupun penerima itu adalah orang bisnes, proses produktiviti mereka akan terganggu kerana emel SPAM! Ya lah, mereka membazirkan masa hanya kerana emel anda spam anda, yg sepatutnya mereka gunakan untuk bekerja dan menghasilkan produktiviti.

Selain itu, pihak pemilik emel terutamanya pihak korporat, terpaksa melabur wang semata-mata untuk membeli dan menyelenggara sistem penapisan emel spam. Walau sesaat, anda perlu tahu, dan anda tahu, masa sekarang amat bernilai.. Jadi, janganlah lakukan SPAM ke emel orang yang anda tidak kenali. Jangan sesekali!

Kepada pihak hosting dan juga pihak pengurusan program affiliate, jangan lupa menasihati atau ambil serius mengenai hal ini. Ia menentukan reputasi dan nilai profesional anda, di samping melancarkan perniagaan anda. Salah satu cara, hantarkan info kepada peserta affiliate anda melalui newsletter dan letakkan di dalam terma dan syarat penyertaan.

Persoalannya sekarang, apakah jalan lain untuk membuat promosi melalui emel dengan cara yang sah selain melakukan emel spam? Salah satunya, rujuk siri ke-dua tips program affiliate saya. Salah satunya adalah memungut emel bakal pelanggan anda dengan menggunakan teknik mailing list atau dikenali juga opt-in list. Saya akan sentuh mengenai teknik ini kelak.

Saya akan menyentuh lagi hal SPAM ini di lain masa nanti. Sila rujuki laman web ini untuk info mengenai spam:

http://tinyurl.com/rbonj – takrifan SPAM (carian google, define:SPAM)

http://www.niser.org.my/news/2004_10_11_02.html – Pengguna terbabit aktiviti spam boleh didakwa
11th October 2004 (Berita Harian)

http://spam.abuse.net

http://www.spamlaws.com/federal/index.shtml – contoh undang2 di Amerika

http://www.spamlaws.com/cases/index.shtml – contoh kes mahkamah 🙂 *anda perlu perisian PDF untuk melihat contoh2 kes

no spam 🙂 hehe..

* sumber imej: http://www.sigg3.net/blogger/spam.jpg

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Tips Khusus Perniagaan Affiliate : Jangan Tak Baca

  1. Pingback: HomeBiz : Cari Duit Tambahan Hanya Di Rumah | Buat Duit Dengan Idea Kecil!
  2. Haha.. Iklan tu kelakar tapi cam berkesan jugak la

    Pasal spam ni kat malaysia masih berleluasa. Banyak orang nak cara mudah dan murah untuk menjalankan perniagaan online. Tapi tak ambil kira implikasi ke atas kredibiliti mereka dan kepada industri secara keseluruhan.

    Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Cukup la malaysia kena ban kat merata2 tempat kerana orang2 yang tak beretika cam ni.

    Congrats zul, very good info on spam.

    p/s: Ok cantek dah takde math verification kena kira2 🙂

  3. hmm, thanks azwan. Lepas saya tulis post ni, saya buka emel saya untuk check ada emel ke tak. Member ke, client ke yg hantar..

    Tengok2, terima satu emel spam! Aduhh, buang masa saya jer. Emel tu jual 150 000 emel kononnya. Dah lah buat promosi guna emel spam, ni nak suruh orang guna emel yg dijual tu lak. Bertambah2 lak spam. Entah dapat kebenaran ke tak dari tuan dari empunya emel tu.

    Saya yakin, kelak kerajaan akan gubal undang2 khusus utk spam ni. Tapi hakikatnya akta yg saya nyatakan tu pun dah boleh digunakan nak dakwa orang yg buat spam. huhu.. Saman 1 juta, tak payah buat kerja.. (gurau jer).

    Betul azwan, negara kita ni sentiasa disebut-sebut dan sentiasa di bawah pengawasan org luar sana. Apa yg saya baca, mereka begitu berhati2 bahkan perlu bertindak curiga dengan pesanan menggunakan kad kredit dari Malaysia. Saya bertambah sedih bila terbaca tulisan artikel2 yg menyebut Malaysia ni banyak penipuan, bahkan penulis tu sendiri dah kena. Lantas salah satu cara yg diajarnya, ban ip Malaysia agar tak boleh masuk website produk tu. 🙁

    Saya amat berharap, para pembaca semua sedar dan ber-etikalah di internet. Di manakah nilai ketimuran yang kita war-warkan selama ini? Buktikan!!

  4. Assalamulaikum

    Bagaimana saya nak buat web saya tersenarai dekat search engine seperti yahoo dan google. Boleh saudara beri pendapat dan cadangan.

    1. kena pandai SEO lah…
      saya sendiri pun kurang dalam bak ni…

      yang saya tahu, letak keyword di title, metatag dan content…
      backlink penting juga…

      tu je…hehe..

      han

  5. Keyword. Inilah yg penting selain aspek2 lain. Anda dah ada website kan? Kalau dah ada, kena lihatlah persaingan website anda tu dengan website org lain. Lagi2 jika dah ramai yg buat pasal yg sama dengan anda. Tapi takper, kita tetap perlu usaha sebaik yg mungkin. Baru2 ni saifulsham ada menulis pasal cara nak masuk dalam list enjin carian, tapi sekarang blog mereka down sementara atas sebab yg tak dapat dielakkan. So, secara ringkas sajalah:

    1. Pada bahagian title laman web, letakkan kata kunci yg berkaitan dengan laman web anda. Jika bicara pasal cari duit, letak keyword spt panduan cari duit. Just simple, jangan panjang sangat. Inilah yg telah saya lakukan utk blog sy ini.

    2. Buat pertukaran link dengan laman web lain yg mempunyai tarfik dan ranking yg tinggi.

    3. Pastikan di dalam content laman web anda ada keyword mengenai produk atau perkara yg anda bincangkan / utamakan.

    4. Selagi banyak content / pages, selagi itu laman web anda akan mudah naik ranking-nya di enjin carian. Jadi, banyakkan menulis mengenai perkara tumpuan anda itu.

    5. Metatag. Jangan lupa masukkan keyword di dalam metatag. Ini ada di dalam ebook Mohd Sufian yg saya nyakan link downloadnya pada topik terbaru di blog ini (Pakej ebook..).

    6. Submit ke enjin carian spt Google dan Yahoo. Sila ke sini untuk Google: http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl dan ke sini utk Yahoo!: http://submit.search.yahoo.com/free/request . Ingat, submit sekali sahaja. jangan submit berkali2, nanti mereka akan menganggapnya sbg SPAM.

    Itu sahaja antara caranya. Sila download pakej ebook yg saya nyatakan. Di dalam tu, ada ebook bertajuk teknik SEO. Sila download ebook percuma tersebut di sini: http://blog.smartusaha.com/download.html

  6. SPAM?
    saya bukan anti spam…
    saya suka dengan spam…
    kadang2 ada sesuatu yang menarik tanpa kita sangka…

    tapi saya tak lah buat spam…
    jangan salah faham ok…

    han

  7. Ada yang mengatakan jika kita buat post di blog lain termasuk dalam kategori spam. Contohnya memasukkan link affiliate kedalam blog orang lain dan lepas tu kita postkan.

    Betul ke nie?

    1. ni bargantung kepada pemilik blog lah…
      kalau blog tu dibenarkan meletakkan link affiliate, tu bukan spam…
      tapi jarang lah blog yang membenarkan kita letak link affiliate…

      han

  8. kalo letakkan dalam ruangan komen memang la jadi spam. kalo letakkan dalam ruangan URL okeh jugak, tetapi kena unikkan nickname kita supaya orang terasa nak klik nickname tersebut. nickname yang berkaitan dengan program affiliate kita. rasanya itu memang boleh agaknya…

    namun janganlah ikut suka nak promote aje. kena hambik bahgian dn mengikuti perkembangan topik yang diutarakan. jika tidak dengan secara sukahatinya tuan empunya blog berhak menggunakan kuasa vetonya untuk mendelete komen anda tanpa belas kasihan n tanpa warning apa-apa.

    nama anda (belajar komputer) dan URL program affiliate

    1. ni tips zul yang bagi ni…
      betul abdfatah?

      kalau name tu kita letak belajar komputer percuma, mesti ramai yang klik…hehe..

      han

    1. kalau emel penuh dengan spam, tu dah tak boleh buat apa…
      kalau tak nak terima spam, buatlah email baru…
      dan jangan sesekali letak email kita nama@yahoo.com dimana2 web…
      kalau nak letak, letak lah mcm nama[at]yahoo.com…
      baru spider tak dapat ambil email kita…

      han

  9. eh, berapa banyak spam dah untung dengan cara tersebut? kalo 1000 hanya seorang sahaja atau tidak ada langsung. memang merugikan masa dan tenaga sahaja.

    lebih2 lagi kalo dah kena report, akan menyusahkan semua orang. ada juga yang join secara suka2 atau sengaja join untuk menyepam. join untuk menyepam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *