Tip SEO – Google Penguin Update

Penguin Update adalah salah satu ‘usaha’ baru oleh pihak Google untuk ‘melawan’ website dan blog yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan ranking yang tinggi di senarai carian google.com. Ia ada pro dan kontra sendiri, tetapi ia dilakukan untuk kebaikan semua pihak.

Secara asasnya, Google Penguin Update (bermula April 2012) adalah lebih kepada off-page SEO (terutamanya backlink), manakala Google Panda Update (bermula tahun Februari 2011) adalah lebih kepada on-page SEO seperti content yang ditulis. Kesemua ini dilakukan khasnya untuk membanteras website dan blog yang menggunakan sesuatu kaedah secara keterlaluan dan menyalahi peraturan Google.

Di antara tip yang perlu kita lakukan bermula sekarang agar serasi dengan ‘penguin update’ ini adalah:

  1. Elakkan mengulang keyword yang sama dalam jumlah yang terlalu banyak. Kadar jumlah keyword yang dicadangkan dalam satu-satu post blog adalah dalam 4%.
  2. Elakkan buat link ke website dan blog yang tidak bagus seperti laman web pornografi, scam dan pirate software (perisian cetak rompak).
  3. Elakkan internal link yang berlebih-lebihan.
  4. Gunakan laman web sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter untuk promosikan laman web / blog. Selain mempromosikan di sana, letakkan juga elemen-elemen social media website di blog kita seperti Facebook Page box, Twitter Profile dan Google+.
  5. Elakkan buat link (link building) di footer blog orang lain (beli ruang link).
  6. Gunakan kaedah-kaedah link building seperti penulis tetamu (guest post), review, advertorial dan komen yang berkualiti di blog-blog orang lain.
  7. Tidak menggunakan ‘anchor text’ (keyword utama bisnes kita) untuk buat link di laman web atau blog lain. Gunakan cara natural sahaja seperti terus meletak URL blog / website atau ayat call to action sepertiย klik di sini. Pada ‘mata’ Google, semakin banyak link yang menggunakan keyword yang sama, ia seperti kita sengaja melakukannya untuk mendapatkan ranking yang tinggi. Jika dulu berkesan, sekarang / masa akan datang tidak lagi. Kaedah anchor text tidak dilarang, tetapi jangan terlampau melakukannya.
  8. Menulis (memasukkan content) dengan lebih kerap atau konsisten.

Kesimpulan:

  • Lebihkan tulisan (content) yang berkualiti untuk pembaca (manusia).
  • Bina link di laman web atau blog yang berkualiti.

SEO adalah salah satu teknik Internet Marketing, tetapi ia mempunyai permainan tersendiri yang ‘memenatkan’. Tidak semua teknik dan strategi akan terus berkesan selamanya, sebaliknya ia kerap berubah dari semasa ke semasa. Namun satu tip yang sukar untuk berubah adalah….. Hasilkan content yang berkualiti.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Tip SEO – Google Penguin Update

  1. ketika saya sedang mencari maklumat mengenai Tip SEO dengan tidak sengaja bertemu dengan blog ini. dan ketika saya baca maklumat membantu dan menambah ilmu saya. terimakasih yah tuan

  2. Memang tak dinafikan ramai nak cari cara cepat untuk naikkan ranking website di search engine.Tapi saya percaya pada power of content.Tak guna kita guna robot tapi hasilnya langsung menyebabkan blog kita menjadi blog yang kaku dan tidak ada rohnya.Keep it up.dh lama da jenguk blog ni

  3. Google Penguin jugak dah membunuh banyak autoblog autoblog yang dibuat. Memang memberikan banyak kerugian kepada mereka yang generate duit melalu Search Engine. Tapi bila difikirkan balik, perubahan ini adalah demi user, dan Search Engine sememangnya untuk user. Takkan nak biarkan artikel sampah berada di first page jika ada artikel berkualiti tapi diletakkan dibahagian belakang.

  4. Terima kasih saudara Mohd. Zulfadli atas content yang berkualiti. Word yang EVERGREEN “Hasilkan content yang berkualiti”. Satu lagi quote untuk digandingkan bersama: ISTIQAMAH=FOKUS=CONSISTENT ^_^. Setiap amalan bermula dengan niat. Jika niat untuk mencapai keredhaanNya, insyaAllah hasilnya juga berkualiti. Semoga saudara terus istiqamah dengan content berkualiti & terus memberi inspirasi kepada kami semua. Amiin ^_^

  5. Isi kandungan yang berkualiti menjadi objektif saya sekarang ni. Saya dah tak peduli tentang SEO asalkan saya dapat berkongsi ilmu yang cetek ini kepada orang lain.

    Saya sangat setuju dengan pendapat saudara Mohd Zulfadli untuk maklumat ini terutama pada tip 1 iaitu ulangan keyword hanya 4% dalam satu post blog.

  6. oh..mcm tu ke rupanya. tips yg sgt membantu untuk newbie spt saya.

    Sgt setuju, content berkualiti lbh penting dan bakal memberi manfaat jangka panjang kpd blog itu sdri.. ๐Ÿ™‚

  7. Perkongsian Ilmu seo yang terbaik dari tuan SmartZul. Saya juga pengamal teknik seo berkesan.Sememangnya google sentiasa update dari tahun ke tahun mengenai seo di enjin carian mereka.

    Siapa yang tidak update ilmu mengenai teknik seo terkini pasti masih menggunakan cara lama yang sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Silap-silap dicop spammer oleh google ๐Ÿ™‚

  8. tQ atas perkongsian info SEO yg menarik.. SEO mmg memeningkan kepala… kdg2 sy malas nk fikirkan mengenai SEO krn yg pnting bg sy artikel yg kualiti tu sendiri akan menarik peminatnya secara automatik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *