Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan

Assalamu’alaikum semua.

Hari raya dah tak lama dan saya akan balik kampung lusa, hari jumaat malam. Tak tahulah berapa lama cuti, harap-harap dapat kembali online dan meneruskan kerja.

Ok, berbalik kepada topik, mulanya saya tak nak taip panduan ke, tips ke, apa ke, sebab rata-rata semua orang dah jarang online (saya tahu..), macam cakap sorang-sorang lak, hehe.. Tapi tak apalah, yang membaca tetap ada walau sedikit.

Tip kali ini adalah mengenai persaingan. Apa yang saya perhatikan trend di Malaysia, apabila sesuatu produk itu telah dikeluarkan contohnya seperti ebook topik tertentu, maka mulalah yang lain tak akan mengeluarkannya lagi. Saya terasa amat pelik.. Ya, seolah-olah HANYA seorang yang berhak mengeluarkannya dan yang lain tidak perlu lagi menjual benda yang sama di internet. Bagi saya, ‘sikap’ ini tidak betul..

Ya, jika kita benar-benar usahawan, pemikiran yang kreatif, berani bersaing, mesti ada dalam diri. Kalau orang keluarkan produk jenis A, kita boleh mengeluarkannya juga seperti produk itu, TETAPI mestilah ada perbezaan dan lebih berkualiti. Inilah salah satu kunci untuk bersaing dengan mereka yang lain. Contohnya, jika ebook A tidak menerangkan sesuatu, maka kita masukkan dalam ebook kita. Jika penjual ebook A itu ada kelemahan-kelemahan tertentu, kita ‘manipulasi’ kelemahan mereka itu. Jika mereka tidak tawarkan itu dan ini, kita tawarkan sebagai ‘bonus’ kepada pembeli. Dan yang pasti, cara kita, style kita, mesti ada beza dan ada kualiti. Letaklah harga berapa pun, orang akan sanggup beli.

Seperkara lagi adalah mengenai harga. Ramai yang takut untuk meletakkan harga pada produk keluaran mereka atau servis mereka. Ketahuilah, anda mesti BERANI meletakkan harga yang sepatutnya! Pengalaman saya membuatkan saya banyak belajar dalam soal meletakkan harga. Dan saya ingin kongsi dengan anda bahawa, anda boleh letakkan harga yang tinggi kerana di sana tetap ada mereka yang akan membeli JIKA produk anda benar-benar diperlukan dan lebih berkualiti daripada orang lain. Jangan letak terlalu murah!! Ya, saya ulang sekali lagi, jangan terlampau murah!! Tidak ada sebab untuk orang tidak membeli jika produk anda betul-betul diperlukan oleh mereka.

Tip Perkataan “Killer”:

Jika selama ini anda gunakan perkataan BELI di laman web anda. Maka, cepat-cepatlah tukar perkatan tersebut kepada perkataan lain yang lebih berkuasa dan “killer”, yang dapat meningkatkan jualan anda. Apa tu? Ya, jika anda guna perkataan BELI, orang akan cepat-cepat lari dari laman web anda sebab perkataan beli terus-menerus seperti memaksa mereka mengeluarkan duit. Sebaliknya, gunakan perkatan seperti DAPATKAN, REBUT PELUANG INI, GET IT NOW, GRAB THIS OPPORTUNITY, DOWNLOAD NOW dan lain-lain lagi. Perkataan ‘ajaib’ ini seolah-olah memukau pemikiran bakal pembeli (pelawat) produk anda untuk membelinya.. ;)

Oklah, sehingga berjumpa lagi di masa-masa yang mendatang. Semoga smartusaha terus kekal di persada internet. :)

Wassalam.

Facebook comments:

25 Responses to “Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan”

  1. pusak82 says:

    Hmmm e-Book!!??, nak buat jgak ahhh …. tp xde mase lg …. pening dgn programming system dan apekebende ape lg ntah …. sabo je lahh … Apepun, dlm kepala nie dah ade 1 idea yg baik punya utk wat e-Book… lain dr yg lain, Tungguuuu … :D

  2. Tanjung says:

    Hmm.. betul tue. saya rasa tidak timbul isu ciplak menciplak disini. seperti offline juga banyak kedai2 yang menjual barang yang sama. bermakna sudah ada persaingan. dan masing2 cuba meningkatkan kualiti atau service. dan pelanggan pula sudah ada kuasa membeli. ini persaingan yang sihat bagi penjual. bayangkan jika pembeli mempunyai banyak pilihan ia akan memeriahkan suasana pembelian dgn tawaran & kelebihan yang tersendiri..
    Dan jadilah pembeli yang bijak!

    zohrin a.k.a tanjung
    ps: Nak jadi pembaca yang bijak

    • abdfatah says:

      yea… sudah tentunya mereka mempunyai pilihan yang tersendiri untuk membeli. lagipun rezeki masing-masing punya tuah. jika ada kualiti semua orang tentu akan suka hati walaupun tak semuanya nak beli… hihiii :grin:

  3. soulof99 says:

    Ada betulnya juga kenyataan tu. Sy ade terjumpa satu ebook ttg forex dlm BM (forex lagi :P ) yg rasanya pertama di Malaysia. Tapi tak berkualiti. Skrng ni plak sorang demi sorang otai forex trader buat ebook sendiri. Kira ok le tu. Buat lebih bagus.

    • abdfatah says:

      lepas nih agak-agakny dah tentunya akan ada mereka yang akan buat panduan wordpress versi mereka yang tersendiri… dan pengalaman mereka yang tersendiri…

      • Han says:

        nak buat pun kena ada niche juga…
        jangan pula cari benda pesaingan yang banyak…
        nanti sia2 jadinya kalau tak de orang beli…hehe
        kaji dulu, ada tak permintaan…

        han

  4. all_wan says:

    Ebook… sebenarnya hati nie ghairah sangat nak buat ebook .. idea dah ada, buat masa sekarang nie masih study dgn utz zul cara-cara menulis ebook yang berkualiti,

  5. anas says:

    Persaingan itu pun satu motivasi jugak, tapi janganlah tiru bulat2 kan…jual cucuq pisang, pakat semua satu jalan jual cucuq…

  6. pyan says:

    Zul, rasa nya bukan takut bersaing, tapi memberi laluan, siapa nak yang dah ada tu terus “lead the way” , yang lain tu cari le benda lain, berlambak benda lain dalam dunia. Bila semua dah “strong” , baru le boleh “fight for the same thing……………………..”.

    The “master” always lead the way…………….. ,

    • abdfatah says:

      pelbagaikan produk yang boleh kita hasilkan untuk mengetahui tahap persaingan yang bakal kita hadapi… hadapi saingan anda dengan penuh sabar dan berstrategi… tempatan atau antarabangsa …hihiii

  7. SmartZul says:

    Ramai pengeluar produk, akan berlakunya persaingan yang sihat dan bertambahnya kualtiti + mempercepatkan lagi perkembangan industri produk tersebut ++ semua orang sentiasa perlu bekerja keras = kejayaan.

    Pendek kata, ramai pesaing, kalau kita duduk diam, tiada usaha menambah kualiti, kita akan kalah. :)

    Kalau tiada pesaing, kita tidak akan tahu di manakah ruang kelemahan kita.

    Thanks to the competitors..

    • abdfatah says:

      kalo ramai pesaing dan kita duk diam aje apa yang kita akan dapat? lepas tu kalo tak ada pesaing pulak macam mana kita akan tahu produk kita berkualiti atau tidak… lain citer laa kalo kita yang monopoli tanpa persaingan…

      • Han says:

        kalau ada pesaing, kena lah bersaing jawab nya…
        tapi jangan bersaing cara tak sihat…
        besaing lah dengan sihat…
        orang pun suka membeli dari kita…
        kalau orang tengok cara kita tak betul, rasa orang nak beli ke?
        bagi saya, tidak!

        han

  8. fai says:

    kalau kita zde pesaing dlm Malaysia, cubala cari pesaing dr market antarabgsa.. maksudnya buatla ebook dlm B.I dan jual ke international.. Baru kita dpt tau ape kelemahan kita.. :P

    • abdfatah says:

      oh… persaingan di arena antarabangsa? sudah tentu boleh dilakukan sekiranya mahu sekiranya sudah mantap dan berkualiti segala skill pemasaran servis yang disediakan…

  9. ismail says:

    jika kita ada kemahiran lebih baik kita bersaing di pasaran antarabangsa, maklumlah pasarannya lebih besar dan secara tak langsung peluang untuk meluaskan empire lebih besar.
    saya pun masih setahun jagung, kalau ada peluang memang saya nak bersaing di pasaran antarabangsa.

  10. allan says:

    yg ni perkataan killer ke..”come visit my site”

    • abdfatah says:

      jom kita beli… dan beli. memang rasa semacam paksaan kalo suruh orang beli. lebih bagus kita ceritakan kelebihan produk kpd pengguna selain mengajak dengan perkataan killer yang bermanfaat dan memukau tersebut…

      kalo asyik nak memaksa orang untuk membeli jadilah seperi cerita Do Re Me…..

  11. Hamid says:

    Persaingan sihat,
    penting untuk meningkatkan prestasi produk kita :wink:

    • abdfatah says:

      kalo tak berapa sihat memang sugul dibuatnya dan gundah gulana serta entah apa macam perasaan lagi yang bakal melanda jika persaingan tersebut menyusahkan ramai orang…

  12. Han says:

    memang berkesan guna perkataan dapatkan sekarang, download sekarang…
    perkataan ni entah kenapa mudah memukau orang utk membeli…

    han

    • abdfatah says:

      hanya dengan satu dua perkataan yang memikat akan menjadikan ramai orang yang tertarik untuk mendapatkannya dengan seberapa segera yang boleh. kalo tidak sekarang dah tentunya akan terlepas peluang keemasan itu… menda bukan main-main. kalo main-main ia bukan perniagaan namanya…

  13. abdfatah says:

    peluang keemasan untuk mendapatkan ebook yang paling tip top di malaysia berkaitan perniagaan internet. rugi kalo tak dapat…

    beli jangan tak beli… eh kenapa perlu saya beli???

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)