Home » Facebook Marketing » Strategi UTAMA Berniaga di Facebook

Strategi UTAMA Berniaga di Facebook

Semakin hari semakin ramai yang mula berniaga di Facebook. Ia tidak lagi dilihat sebagai satu perkara yang pelik di kalangan pengguna Facebook, malah mereka begitu senang membeli-belah di sana. Inilah yang dikatakan sebagai social commerce, iaitu perniagaan dalam media sosial.

Namun di sebalik kerancakan itu, kita perlu merancang strategi berniaga di Facebook tanpa menghadapi saingan yang terlalu tinggi. Ini adalah penting agar kita tidak menghadapi situasi jualan yang rendah dan kurang memberangsangkan.

Dengan wujudnya peluang perniagaan cara dropship contohnya, salah satu cara menjual yang disyorkan adalah melalui Facebook, iaitu cara yang paling mudah. Namun bayangkan apabila terdapat 1000 orang pengedar (peniaga) yang menjual di Facebook, persaingan pasti akan berlaku sesama pengedar.

Jika anda adalah salah seorang peniaga itu iaitu menjual produk yang sama dijual oleh peniaga lain, berikut adalah beberapa tip dan teknik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar persaingan:

.

1. Gunakan Facebook Ads

Dengan menggunakan iklan berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita akan mendapat pelanggan secara terus tanpa terlalu mempromosikan di wall profile. Kita bawa mereka terus ke laman web jualan ataupun ke Facebook Page kita.

Ambil peluang melakukan promosi melalui pengiklanan ini selagi ia belum dilakukan oleh lebih ramai peniaga. Kelak jika semakin ramai yang menggunakan kaedah ini, persaingan pengiklanan ini akan berlaku.

2. Sembunyikan senarai Friends 

Salah satu ‘kebocoran’ yang saya sedari adalah senarai friends di profile kita boleh dilihat oleh orang lain. Secara default, senarai friends akan dipaparkan kepada umum. Pada saya, ini adalah satu kerugian bagi seorang peniaga kerana peniaga lain dapat ‘mencuri’ pembeli-pembeli dan bakal pelanggan kita dengan begitu mudah.

Cara untuk sembunyikannya cukup mudah iaitu dengan masuk ke profile kita, klik pada Friends dan klik pada Edit. Kemudian pilih Only Me. Pilihan ini akan menyebabkan hanya kita sahaja yang dapat melihat senarai Friends.

edit friends

3. Add friends yang tidak banyak mutual

Biasanya kita akan ‘add’ seseorang yang ada ramai kenalan kita (mutual friends), namun bagi saya, dalam perniagaan kita memerlukan individu yang tidak ada atau kurang mutual friends. Mereka adalah fresh target.

Mengapa perlu ‘add’ mereka? Bayangkan jika kita hanya add seseorang yang mempunyai ratusan kenalan kita dan kenalan kita itu juga menjual produk yang lebih kurang sama. Ya, persaingan akan berlaku iaitu menjual kepada kenalan-kenalan (circle) yang sama!

4. Keunikan dan Perbezaan

Jika kita menjual produk yang sama seperti ratusan dan ribuan penjual yang lain, melakukan dengan cara yang berbeza adalah satu usaha yang bijak. Bagaimana cara untuk berbeza? Jawapannya terletak kepada kreativiti kita tersendiri. Lakukan perniagaan dan jualan dengan cara yang berbeza daripada orang lain.

Perbezaan itu mungkin pada kita berinteraksi dengan friends dan fans, kemudian cara pembelian yang mudah dan cepat, semudah 1-2-3. Layanan selepas pembelian juga adalah satu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan peniaga lain. Jadi ambil peluang ini untuk menjadi di antara yang terbaik.

Sokongan pelanggan yang menyenangkan, akan menyebabkan pelanggan peniaga lain akan beralih kepada anda, kerana mereka mahukan layanan yang terbaik. Malah perniagaan anda juga akan semakin disebarkan tanpa kos, kerana ia semakin menjadi buah mulut kebanyakan orang.

5. [TIP HOT!] Tidak berurusan di bahagian wall

Kurangkan berurusan di bahagian wall Facebook (profile dan page). Segala pertanyaan pelanggan di wall, jawab ia dengan ringkas sahaja di bahagian komen, dan hubungi mereka melalui Inbox untuk penerangan dan perbincangan panjang lebar. Berikan komen yang sekadar perlu atau maklumat yang tidak terlalu ‘rahsia’.

Mengapa saya sarankan perkara ini? Jawabnya mudah sahaja iaitu kita tidak mahu cara kita berinteraksi dan maklumat penting perniagaan kita ditiru oleh peniaga-peniaga lain. Bagi saya, setiap perniagaan ada rahsia dan trade secret tersendiri dan ia perlu dilindungi bagi mengelakkan persaingan yang sengit.

Selain itu, pelanggan juga akan lebih rasa selesa untuk berbincang dan bertanya melalui Inbox/SMS/emel, berbanding di bahagian wall yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

CONTOH:

Di Wall:
Pelanggan A: Berapa harga produk ini?
Peniaga:  A, saya ada berikan maklumat lanjut ke inbox tuan.

Dalam Inbox:
Peniaga: Harga produk XYZ adalah RM240. Tetapi sekarang saya adakan jualan diskaun sebanyak RM50. Jadi tuan perlu bayar sebanyak RM190 sahaja. Diskaun ini hanya sah sehingga 10 Februari 2012 sahaja. Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi saya melalui inbox ini atau terus SMS kepada saya di 0111-123456789. Terima kasih.

Kesimpulan

Banyak lagi strategi dan kaedah yang boleh dilakukan untuk menjadikan kita unik dan ‘tidak bersaing’ dengan penjual-penjual lain di Facebook. Pokok pangkal adalah KREATIVITI dan PERBEZAAN.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. Umarvellous says:

    Harap lepas ni tuan dapat kongsikan teknik penggunaan FB ads terbaik.. pernah menggunakannya secara percuma dulu.. cuma tidak nampak keberkesanannya..

    • smartzul says:

      Teknik FB Ads masih menjadi rahsia di kalangan kebanyakan IM. InsyaAllah, saya akan kongsikan kelak setelah saya selesai beberapa siri percubaan dan eksperimen.

  2. izzat zainal says:

    info yang terkdg terlepas pandang. Terima kasih Tuan Zul. Akan saya sendiri praktiskan..:)

  3. wati says:

    Terima kasih atas tips yang best. Dah apply 2 tips yang diberikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.